Followers

Wednesday, September 30, 2009

Hijab Kekasih

M Nasir (M Nasir / Seth)

Hijab Kekasih


Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi kan ku kirimkan sana

Duhai kasih hijabMU di sini
Masyur rupaMU di mata kalbi ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku?
Memakan debu... rinduMU
Segenap nafasku melihat renunganMU
Wangi dan harum
KAU kekasih antara lamunan
segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti?

Menghilang tahun ku tahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih ku kenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabMU
Wajah yang ku puja

Kekasih...
Lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanMU


Aku adalah big and huge fans of M.Nasir for sure.Aku kabur dengan lirik lagu by Seth ini.Padaku bila menghayati ianya merupakan CINTA kepada PENCIPTA.Namun ada ayat ayat yang menjadikan aku kabur bila ianya menyentuh tentang sedikit cinta kemanusiaan.Tapi betapa indahnya ia,baik intro dan perlahan lahan ia menyentuh sanubariku paling dalam. Indahnya cinta pada pencipta,indahnya bila cinta tidak disandarkan kepada dunia.Alahai indahnya..Mampukah aku menggapainya dan mengekalkannya bila dunia menuntut aku dengan kepelbagaian?Mampukah aku meredah segala ujianNYA dalam terus tidak melupakanNYA?Takutku,Ya Allah aku mencariMU tatkala aku hanya dihurung sedih dan duka.Takutku Ya Allah bila aku tidak mensyukuri segala syifa dan kurniaan dariMU,walau sebesar mana dosaku yang tetap KAU ampunkan...:-(

Monday, September 28, 2009

.....

INT.PEJABAT.MEJA AKU.AKU.AFTERNOON

Semalam Yassin menangis,lepas kena pukul.As usual,selepas kena pukul (nak pukul anak kat kaki punggung ke bawah aje okay) rutin aku ialah memujuknya kembali.Jarang aku biarkan anak anak mencorot mukanya sampai ke malam.As mum,aku rasa wajar memujuk anak dan menggunakan psikologi dan kenapa,mengapa dia mesti dipukul,dimarahi atau apa sahaja.

AKU

Umi bukan sengaja pukul Yassin
Tapi Umi nak Yassin jadi anak yang baik
Tak kesian ke dekat Umi yang 2 in 1 ni
Yang jadi ayah,jadi Umi..

Yassin diam,sambil mendakap aku.Dalam tangisan yang masih bersisa ada sedu sedan.

AKU

Siapa lagi nak ajar Yassin?
Kalau bukan Umi

Yassin masih diam.

AKU
Kalau orang tengok Yassin nakal
Orang takkan cakap nama Yassin
Orang akan cakap..'Eeee anak Azian tu'
Nama Umi yang akan orang sebut..
Faham?

Yassin menggangguk.Yassin peluk aku erat erat.Mulalah aku touching ni..Aku tak le tulis pasal anak anak daaa....:-(

Thursday, September 24, 2009

Cinta Tak Bersyarat ;-)

INT.RUANG TAMU.RUMAH AKU.NIGHT

Diary Raya

19/09/2009
Padil datang dan kami bersiap siap mahu ke Masjid India dan Jalan TAR mencari baju Tiqa dan Yassin.Turut ada dalam senarai aku adalah kuih kuih tradisional yang aku tidak punya kesempatan masa dan kesempatan kemahiran.Sudah terbayang bayang di ruangan mata,BAHULU,BAHULU dan BAHULU,Batang Buruk,Kuih Putu,Kuih Ros/Loyang dan Kuih Bakar.Trafik berjalan seperti biasa,cuma sampai di Chow Kit kereta yang dipandu adikku Padil sudah bergerak perlahan lahan.Masing masing mula meredah sekitaran jalan raya Chow Kit,masing masing mahu pantas.Hon dan asap kenderaan bersilih ganti memenuhi rongga dan bingit telinga.Kiri kanan jalan Chow Kit penuh dengan barang barang keperluan Aidilfitri.Aku tidak ada plan mahu ke destinasi ini kerana sudah biasa dengan Jalan TAR dan Masjid India dan tidak ada apa yang perlu aku cari di sini.Sampai di simpang Pertama Kompleks kami mencari parking,betul betul depan Kompleks Campbell.Gila RM10!betul betul cekik darah nya parking.Mahu tidak mahu,aku harus redah sehari sebelum raya ini untuk membeli barang keperluan raya.Yassin merengek dan mula buat perangai mengada ngada.Aduh,aku puasa ni....Alih alih aku tarik tangan Yassin.Kaki aku langkah meredah kesibukan Jalan TAR,mula mencari baju baju anak anak.Mencari baju bukan mudah kerana kami ada konsep tiap tiap tahun.Aku memang cerewet dalam mencari baju untuk diriku dan anak anak.Habis Jalan TAR kami redah,hujan mula gerimis dan akhirnya membasahi bumi.Kami gagahkan juga meredah satu satu gerai dalam hujan cuba berteduh di balik atap plastik gerai gerai yang berselerakan.Susah mencari baju anak anak.Yang banyak saiz untuk dewasa aje dan baju melayu untuk anakku Yassin merahnya memang tidak kena denganku.Sampai di satu bazar tudung,aku lupa apa.Tapi sempat juga membeli tudung tudung di situ dengan harga yang murah dari biasa kerana perayaan.Satu gerai yang menjual tudung permaisuri aku singgahi kerana memang aku mahu membeli tudung ini.Nasib baik dapat.Aku,adik dan anak anak meredah pula kedai dalam bangunan.At the end,berjumpa baju anak anak di Gedung Kamdar.Huh,kalau tahu dari awal,baik aku ke Kamdar awal awal jer.Penat sehh meredah satu satu gerai dalam hujan gerimis!.Then misi mencari kuih raya.Semuanya sudah OK,cuma ralat kerana aku tidak jumpa kuih bakar!Huhu...terbayang bayang kuih bakar beberapa tahun lepas yang rangup dan cair masuk ke dalam mulutku.Frust,frust..

Bersiap untuk pulang ke kampung.Kami bertolak dalam pukul 12 malam.Hati walau penuh dengan gelodak rasa,aku cuba bersikap setenang mungkin.Tapi yerlah hati,aku hanya bisa mendiam seribu bahasa.Aku takut emosi,aku takut tersalah kata dan tingkah.Justeru lebih baik aku mendiamkan diri.Panggilan demi panggilan aku dapat pada malam raya termasuk dari Azrin.Aku terimanya dengan lapang dada.Aku hanya mahu pulang ke kampung dengan segera,menatap mata bonda!Cepatlah....:-)

Jalan raya berjalan sungguh lancar.Aku rasa hanya mengambil masa 1 jam setengah sahaja untuk sampai.Sampai sampai mak sudah menunggu dengan penuh kasih sayang.Aduhai bonda,kasihmu seteguh air di kali.Mak menyambut anak anak dan cucu cucu dengan penuh kasih sayang.Persiapan raya yang sederhana,dari kami.

20/09/2009
Selalunya aku ke kubur awal awal pagi,menziarahi pusara opah dan nenek.Tetapi kini bagiku untuk ke pusara tidak perlu ada waktu waktu yang harus.Bila bila sahaja boleh.Aku menerapkan budaya dan amalan menziarah kubur ini kepada anak anak.Menziarahi kubur padaku memberikan suatu ketenangan jiwa yang sukar dirungkai.Selalunya selepas menziarahi kubur,secara kebetulan ada sahaja berita berita baik yang mendatangiku.Alhamdulillah.
Menjadi rutin kami sekeluarga,pasti ada saudara mara yang datang menziarahi.Ianya umpama family tour especially tentunya dari adik beradik emak.Ada tetamu baru yang mengunjungi juga rumah keluarga kali ini.Yang penting pada aku,ukhuwahfillah.Apa pun yang berlaku,segala galanya tidak mampu mengubah sebuah yang bernama hubungan yang terpatri semenjak 17 tahun dahulu.Abah dan mak melemang setiap tahun,sedap betul lemang abah kerana tidak seperti lemang lemang yang aku biasa aku beli tepi jalan.Banyak lemang yang keraknya lebih menghuni dari isi.Tapi apa pun bertahun, aku masih dan tetap rindukan lemang arwah opah.Rindunya...selalunya kalau aku rindukan arwah opah sangat sangat di lebaran ini,aku akan bancuh sirap panas,masak rendang kerbau yang menjadi menu wajib keluarga RAWA kami dan masak lengkong.Di samping itu mesti ada kuih kuih tradisi menu wajib arwah opah di pagi raya,bahulu,kuih bakar dan kuih ros/goyang.Mana mungkin segalanya berulang lagi,sesedap air tangan arwah opah,kalau ada pun aku yang akan mewarisi segala galanya untuk diturunkan kepada anak anak.

21/9/2009

Aku menziarahi Makcik Hasnah dan family di Tapah Perak.Ada sendu,ada pilu,ada rindu,ada kasih dan air mata yang tumpah dari mereka. Seboleh mungkin aku tidak mahu menitiskan air mata di depan mereka,kerana nanti ianya tidak akan berhenti mengalir dan sayu itu panjang panjang hadirnya menghuni ruang hati.Sedangkan saat dan tika ini aku sangat perlukan kekuatan untuk menghadapi segala galanya mendepani hari muka.Apa pun aku tetap mendoakan,walau di ruang mana sahaja aku berada.Azrin seboleh mungkin mahu menemuiku,tetapi padaku aku tidak cukup kuat berdepan dengannya buat masa ini dan biarlah sampai saat dan masa akan berjumpa juga dengan kudrat dan kekuasaanNYA.Suasana jalan raya ke Kuala Lumpur berjalan dengan lancar.Lapang rasanya berada di rumah sendiri dan bersiap siap pula untuk menerima jika ada tetamu yang sesat datang.Balang balang kuih mula penuh di isi dan aku sibuk meladeni selera anak anak.Memasak kuah lontong,ayam masak merah,bihun goreng singapore dan rendang ayam.Seronok menonton drama raya dari artis artis AF7,drama lakonan raya Mawi dan telmovie Mawi oh Mawi...haha...

Aidilfitri,seminggu sudah berakhir.Ramadhan sudah berakhir dan Syawal menjengah. InsyaALLAH rutin puasa enam dan terus puasa ganti akan aku teruskan.Jika ada rezeki menjenguk keluarga di Ampang dan pusara arwah datuk dan nenek yang telah pergi di Taman Kosas.Pusara arwah ayah telah aku ziarahi bersama anak anak.Itu salah satu tanda kasihku,selain doa yang tidak putus putus usai solat.Zaini call aku untuk SJS dan aku pasti proses olahan skrip sudah hampir siap.3/10 akan start shooting dan sama ada Dira Abu Zahar atau Dayana AW yang akan menjadi teraju utama.Mudah mudahan ianya berjalan dengan lancar.Aku perlu lebih banyak belajar lagi,kerana pincangnya sangat banyak...ermmm....Bless for me guys..:-)

INSERT



Cinta Tak Bersyarat~Element

tak ada sedikitpun sesalku
tak bertahan dengan setiaku
walau di akhir jalan
ku harus melepaskan dirimu, ooo

ternyata tak mampu kau melupa
dalamnya cintaku yg hebat
hingga ada alasan bagimu
tuk tinggalkan setiamu, ooo

reff: demi nama cinta
telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku

karna demi cinta
telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

andai saja bisa kau pahami
layaknya arti kasih sejati
karna cinta yg sungguh
tiada akan pernah mungkin bersyarat, oooo

repeat reff

ternyata tak mampu kau melupa
dalamnya cintaku yg hebat

Sunday, September 13, 2009

Khatimah Cinta

INT.RUANG TAMU.RUMAH AKU.AKU.AFTERNOON

INSERT



Khatimah Cinta - 6ixth Sense

Oh kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...


*this song inspired me and it is title one of my synopsis.Khatimah bermaksud 'pengakhiran yang baik' seperti juga insan insan yang digolongkan di dalam 'Husnul Khatimah'.Yang baik sama sama kita kongsikan.InsyaALLAH.

Saturday, September 12, 2009

berjalanlah tanpa henti...:-)

Melawan Kesepian

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

*ulang


Hidup ini umpama roller coaster.Syukurlah segalanya kini,yang kusangkakan mengambil masa 2 atau 3 tahun untuk pulih berjalan dengan ajaibnya dalam masa 2 hari.Sungguh 'miracle' Allah dengan segala mukjizatnya.Satu satu petunjuk dan keindahan menjadi mukjizat di depan mata.Syukur Allah,atas segala anugerahMU setelah sisi sisi gelapku ku hiasi dengan zikirMU dan solatMU.Kini aku sudah melihat semuanya PUTIH PUTIH sahaja,tiada lagi tompok tompok hitam.Segalanya sudah terpadam dan langit biru makin besar menghiasi pandangan mata.Aku nampak salju dan redup di bawah payung lindungan-MU.Di bawah pastinya ada kerikil kerikil kecil,tetapi aku pasti kerikil kerikil kecil itu pasti bersinar bila dilimpahi cahaya dari bulan dan bintang pada malamnya.Indahnya kehidupan.Walau aku pasti,pasti satu saat ada juga kadang kala situasi yang menghibakan keadaan.Itu akan ku hadapi dengan seribu ketabahan yang pastinya Allah kurniakan.Indah bila membebaskan,indah bila melihat segalanya baik baik sahaja,indah bila tiada dendam dan benci di hati,indah bila merelakan...Syukur Allah,aku di uji di bulan mulia ini yang ramai yang mengatakan betapa besarnya darjatNYA dan dikurniakan mukjizat syifa juga sepantas kilat olehMU.Thanks to my beloved Mum,beloved bro Doly,beloved Sis Mas,Adik Nizam,Uncle Yassin Salleh coz always comes with a good motivation and always here with me.Thanks GOD kerana sudi menerima ukhuwahfillah hingga ke hujung hayat ini to Mum Hasnah Ahmad,Kak Suhana and all related family.Buatmu moga kebahagiaan menjadi milik kalian sepanjang hayat,aku tidak putus mendoakan.:-)

*oh GOD thanks,im going to meet my Sifoo in scriptwriting within this weeks.Can't wait..can't wait..haha..i am so excited...hihik....aku akan merentas benua..dan terbang tinggi ke langit dengan melompat lebih tinggi.

Wednesday, September 09, 2009

Antara Garisan------------------------

oleh Isma Yusoof

“The story is all about dosa and pahala or baik dan buruk sesuatu yang memisahkannya hanyalah satu garisan yang cukup halus. we never know when we cross the line”

Cerita bermula apabila seorang ustaz muda bernama arman (Ismail Abd Aziz) muncul di sebuah masjid di sebuah kampung di subuh hari telah bertembung dengan seorang perempuah GRO bernama Ayu (Noorkhiriah) yang sedang mabuk di hadapan masjid itu. Ustaz Arman yang ketika itu sedang berdiri di kaki tangga masjid telah memandang wanita itu dengan pandangan jijik dan Ayu pula memandang ustaz tersebut dengan perasaan malu.

Ever since that kehidupan mereka berdua mula berubah tanpa mereka sedar sehinggalah pada satu hari pada waktu yang sama cuma hari yang berlainan, Ayu pula yang berdiri dui kaki tangga masjid itu mengambil tempat Ustaz Arman pada kali pertama mereka bertemu dului dan Ustaz Arman pula berdiri di tempat Ayu dalam keadaan yang cukup mengaibkan. Pada saat mereka baru mereka teringat yang mereka berdua pernah berada di tempat yang berbeza. Ketika itulah mereka tersedar yang mereka berdua telah berubah kedudukan tanpa mereka sedar kerana yang membezakan antara dua keadaan itu hanyalah satu garisan halus…that’s why cerita ni tajuk dia…antara garisan…

Menampilkan gandingan semula Noorkhiriah, Sharifah Amani dan Isma Yusoof selepas Emil Emilda dan Sindarela. Dan juga menampilkan Ismail Abd Aziz yang pernah membawa watak Abang Lokman di dalam drama Sutun 2. turut membantu adalah Zaibo, Nadia Aqilah Bajuri, Faizul Hashim, Farhan Daing, Yaya Nadzri dan ramai lagi. Di arahkan oleh pengarah berbakat dan jujur Shahrulezad Mohameddin yang pernah mengarahkan Seputeh Qaseh Ramadhan, Kerana Cintaku Saerah, Sutun, Sindarela, Rona Roni Makaroni dan terbaru sekali ialah Tari Tirana yang sedang di tayangkan di TV3 slot Lestary.

Tarikh : 5 September 2009 - 9.00 malam di Astro Ria (CH 104)

*i watch this telemovie last date,as usual from Ezad my idols.Jalan penceritaan yang baik dan penuh dengan moral.Kita tidak sedar,sesaat sahaja kita bisa melepasi sebuah garisan.Siapa kita untuk menghumban seseorang dan menilai akan dosa dan pahalanya.Tahukah kita bahawa Allah boleh memberikan kesedaran dalam sekelip mata sahaja dan syaitan boleh membuat manusia berpaling hanya dengan satu bisikan.



Azfar - Akan Ku Jumpa (Versi Ramadhan)

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu

Tuesday, September 08, 2009

aku kan menghilang dalam pekat malam,lepasku melayang...biarlah ku bertanya pada bintang bintang...


terkadang hidup ini sukar dimengertikan.jalinan cahaya yang kita sangkakan bakal menghiasi ruang bahagia,rupanya hanya dihidangkan sebentar cuma.aku seringkali tertanya tanya mana jalur cahaya yang datang melintang ruang penglihatanku tadi?alih alih aku lihat nun menyusup jauh ke tengah angkasa yang luas meredah ruang ruang yang sukar ku telah.saat itu tanganku telah habis sekudrat tenaga cuba mendongak lantas kononnya mampu menggapai jalinan cahaya tersebut.ianya tetap di situ,makin jauh meninggalkan aku..sayup sayup jauh.dalam linangan air mata kerana tidak mampu lagi melihat keindahannya dalam jarak dekat,ada senyum tipis yang hadir di wajah bila aku melihat cahayanya cantik,walau aku hanya mampu menatapnya di kejauhan ini.
begitu putaran masa beredar seiring dengan arus masa dan jalanan berliku yang kita lalui.segala galanya manis dan indah kerana lumrah manusia bisa merancang segala galanya dengan indah dan nyaman.siapa tahu,hati mana mudah ditelah tatkala rupa rupanya ianya bukan seindah biasa.hati berbelah bagi,hati libang libu dan terkesima melihat wajah kudus yang tidak sanggup ditinggalkan.lantas dusta menjadi ayat lazim harian.dengan alasan,tidak sanggup melukakan sekeping hati yang putih.mudah..manusia mudah melontarkan apa jua dengan alasan menjaga hati.tetapi sedarkah hati yang lara itu bila bila masa sahaja bisa dicampakkan ke lembah derita.saat itu,bila bicara tidak lagi sehaluan,bila ketidaksukaan keluarga menjadi doa,bila kasih berbelah bagi.maka yang ada hanya sisa sisa kekuatan dalam tangis yang amat terlalu murah harganya.wahai air mata,murahnya hargamu bisa dititiskan.saat itu ketabahan menjadi ayat mujarobat,ketenangan menjadi azimat.apa sebenarnya dan hidup ini penuh dengan tanda tanya?atau akhirnya diri yang akan kecewa,sehingga ke hujung nyawa.nyatanya perasaan dan hati tidak pernah berdusta.antara pasrah dan rela.benarkan ianya hidup subur dalam hati sehingga ke akhirnya.dan hati ini beginilah......

Mungkinkah bila kubertanya
Pada bintang-bintang
Dan bila ku mulai merasa
Bahasa kesunyian

Sadarkan aku yang berjalan
Dalam kehampaan
Terdiam, terpana terbata
Semua dalam keraguan

Aku dan semua
Yang terluka karena kita

Aku kan menghilang dalam pekat malam
Lepas ku melayang
Biarlah ku bertanya pada bintang bintang
Tentang arti kita
Dalam mimpi yang sempurna

Aku dan semua
Yang terluka karena kita

Dalam mimpi yang sempurna..


*...dunia ini berkehendak kita memilih
berkehendak kita sukar berkongsi
berkehendak kita menetapkan pegangan
dan berkehendak kita hidup dalam pertanyaan???

Friday, September 04, 2009

Ayat Ayat Syifa

All Beloved Friends,di sini aku turunkan untuk pengetahuan semua 'ayat ayat syifa'(syifa=penyembuh) agar kita bisa pulih dari sebarang penyakit apa pun dalam badan termasuk penyakit hati(hasad dengki,riak,bangga dan sebagainya).Moga tubuh badan kita zahir dan batin menjadi putih dan sihat dengan kita mengamalkan ayat ayat ini.Amin...Sekadar berkongsi yang baik datangnya dari Allah SWT.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.

AYAT-AYAT SYIFA

Imam Abu Qasim Qushairi rah. telah dilaporkan berkata: "seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir maut. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifa'? Mengapa tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah s.w.t.) disembuhkan?" Setelah jaga aku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Quran) maka aku temui ayat-ayat itu pada ENAM tempat. Ianya adalah seperti berikut:

At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 )


قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ | 14
وَيُذْهِبْ غَيْظَ قُلُوبِهِمْ وَيَتُوبُ اللّهُ عَلَى مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ | 15
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

Yunus ( surah 10 : ayat 57 )


يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ | 57
Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman

An-Nahl ( surah 16 : ayat 67-69 )

وَمِن ثَمَرَاتِ النَّخِيلِ وَالأَعْنَابِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَرًا وَرِزْقًا حَسَنًا إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ | 67
وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ | 68
ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ | 69
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan

Al-Isra' ( surah 17 : ayat 82 )

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا | 82
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian

Ash-Syu'ara ( surah 26 : ayat 75-80 )

قَالَ أَفَرَأَيْتُم مَّا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ | 75
أَنتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْأَقْدَمُونَ | 76
فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ | 77
الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ | 78
وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ | 79
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ | 80
Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku

Al-Fushilat ( surah 41 : ayat 44 )


وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا لَّقَالُوا لَوْلَا فُصِّلَتْ آيَاتُهُ أَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاء وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى أُوْلَئِكَ يُنَادَوْنَ مِن مَّكَانٍ بَعِيدٍ | 44

Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".

[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.