Followers

Thursday, October 20, 2011

Untuk 'A' ;)

http://www.youtube.com/watch?v=UNWqvr0g750

Andaikan Kau Masih Ada
Berdiri Mendampingiku
Ku Ingin Kau Pun Tahu
Betapa Ku Menyayangimu

Andai Kan Ku Sanggup Untuk
Memutar Kembali Waktu
Tak Pernah Sekejap Pun
Ku Alihkan Engkau Dari Perhatianku

Reff :

Selama Hidupku Hanyalah Dirimu
Yang Sanggup Menyinggahi Ruang Ruang Hidupku
Selama Hidupku Hanyalah Dirimu
Yang Sanggup Menempati Ruang Ruang Hatiku


Andaikan Kau Masih Ada
Berdiri Mendampingiku

Ku Ingin Kau Pun Tahu
Betapa Ku Menyayangimu

Andai Kan Ku Sanggup Untuk
Memutar Kembali Waktu
Tak Pernah Sekejap Pun
Ku Alihkan Engkau Dari Perhatianku

Back To Reff

Menyinggahi Menempati Ruang Ruang Hatiku

Tuesday, October 18, 2011

Alhamdulillah...

Another proposal approved with RTM. It's a magazine programme for 13 eps. Semoga Allah mempermudahkan langkah perjalanan seterusnya. Syukran & Amin Ya Rabbal Alamin...

..sambung menulis eps 2 20 eps drama for TV3 & a few proposals.

Monday, October 17, 2011

Dalam Berpuluh Puluh Proposals

Dalam berpuluh? (bolehlah dikatakan berpuluh) proposalku salah satunya diterima untuk siaran sebuah slot baru di TV3. Syukur Alhamdulillah. Jadi aku sedang dalam 'gelanggang silat' memperasap kemenyan juga untuk menyudahinya sehingga ke eps 20. Dijangka tayangannya adalah pada March 2012. Drama rantaian ini bertitik tolak berinspirasikan sebuah filem hebat Malaysia pada tahun 1981.

Hari ini juga aku baru balik usai bertemu dengan seorang Dato'. Rupa rupanya satu proposalku pernah singgah di produksinya. Haha, jadi takdir mempertemukan aku dengan ownernya hari ini. Mungkin ini juga adalah permulaan titik tanpa henti untuk ke kubah kejayaan. Aku dipertanggungjawabkan untuk membina proposal sebuah dokumentari berbentuk majalah untuk RTM dan series untuk TV3 dan RTM. Satu telemovie daripada produksi ini sudah berada di dalam genggaman. Aku cuma perlu mempercantikkan jalan ceritanya dan selepas itu akan mula menulis. Ianya untuk siaran cerekarama TV3. Jika salah satu program ini Allah setuju, aku akan in and off di Malaysia :)

Dan Mr E yang aku hormati, tetap menelefon ku. Aku kagum dengan keperibadian seorang produser berbangsa Cina ini walau sifat mahu tahuku selalu membuatkannya sedikit tinggi suara...haha. Lewat temujanji kami makan tengahari di Bukit Antarabangsa tempoh hari tanpa sangka dia mengeluarkan cek dan membayarku pada proposal yang tidak approved. Diulangi ya, tidak approved. Aku boleh terima pada proposal yang approved dibayar, tetapi ini membuatkan aku terkesima jugak la seketika. Dah la dia berbangsa Cina. Ini ku rasakan penghormatan hebat buatku dalam industri ini di sebalik kotor dan lumpurnya dunia bergelar pengkarya. Dengannya lagi,menghormatinya juga aku diberikan amanah untuk membina proposal yang bagiku agak berat,mengenai agama Islam dan permasalahan sosial. Dan aku juga kagum dengannya walau berbangsa Cina karyanya banyak mendominasi isinya mengenai Islam. Ini untuk siaran TV Al Hijrah dan RTM.

Dan aku nak sambung tulis skrip dan proposals.

Thursday, October 13, 2011

Lelah Proposals

KAK RR
"Yan, akak nak proposal untuk TV Hijrah. Konsep dia mesti berkenaan dengan penghijrahan. Ini untuk satu tahun penubuhan diorang next year"

AKU
" Ok Sis"

KAK II
"Yan, proposal Yan yg hari tu memang menarik. Akak mmg confirm TV3 suka. Tapi masa submit tu hr comp akak comp baru, jd diorang tak bleh kasi lagi slot series...telemovie bolehlah. Kalau ada tele proposals,Yan send akak eh. Next week akak nak pitching ke ASTRO"

AKU
"Ok Sis L"

MR EK
"Azian, hows our project especially proposals we work out together. When i come back from Bangkok, i want to submit all to ASTRO. Can you finish all before end of Sept?"

AKU
"i'll try my best sir"

MR EE
(Before went to Bangkok)"Azian, please complete this proposals because it confirmed shoot on Nov in overseas,location that Tv station select'

AKU
"Owh! Sounds good. I'll will"

KAK RR
"Yan, Kak Z nak submit pada Kak T proposal pasal drama berlokasikan tempat di C negara T. Yan cuba research the place and buat dalam 26 eps"

AKU
"Owh, saya tahu tempat tu...nanti saya research dan saya buat"

U
"Yan, project kita tu aku rasa tak jadi, sbb F dah berpaling dr nk fund kita"

AKU
"Ha? Biar betul C?"

U
"Betullah Yan, takkan aku nak tipu pulak..sekarang ni nampaknya kita masing2 survive nak kena cari jalan untuk dapatkan project"

ABG J
"Yan, boleh follow abang untuk tulis skrip pasal Haji?"

AKU
"Ya Allah sukanya bang...tapi kontrak saya untuk project ni tak habis lagi"



Itu antara dialog2 yang menjadi makanan ruji untuk aku telan sepanjang bergelumang dalam lumpur industri ini. Telefon aku memang tidak pernah sunyi bila pitching mahu berlangsung. Masa ni lah penulis skrip umpama pisang goreng panas kerana semua producer berkehendakkan proposalsnya. Masa ni aku rasa, kalau boleh producer sampai nak sembah penulis skrip, dia akan sembahlah. Kemudian, bulan berlalu,malah tahun berlalu pun ada. Mana pergi producer,orang yang bermulut manis macam tebu itu? Bila insiden ini terjadi aku teringat macam doktor dengan pesakit pulak. Bila sakit aje pesakit datang jumpa doktor, bila tak sakit nak masuk klinik pun dia tak nak. Tapi paling menjengkelkan beberapa penulis yang sudah terkena selepas itu, tup tup ceritanya keluar di kaca TV dengan nama penulis yang lain. Lebih parah jalan selamat, cerita diubah sikit2 dan mereka mengaku itu hak cipta mereka. Haha, memang gampang!;-P

Aku tidak terkecuali mendapat tempias penipuan,pengabaian,penindasan insan insan yang boleh aku katakan tidak patut berada di dalam industri ini. Serius, aku tidak tahu bagaimana mahu berkata atau apakah yang mahu aku luahkan. Sakit hati dan marah bercampur baur bersatu.

Ditambah dengan pergolakan badan yang sepatutnya lagi melindungi penulis,pengkarya seperti SWAM,PROFIMA,KARYAWAN dan entah apa apa lagi. Pergolakan itu menyesakkan dadaku umpama perokok tegar yang akan kena kanser paru paru lagaknya. Lantas di mana perahu perlu kami berlindung? Kursus atau jam yang dijanjikan untuk kami, aku tidak tahu ke mana perginya. Atau sama seperti nakhoda kapal, hilang arahkah? Membuatkan aku seakan setuju untuk bergerak sendiri sendiri sahaja dengan perahu kecil milik aku mengemudi lautan yang luas berombak ganas.

Projek 90 peratus sudah dalam genggaman, sudah acapkali aku dapat dari mulut mulut manis. Tetapi rupanya sekadar menanam tebu di bibir. Hati siapalah tidak gembira bila proposal yang kita usahakan baik dari idea mereka sekali pun dari kita diterima pihak produksi dan stesen. Ya Allah bahagia rasanya, sementelah kita sudah mencongak congak bayaran untuk expenses kehidupan dalam tempoh 6 bulan atau setahun dengan payment itu. Tapi selepas itu senyap! haha...Kalau dulu aku ralat,sedih la...sekarang masih juga. Cuma aku sudah mampu menghadapinya dengan rasional dan tenang. Selagi tidak ada black and white mengatakan projek itu dalam genggaman (itu pun kadang kala kena tipu) selagi itulah aku harus menempatkan diri untuk jauh jauh memasang angan angan.

Aku menulis proposal purata dalam 2 hari adalah satu. Jadi boleh bayangkanlah berapa sudah proposal drama(tele/bersiri),majalah,program tv dan dokumentari yang aku telah keluarkan dari otak kecil ini. Betapa sudah banyak aku mengerah tenaga. Tapi itu adalah makanan ruji seperti kataku, mengingatkan aku juga kata kata penulis senior yang ku kenali Kak Maizurah Ederis (penulis Nur Kasih dan Nora Elena) bahawa proposalnya dulu tahap awal seperti tebal bantal tu. Ya aku akui,itulah juga yang berlaku dalam fasa hidup aku sekarang sebagai penulis.

Seperkara adalah rate.Isu ini tidak akan pernah habis habis dari zaman wujudnya penulis skrip Malaysia hingga kini. Gabungan Bebas Penulis Skrip Malaysia (GBPSM)telah menetapkan untuk telemovie ianya harus standard RM5,000 tidak harus kurang dari itu. Malah Abg Mazelan Manan mampu mendapat RM8,000. Drama berdurasi setengah jam tidak kurang daripada RM1,000 dan untuk 1 jam adalah tidak kurang dari RM2,000. Tapi!!! Banyak bangkangan perkara sebegini terjadi terutamanya dari kalangan penerbit. Alasan mereka, jika karya berikut jauh hebat dari penulis penulis hebat Malaysia dan jauh lari kualitinya daripada tahap kuarantin mereka bagaimana mahu mereka membayar mengikut harga sebegitu! Lagi, kami hanya ada bajet sekian sekian kerana stesen TV membayar bayar sekian sekian. Jadi....aku rasa selayaknya harga sebegitu boleh diwar warkan kepada produser yang kita bekerja, namun dalam masa yang sama kita harus memperbaiki kualiti penulisan. Kalau berani, atau harus berani tetaplah dengan harga sebegitu. Aku bukan tidak mencuba, malah selain daripada itu aku turuti segala rate bila mana seorang producer juga harus membayar 10% bila sudah mula mahu menulis dan tahap pembayaran selepas itu adalah 25%-25% dan 25%. Aku? Tidak pernah mendapat 'layanan' sedemikian sepanjang menulis. Malah pernah ditipu dengan telemovie dibayar RM1,500,RM2,500 dan series 1 jam sebanyak RM1,200! Bodohkah aku? Dulu aku agak naif. Tetapi sekarang bila aku cuba berpegang pada rate, aku ditertawakan oleh bagiku badut badut bila mana mereka kata "Yan, kau bukan Mazelan Manan untuk kami bayar harga sebegitu". Bukan mudah mempertahankan sebuah pendirian. Malah aku telah mengotakan pendirian. Hasilnya selepas itu beberapa projek yang mungkin ada potensi dalam genggaman seperti dokumentari FINAS dan sebagainya terlepas. Lantas, cuba kalian duduk di tempatku adakah kalian harus terus mempertahankan 'rate' itu atau masih boleh 'let go' lagi mengikut kehendak mereka? Dalam erti kata lain menjadi kuda yang dipukul dari pedati dan mereka adalah pedati itu? Jika tidak 'soru' miss dan bagaimana pula mahu membayar yuran sekolah anak anak? Sedangkan selama ini bergantung kepada penulisan? Sudahnya mungkin aku akan menerima 'rate' dari sebuah projek drama bersiri TV3 untuk slot baru yang aku difahamkan dibayar TV3 ciput pada produksi ini. Melalui pengalaman ku dahulu berurusan dengan mereka untuk 1 jam yang aku pernah dibayar RM1,200...jadi bila bajet sudah di cantas, adakah aku harus menerima RM1,100,RM1,000,RM900 atau RM800 untuk episod berdurasi 1 jam? Ditelan mati anak,diluah mati bapak.

Jujurnya aku kecewa dengan industri. Namun 'passion' ini menahanku untuk terus berjuang di sini. Semoga ada sinar untukku untuk hari esok untuk hidup ini bukan bermewah mewah, tetapi penuh dengan kesederhanaan untuk kebutuhan kehidupan.

2.30pm
@ Home - Sunway Petaling Jaya Selangor

Tuesday, September 27, 2011

-

Aku di penghujungnya menghabiskan kontrak untuk satu projek game show selebriti. First dan last cukuplah aku bekerja untuk sebuah game show. Well senang sebenarnya menulis skrip game show dibandingkan menulis untuk drama dan dokumentari misalnya. Tetapi remeh dan renyah itu membuatkan aku serik. Apa pun aku salute pada all of the team yang involved kerana semuanya adalah terbaik, kecuali ada beberapa perkara aku kurang berkenan. Well dah habis pun. Cukuplah, enough is enough!

Usai menghadiri EGM SWAM pada di PWTC pada minggu lalu. Sebulat suara kami ahli SWAM dan Gabungan Penulis Skrip Bebas Malaysia (GBPSM) memilih saudara Jamil Mutalib dan Timbalan iaitu Martias Mohd Ali. Mungkin mereka lebih baik dari presiden yang dahulu. Tetapi apa pun pada aku, nasib penulis perlu dibela. Bukan berdegar degar dengan pelbagai janji manis, akhirnya penulis2 sendiri yang berjuang keras mendapatkan job dan ditipu produser tanpa sebarang pembelaan. Tidak kiralah siapa orangnya, asalkan mereka belajar akan kegagalan orang terdahulu. Bak kata Abg Mazelan Manan aku setuju, KAMI SUDAH TERLALU LAMA DIJADIKAN KAMBING HITAM.

Permintaan produser untuk proposal sekarang ini umpama goreng pisang panas! Masing masing cuba merebut job untuk slot tahun depan. Dan aku masih biasa, umpama memasang pancing, mengenakan umpan dan melihat mana produksi dan slot mana di TV yang lekat dengan umpanku. Semoga ada yang berkenan di hati produser TV. InsyaALLAH.

Semakin bangga bergelar ibu pada usia 34 tahun, bila anak daraku sudah menginjak ke peringkat akil baligh. Memang semakin besar juga cabaran untuk aku menjaganya. Bakal menyunatkan anak bujangku pada hujung tahun ini. Jadi aku punya 2 anak yang sudah bergelar remaja. Tanggungjawab ini akan aku galas, sehingga titik nokhtah terakhir.

Okay, korang aku nak sambung buat proposal. Dapat atau tidak, permintaan mereka harus aku penuhi. Ianya untuk meneruskan kelansungan hidup.

' terlalu lama aku mencuba
telah banyak cinta yang ku damba
tiada sempurna, hanyalah Fana
Tuhan ampuni hambaMu'

Tuesday, August 23, 2011

kita pohon kemenangan, meroboh kota keAKUan...

Argh! blog dah bersarang....malu seyh!

Aku sibuk, penat dan segala benda mak nenek 'dunia' yang datang. Sibuk dengan projek yang sedang aku buat sekarang til Sept. Lepas tu sibuk dengan proposal2 yang perlu aku penuhi dengan beberapa buah produksi. Hantar 2,3 sinopsis pada Zeel Production...dan mereka suruh aku edit balik dengan plot yang bagus...huhu. Ada juga yang telah dihantar ke Global Station, GB dan beberapa produksi yang relate to Astro. Then melalui sebuah produksi, Astro Prima menghendaki pula sebuah travelog high class. Pun dalam sessi pitching. Kalau approved, by Nov dah shoot....Bless for me guys! Apa pun apa juga bentuk rezeki berkisarkan skrip dan produce aku terima. Ikutkan jiwaku memang cenderung kepada drama dan magazine berbentuk travelog islamik.

Yassin belum sunat. Ingat nak sunatkan dia selepas raya...but selepas raya pulak dia periksa UPSR. So kenalah tunggu habis UPSR. Plan nak menyunatkan anak bujangku ini asyik tertangguh aje. Then need to plan dia punya sekolah menengah di one of the tahfiz. Semoga Allah mempermudahkan.

Puasa penuh dengan shoot. Ada week yang aku straight kerja 7 days. Dan Syawal bakal menjelang. Preparation? Erk...tunggu payment la kan...baru nak beli everythings. Syawal ni bagi aku yang penting hari raya pertama aje. Ada baju baru untuk anak2, kasut baru, masak rendang kerbau adalah kemestian bagi suku kaum Rao spt aku, lemang/ketupat. Nak mengimbau kenangan bersama arwah opah aku akan masak lengkong...korang tau apa tu lengkong? haha...tu adalah agar2 merah. Bancuh sirap panas...Ziarah ke kubur, tidak semestinya pada hari raya. Aku nak ke kubur bila bila masa sahaja. Untuk aku ada atau tidak baju raya...bukan kepentingan lagi. Paling ada sehelai pun dah cukup. The most important things aku harus mengunjungi ibu2 dan bapa2 saudara kandungku yang masih hidup. Takut aku atau mereka tidak sempat, kerana ajal tidak mengenal usia....

Syawal bakal menjelang..buat semua pembaca blog ini jika ada...

'kita pohon kemenangan, meroboh kota keAKUan
ini saatnya yang ku nanti2
mereka yang dilanda derita
redhalah harimu kan tiba
cahaya KEKASIH yang benar
menghapus segala api kemarahan...'


Salam Syawal & Mohon Maaf Zahir Batin


Saturday, July 09, 2011

Love My Passions - A Productions!

Lama dah blog ni bersarang. Saya agak sibuk dengan beberapa perkara, terutamanya proposal demi proposal yang diminta oleh pihak2 tertentu baik drama atau pun magazine programme. Tak sangka pulak banyak peluang berjumpa dengan orang orang tertentu dan diberi peluang pula oleh diorang ni untuk handle job. Dengan syarat ada proposal yang menarik. So korang doakanlah saya ek, dapat lulus proposal2 saya ni dari tv station so saya boleh berkarya lagi.

Saya baru usai menulis sebuah telemovie RTM bertajuk Kelapa.Com yang akan dilakonkan oleh Nazim Othman selaku watak utama. InsyaAllah ianya akan bersiaran pada hari raya ke 2. Dan saya masih tetap sibuk dengan sebuah program game show di Astro yang membabitkan selebriti. Baru selesai bertandang ke rumah Nana AF dan suaminya Brian, Abg Jalaluddin Hassan dan isterinya Kak Shima,Mirnawan Nawawi dan isterinya Noorah serta Zamarul Hisham dan isteri Diana Rafar. Banyak yang saya belajar dari pasangan2 ini terutamanya dari Abg Jalal dan Zamarul Hisham. You all memang terbaik dan saya belajar banyak erti rumahtangga, kasih sayang dan HORMAT dari mereka2 ini. Below, saya share antara pic2 yang sempat saya snap semasa interview/shooting.


Nana AF dan suami di 'studio' Brian


Permata hati Nana & Brian... Althea. Anak 1 Malaysia, ada campuran darah Melayu (Nana) dan Brian (India & Cina)


Datuk Jalaluddin Hassan


Datin Nor Hashimah Ehsan

Saya mahu mencelah di sekitar gambar ini tentang seorang isteri yang bernama Hashimah Ehsan, Datin Hashimah Ehsan. Seorang yang bergelar isteri kepada Jalaluddin Hassan. Betapa sayunya hati saya sepanjang penggambaran berlansung akan erti kasih sayang, pengorbanan dan solehah seorang isteri yang tidak berbelah bagi kepada suami. Ya tuhan, baru sekali berjumpa dengan Kak Shima ini sudah terasa sayang dan sudah kenal umpama bertahun lamanya. Dari wajahnya terpancar akan sucinya akan luhur kasih sayang seorang isteri. Susah dan senangnya, dambanya pada kehidupan bersama Abg Jalal yang dari susah (rumah setinggan ye) hingga ke banglo sekarang. Abg Jalal seorang yang sangat berdikari dan tidak berharap kepada harta keluarganya. Justeru segala yang dibinanya hari ini adalah dari keringat berlakon secara sepenuh masa. Sepanjang 2,3 jam bersama mereka juga saya sangat nampak erti kasih sayang suami isteri,erti hormat suami isteri, erti hormat anak kepada ibu bapa dan juga orang lain. Pandainya Abg Jalal dan Kak Shima mendidik anak2 sehingga hampir kesemua mereka berada di IPTA dengan wang yang dikatakan segelintir wang lakonan itu haram. MasyaAllah. Saya yang selama ini melihat Abg Jalal di kaca TV sebagai seorang yang 'terlebih gatal' kononnya, menangkis tanggapan itu kerana itulah Jalaluddin luar dan dalam seorang yang penyayang kepada semua insan. Thanks Kak Shima. Semoga kita jumpa lagi kerana saya bangga mengenali bakal ahli syurga ini InsyaAllah.


Minarwan Nawawi & Noorah Mokhsin (wife)


Zamarul Hisham & Diana Rafar