Followers

Tuesday, September 27, 2011

-

Aku di penghujungnya menghabiskan kontrak untuk satu projek game show selebriti. First dan last cukuplah aku bekerja untuk sebuah game show. Well senang sebenarnya menulis skrip game show dibandingkan menulis untuk drama dan dokumentari misalnya. Tetapi remeh dan renyah itu membuatkan aku serik. Apa pun aku salute pada all of the team yang involved kerana semuanya adalah terbaik, kecuali ada beberapa perkara aku kurang berkenan. Well dah habis pun. Cukuplah, enough is enough!

Usai menghadiri EGM SWAM pada di PWTC pada minggu lalu. Sebulat suara kami ahli SWAM dan Gabungan Penulis Skrip Bebas Malaysia (GBPSM) memilih saudara Jamil Mutalib dan Timbalan iaitu Martias Mohd Ali. Mungkin mereka lebih baik dari presiden yang dahulu. Tetapi apa pun pada aku, nasib penulis perlu dibela. Bukan berdegar degar dengan pelbagai janji manis, akhirnya penulis2 sendiri yang berjuang keras mendapatkan job dan ditipu produser tanpa sebarang pembelaan. Tidak kiralah siapa orangnya, asalkan mereka belajar akan kegagalan orang terdahulu. Bak kata Abg Mazelan Manan aku setuju, KAMI SUDAH TERLALU LAMA DIJADIKAN KAMBING HITAM.

Permintaan produser untuk proposal sekarang ini umpama goreng pisang panas! Masing masing cuba merebut job untuk slot tahun depan. Dan aku masih biasa, umpama memasang pancing, mengenakan umpan dan melihat mana produksi dan slot mana di TV yang lekat dengan umpanku. Semoga ada yang berkenan di hati produser TV. InsyaALLAH.

Semakin bangga bergelar ibu pada usia 34 tahun, bila anak daraku sudah menginjak ke peringkat akil baligh. Memang semakin besar juga cabaran untuk aku menjaganya. Bakal menyunatkan anak bujangku pada hujung tahun ini. Jadi aku punya 2 anak yang sudah bergelar remaja. Tanggungjawab ini akan aku galas, sehingga titik nokhtah terakhir.

Okay, korang aku nak sambung buat proposal. Dapat atau tidak, permintaan mereka harus aku penuhi. Ianya untuk meneruskan kelansungan hidup.

' terlalu lama aku mencuba
telah banyak cinta yang ku damba
tiada sempurna, hanyalah Fana
Tuhan ampuni hambaMu'