Followers

Wednesday, February 15, 2012

Industri Dokumentari Malaysia



Sejak akhir-akhir ini saya menerima beberapa tawaran daripada orang perseorangan dan tidak kurang juga untuk saya mengadakan bengkel mengajar mengenai pembikinan program majalah TV/dokumentari. Saya bukanlah terlalu bagus untuk mengajar, malah jauh lebih baik daripada pembikin program majalah TV dan dokumentari yang sedia ada. Cuma saya sekadar berkongsi apa yang patut untuk memahamkan sekaligus memberi 'cinta' kepada peminat program ini yang masih ada pengikutnya yang sangat dahagakan karya majalah TV/dokumentari tempatan. Niat saya hanya satu, mahu anda semua menyintai program majalah TV dan dokumentari. Mulai entry ini saya akan post artikel mengenai majalah TV/dokumentari yang saya petik/baca dari sumber-sumber tertentu diselang selikan dengan penulisan peribadi saya sendiri. Semoga ianya mendapat manfaat semua :).

Sejarah dokumentari ia telah bermula pada abad ke - 19 di negara barat. Dokumentari yang dibuat adalah berkaitan tentang kehidupan manusia dan penjajahan sesebuah negara yang menjurus kepada fakta, keadaan sekeliling, sejarah dan lain-lain. Terdapat segelintir negara sahaja dapat menerima dokumentari sebagai penyampaian maklumat seperti di USA, yang mana rakyatnya dapat menerima dokumentari sebagai penyampai maklumat. Penghujung abad ke - 19, filem cereka mula menjadi pilihan khalayak apabila ia lebih berimaginasi, kreatif dan mempunyai jalan cerita yang lebih menarik.

Di Malaysia dokumentari mula menyinar pada abad ke - 19 pada sekitar tahun 1920-an. Pihak pemerintah ketika itu pihak British melihat filem memberi manafaat kepada mereka sebagai alat propaganda. Mereka menggunakan filem untuk mengukuhkan kekuasaan dalam menyampaikan propaganda ketika mereka datang ke Malaya ketika itu. Pada tahun itu juga dokumentari di Malaysia menerima nasib yang sama seperti di negara barat apabila filem cereka mula mendapat tempat di hati khalayak. Dokumentari di Malaysia bermula dengan begitu perlahan sekali. Jika dirancang dengan betul dan dipupuk dengan teliti ia akan menjadi satu yang menarik untuk aktiviti negara dan ia boleh mempromosikan negara di mata dunia. Mungkin disebabkan kos yang tinggi untuk menerbitkan dokumentari berbanding permintaan yang rendah menyebabkan kelembapan kepada kebangkitan filem dokumentari.

Dokumentari memerlukan kajian yang mendalam dan mantap agar ia menjadi rujukan yang bermakna kepada penonton. Di samping itu juga pasaran yang terhad juga menjadi faktor kepada kelembapan kebangkitan filem dokumentari. Melalui kajian yang telah dilakukan menunjukan filem dokumentari mempunyai penontonnya yang tersendiri. Tetapi disebabkan kekurangan dokumentari tempatan ramai memilih menonton dokumentari yang dikeluarkan oleh National Geographic dan penonton juga merasakan dokumentari luar negara mempunyai idea, kreativiti dan visual yang menarik serta maklumat yang banyak

Dokumentari keluaran negara luar sentiasa mempunyai sokongan yang kuat dari kerajaan mereka sendiri. Peralatan dan penajaan kos yang tinggi dari kerajaan memberi kelebihan kepada dokumentari luar terus ke hadapan dalam penghasilan dokumentari yang lebih bermutu. Namun begitu, negara kita telah menunjukan perkembangannya apabila FINAS telah mula mengorak langkah dalam penghasilan dokumentari. Kita telah mula memberi perhatian terhadap pemasaran, peralatan dan penyelidikan.

Mungkin dalam tempoh 10 tahun ini Malaysia akan mampu untuk berdiri seiring dengan negara luar dalam penghasilan siri dokumentari. Peningkatan telah mula dilihat apabila dokumentari kita mula mendapat tempat dan memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. Dalam usaha bersepadu daripada semua pihak termasuk persatuan dan syarikat penerbit, Malaysia mungkin mampu menyaingi dokumentari penerbit antarabangsa. Kesedaran tentang kepentingan dokumentari telah membuka ruang kepada penerbit-penerbit tempatan untuk menghasilkan dokumentari yang lebih bermutu .

Dokumentari di Malaysia bergerak dengan agak perlahan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Kekurangan dana, tenaga pengajar yang profesional dan promosi yang kurang menyebabkan dokumentari di Malaysia lambat berkembang. National Geographic merupakan contoh yang baik untuk dijadikan rujukan oleh penerbit-penerbit tempatan dalam menghasilkan dokumentari yang bermutu. Di peringkat pusat pengajian tinggi masalah kekurangan peralatan juga menjadi kekangan untuk karyawan muda berkarya dalam menerbitkan dokumentari yang bermutu.

Kita kaya dengan keunikan budaya yang boleh dipertontonkan kepada masyarakat antarabangsa, namun mengapa kita tidak menerokai keindahan itu dalam menghasilkan dokumentari yang bermutu? Kita perlu melakukan satu kajian yang teliti tentang apa yang ingin disampaikan bagi menjelajahi sesuatu cerita dan ini akan menarik minat masyarakat antarabangsa untuk menonton dokumentari kita. Berdasarkan kajian yang kami lakukan menunjukan penonton yang menonton dokumentari adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Dokumentari perlu mempunyai maklumat yang tepat di samping sedikit hiburan yang mempunyai jalan cerita yang boleh mengikat penonton untuk terus menontonnya. Dokumentari yang baik dapat menjana ekonomi negara di samping dapat menarik ramai karyawan luar negara untuk berkarya di negara kita dan penerbit-penerbit tempatan kita secara tidak langsung dapat belajar dan berkongsi pengalaman dengan mereka.

Di Malaysia kita mempunyai pengikut dan penonton yang meminati dokumentari tetapi dengan jumlah yang kecil berbanding dengan peminat filem cereka. Penerbit dan karyawan kita tidak berani untuk menghasilkan dokumentari kerana ia memerlukan kos yang tinggi dan pasaran di stesyen TV sangat terhad di samping bayaran bagi setiap dokumentari yang ditawarkan adalah sangat rendah. Semua faktor ini mempengaruhi dokumentari kita untuk terus maju dalam bersaing dengan dokumentari antarabangsa. Sekiranya kita dapat menembusi pasaran arus perdana, itu sesuatu yang sangat baik. Di samping promosi melalui saluran TV, kita mungkin boleh menayangkan dokumentari di terminal, lapangan terbang, bank dan perpustakaan bagi mempertontonkan dokumentari tempatan.

Namun begitu ia juga mempunyai kekangan yang amat terhad dalam penayangannya. FINAS di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mungkin boleh bekerjasama dengan stesyen TV swasta bagi mewujudkan saluran khas untuk dokumentari tempatan. Di samping itu juga kita harus menyediakan kandungan yang mencukupi supaya tidak menghadapi masalah kekurangan pembekalan program dan ia merupakan satu idea yang baik dan memerlukan perancangan dan persiapan yang teliti. Ini mungkin membantu perkembangan dokumentari di Malaysia.

Dokumentari disampaikan melalui gabungan audio-visual dan maklumat. Ia berbeza dengan berita yang merupakan paparan maklumat ringkas dan padat. Manakala dokumentari pula melibatkan penyelidikan yang teliti dan mendalam serta kreativiti penyampaian sesuatu maklumat itu.Dokumentari juga dapat memberi gambaran yang sangat menarik dalam memperlihatkan jalan cerita melalui dokudrama yang dihasilkan dalam penyampaiannya. Di sini FINAS memainkan peranan yang penting dalam membantu perkembangan dokumentari di Malaysia dengan bekerjasama dan berdialog dengan pelbagai pihak termasuk stesyen TV bagi memberi ruang lebih luas kepada tayangan dokumentari.

Program talk show juga boleh diadakan bagi mendedahkan budaya menghargai dokumentari kepada masyarakat. Melalui Minggu Dokumentari juga boleh membantu menyemai minat penonton dan ini mungkin dapat membantu perkembangan dokumentari di Malaysia. Pendidikan dokumentari sepatutnya telah bermula di peringkat sekolah rendah dan ia boleh diaplikasikan melalui kaedah pengajaran yang mana dokumentari digunakan dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. Mereka mungkin boleh didedahkan dengan dokumentari yang berdurasi pendek dan ini akan membantu pelajar memahami sesuatu sejarah dengan lebih menarik dan tidak membosankan.

Berdasarkan kepada kajian yang kami lakukan, wakil National Geographic menyatakan bahawa selain isi kandungan yang tepat dan padat, khalayak hari ini lebih bijak apabila menitik beratkan cara penyampaian dan pendekatan. Sesuatu subjek yang akan di persembahkan perlu lebih dramatik atau berunsurkan dramatic entertainment dan mempunyai jalan cerita menarik untuk menambat minat penonton untuk terus menikmati tayangan dokumentari tersebut.

Pusat Pengajian Tinggi Awam kebanyakannya mempunyai fakulti yang berkaitan dengan media. Namun begitu kemudahan yang disediakan tidak mampu untuk menanggung keperluan pelajar dalam menerbitkan karya dokumentari mereka. Ruang untuk mereka terus berkarya selepas tamat pengajian juga amat terhad apabila produksi tempatan sendiri tidak berani untuk menerbitkan dokumentari yang memerlukan kos yang tinggi dalam pembikinannya.

Kebanyakan penerbit ini juga mengambil tenaga kerja secara kontrak dan ini akan menyekat karyawan muda untuk menunjukan kreativiti mereka. Syarikat produksi yang ada juga lebih cenderung dalam menerbitkan filem cereka. Jika pasaran untuk dokumentari sentiasa stabil, produksi yang mempunyai kepakaran dalam penerbitan dokumentari mampu untuk terus berkembang dan ia akan membuka pasaran kerja kepada tenaga kerja mahir yang dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi. Di samping itu usaha untuk kukuhkan pasaran dokumentari di peringkat antarabangsa dapat dipertingkatkan.

Apa yang FINAS lakukan dalam membantu perkembangan dokumentari di negara kita sangat bagus dan efektif. Penawaran dana untuk menerbitkan dokumentari, penganjuran Festivel Filem Dokumentari dan jalinan kerjasama dengan produksi antarabangsa seperti National Geographic sedikit sebanyak telah membantu memartabatkan industri dokumentari negara. FINAS juga harus menitik beratkan tentang penambahbaikan tenaga mahir terutamanya tenaga muda yang lebih kreatif dan inovatif.

Latihan secara profesional juga dapat membantu produksi tempatan berkembang dan menghasilkan dokumentari yang lebih bermutu di samping membantu memajukan industri dokumentari negara. Buku Industri Dokumentari Di Malaysia yang merupakan terbitan FINAS dengan kerjasama UKM. Melalui kajian dan penyelidikan yang telah kami lakukan iaitu Dr. Asiah Sarji, selaku Ketua projek, Dr. Shamsubaridah dan saya sendiri, kami telah cuba mendalami mengenai pembangunan dokumentari yang menyentuh isu dasar, sistem dan pemasaran dokumentari melalui pelbagai metodologi seperti survey, temubual mendalam, analisis panel pakar dan analisis kandungan.

Hasilnya adalah memberangsangkan dan boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan dokumentari tanah air. Kita perlu ada ransangan yang lebih positif dalam menarik minat khalayak dan perkara yang perlu diambil berat adalah melalui jalan ceritanya, skrip yang ditulis, sinematografi yang menarik dan kaedah inovatif dalam penyampaian maklumat dokumentari tersebut. Kita juga perlu belajar dan merujuk kepada dokumentari yang dihasilkan oleh National Geographic dan Discovery Channel dari Amerika Syarikat serta dokumentari dari negara lain yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Penyelidikan dan kajian yang teliti dan mendalam serta keterbukaan dalam mempraktikkan idea inovatif akan membantu penghasilan dokumentari yang bermutu dan bertaraf dunia.

Sumber Prof Madya Faridah Ibrahim
Buku Industri Dokumentari Di Malaysia

Wednesday, February 08, 2012

Antara Majalah TV/Dokumentari & Drama

Pada awal karier saya bukanlah orang dokumentari/majalah TV...malah saya kurang kenal dan tidak mengambil tahu sangat mengenai industri penting ini. Kecuali Majalah 3 dan Jejak Rasul yang sangat saya minati. Yang ada dalam kepala saya hanya drama, drama dan drama. Kerana dengan drama ia akan membuatkan saya berangan sehingga ke langit 7! hehe...Sehinggalah saya mula mencintai dan mula mengintai pelbagai program majalah TV. Baik islamiknya, traveloguenya dan dari situ sedikit demi sedikit minda saya terbuka dengan erti menonton sambil belajar. Saya dapat banyak pengajaran melalui program-program majalah TV ini khususnya yang berbentuk laporan dari sudut kewartawanan. Dan saya mula meneliti setiap sisi visual, dialog perantara dan kandungan. Dan saya sedar saya sudah mula jatuh cinta, walau bukan 100% pada ketika itulah.

Tawaran diarahkan menyiapkan proposal atau diminta proposal daripada pihak penerbit dan produksi ketika awal dahulu tidak ada langsung yang saya kenal dan meminta sila sediakan proposal program majalah TV...tidak ada. Yang ada hanya drama, drama dan drama. Kerana mungkin drama lebih menarik perhatian penonton mahu pun pihak produksi atau mungkin saya masih belum ada networking dalam produksi yang bergiat dalam bidang majalah TV. Lantas saya bertanya, bagaimana saya boleh kenal orang majalah TV?

Ianya berlegar-legar lantas terus ditelan kabus. Hilang....Sehinggalah telah tercatat di Loh Mahfudz akan takdir perjalanan hidup saya ini. Saya mula mempelajari banyak program majalah TV dengan menonton Madrasah Salasilah, Trek Global, C.A.M, Expose Mistik dan banyak lagi. Dari hari ke sehari perasaan mencintai program berbentuk majalah menjadi keutamaan saya. Ianya menjadi makanan ruji saya hampir saban waktu. Allah mentakdirkan saya mengenali insan berbakat besar dan menjadi mentor saya dalam bidang penerbitan majalah TV dan dokumentari ini. Siapa lagi kalau bukan Zainal Rashid Ahmad. Insan berbakat ini saya teguk sedikit demi sedikit ilmunya umpama musafir yang dahaga di padang pasir. Ilmu juga daya teguk melalui rakan-rakan seperjuangan saya kini iaitu protege anak-anak buah Zainal Rashid Ahmad yang kini mereka juga menjadi sahabat seperjuangan saya yang akrab.Saya bangga mengenali mentor saya ini. Dengan produksi, Abang Zainal dan kawan-kawan lain lagi saya belajar mempelajari dari pre pro-post pro akan erti penerbitan majalah TV. Pada awal dulu saya sering mengadu domba kepada adik/saudara saya yang merupakan insan ulung yang pakar dalam bidang sejarah/info dan penyelidikan iaitu Aman bahawa saya amat susah untuk membuat skrip majalah TV/dokumentari. Ya Allah hanya Tuhan sahaja yang tahu bahawa betapa seksanya saya tidak bebas 'berangan' seperti drama dan bergantung pada fakta! Aman menasihatkan saya, memujuk saya yang fakta juga bisa berangan, tetapi berangan dengan fakta! Jujur, ketika itu saya kurang ariff, saya kurang mengerti maksud Aman sehinggalah kini saya tersenyum makna bahawa saya sudah faham akan erti itu.

Setelah agak beberapa tahun dalam bidang pembikinan majalah TV, jelaslah saya sudah masuk ke dalamnya dan tidak boleh keluar lagi. Dan saya tidak mungkin akan keluar kerana ternyata saya mendapat kepuasan. Mana tidak produksi dan mentor saya mengajar kami mengambil tahu dan membuat semua perkara dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. Dan saya amat mengerti kini kepakaran kami ini bisa dihumban ke mana-mana kerana kepelbagaian fasa itu yang renyah dan susahnya telah kami tempuh sedari dulu. Dan betapalah saya sangat berterima kasih kepada tim Zainal Rashid Ahmad yang banyak mengajar saya segala erti. Terima kasih kalian; Zainal Rashid Ahmad tentunya, Kamaruzaman Muhamad, Ainur Mahdiyah, Syirfan Indra, Syafinah Othman, Nora Zainal, Norfiha Kasa, Johari Hamid, Daud Hamzah, Jalaluddin Jamal, Sabri Yusuf, Yusuf Yahya, Irzan Shahniz, Monaliza Mohd Nor, Mohd Hadi, Siti Noraida Hashim, Azlin Kinjang, Iesham Ramjan, Fauzi Pun dan tidak lupa Basir Siswo dan beberapa nama yang mungkin saya terlepas pandang.Kini, bergelar pekerja bebas semula membuatkan saya banyak memahami erti. Banyak penulisan drama yang datang. Di mana majalah TV saya? Saya sangat merindukan itu. Rindu mahu turun padang bergelumang dengan kamera, kabel, lampu dan usik senda krew. Betapalah saya rindukan itu yang saya tidak dapat dalam drama. Justeru mana mungkin saya meninggalkan bidang penerbitan majalah TV yang telah menjadi darah daging. Tambahan melihat program demi program majalah TV yang banyak sebenarnya lagi yang sangat boleh dibongkar dan diterokai. Arghh rindu!Seperkara lagi kerana telah dilatih menjadi penerbit program maka agak canggung di luar sini bila saya bisa melakukan dan masuk campur dalam banyak segi. Terdapat pihak yang merasakan pada mereka saya melanggar border mereka hasil pengetahuan saya yang ingin saya kongsi. Ianya sedikit sebanyak membuatkan saya, sekali lagi rindu bidang penerbitan majalah TV ini. InsyaAllah tahun ini saya akan memperkayakan ilmu dengan mengambil kursus pengarahan dan belajar mengenai pasca produksi. Doakan saya ya.

Bidang ini sering dipinggirkan berbanding drama. Anugerah juga banyak dimonopoli oleh drama. Malah Festival Dokumentari yang dianjurkan FINAS tidak terlalu mendapat sambutan berbanding gilang gemilang gemerlap artis drama. Namun saya percaya bidang ini ada kelompok penontonnya yang tersendiri. Yang sentiasa dahagakan pengetahuan di samping visual menarik yang dipaparkan. Syukur Alhamdulillah, saya menjadi antara pencinta pembikin itu kini. Demi memartabatkan industri ini saya akan berjuang khususnya dalam program yang membabitkan kandungan islami. Jika ditanya majalah TV/dokumentari atau drama berapa peratus minatku? Majalah/Dokumentari - 70% dan drama 30%....:))Selamat Berjuang!

" Bermimpilah, Maka Tuhan Akan Memeluk Mimpi-Mimpimu… "— Sang Pemimpi (sekuel Laskar Pelangi)

Friday, February 03, 2012

Ku Temukan 'Cinta' Pada Makrifat Cinta

Saya bersama 5 orang panel TV Al Hijrah, ketika membentangkan Di Bawah Taman Raudhah pada sessi pitching lalu. Di dalam bilik mesyuarat TV Al Hijrah Tingkat 1.

"Cerita 'Di Bawah Taman Raudhah' ini macam karya Taufiqurrahman Al Azizy dalam novel trilogi cinta dia. Pernah baca karya dia?"

" Tak pernah pula"

" Ada 3 novel tu, Syahadat Cinta, Musafir Cinta dan Makrifat Cinta"

" Oh saya tak tahu pula, nanti balik saya cari dan baca ya"


Dia senyum.

Aduh, jangan tuduh saya menciplak isi kandungan Indonesia Best Seller ini, kerana saya langsung belum pernah menyentuh novel ini hinggalah saat selepas itu hasil penerangan seorang panel TV Al Hijrah saudara Najib, membuatkan saya mencari ketiga-tiga novel ini segera di Marwilis Book Stores. Sayang, saya hanya menemukan dua novel sahaja tanpa Syahadat Cinta. Aduhhh tanpa novel pertama, bagaimana saya mahu membaca dan memulainya? Saya sungguh tidak menyangka banyak 'rezeki' pitching saya di TV Al Hijrah pada sessi pitching lalu. Saya kira hampir 15 sinopsis yang di bawa ke TV Al Hijrah melalui 4 produksi. Syukur, jika ada rezeki saya berjihad ke jalan Allah melalui medium TV Al Hijrah adalah rezekinya. Amin.

"Umi mesti kecewakan sebab tak dapat novel 'Syahadat Cinta' itu?"

Tutur puteriku yang rupanya telah dahulu membaca ketiga-tiga novel ini hasil pinjam di perpustakaan sekolahnya. Wah pantas! Mujurlah menghantar adik saya Mohd Fadzil ke Ko'diang Kedah baru-baru ini menemukan saya novel Syahadat Cinta ini pada Pesta Buku di Jitra Kedah! Jauhnya saya mencari sebuah 'Syahadat Cinta'. Dan saya sedang memulai membacanya. Baru saya teringat yang filem 'Syahadat Cinta' pernah bersiaran di Astro pada tahun lepas. Saya masih ingat jalan ceritanya, masjid pesantren Tegal Jadin yang indah itu. Tapi lekanya saya kerana saya kurang tahu ianya diilhamkan daripada trilogi novel Taufiqurrahman Al Azizy ini. Benar saya terlepas pandang. Maafkan atas segala khilaf dan alpa saya.

Bila mengingat kembali, ianya sama dan tidak sama antara Syahadat Cinta dan Di Bawah Taman Raudhah saya :). Kebetulan mungkin. Yang sama adalah latar lokasi yang berkisar di pesantren dan watak utama tersebut yang menjebak cinta rasa kagum dari sanubari 3 wanita di sekelilingnya. Kalau Iqbal Maulana ada Zaenab, Priscilia dan Khaura. Hanzalah pula ada Fatimatulzahra, Malia dan Husna. Kebetulan lagi kan? Bezanya lagi trilogi ini watak Iqbal Maulana pada mulanya adalah 'tidak suci' dan lantas inisiatifnya sendiri dengan lorongan ibu dan bapanya menjejak ke pesantren Sekolah Pondok Tegal Jadin di Solo Indonesia. Watak utama 'Di Bawah Taman Raudhah' saya adalah 'Hanzalah' seorang pemuda suci daripada awal yang dikagumi akan keperibadiannya persis yang saya tonjolkan mengambil contoh Nabi Yusuf Alaihissalam, Nabi Daud Alaihissalam dan nama Hanzalah itu sendiri. Jadi Iqbal Maulana Taufiqurrahman Al Azizy tidak sama dengan Hanzalah saya :). Cuma yang samanya, Iqbal Maulana Taufiqurrahman Al Azizy dan Hanzalah saya sama-sama melebur cinta dunia kepada cinta Maha Segala. Berpaksikan cinta yang satu dengan cinta hiasan dunia :).

Apa pun saya sungguh berterima kasih kerana mengenalkan saya dengan novel ini dan mengerti maknawi cinta yang sebenar cinta kepada Rabbul Izzati. Saya pinta, pembaca blog saya ini juga cubalah mencari trilogi novel ini. Jom kita baca secara berjemaah ya...:))

Sunday, January 15, 2012

Khalisnya Kerlipan Itu by kasawari sengal

Serius aku suka baca puisi ini. Puisi ni aku copy n paste daripada blog blogger yang selalu follow dan comment aku dulu selain matakucing iaitu blogbestgile...Tapi ntah mana la diorang ni sekarang? Rindu korang weh, rindu tulisan kasawari sengal ni especially. Korang kalau terbaca; kasawari sengal, panda, koala, arnab (ni geng baru aku tak kenal)...apa punya pelik la nama-nama korang ni..contact aku k...miss u all punya writing damn much!


Terdampar,
Akan sekujur tubuh.. Untuk ditatap akan kemuncak senafas..
Bersama yang khalik oleh-Nya. Disaksikan bersama tercinta...
Samar memandang sambil mengukuhkan niat... Kepada-Nya agar tidak terpadam yang khair.. Sepanjang dan berswadaya walau kebatinan akan pergi... tidak kembali.. Tempoh yang ada diperelokkan lebih seadanya... Saat-saat yang tak mungkin ditemani lagi... Yang terpasung kasihnya digenggam erat tidak terlerai.. Inilah yang harus tidak diperlekeh... Menguji setianya antara bintang dan bulan... Walaupun salah satunya kian malap.. Berdampingan tidak terkhianat...
Di ajari akan diperlukan.. Diperingat akan semekarnya.. Tidak mungkin layu apatah lagi ketar.. Difahamkan akan erti kerlipan itu... Di dalamkan fahaman akan khalisnya...

Dingin,
Bersama dengan sekujur.. Mengimbau memori walaupun belum.. Dedasawarsa kita berkelana dan meneguk keghairahan dan keretakan... Berpasangan dan tidak kendiri.. Tingkahmu yang membelaiku..
Tingkahmu yang memanjaku.. Memegang erat.. tidak mungkiri.. Suara jahar memperlihatkan jahang... Hendak melontar jauh keperitan di alami.. Bersimpati bukan meragui... Di isihkan dengan ketulusan bukan
jahangan yang menerkam ke lubuk yang tidak terjakah... Jatuh ke dasar manakan mungkin di capai jemari untuk rafak dan reda.. Dia itu jah. Keakuan itu perlu di akur mana bedanya untuk menandingi..
Izzah diri harus dipelihara sebaiknya..

Jagatraya,
Di pimpin untuk menyusuri.. Di rujuki sepemergian yang sememangnya.. Penuh kepunahan... Redamkan lah semuanya.. Lihat lah dirimu.. Dalami seluruh ragamu.. Menjabarkan supaya tidak terkeliru lagi..
Diiringi supaya perolehi isbat yang sejati.. Usul dirimu bukan menjadi keutamaan.. Jua dengan dirimu... Tidak pernah aku impikan untuk diketemukan... Dan didampingi serta ditawari.. Hanya jaharu yang bermain di mindaku... Aku dan diri mu? Siapakah sebenarnya? Dari mana aku dan kembalinya?
Mengapa makin aku rasa sesuatu...? Ia datang menghampiri... Mengajari dan memperingati... Dia itu adalah yang sebenar-benarnya...

Aku,
Tidak terlepas dari kesilapan.. memungkiri.. mengkhianati.. Demi maruah.. Walau tanpa niat untuk merosak dan memusnah.. Sandaran kepercayaan teman.. Tersepit dalam.. Keterpaksaan yang merundung..
Bagaimana untuk menemui ketenangan itu..? Zaman kekusutan selalu... Tidak ku capai akan kerlipan.. Yang sememangnya bersinar asli.. Ku hanya capai akan kerlipan yang sinarnya tidak seindah rupa dan khabar..
Rosak mindaku hingga ku bunuh jiwaku.. Ku pesongkan segala yang ada.. Insani dan menidakkan takdir.. Aku atur percaturan sendiri.. Ku fikirkan ia lebih benar.. Tidak siapa lagi boleh disandarkan
Kepercayaan yang sedia musnah... Keadilan tidak terwujud bagiku.. Hanya suapan kepuraan dan singgahan lambang keadilan yang diagungkan insani.. Yang alpa dek kesenangan maya yang sememangnya palsu! Bukan bohongan atau omelan rekaan.. Ia benar terjadi.. Kerana... Terbaik itu adalah segalanya..
Mana ada kalau ternoda untuk dikutip... sudah tersepah merata untuk meraih.. Sesuap raikan.. Itu kalau nasib benar terjamin. Sering diperolok-olokkan.. Kita taruhkan kepercayaan.. Sejauh mungkin..
Pengakhirannya kita tercampak dan terbiar.. Tanpa belaian... kita mengunyah derita.. Permainan insani bersama keegoaan... Tidak kesyukuran pada-Nya.. Kita kan kembali.. Kita hanya sementara... Hutang yang tidak mungkin dapat dilangsaikan dengan material... Amalan syumul saja yang mampu membawa ke destinasi kesaujanaan.. Terpinggir dari destinasi berkeluyuran.. Semua itu amat menakutkan bagi yang diingati dan senantiasa mengingati... Akan keagungan Dia yang sememangnya agung..

Maka,
Tercampaklah kendiri ini untuk terlonta akan kepedihannya... Tanpa disedari.. Kentara satu harapan.. Yang sememangnya jauh sekali untuk dipinta.. Datangnya seorang muhib pada yang ada kerana kesyukuran...
Meresapi dan dihayati sepenuhnya... Seorang muhib yang kepadaman sesuatu yang amat bernilai... Dan lalu ketemu dengan seorang pelarian.. Tidak keruan...perlu di curah dengan kedinginan... Rujukan yang berbukti dan.... Mengendanai akan jiwa dan perasaannya... Luka yang tertuna dapat sembuh... Kembali dengan izin-Nya kalau keikhlasan dan kesungguhan menjadi sebati...

Kau,
Terpadam segala keindahan.. Kesepian... Tetapi penuh dengan azimat-Nya selalu... Muhib dan muwahid.. Walau kendala itu ada dimana-mana.. Penuh kepercayaan dengan utuh tanpa curiga walau insani kecintaanmu sudah pergi menghadapNya. Kau rindu teramat.. Kau rindu terdalam.. Tiada beda kecintaanmu itu dengan Dia.. Kau fahami dan kau mengerti... Ia bukan suatu yang kekal.. Ia hanya putaran yang Dia kuasai...
Kau tetap pegang kukuh... Semua kenangan lalu.. Tidak akan pudar memamah dan terus berkembara ke pelosok jagatraya untuk melihat akan permata dan serpihan deraian kaca.. Yang berterbangan di hembus angin pergi entah ke mana-mana dan melukakan dan menusuk pilu.. Terpandang seorang pelarian..
Di laungkan kalimah yang sudah lama tidak kedengaran.. Laungan itu menyedarkan dan di amati.. Bahawa Dia itu ada.. Bukan membunuh jiwa yang sudah menelan hasutan durjana Dan kekusutan yang mengapi-api... Jelepok dan mengenggam butiran pasir.. Dan memandang sekeliling... Mengapa pada saat nekadnya...
Dikurniakan insani yang memahami dan mengerti..? Sudi untuk berkelana.. Jeladeri berombak ganas tenang semula.. Jelaga dibersihkan dengan usapan... Masih ada sinar yang terbit kembali..

Kita,
Jelajahi kesepian ini... Amat menyenangkan.. Kita kenali antara... Material dan kekurangan.. Keparasan dan kesempurnaan.. Nafsu dan akal... Bukan terkesempatan... Usapan mesra... Madah mempersona.. Mengapa kita diketemu.. Bukan hanya sebagai pendamping.. Tetapi memasrahkan diri berdua... Keputusan yang bukan tergesa.. Untuk kita ditakdirkan satu.. Dia jadi saksi.. Ia bukan satu penyesalan... Ia satu kerelaan... Yang bukan semata kekosongan... Ia realiti.. Bukan fantasi... Dapat ku rasakan genggaman eratmu... Bisikan manjamu..
Janji tepati... Bersama selama yang seadanya... Dengan restu dari-Nya.. Dan merasa akan keutuhan dan keretakan.. Yang harus dinikmati setiap detik...

Kamar,
Dapat aku berimamkan dirimu.. Dapat aku lihat tumandang nya dirimu.. Dengan bersika dan menguntum senyum.. Beradu dalam kucupan cinta seorang suami untuk seorang isteri.. Suar dinyalakan kesamaran.. Kita sama-sama mencerminkan apa yang difahami dan di erti.. Mengalirnya tangisan naluri... Aku sememangnya di cintai..
Aku sememangnya terbela.. Kau merasa ketulusan ku.. Kau merasa kecintaan baru mu ini..
Hangat benar dalam dakapanmu.. Walau entah bila dapat aku berada dalam dakapanmu lagi..
Tingkahmu yang mencintaiku.. Takkan terpadam... Seandainya aku telah kembali..
Ia masih hangat..

Aku kini hanya sekujur..
Simpanlah tangisan nalurimu itu.. Bacailah akan surah-surah memuji keagungan-Nya.. Al-Quran, kitab agung. Di beri akan peringatan... Mereka yang mentaati peringatan.. Dikasihi dan mengasihi.. Keampunan dan kemuliaan... Beriman dan munafik.. Tingkahmu mencintaiku.. Jauh sekali untuk curang... Kau pegang kukuh pada janji..
Mendampingi aku hingga pergi.. Tak kembali lagi... Aku haru akan kesungguhan cintamu.. Aku semakin terpanggil untuk dicintai dan mencintai lagi.. Perlihat lah kasihmu.. Kita sememangnya mengerti dan memahami cinta.. Janganlah kau ragui... Dia jadi saksi.. Walaupun ikatan ini akan terlerai.. Istighfar dan bersabarlah.. Ia takkan goyah walau Akar takkan tumbuh lagi..

Tibanya,
Ajari lah aku... Bisik kan aku akan kalimah-Nya.. Bisik kan aku akan kalimah pesuruh-Nya.. Dia dan pesuruh-Nya itu agung... Aku akan terlelap selamanya.. Entah bila kita akan ketemu..
Pelihara diri mu sebaiknya.. Abadikan lah cinta ini... Kini kau kendiri semula.. Tidak bermakna kau tidak berteman.. Tidak berdampingan.. Peliharalah peribadimu dan akur.. Ingatilah peribadimu dan akur..
Jangan biar ia keputus asaan... Dan melayang jauh... Cinta... Bukan di rancang.. Ia adalah ketentuan takdir.. Ketemu dan berpisah... Ajari menghargai... Kita kan dapat merasai betapa.... Khalisnya kerlipan itu... Dengan izin-Nya... Kalau kita ingat dan diingati.... Bermunajatlah... Kita perolehi cinta insani...
Kita jua perolehi cinta yang hakiki.. Selamanya..


koala riang & kasawari sengal

[-Kasawari Sengal-]
21/3/2008 (gile lama!)

Another Year...



Cakkk! hehe..sorrylah geng yang singgah dan skodeng page ni...dah lama tak update entry kan...almaklum tugas sebagai fully housewife bila cuti sekolah, job lagi n uruskan anak-anak nak masuk sekolah lagi plus,plus adik lak kawin makin mem'busy' kan hamba untuk seketika...so inilah baru ada masa mencorat coret...

OK, 2012 dah membuka tirainya. As usual sekalian orang sibuk nak sambut tahun baru. Aku? Tak le zaman selebret hangky pangky bersidai dalam hiruk pikuk orang ramai dah berlalu. Kini aku hanya tersenyum je tengok fireworks yang terpancar-pancar dari Sunway Pyramid yang dekat ngan rumah aku tu. Last aku selebret new year pun dengan kawan-kawan baik aku beberapa tahun dulu n dengan best fren aku dari Indonesia Amilia kat depan The Curve. Owh i miss u Ami...huhu

Bagi aku pengertian tahun baru ini hanya selangkah lagi, beranjak lagi ke tahun seterusnya. Lebih afdal la sambut dan ertikan apa erti Maal Hijrah dari tahun baru omputih ni ( aku bukan la alim sangat, sekadar mengingatkan diri sendiri jugak). So tahun ini menjadikan aku lagi lebih dewasa, matang dan harap-harap lebih mengingat dunia ini hanya sementara. Harap sangat...Jadi sebab itu aku merasakan tahun 2012 ni banyak 'kerja' yang perlu aku buat. Anak-anak kedua-duanya dah memasuki sekolah menengah. Alhamdulillah selesai tugas aku memasukkan anak-anak mengikut acuan aku untuk masukkan diorang ke dalam Maahad. Actually impian aku nak sangat anak-anak aku masuk Tahfiz. Jenuh pujuk, diorang tak nak. Ke aku kena ambik sorang anak angkat untuk jadi hafiz, next? Akan dipertimbangkan kemudian :).Then kemungkinan Mak akan pencen.. berhenti kerja, so aku kena tanggung Mak dan Abah aku. So benda ni jadi full tanggungjawab aku sekarang sebab diorang dah takde sumber pendapatan. Adik-adik aku yang lain masih mahu membina keluarga dan ada yang akan membina keluarga. So...akulah, anak sulung pulak lagi. Nak jugak hantar mak dan abah ke Mekah. Pintaku, semoga Allah mempermudahkan urusanku. Amin Ya Rabbal Alamin.

N aku nak realisasikan menerbitkan program-program dari apa yang telah aku rancangkan sebelum ini dan aku sedang berusaha ke arah itu sama ada melalui kerjasama atau aku sendiri yang terbitkan. Tunggu. Pun aku masih sibuk menulis skrip drama. Menulis drama adalah atas dasar tanggungjawab pada industri dan menyelesaikan urusan-urusan dunia yang menghimpit aku. Settle tu aku aku more concentrate untuk penerbitan sekaligus menulis menerbitkan program majalah TV berbentuk travelogue islamik. Jiwa aku ke situ sebenarnya. Ala-ala Jejak Rasul, Trek Global, Musafir (eh ni aku buat ;P), Rasa Halal, Majalah 3, Majalah Islam, Passport To Europe, Globe Trekker, Fun In Taiwan... So korang bleh tahu chanel fav aku mana satu la kan..kalau tak berorientasikan travelog dan islamik.

Akhir tahun 2011 dan awal tahun 2012 selaku orang industri semuanya sibuk dengan proposal dan pitching yang datang satu persatu. Telefon aku tu saban hari non stop setiap minggu datangnya dari producer atau orang yang attach dengan production untuk mintak sinopsis. Alahai, kalaulah semuanya approved dan boleh jual...seronoknya la.

Again, 2012 semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua, diberi kesihatan yang baik agar dapat beribadah dan berjihad dalam medium kita sendiri dan seterusnya diberi keberkatan rezeki. Jangan mintak kaya, kaya kalau tak berkat tak guna. Kaya kalau kufur juga tak guna. Malah penghuni syurga adalah majoriti adalah dari orang-orang miskin. Mintak doa agar kita diberi keberkatan rezeki agar dapat beribadah dan berbakti pada semua. Rezeki yang diberi Allah pada kita itu percayalah bukan milik kita sorang. Malah perlu kita agih-agihkan untuk orang lain juga. Sekadar berpesan, yang buruk datang dari diriku yang lemah ini. Cewahhh!

Friday, December 09, 2011

Travelogue Dakwah Skuad Imam Muda

Travelogue Dakwah Skuad Imam Muda | Sensasi Selebriti

Baru berkesempatan menonton program travelogue 'Skuad Imam Muda' di Astro Oasis. Aku tertarik dengan program berbentuk majalah ini. Angle camera yang cantik,panorama yang menarik,penyampaian bersahaja penuh informatif dari ke dua Imam Muda Musim ke 2 Nazrul dan Fakhrul menjadikan program ini bagi aku antara yang perlu ditonton khususnya bagi penggemar program berbentuk travelog seperti aku. Tiba-tiba teringat akan jerih perih menerbitkan program travelog 'Musafir' pada tahun lepas bersama abang-abang Imam Muda 2 ini iaitu IM Hizbur dan IM Taufek. Dan kini mereka meneruskan kesinambungan dengan mesej yang sama iaitu berdakwah. IM Nazrul dan IM Fakrul pada Skuad Imam Muda ini akan meneroka :

Penggambaran di TLDM, Lumut

EPISOD TEMA

1
Skuad Imam Muda mendalami kehidupan seharian orang asli Islam yang semakin hari mendapat pendedahan terhadap pemodenan. Anak-anak dihantar ke sekolah untuk mendapat pendidikan dan warga belia keluar bekerja dalam bidang professional. Walaupun begitu, sebilangan kecil daripada mereka masih meneruskan tradisi nenek moyang mereka. IM mendekati mereka untuk mendalami kehidupan serta cara hidup mereka.

Kejadian tanah runtuh turut memberi kesan pada perkampungan orang asli Sungai Ruil. Mereka mendapat perhatian media dan sumbangan turut dihulurkan. Skuad Imam Muda juga tidak melepaskan peluang bersama orang asli Kampung Sungai Ruil untuk menghayati peranan mereka dalam berdakwah di samping beramah mesra dengan penduduk orang asli Sungai Ruil.

2
Skuad Imam Muda cemas di lautan apabila di pukul ribut ketika di tengah-tengah lautan. Inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh Skuad Imam Muda ketika berada di laut terbuka mempertaruhkan nyawa demi mencari rezeki yang halal. Imam Muda bersama nelayan mendalami kehidupan mereka mencari rezeki di laut. Bukan mudah kerana banyak cabaran yang perlu ditempuhi dan banyak pengetahuan yang perlu ditimba dari warga nelayan terdahulu. Inilah sumber rezeki turun temurun masyarakat nelayan yang wajar diteruskan oleh generasi muda dalam arena yang lebih komersil dan professional.

Skuad Imam Muda turut mengunjung ibu tunggal yang berada di kampung Pasir Panjang selesai dari kenduri doa selamat yang telah dianjurkan oleh masyarakat nelayan. Inilah nilai kemasyarakatan dan keprihatinan yang dituntut dalam islam.

3
Skuad Imam Muda bersama pelajar-pelajar kolej komuniti menimba pengetahuan dalam bidang kemahiran teknikal terutama elektrikal. Tidak dinafikan, kemahiran yang dipelajari juga mampu menjadi medium dakwah di mana pelajar dan IM turun padang memperbaiki sistem elektrik untuk Surau dan Dewan Masyarakat. Inilah kebajikan yang diuarkan dalam islam supaya berbakti sesama manusia. Lantas mendidik jiwa-jiwa muda ini supaya menghayati islam dan berdakwah dalam cara yang mudah dan ringan.

Selain itu, Imam Muda Fakrul dan Imam Muda Nazrul juga aktif melakukan aktiviti bersama pelajar-pelajar kolej komuniti mengekplorasi Pulau Pinang dengan aktiviti-aktiviti anjuran Kolej Komuniti Bayan Baru selaku tuan rumah Eplorace Jejak Wira. Inilah aktiviti yang banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri remaja di samping mengajar mereka memanfaati masa muda dengan aktivit berfaedah berlandaskan cara hidup islam sebenar.

4
Kekangan komunikasi dan agama bukan masalah utama. Berbekalkan semangat waja, skuad Imam Muda meneruskan misi dakwah mereka ke pulau unik yang terbina atas usaha manusia. Rumah-rumah mereka yang di dirikan diatas tanah paya ini menjadi lokasi kediaman majoriti masyarakat Cina di sana. Medium pengangkutan utama hanyalah basikal dan antara punca rezeki utamanya dari laut. Pastinya penduduk di Pulau Ketam yang kaya dengan seni budayanya tersendiri.

Seteguh tekad pendakwah menyampaikan seruan islam dapat disaksikan dengan terbinanya Balai Islam Pulau Ketam. Menziarahi saudara seislam di Pulau Ketam memantapkan lagi ukhuwah untuk bilangan yang minoriti ini. Bukan itu sahaja, Skuad Imam Muda turut menjejakkan kaki ke kelong untuk melihat sendiri bagaimana penternakan ikan di laut terbuka.

5
Skuad Imam Muda bersama mat motor berkonvoi ke Gunung Ledang. Pastinya kesempatan berkonvoi bersama mat motor ini menjadi peluang keemasan untuk Skuad Imam Muda menerapkan nilai-nilai islam sejati dalam jiwa-jiwa muda yang membara dan memberontak ini. Perjalanan konvoi yang penuh dengan pengisian agama menjadi pengalaman berharga buat mereka.

Mat motor juga tidak melepaskan peluang bersama Imam Muda untuk bertanyakan panduan dan berkongsi permasalahan dalam sesi luahan yang lebih santai dan bersahaja. Aktiviti riadah santai seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah di samping berdakwah dengan cara yang ringan di samping menerapkan nilai-nilai cintakan negara dan agama apabila berkunjung seketika ke Bukit Kepong sebelum tiba di Gunung ledang.

6
Kali ini, Skuad Imam Muda menjalani rutin hidup penarik beca. Realiti kehidupan yang mengajar untuk sentiasa mensyukuri rezeki hasil dari usaha membawa beca dengan titik peluh sendiri. Inilah antara warisan nenek moyang yang masih diteruskan oleh generasi sekarang di Melaka dan tugas penarik beca ini sebanarnya di warisi dari turun temurun. Skuad Imam Muda juga tidak melepaskan peluang untuk bersama warga Baba dan Nyonya untuk mempelajari seni budaya yang menjadi kebanggaan mereka. Pertembungan budaya cina dan melayu menjadi sebuah Budaya unik dengan unsur-unsur islam.

Skuad Imam Muda turut menimba pengalaman menyediakan makanan tradisional seperti dodol, gula melaka dan wajik. Inilah yang menjadi sumber pendapatan penduduk kampung dan usaha mereka dalam menjadikan produk makanan tradisional lebih komersil.

7
Skuad Imam Muda bersama warga felda untuk turun ke ladang dan membuat aktiviti lazim sebagai seorang pengusaha ladang sawit di felda. Pengalaman ini mampu di adaptasi semua masyarakat apabila cara penanaman baru di perkenalkan. Tidak rugi berbakti pada tanah. Warga belia felda meneruskan perjuangan ibu bapa mereka dalam membangunkan tanah di felda. Usaha orang muda di felda harus dicontohi untuk terus memajukan diri.

Kunjungan Skuad Imam Muda ke Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) menambahkan keceriaan kepada kanak-kanak istimewa yang belajar di situ. Inilah peranan seorang Imam yang cuba ditonjolkan supaya sentiasa bersedia berbakti pada orang kelainan upaya (OKU) yang memerlukan dan memberikan motivasi serta panduan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup berdikari. Kebanyakkan pelajar di PDK berumur dalam lingkungan 8 hingga belasan tahun dan pastinya ada diantara mereka yang telah berjaya berdikari mencari rezeki.

8
Skuad Imam Muda meraikan perkahwinan sahabat mereka Imam Muda Amar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Menjadi kewajipan untuk setuap umuat islam untuk memenuhi jemputan walimatul urus dan meraikan majlis yang menjadi tuntuan agama. Skuad Imam Muda turut bertungkus lumus menyiapkan persiapan majlis perkahwinan dari penyembelihan sehinggalah majlisnya berlangsung. Majlis perkahwinan Imam Muda Amar turut diserikan dengan kehadiran sahabat imam muda yang lain. Turut hadir IM Asyraf, Najdi, Mujahid & Ali.

Namun demikian, Skuad Imam Muda tidak lupa juga mengundang Puan seorang ibu tunggal untuk turut merasai kemeriahan majlis perkahwinan di samping merapatkan ukhuwah dengan penduduk kampung. Semangat kejiranan inilah antara medium yang berkesan untuk memupuk silahturrahim sesama manusia demi mencari redha Illahi.

9
Kehadiran Skuad Imam Muda ke Rumah Barkat sememangnya dinantikan oleh penghuninya. Anak-anak yatim dan piatu terdiri daripada pelbagai peringat umur sehinggalah mereka berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS. Terdapat anak-anak yatim di Rumah Barkat ini yang telah berjaya dan kembali yang menariknya mereka kembali semula berbakti serta menjadi contoh untuk adik-adik mereka di rumah tersebut. Sesungguhnya berbakti dan bersedekah pada anak yatim ini menjadi tuntutan dalam islam.

Skuad Imam Muda meluangkan masa bersama anak-anak yatim Rumah Barkat menjalani rutin seharian mereka. Pelbagai aktiviti berkumpulan dan beriadah diadakan bersama adik-adik. Pengisian yang berunsurkan dakwah serta mengaitkannya dengan kehidupan seharian pastinya dapat memberikan pengalaman berharga buat adik-adik Rumah Barkat.

10
Skuad Imam Muda menziarahi 3 keluarga asnaf yang berada di Kampung Baru Sungai Telur, KotaTinggi Johor . Golongan asnaf adalah golongan yang berhak menerima zakat. Walaupun begitu, golongan ini perlu dibantu kerana kehidupan golongan itu cukup teruji sehinggakan tiada tempat untuk mengadu bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka. Pelbagai kisah suka duka dikongsi bersama Skuad Imam Muda bersama keluarga ini. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar itu nasihat IM.

Skuad Imam Muda turut menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban mereka. Inilah peranan yang wajar diterapkan ke dalam masyarakat supaya terus perihatin dan saling berbantu antara satu sama lain. Memberi sedekah akan menambah keberkatan dalam hidup kita.

11
Skuad Imam Muda mendalami kehidupan sebagai pelajar di pondok yang mana pondok merupakan sistem pendidikan islam yang tertua di Asia Tenggara. Institusi pondok sepanjang perkembangan sejarahnya telah meletakkan hala tuju asas yang betul dalam membentuk kefahaman dan pengajian kepakaran dalam bidang-bidang pengajian bahasa dan kesusasteraan, budaya dan peradaban, Syariah, Usuluddin, Tafsir, Tasawwuf, Al-Quran dan Al-Hadith.

Selain itu juga, Skuad Imam Muda juga meluangkan masa bersama seorang adik yang cukup istimewa iaitu adik Muhammad Qayyim Nizar bin Sarimi. Adik Qayyim merupakan insan yang cukup istimewa dengan kelebihannya membaca al-quran braille dan juga mengalunkan tarannum yang mengusik jiwa. Beliau juga banyak memenangi anugerah dan pertandingan bacaan al-Quran.

12
Dalam episod ini, Skuad Imam Muda berkunjung ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Di hospital, Imam Muda mendapat pendedahan mengenai tugasan warga hospital yang sentiasa bertungkus lumus membantu pesakit di saat kecemasan dan sentiasa berjaga setiap masa. Di samping itu, Skuad Imam Muda juga diberi informasi mengenai kawasan-kawasan di sekitar hospital yang mempunyai akses terhad berhadapan dengan pelbagai risiko.

Menziarahi pesakit dan mendoakan mereka adalah medium yang terbaik untuk mendekati diri dengan pencipta. Imam Muda turut menziarahi kanak-kanak di wad pediatrik serta mendalami permasalahan mereka terutama keluaraga yang truma. Bukan itu sahaja, Imam Muda juga menziarahi adik Fadli yang terlantar di rumahnya akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini. Ini jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab kita sebagai mukmin menjaga saudara mukmin kita yang lain.

13
Skuad Imam Muda kali ini menimba pengalaman sebagai seorang leftenan muda. Pastinya bukan mudah memikul tanggungjawab menjaga Negara di samping berdakwah. Menjadi tuntutan sesebuah negara mempunyai sistem pertahanan yang kukuh; tidak kiralah di darat,udara mahupun di air.

Menariknya, apabila Imam Muda turut menjalani rutin dan latihan yang mendebarkan di atas kapal. Inilah realiti kehidupan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang bertungkus lumus menjaga keselamatan perairan negara. Latihan diadakan untuk meningkatkan kecekapan anggota. Di samping itu, pengajian agama juga turut dititikberatkan sebagai pengisian dan panduan hidup. Tidak dilupakan aktiviti sukan juga giat dilaksanakan untuk memastikan jasmani sentiasa dalam keadaan sihat.

Skuad Imam Muda ialah sebuah program travelogue yang menonjolkan metodologi dakwah secara santai di samping memaparkan perjalanan dua orang Imam Muda musim kedua menggunakan pengangkutan ”motor home” untuk begerak ke seluruh semenanjung Malaysia. Setiap lokasi dan pengalaman mereka didokumentasikan kepada sebuah realiti kehidupan untuk mendalami masalah dan keperluan masyarakat. Dua orang Imam Muda ini membantu dan menjalankan sesi motivasi dan bekerjasama dengan penduduk kampung untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.





Jangan lepaskan peluang untuk menonton program yang memaparkan perjalanan dakwah dua Imam Muda musim kedua dengan ”motor home” ini pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam bermula 7 Disember 2011 menerusi Astro Oasis (Saluran 106). Selamat menonton!

Wednesday, December 07, 2011

It's Not Easy To Be ME


Dari minggu lepas, seorang daripada teman lamaku menelefon. Ida memang selalu keep in touch dengan aku walau sudah jauh beberapa tahun kami meninggalkan zaman 'office' sebagai eksekutif dekat sebuah syarikat saham terkemuka Malaysia di Jalan Raja Chulan masa tahun 2000 dulu. Kini dia dah berkahwin dengan suaminya, seorang staff di CELCOM dan dikurniakan 3 orang anak.

Ida menebak demi menebak soalannya kepadaku. Tiba-tiba terpacul. "Yan,seronok tak jadi janda?". Aku diam sesaat,dengar pertanyaan Ida. Kemudian aku ketawa kecil. Aku tanya "Kenapa ko tanya aku soalan macam tu?". Dia kemudiannya menjawab, "tak ada la...aku tengok ko happy aje,dah lama kan ko jadi janda?"...aku jawab..."Ya,sudah 8 tahun,nak masuk 9 tahun..". Ida terus dan terus bercerita...kesimpulannya aku merumuskan ianya adalah masalah rumahtangga yang dia alami. Dia sudah lama menanggung beban derita,dah lama berendam air mata. Maka dia memutuskan untuk 'pergi' dari rumahtangganya itu. Dalam erti kata lain mahu bercerai. Aku mengeluh berat, bila dia seakan memutuskan itu. Aku lemparkan kata-kata dan nasihat lewat perbualan kami petang itu...."Ida,bukan mudah tau nak melalui status ni"...dia tanya..."kenapa,ko elok aje...?"...aku cakap..."tolonglah jangan jadikan aku sebagai contoh,sebagai idola ko"..."bukanlah Yan,ko happy aje...senang aje hidup ko...boleh je hidup tanggung anak-anak ko sorang2"...aku cakap itu yang korang nampak luaran, dalam hati aku?"..Ida terdiam.

Kalau aku boleh pergi ke satu-satu wanita yang mengalami masalah rumahtangga, aku nak berpesan pada tiap-tiap satu daripada diorang ni untuk berusaha menyelamatkan rumahtangga diorang ni. Sebab? Sebab betapa peritnya bila bertukar status...status ini bukan sebebas mana pun,bukan korang boleh terbang bebas berterbangan....bukan dan bukan....Jangan ingat,takde suami...korang boleh bebas buat apa je. Aku 'bebas' dalam erti kata aku sendiri. 'Bebas' cari duit tapi masih perlu kembali ke 'pangkal' demi anak-anak aku, dalam apa jugak yang aku lakukan. Memang ye,aku bebas keluar malam,balik pagi...tapi sejauh mana kita mahu terbang bebas sebegitu? Lama-lama korang akan perlu dan memerlukan seseorang di sisi,untuk meluah rasa...membuang pendam bisa yang ada dalam hati. Jadi bukan mudah ya...dan status ini tetap 'serong' jugak di mata masyarakat yang skeptikal. Cuma aku ni jenis yang buat tak tau dan tahu apa yang aku buat aje, maka aku terus-terus aje melangkah tanpa henti. Janji Mak dan keluarga tau apa yang aku buat. Itu cukup.

Pada teman-teman aku yang segelintir menjadikan aku idola,terima kasih. Untuk menjadikan kalian positif tabah menempuh hidup,ya aku OK. Tapi untuk terus pergi suka-suka 'lari' daripada status korang,aku kecewa....aku terasa berdosa pulak sebab aku yang korang jadikan contoh boleh hidup sorang. Hakikatnya aku bertatih-tatih mendaki hidup ni sampai akhirnya. Apa yang aku dapat hari ni bukan diraih sekelip mata. Sepanjang hidup sendiri, betapalah banyak air mata yang tumpah dan sebak yang membuatkan mata berkaca-kaca jernih...acapkali.

So korang,please siapa yang ada rumahtangga..please take care of your marriage. Ada yang boleh diperbaiki,baikilah. Ada yang terluka,terpendam..luahkanlah..kerana pasangan itulah juga yang akan bersama ke syurga dan menuntun membawa ke 'sana'. Kecuali sudah bertahun-tahun korang bertahan dan apa pun keadaan memang menjadi semakin genting dan tidak dapat diselamatkan. Tapi apa pun cubalah pertahankan dan cubalah untuk setia. Aku bangga mempertahankan rumahtanggaku,bangga setia dengan perkahwinan dahulunya....walau sebenarnya aku boleh menongkah arus. Korang,please sayang rumahtangga OK.

It's Not Easy To Be Me - Five For Fighting

I can't stand to fly
I'm not that naive
I'm just out to find
The better part of me

I'm more than a bird
I'm more than a plane
More than some pretty face beside a train
It's not easy to be me

Wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
About a home I'll never see

It may sound absurd:but don't be naive
Even Heroes have the right to bleed
I may be disturbed:but won't you conceed
Even Heroes have the right to dream

It's not easy to be me

Up, up and away:away from me
It's all right:You can all sleep sound tonight
I'm not crazy:or anything

I can't stand to fly
I'm not that naive
Men weren't meant to ride
With clouds between their knees

I'm only a man in a silly red sheet
Digging for kryptonite on this one way street
Only a man in a funny red sheet
Looking for special things inside of me

It's not easy to be me..........


* Sms Ida baru masuk dan dia bertanya lagi,apa yang harus dilakukannya. Aku memberi cadangan untuk dia dan suami ke Pejabat Agama sahaja untuk menjalani sessi kaunseling. Pejabat Agama bukan untuk kes bercerai berai sahaja, tapi mereka juga berusaha menyelamatkan rumahtangga. Semoga dia beroleh penyelesaian yang terbaik dengan suaminya.