Mujahidah itu…
Hati meresahkan kesal menolak cintanya,
Api cinta marak dipendam bahangnya,
kerna itu Rahsia hati dan cintanya,
Pada Allah saja diceritakan rahsianya,
Terusan berdoa memohon kepada-Nya,
Moga itu terbaik buat dirinya…
Mujahidah itu…
Di luaran dia tenang,
Dalam hati iman menentang,
Dalam hati nafsu berperang,
Antara dua cinta yang bertandang,
Namun, cinta Allah selalu menang,
Cinta kedua dilepaskan terbang…
Hari demi hari terus menyapa,
Kata orang mengapa tak punya rasa,
Sedangkan dia masih remaja,
Kata orang mengapa dia bahagia,
Sedangkan dia tak punya cinta,
Kata orang mengapa mantap hatinya,
Sedangkan dia tiada rijal penguatnya,
Mulut itu mulut mereka,
Sabarlah, biarkan saja…
Mujahidah itu…
Rabiatul Adawiyah itulah idolanya,
Sumayyah itulah obornya,
Khawlah itulah kecemburuannya,
Nusaybah itulah pahlawannya,
Fatimah itulah teladannya,
Aishah itulah buktinya,
Khadijah itulah kebanggaannya…
Mujahidah itu…
Dia mahu jadi bidadari,
Terus solehah di jalan Ilahi,
Itu mimpinya di malam hari,
Itu angannya di siang hari,
Itu bicaranya sehari-hari,
Menjadi isteri sentiasa berbakti,
Kepada suami bakal berbudi,
Pilihan Allah akan terbukti!
Ia janji yang sangat pasti!
Mujahidah itu…
Tidak takut kehilangan cintanya,
Biar pelbagai ujian melanda,
Lelaki itu, perlukan masa,
Memilih buat diri mereka,
Pilihan yang semestinya istimewa,
Calon ibu, buat zuriatnya!
Penyeri dunia, itulah temannya!
Di Syurga, itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya,
Menyedarkan, lelaki melainkan peranan,
Bahawa wanita bukan mainan,
Tetapi mutiara itulah nilaian…
Ya, mujahidah itu..
menghitung langkahnya,
Muhasabah dirinya,
katanya, dia masih banyak kurangnya!
Hanya menggeleng kepala..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja,
Diam maknanya iman sahaja bersuara,
Pandangan matanya dibutakan sahaja,
Buta maknanya hatinya mula berkata,
Rijal kekasih Allah itu yang diharapnya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!
Bukannya rijal yang sebaliknya…
Mujahidah itu…
Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah mati,
Tatkala ummat Muhammad dilukai,
Hatinya menangis penuh ngerti,
Tatkala jasad saudaranya dikelar sana-sini,
Hatinya meraung penuh simpati,
Tatkala adik seakidah dirogoli,
Dibunuh tanpa secebis insani,
Hatinya jadi benar-benar mati,
Tak punya masa untuk bekasihani…
Mujahidah itu…
Tidak dia rasa kekurangan,
Kerna sudah cukup adanya Tuhan,
Tidak dia sepi sendirian,
Bila sentiasa bertemankan Tuhan,
Dia umpama permata yang bersilau,
Kerdipnya menyilau pandangan,
Dialah wanita harapan Tuhan,
Kebanggaan umat zaman berzaman…
Mujahidah itu…
Menjadi gadis sudah fitrahnya,
Menjadi pilihan bukan pintanya,
Sebagai penyeri itulah hakikatnya,
Menjadi khalifah itulah tugasnya,
Membuat silap bukan sekali,
Namun mengalah tidak sekali,
Menjadi seorang mukminat sejati,
Itulah usahanya setiap hari…
Mujahidah itu...
Tetaplah dirinya teguh di satu jalan…
Menjadi bidadari sememangnya impian…
Melangkah dengan sejuta harapan…
Mengejar cinta dan keredhaan Tuhan…
Moga beroleh Syurga idaman…
Ameen…Ya Rabbb…
credit to :
http://loveofislam.wordpress.com/2010/11/19/mujahidah-ansarullah/#comment-30
syukran
Tuesday, April 10, 2012
Friday, April 06, 2012
19 KEISTIMEWAAN WANITA & 6 WANITA MALANG
19 Keistimewaan Wanita
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
6 JENIS WANITA MALANG
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah".
1. Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
2. Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
3. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
4. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
5. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
6. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Thursday, April 05, 2012
Semesta bertasbih cinta
Dan daku bermunajat rindu
Tentang Dia Yang Maha Segala
Pemilik cahaya yang terangi kalbu
Dalam rindu ini bertanya:
"Persembahan syair suci apa yang akan menghantarkan kepedihan rindu ini pada wajah-Mu
Ya, Rabbi?
Erang tangis yang bagaimana?
Sehingga kelopak rinduku pada-Mu
Bakal memekarkan sekuntum bunga cinta?"
Duhai pemilik Arasy yang agung
Hanya nyanyian kerinduan
Berdenting mengalunkan pedihnya perasaan
Bersemi di kedalaman jiwa
Mendidih sukma
Berharap kembali kepada Engkau
Yang memangku
Semua yang ada
Oh nyanyianku...
Nyanyianku, nyanyian kerinduan
Selepas sekian lama jiwaku terpenjara
Dalam kegelapan
Seumpama musafir yang merindui cinta
Berharap segera sampai ke wajah Kekasih
- Salma
Novel Kidung Sholawat Zaki & Zulfa karya Taufiqurrahman Al Azizy

Monday, April 02, 2012
Terima Kasih Duhai DBP!
Hujung March lepas, dalam kesibukan berpencak dengan kerja-kerja, saya menerima juga pelawaan kakak saya 'Elaira' untuk ke DBP.
" Hari ini last Yan, diskaun dalam 30%" katanya
Dalam nak tak nak kerana perlu menemankannya saya pergilah. Jujurnya, saya memang kerap lalu di depan bangunan gah berdekatan bangunan MAA dan Jalan Hang Tuah itu namun saya tidak pernah singgah langsung. Malukan? Sebagai pencinta buku saya sedar saya harus kerap berkunjung ke sini. Ok, ok lepas ini ya :).
Kami ke Koperasi DBP itu yang jelas nampak dari dinding berkacanya dari luar. Malah kami juga adalah pembuka majlis tatkala saat itu tidak ada orang langsung. Cuma setengah jam selepas itu ruang koperasi itu dikerumuni beberapa kumpulan pelajar IPTA. Mana mereka datang ini ya?
Koperasi DBP tak sama macam kedai buku popular lain. Kalau masuk MPH, Kinokuniya, Popular, Marwilis dan sebagainya kalian akan perasan ada 'bau buku'. Yakni buku baru. Tapi tidak di sini. Mungkin buku-buku di sini sudah diambil lama dan mungkin juga buku baru bercampur dengan buku lama menjadikan ianya berbau lama. Tetapi saya cuba memaksa hati untuk memulakan membelek-belek buku dari satu rak ke satu rak. Argh boleh tahan banyak!
Buku-buku di sini banyak berorientasikan sastera dalam telahan saya. Banyak karya penulis tahun 90an berada di sini yang tidak ada di kedai buku lainnya! Rak demi rak saya kunjungi dan belek judulnya. Tiba-tiba nun di atas sana, saya melihat ada satu buku bernama 'ANDALUS'. Bukankah saya dan Andalus itu sukar dipisahkan. Saya capai dan ambil 2 dan memang pun hanya ada 2. Kemudian saya belek lagi. Bersebelahan rak saya menemukan 5 buku berkenaan ANDALUSIA! Ya Tuhan, betapa itu yang saya cari sekian lama. Betapa itu yang saya impikan sekian lama. Nah sekarang, impian sudah jadi nyata. Dan saya boleh tersenyum sekarang dengan buku-buku itu dan kamu yang di sana tunggu, saya akan memberikan buku itu juga untuk rujukan kamu menulis mengenai Andalusia. Dan saya sudah terbayang ruang Mezquita dengan diiringi lagu Hijab Kekasih-M.Nasir.

Wednesday, March 28, 2012

Zaenab dalam filem Syahadat Cinta
...dengan mengharap kecintaan Allah, saya menerima takdir
apakah cinta itu dapat menyatukan kita atau pun hanya sekadar
menyatukan hati kita sebagai insan yang berusaha menjadi hamba-hambaNya?
Saya rela menjadi sebahagian daripada kehidupan Abang. Tetapi saya pun ikhlas jika melihat ikatan suci perkahwinan antara abang dengan Lia atau pun Khaura...
* petikan kata-kata Zaenab dalam novel Makrifat Cinta.
Betapa membacanya saya bisa menangis, redha Zaenab...kepasrahan Zaenab menyandarkan cintanya begitu saya kagumi. Kalau saya bisa menjadi seperti dia? Sentiasa pasrah, sentiasa bermunajat dan berpaksikan cinta-cinta hanya pada Rabb...aduhai manisnya cinta mengenal Rabb....
Saturday, March 24, 2012
Monday, March 19, 2012
Taufiqurrahman Al Azizy :)
Banyak perancangan untuk projek menerbitkan karya sendiri yang kesemuanya ke jalan Allah. Mendidik penonton untuk belajar mencintai Allah. Saya akan lupakan, jika offer yang diterima merupakan cerita-cerita yang penuh klishe apatah lagi tidak bersifat islamik yang sudah seperti cendawan tumbuh melata di kaca TV. Justeru, di sini saya mendambakan agar saya menjadi pengkarya yang tetap utuh berpegang mengembangkan karya-karya berbentuk Islam dalam apa medium sekali pun. Mengambil contoh rumah produksi 'Layar Consult' diterajui oleh Tuan Haji Abu Hassan Morad dan Erma Fatima dengan Rumah Karya Citra, saya kagum dengan pengisian mereka dalam berkarya. Tertib dan penuh syahdu menjentik ruang hati saya menyintaiNya. Biarkan saya bersaing dengan mereka untuk sama-sama membawa penonton dengan buah cinta Islam...aduh saya rela, jika berjihad ke jalan yang satu itu.

TAUFIQURRAHMAN AL AZIZY
Hari ini, saya berpeluang berbicara dengan novelis agung islamik Indonesia iaitu Taufiqurrahman Al Azizy menerusi laman sosial dan hp. Berdasarkan bicara itu ada perancangan yang dibuat bersama, untuk divisualkan jika Tuhan berkehendak. Sukanya saya...Pinta saya sekali lagi, agar Allah melorongkan kolaborasi kami.
Justeru saya akan ke Jakarta bertemu Taufiqurrahman Al Azizy (moga dapat cepat). Semoga shooting dan skrip saya tidak cemburu pada saya membilang hari berjumpa dengan Taufiq..:)
"Menulis tidak perlu mencari ilham. Biar ilham itu yang datang sendiri. Lalu bagaimana hendak ilham itu datang sendiri? Jauhkan dosa kerana orang yang berdosa hatinya gelap lalu ilham sukar menembusi hatinya" TAUFIQURRAHMAN AL AZIZY
sumber : blog dingin.blogspot.com

Subscribe to:
Posts (Atom)