Followers

Friday, October 28, 2011

aduh duh perasaan...

..dah lama tak ada perasaan ini..
...apakah?

'sudikah awak jadi teman hidup saya, hanya untuk dalam mimpi?'
saya tahu bunyinya mcm bodoh, kerana realitinya awak takkan dapat menerima saya..
dan sebab itu saya mohon keizinan itu..supaya awak sentiasa dalam ingatan saya
bercinta dengan saya, menjadi pasangan hidup saya, WALAU HANYA DALAM MIMPI
kerana itu sudah cukup membahagiakan saya..

Thursday, October 20, 2011

Untuk 'A' ;)

http://www.youtube.com/watch?v=UNWqvr0g750

Andaikan Kau Masih Ada
Berdiri Mendampingiku
Ku Ingin Kau Pun Tahu
Betapa Ku Menyayangimu

Andai Kan Ku Sanggup Untuk
Memutar Kembali Waktu
Tak Pernah Sekejap Pun
Ku Alihkan Engkau Dari Perhatianku

Reff :

Selama Hidupku Hanyalah Dirimu
Yang Sanggup Menyinggahi Ruang Ruang Hidupku
Selama Hidupku Hanyalah Dirimu
Yang Sanggup Menempati Ruang Ruang Hatiku


Andaikan Kau Masih Ada
Berdiri Mendampingiku

Ku Ingin Kau Pun Tahu
Betapa Ku Menyayangimu

Andai Kan Ku Sanggup Untuk
Memutar Kembali Waktu
Tak Pernah Sekejap Pun
Ku Alihkan Engkau Dari Perhatianku

Back To Reff

Menyinggahi Menempati Ruang Ruang Hatiku

Tuesday, October 18, 2011

Alhamdulillah...

Another proposal approved with RTM. It's a magazine programme for 13 eps. Semoga Allah mempermudahkan langkah perjalanan seterusnya. Syukran & Amin Ya Rabbal Alamin...

..sambung menulis eps 2 20 eps drama for TV3 & a few proposals.

Monday, October 17, 2011

Dalam Berpuluh Puluh Proposals

Dalam berpuluh? (bolehlah dikatakan berpuluh) proposalku salah satunya diterima untuk siaran sebuah slot baru di TV3. Syukur Alhamdulillah. Jadi aku sedang dalam 'gelanggang silat' memperasap kemenyan juga untuk menyudahinya sehingga ke eps 20. Dijangka tayangannya adalah pada March 2012. Drama rantaian ini bertitik tolak berinspirasikan sebuah filem hebat Malaysia pada tahun 1981.

Hari ini juga aku baru balik usai bertemu dengan seorang Dato'. Rupa rupanya satu proposalku pernah singgah di produksinya. Haha, jadi takdir mempertemukan aku dengan ownernya hari ini. Mungkin ini juga adalah permulaan titik tanpa henti untuk ke kubah kejayaan. Aku dipertanggungjawabkan untuk membina proposal sebuah dokumentari berbentuk majalah untuk RTM dan series untuk TV3 dan RTM. Satu telemovie daripada produksi ini sudah berada di dalam genggaman. Aku cuma perlu mempercantikkan jalan ceritanya dan selepas itu akan mula menulis. Ianya untuk siaran cerekarama TV3. Jika salah satu program ini Allah setuju, aku akan in and off di Malaysia :)

Dan Mr E yang aku hormati, tetap menelefon ku. Aku kagum dengan keperibadian seorang produser berbangsa Cina ini walau sifat mahu tahuku selalu membuatkannya sedikit tinggi suara...haha. Lewat temujanji kami makan tengahari di Bukit Antarabangsa tempoh hari tanpa sangka dia mengeluarkan cek dan membayarku pada proposal yang tidak approved. Diulangi ya, tidak approved. Aku boleh terima pada proposal yang approved dibayar, tetapi ini membuatkan aku terkesima jugak la seketika. Dah la dia berbangsa Cina. Ini ku rasakan penghormatan hebat buatku dalam industri ini di sebalik kotor dan lumpurnya dunia bergelar pengkarya. Dengannya lagi,menghormatinya juga aku diberikan amanah untuk membina proposal yang bagiku agak berat,mengenai agama Islam dan permasalahan sosial. Dan aku juga kagum dengannya walau berbangsa Cina karyanya banyak mendominasi isinya mengenai Islam. Ini untuk siaran TV Al Hijrah dan RTM.

Dan aku nak sambung tulis skrip dan proposals.

Thursday, October 13, 2011

Lelah Proposals

KAK RR
"Yan, akak nak proposal untuk TV Hijrah. Konsep dia mesti berkenaan dengan penghijrahan. Ini untuk satu tahun penubuhan diorang next year"

AKU
" Ok Sis"

KAK II
"Yan, proposal Yan yg hari tu memang menarik. Akak mmg confirm TV3 suka. Tapi masa submit tu hr comp akak comp baru, jd diorang tak bleh kasi lagi slot series...telemovie bolehlah. Kalau ada tele proposals,Yan send akak eh. Next week akak nak pitching ke ASTRO"

AKU
"Ok Sis L"

MR EK
"Azian, hows our project especially proposals we work out together. When i come back from Bangkok, i want to submit all to ASTRO. Can you finish all before end of Sept?"

AKU
"i'll try my best sir"

MR EE
(Before went to Bangkok)"Azian, please complete this proposals because it confirmed shoot on Nov in overseas,location that Tv station select'

AKU
"Owh! Sounds good. I'll will"

KAK RR
"Yan, Kak Z nak submit pada Kak T proposal pasal drama berlokasikan tempat di C negara T. Yan cuba research the place and buat dalam 26 eps"

AKU
"Owh, saya tahu tempat tu...nanti saya research dan saya buat"

U
"Yan, project kita tu aku rasa tak jadi, sbb F dah berpaling dr nk fund kita"

AKU
"Ha? Biar betul C?"

U
"Betullah Yan, takkan aku nak tipu pulak..sekarang ni nampaknya kita masing2 survive nak kena cari jalan untuk dapatkan project"

ABG J
"Yan, boleh follow abang untuk tulis skrip pasal Haji?"

AKU
"Ya Allah sukanya bang...tapi kontrak saya untuk project ni tak habis lagi"



Itu antara dialog2 yang menjadi makanan ruji untuk aku telan sepanjang bergelumang dalam lumpur industri ini. Telefon aku memang tidak pernah sunyi bila pitching mahu berlangsung. Masa ni lah penulis skrip umpama pisang goreng panas kerana semua producer berkehendakkan proposalsnya. Masa ni aku rasa, kalau boleh producer sampai nak sembah penulis skrip, dia akan sembahlah. Kemudian, bulan berlalu,malah tahun berlalu pun ada. Mana pergi producer,orang yang bermulut manis macam tebu itu? Bila insiden ini terjadi aku teringat macam doktor dengan pesakit pulak. Bila sakit aje pesakit datang jumpa doktor, bila tak sakit nak masuk klinik pun dia tak nak. Tapi paling menjengkelkan beberapa penulis yang sudah terkena selepas itu, tup tup ceritanya keluar di kaca TV dengan nama penulis yang lain. Lebih parah jalan selamat, cerita diubah sikit2 dan mereka mengaku itu hak cipta mereka. Haha, memang gampang!;-P

Aku tidak terkecuali mendapat tempias penipuan,pengabaian,penindasan insan insan yang boleh aku katakan tidak patut berada di dalam industri ini. Serius, aku tidak tahu bagaimana mahu berkata atau apakah yang mahu aku luahkan. Sakit hati dan marah bercampur baur bersatu.

Ditambah dengan pergolakan badan yang sepatutnya lagi melindungi penulis,pengkarya seperti SWAM,PROFIMA,KARYAWAN dan entah apa apa lagi. Pergolakan itu menyesakkan dadaku umpama perokok tegar yang akan kena kanser paru paru lagaknya. Lantas di mana perahu perlu kami berlindung? Kursus atau jam yang dijanjikan untuk kami, aku tidak tahu ke mana perginya. Atau sama seperti nakhoda kapal, hilang arahkah? Membuatkan aku seakan setuju untuk bergerak sendiri sendiri sahaja dengan perahu kecil milik aku mengemudi lautan yang luas berombak ganas.

Projek 90 peratus sudah dalam genggaman, sudah acapkali aku dapat dari mulut mulut manis. Tetapi rupanya sekadar menanam tebu di bibir. Hati siapalah tidak gembira bila proposal yang kita usahakan baik dari idea mereka sekali pun dari kita diterima pihak produksi dan stesen. Ya Allah bahagia rasanya, sementelah kita sudah mencongak congak bayaran untuk expenses kehidupan dalam tempoh 6 bulan atau setahun dengan payment itu. Tapi selepas itu senyap! haha...Kalau dulu aku ralat,sedih la...sekarang masih juga. Cuma aku sudah mampu menghadapinya dengan rasional dan tenang. Selagi tidak ada black and white mengatakan projek itu dalam genggaman (itu pun kadang kala kena tipu) selagi itulah aku harus menempatkan diri untuk jauh jauh memasang angan angan.

Aku menulis proposal purata dalam 2 hari adalah satu. Jadi boleh bayangkanlah berapa sudah proposal drama(tele/bersiri),majalah,program tv dan dokumentari yang aku telah keluarkan dari otak kecil ini. Betapa sudah banyak aku mengerah tenaga. Tapi itu adalah makanan ruji seperti kataku, mengingatkan aku juga kata kata penulis senior yang ku kenali Kak Maizurah Ederis (penulis Nur Kasih dan Nora Elena) bahawa proposalnya dulu tahap awal seperti tebal bantal tu. Ya aku akui,itulah juga yang berlaku dalam fasa hidup aku sekarang sebagai penulis.

Seperkara adalah rate.Isu ini tidak akan pernah habis habis dari zaman wujudnya penulis skrip Malaysia hingga kini. Gabungan Bebas Penulis Skrip Malaysia (GBPSM)telah menetapkan untuk telemovie ianya harus standard RM5,000 tidak harus kurang dari itu. Malah Abg Mazelan Manan mampu mendapat RM8,000. Drama berdurasi setengah jam tidak kurang daripada RM1,000 dan untuk 1 jam adalah tidak kurang dari RM2,000. Tapi!!! Banyak bangkangan perkara sebegini terjadi terutamanya dari kalangan penerbit. Alasan mereka, jika karya berikut jauh hebat dari penulis penulis hebat Malaysia dan jauh lari kualitinya daripada tahap kuarantin mereka bagaimana mahu mereka membayar mengikut harga sebegitu! Lagi, kami hanya ada bajet sekian sekian kerana stesen TV membayar bayar sekian sekian. Jadi....aku rasa selayaknya harga sebegitu boleh diwar warkan kepada produser yang kita bekerja, namun dalam masa yang sama kita harus memperbaiki kualiti penulisan. Kalau berani, atau harus berani tetaplah dengan harga sebegitu. Aku bukan tidak mencuba, malah selain daripada itu aku turuti segala rate bila mana seorang producer juga harus membayar 10% bila sudah mula mahu menulis dan tahap pembayaran selepas itu adalah 25%-25% dan 25%. Aku? Tidak pernah mendapat 'layanan' sedemikian sepanjang menulis. Malah pernah ditipu dengan telemovie dibayar RM1,500,RM2,500 dan series 1 jam sebanyak RM1,200! Bodohkah aku? Dulu aku agak naif. Tetapi sekarang bila aku cuba berpegang pada rate, aku ditertawakan oleh bagiku badut badut bila mana mereka kata "Yan, kau bukan Mazelan Manan untuk kami bayar harga sebegitu". Bukan mudah mempertahankan sebuah pendirian. Malah aku telah mengotakan pendirian. Hasilnya selepas itu beberapa projek yang mungkin ada potensi dalam genggaman seperti dokumentari FINAS dan sebagainya terlepas. Lantas, cuba kalian duduk di tempatku adakah kalian harus terus mempertahankan 'rate' itu atau masih boleh 'let go' lagi mengikut kehendak mereka? Dalam erti kata lain menjadi kuda yang dipukul dari pedati dan mereka adalah pedati itu? Jika tidak 'soru' miss dan bagaimana pula mahu membayar yuran sekolah anak anak? Sedangkan selama ini bergantung kepada penulisan? Sudahnya mungkin aku akan menerima 'rate' dari sebuah projek drama bersiri TV3 untuk slot baru yang aku difahamkan dibayar TV3 ciput pada produksi ini. Melalui pengalaman ku dahulu berurusan dengan mereka untuk 1 jam yang aku pernah dibayar RM1,200...jadi bila bajet sudah di cantas, adakah aku harus menerima RM1,100,RM1,000,RM900 atau RM800 untuk episod berdurasi 1 jam? Ditelan mati anak,diluah mati bapak.

Jujurnya aku kecewa dengan industri. Namun 'passion' ini menahanku untuk terus berjuang di sini. Semoga ada sinar untukku untuk hari esok untuk hidup ini bukan bermewah mewah, tetapi penuh dengan kesederhanaan untuk kebutuhan kehidupan.

2.30pm
@ Home - Sunway Petaling Jaya Selangor