Followers

Wednesday, March 28, 2012



Zaenab dalam filem Syahadat Cinta

...dengan mengharap kecintaan Allah, saya menerima takdir
apakah cinta itu dapat menyatukan kita atau pun hanya sekadar
menyatukan hati kita sebagai insan yang berusaha menjadi hamba-hambaNya?
Saya rela menjadi sebahagian daripada kehidupan Abang. Tetapi saya pun ikhlas jika melihat ikatan suci perkahwinan antara abang dengan Lia atau pun Khaura...


* petikan kata-kata Zaenab dalam novel Makrifat Cinta.

Betapa membacanya saya bisa menangis, redha Zaenab...kepasrahan Zaenab menyandarkan cintanya begitu saya kagumi. Kalau saya bisa menjadi seperti dia? Sentiasa pasrah, sentiasa bermunajat dan berpaksikan cinta-cinta hanya pada Rabb...aduhai manisnya cinta mengenal Rabb....

Saturday, March 24, 2012



"Cuma ada 2 hal besar di dalam hidup ini, yakni CINTA & KEMATIAN,
ketika kita siap menerimanya, bererti kita siap menghadapi apa sahaja"

Monday, March 19, 2012

Taufiqurrahman Al Azizy :)

Banyak perancangan untuk projek menerbitkan karya sendiri yang kesemuanya ke jalan Allah. Mendidik penonton untuk belajar mencintai Allah. Saya akan lupakan, jika offer yang diterima merupakan cerita-cerita yang penuh klishe apatah lagi tidak bersifat islamik yang sudah seperti cendawan tumbuh melata di kaca TV. Justeru, di sini saya mendambakan agar saya menjadi pengkarya yang tetap utuh berpegang mengembangkan karya-karya berbentuk Islam dalam apa medium sekali pun. Mengambil contoh rumah produksi 'Layar Consult' diterajui oleh Tuan Haji Abu Hassan Morad dan Erma Fatima dengan Rumah Karya Citra, saya kagum dengan pengisian mereka dalam berkarya. Tertib dan penuh syahdu menjentik ruang hati saya menyintaiNya. Biarkan saya bersaing dengan mereka untuk sama-sama membawa penonton dengan buah cinta Islam...aduh saya rela, jika berjihad ke jalan yang satu itu.


TAUFIQURRAHMAN AL AZIZY

Hari ini, saya berpeluang berbicara dengan novelis agung islamik Indonesia iaitu Taufiqurrahman Al Azizy menerusi laman sosial dan hp. Berdasarkan bicara itu ada perancangan yang dibuat bersama, untuk divisualkan jika Tuhan berkehendak. Sukanya saya...Pinta saya sekali lagi, agar Allah melorongkan kolaborasi kami.

Justeru saya akan ke Jakarta bertemu Taufiqurrahman Al Azizy (moga dapat cepat). Semoga shooting dan skrip saya tidak cemburu pada saya membilang hari berjumpa dengan Taufiq..:)

"Menulis tidak perlu mencari ilham. Biar ilham itu yang datang sendiri. Lalu bagaimana hendak ilham itu datang sendiri? Jauhkan dosa kerana orang yang berdosa hatinya gelap lalu ilham sukar menembusi hatinya" TAUFIQURRAHMAN AL AZIZY
sumber : blog dingin.blogspot.com

Tuesday, March 13, 2012

apa yang kita nak selalunya tidak akan dapat
malah expectation kita melalui orang-orang tertentu yang mendamba kita setinggi langit juga bukan lampu hijau dalam menjanjikan apa-apa
tapi aku tidak kecewa secara total
kerana aku berdiri di sini biar lagi sepuluh tahun pun
aku akan tetap menunggu
menunggu sirna itu
sirna yang aku inginkan sekian lama
mendaki tangga syurga firdausi
belaian kalbu Rabbul Izzati...

Thursday, March 01, 2012

How To Pitch Documentaries Internationally

28hb lepas aku ke FINAS sekadar melarikan diri daripada kemelut berkarya yang menyesakkan otak. Di FINAS aku menghadiri satu bengkel anjuran MyDoc dan FINAS iaitu 'HOW TO PITCH DOCUMENTARIES INTERNATIONALLY?'. Panel-panel jemputan terdiri daripada Lina Teoh, Harun Rahman, Chew Han Tah, Shun Ming, Justin Ong & Nandita Solomon. Pergh, ni orang-orang yang pernah menembusi Discovery Chanel melalui FINAS. Thumbs up guys!

Seterusnya biar visual berbicara dan aku tempekkan sedikit nota buat tatapan.

-2,3 minutes trailer to convince commisioning editor
-normally commisioning editor will choose 1)must have it in tv station 2)nice to have it now
-they want to see important things inside a trailer
-IS NOT RIGHT OR WRONG, IS YOUR THINK
-what is story inside trailer?
- most of us try to put 5 minutes documentary inside a trailer!
-teaser means, i want to show you but not everythings
-must have a caption inside, not interview
-CASTS - C=Character A=Access S=Stuff T=Treatment S=Skill
-subtitle its just 2 lines
-ending credit inside trailer, dont put a film from...its will make coms editor dont like you sometimes
-Crossing Borders pitching it just 7 minutes!
-character driven more effective
-dont mentioned history and archive which audience know