Followers

Tuesday, May 05, 2009

Keindahan 'Busy' Dunia..:-),kita hanya terpinjam mendakap keindahan ini...



Hey Guyz
I will busy with this both workshop for the whole May.Haha.Busy with my cousin hantaran preparation too.Kalau la kaki tangan aku le tumbuh lagi..haha.Kalau la aku kaya,le hire assistant..haha.June,i will busy again with school reunion yang aku jadi tuan punya kumpul orang.Weii kawan2 sama batch tolong aku la kumpul orang..huhu.July apa lak?adeh penatnya..Wat eva it is i am still doing my scriptwriting,which is this is still my PASSION.Aku tengah menunggu dari beberapa orang dalam industri untuk meluaskan bakat aku yang sekuman ini.Lately aku teruja ingin menulis telemovie/drama berunsurkan keagamaan,contoh seperti Iktikaf karya Zaini Kosnin.I am going to meet Zaini jugak untuk mengembangkan skrip aku..huhu.Ezad,i am still waiting for your good comment membina untuk menjadikan aku lebih baik dari semalam.You are my Sifoo in scriptwriting.All of the good advise still in my heart and mencuba menjadi lebih baik dari semalam....huhu.Proud of you!Aku masih belum ada masa untuk buat photography shoot with my sis Mas untuk wat portfolio kami for photography dan make up.Adeh bila aku nk arrange time ni?Masa berlalu sebegitu pantas.Aku terikat dengan kerja kerja full time aku yang aku sampai bawak balik rumah,terikat dengan PASSION2 aku yang aku jadikan rumah sebagai my own office,terikat dengan keluarga dan tanggungjawab aku pada insan2 yang aku sayang.Aku juga busy dengan keindahan dunia ciptaan Tuhan yang didatangkan buat aku sebagai pilihannya yang terbaik.Aku mohon aku terus tabah dan dijanjikan syurga dunia sebelum menuju syurga akhirat.Sakit atau apa sahaja aku terus akan mendoakan setiap inci dan saat untuk kita meniti sirath bersama.InsyaALLAH.Moga kita diberi setiap langkah,setitik kekuatan untuk terus senyum berbekalkan amalan untuk kita bawa ke sana.Aminn....:-)

terpinjam meminjam lirik Hijjaz-Fatamorgana ini..:-)

...Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan ternoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia...

Monday, May 04, 2009

Checklist?

Sesuatu yang ingin aku kongsikan.Such a nice story.Mungkin ada antara kalian yang telah pun membacanya.:-)

Suatu ketika Plato terlibat dalam perbincangan dengan gurunya…
Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:“Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:“Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa.”Guru itupun berkata: “Itulah cinta”
Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan Guru pun menjawab:”Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.”Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.
Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:“Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya…tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan…akhirnya saya tinggalkan.
Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.”Lalu sang guru berkata: “Itulah makna perkahwinan.”
Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih…tidak satupun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang beredar ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari semalam, kelmarin atau bersemayam pada masa lalu kita.


Bagi aku sepanjang kehidupan kita ini,kita terlalu punya banyak pilihan.Keliling kita punya kepelbagaian manusia yang ingin kita miliki,yang aku percaya masing masing antara kita punyanya checklist dalam erti kata lelaki dan wanita pilihan,calon suami dan isteri pilihan,calon bf/gf pilihan.Tetapi semakin kita dengan sekeping tinta dan pena di hadapan satu demi satu kita tick akan checklist itu,akan lulusnya dia di mata kita dengan pelbagai ciri ciri dan kesempurnaan,semakin kita jauh sebetulnya.Bila mana ada ciri ciri 'bukan dunia' yang tidak dimilikinya yang itu merupakan CHECKLIST yang amat besar,jadi untuk apa checklist handsome,penuh karisma dsbnya sedangkan dia tidak lepas dlm checklist 'akhirat'.Semakin dia memenuhi ciri yang kita miliki,semakin kita tidak jumpa apa yang kita cari.Trust me!:-).Kerana kita keliru akan apa yang kita mahu cari.Tiba tiba datang dalam hidup kita yang dia langsung tidak memenuhi checklist kita itu,jauh tersasar dari ciri ciri pasangan hidup pilihan.Pernah kalian mengalaminya?Semua itu syncronize dengan cerita di atas.Kita rasakan kita mampu memiliki,namun bersyukurlah memiliki apa yang ada datang kepada kita.Kerana Tuhan tidak zalim memberikan kita sesuatu yang bukan kita mahu,tetapi itulah yang DIA mahu :-).Checklist korang?haha...Arghh pada aku lupakan,kerana hakikatnya semua itu tidak ada apa apa dan tidak langsung diguna pakai.Bila sampai saat Tuhan menemukan korang dengan seseorang yang tidak langsung masuk dalam checklist korang,korang akan tahu apa maksud aku,:-).

Wednesday, April 29, 2009

Hantaran Nanie & Iz @ 15 March 2009/18 Rabiul Awal 1430



Salam,korang..Di atas permintaan sesetengah pihak,maaf kiranya sebab baru upload picxa nih ke dalam blog.Walau majlisnya telah lama berlalu.Sudilah kiranya melihat lihat,dan menjenguk jenguk hasil seni yang tidak seberapa.Pada sape sape nk suruh aku buat hantaran pls let me know earlier k..hahha.Yang cantik itu datangnya dari Allah SWT dan tak cantik itu datangnya dari diriku sendiri.Sila silakan komen ya..jika sudi..:-)

Monday, April 20, 2009

Merah Puteh



Another entry from Radius One,just to promote here.Drama series ini mengangkat keupayaan Isma Yusoof sebagai pengarah dan skrip yang bagus dari Jai.Series yang tidak menghampakan,walau Isma pertama kali mengarah.Syabas Isma!Syabas Ezad kerana mendidik Isma dengan keupayaan beliau sendiri.Jangan lupa saksikan cerita ini di TV9,:-)

Kalau anda penonton yang kerap menonton hasil kerja Radius One, terutamanya hasil kerja Shahrulezad Mohameddin; pasti menyedari barisan pelakon yang ditampilkan biasanya muka-muka yang sama sehingga sesetengahnya dilabel sebagai sinonim dengan Radius One. Ada juga yang menggelar mereka sebagai artis residen Radius One walaupun secara formalnya, Radius One masih dalam perancangan untuk mengumpulkan barisan pelakon yang akan dididik dan bernaung di bawah pentadbiran agensi Radius One Sdn Bhd. Barisan pelakon yang digelar artis residen Radius One ini juga sesetengahnya mendapat perhatian dunia seni melalui penampilan di dalam drama-drama Radius One.

Isma Yusoof mula berlakon untuk Radius One melalui telemovie Sutun 2. Dia memegang watak Fitri, lelaki lembut yang berasal dari Kelantan. Disebabkan watak tersebut sangat mencabar, tabu dan memikat hati penonton, watak Fitri hampir membayangi watak utama Adek. Ini bermakna dia berjaya membawakan watak tersebut dengan berkesan. Dari situ Isma Yusoof mula dikenali ramai terutamanya apabila Radius One sekali lagi menampilkan Isma Yusoof memegang watak Mac, seorang mekap artis di bawah satu syarikat penyiaran terkemuka milik Emil dalam Emil Emilda. Emil Emilda merupakan satu lagi drama yang menaikkan nama Radius One apabila drama ringan ini dengan mudah mendapat tempat di hati penonton. Kemudian, Isma Yusoof tampil lagi dalam telemovie raya, Abang, Mak Panggil Balik. Seterusnya, Isma tampil pula dalam Kerana Cintaku Saerah, Sindarela, dan Rona Roni Makaroni. Ketiga-tiga drama bersiri ini betul-betul menaikkan nama Isma Yusoof di persada seni diatas keberkesanan lakonannya. Isma juga kembali sebagai Fitri melalui Sutun versi drama bersiri, Sutun Kembali Lagi.

Seorang lagi pelakon yang sedang mendapat perhatian dunia seni dan karier lakonannya tercetus dengan memberansangkan melalui drama Radius One adalah Wan Sharmila. Wan Sharmila juga mula berlakon dengan Radius One melalui telemovie Sutun 2. Dari situ perjalanan karier Wan Sharmila bersama Radius One adalah selari dengan Isma Yusoof. Kerana Wan Sharmila tampil dalam hampir setiap drama terbitan Radius One yang melibatkan Isma Yusoof kecuali Kerana Cintaku Saerah dan Abang, Mak Panggil Balik. Wan Sharmila juga mendapat gelaran tidak formal sebagai artis residen Radius One.

Pelakon lain yang kerap muncul dalam hasil produksi Radius One adalah seperti Sharifah Amani, Bront Palarae, Noor Khiriah, Ku Yusri (Adek), Nadia Aqilah (Luscious), dan Noryati Taib (atau lebih dikenali sebagai Makcik Mary). Pelakon-pelakon ini kerap muncul dalam produksi Radius One kerana dikatakan keserasian yang wujud diantara pelakon-pelakon ini, kru-kru produksi, penerbit dan pengarah. Shahrulezad menulis skrip kebanyakannya adalah berdasarkan karakter pelakon-pelakon tersebut yang dikenalinya.

Drama terbaru Radius One, Merah Puteh menampilkan barisan pelakon-pelakon yang belum pernah muncul dalam mana-mana produksi Radius One seperti Zahiril Adzim dan Ellyas Abdullah yang membarisi senarai pelakon utama dalam Merah Puteh. Masing-masing memegang watak dalam tajuk, Zahiril Adzim sebagai Merah dan Ellyas Abdullah sebagai Puteh.

Zahiril Adzim mula mendapat tempat di dalam industri melalui drama bersiri Kami yang kemudiannya menjadi versi layar perak. Manakala Ellyas Abdullah pula pernah popular melalui drama bersiri Dunia Baru, yang juga menjadi versi layar perak kemudiannya. Apabila ditanya perasaan mereka apabila ditawarkan berlakon di dalam drama terbitan Radius One, masing-masing meluahkan perasaan gembira dan terharu kerana berpeluang bekerja di bawah produksi yang banyak menghasilkan drama yang berkualiti. Mereka sedar penonton menanti-nantikan drama terbitan Radius One.

Pelakon lain yang tersenarai dalam barisan pelakon-pelakon utama Merah Puteh yang tidak pernah bekerja dengan Radius One adalah Ainul Aishah, Noris Ali, Sharuddin Thamby dan Redzuan Hashim.

Dira Abu Zahar dan Hairul Azreen pula diperhatikan bakal menjadi wajah Radius One apabila selepas mereka berjaya membawakan peranan masing-masing dalam Rona Roni Makaroni, mereka dipanggil lagi untuk memegang watak di dalam barisan utama pelakon-pelakon Merah Puteh. Dira pernah membawakan watak Gia dan Hairul Azreen pula pernah membawakan watak Boy di dalam Rona Roni Makaroni yang baru tamat siarannya hampir sebulan lepas. Dalam Merah Puteh, Dira akan memegang watak Anggun, gadis yang tersepit di antara cinta adik beradik Merah dan Puteh. Manakala Hairul Azreen pula akan memegang watak Beego.

Merah Puteh turut mengekalkan beberapa wajah Radius One seperti Wan Sharmila yang memegang watak sinikal, Iman di samping Tania Zainal dan Nadia Aqilah. Menariknya, walaupun Isma Yusoof tidak tersenarai dalam barisan pelakon utama Merah Puteh, tetapi kali ini beliau tampil belakang tabir untuk mengarah Merah Puteh di samping co-pengarah, Megat Sharizal. Walaupun Isma pernah terlibat membantu mengarah beberapa scene dan episod dalam Sutun Kembali Lagi, tetapi Merah Puteh boleh dikatakan anak sulung hasil pengarahan Isma Yusoof bersama Megat Sharizal.

Harapan kami, Merah Puteh akan mempunyai karisma tersendiri seperti produksi-produksi Radius One sebelum ini yang pernah mendapat sentuhan Shahrulezad Mohameddin. Dimaklumkan bahawa Shahrulezad pula sedang sibuk dengan penggambaran telemovie Intan Sayang Manja (bukan produksi Radius One) dan pra-produksi Tari Tirana yang akan memulakan penggambarannya tengah bulan Mei 2009.

Bulan Mei ini menyaksikan dua produksi Radius One akan memulakan penggambaran serentak iaitu Tari Tirana dan Cinta Balkish. Cinta Balkish akan diarahkan oleh Haikal, pengarah drama bersiri Mr Mama yang pernah ditayangkan pada tahun 2008 yang lepas.

Merah Puteh disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3 dan 8.30 malam di TV9

Monday, April 06, 2009

Cinta Pertama (Episode 1)

1992

Suasana perkarangan stesen bas begitu tenang.Kelihatan mundar mandirnya beberapa pelajar sekolah,ada yang mengejar bas dan menunggu kelibat bas yang tidak kunjung tibanya.Bas sepatutnya datang seawal setiap setengah jam.Aku dan Nisah,menyembang kosong sementara menunggu bas kami sampai.Kerja kerja sekolah menjadi topik utama kami.Kerancakan perbualan kami diganggu oleh seorang pelajar perempuan cantik manis.Kami berdua terpaku dan tersentak.

"Assalamualaikum"

Aku dan Nisah terkejut dan menyambut salam pelajar perempuan comel ini serentak.Kami sama sama mengukir senyuman.

"Sekolah mana ya?"


Aku atau Nisah yang menjawab,mungkin serentak,aku sudah lupa pada ketika itu :-)

"SMSAG"

"Oh,saya budak BA"


"Umur berapa ya?"

"15"

"oh,sebaya la dengan adik akak,akak 16"

Kami senyum lagi,sebenarnya bukan itu topik utama,yang paling utama mahu mengenali student comel dan cute ini.Siapakah dia dan dari mana datangnya.Ramahnya...Nisah tiba tiba mahu pamit,kerana bas sudah kunjung tiba.Sempat student perempuan yang comel ini minta alamat aku dan Nisah,dengan harapan mahu berutus surat,katanya.Benar benar dia ingin menambah kenalan,layaknya.Tinggal aku dan Kak Ana,yang aku tahu namanya.Banyak perbualan kami.Beria ia benar dia mahu mengenalkan dengan adiknya,yang sebaya denganku.Aku diam dan senyum,bukan itu yang aku pinta.Tika itu perasaan menginjak injak mahu study amat terukir kemas dalam hati.Terbayang wajah opah dan emak silih berganti diganti dengan wajah arwah ayah yang telah 14 tahun meninggalkanku.

Susasana tenang petang itu kami akhiri dengan berjanji akan berukhuwah sebaik mungkin.Tidak habis habis dia,berkata mahu mengenalkanku dengan adiknya dan mahu berutus surat.Aku senyum.Bas sudah menggamit dan aku dan Kak Ana berpisah di situ.

Selang seminggu selepas itu,muncul sepucuk surat padaku.Aku masih ingat lagi,sampulnya tertera lambang MAS,eksklusif.Sampul aku buka dan aku asyik mengamati tulisan tangannya yang amat cantik sekali.Namanya di situ R S.Salam perkenalannya dan sedikit tentang dirinya. Benar Kak Ana mengotakan katanya.Keesokannya aku bertanya akan Nisah,akan mana tahu jika dia menerima akan warkah dari R?Nisah berkata tidak?Aku diam.Nisah mula mengusik,usikan zaman remaja ketika itu.Usikan baru baru mengenal perasaan.Sejak itu surat mula menyusul,menjadi bahan komunikasi dan wadah perasaan kami.Ada bunga bunga yang mula berkembangan,umpama ada rama rama berkeliaran indah dan mengusik di jiwa .Tika itu menunggu posmen,umpama menanti sejongkong emas.Indahnya jatuh cinta ketika itu,apatah lagi ianya cinta pertama.Apatah lagi wajahnya menjadi kegilaan remaja perempuan ketika itu.Memang wajah itu ada di mana mana,dalam bas ketika ke sekolah,ketika study,setiap saat,tetapi tanpa melupakan pelajaran.Opah juga terkesan,akan perubahan perubahan aku itu.Opah senyum,opah kata zaman mula mengenal akan kedewasaan dan belajar belajar mengenal perasaan.Opah turut restu :-)

Tika itu yang ada semuanya indah indah,setiap jalan yang di susur di pekan B ketika ke sekolah menjadi satu satu tapak untuk menguatkan iltizam dan semangat untuk terus berjaya ke hadapan dengan cinta yang mekar ini.Cinta pertama ini menguatkan semangatku,membangkitkan iltizam dan memberikan aku sejuta cahaya,saat aku terlalu rapuh berdiri.Tika itu pada aku cinta dan cita cita seiring dalam untuk aku mengatur langkah di persada dunia yang ingin aku jejaki..:-)..


...sayang,kita pernah bicara
pada suatu ketika
tentang cita cita
tentang hari muka
tentang cinta...


to be continue....

Monday, March 30, 2009

Cinta Pertama Intro

Seakan terbuai,seakan terkesima,langkah umpama terhenti,tersentak..tapi semuanya dalam nada gembira dan teruja.Setelah 17 tahun berlalu dengan kepedihan dan kedukaan.Ada air mata derita tika itu,ada air mata pasrah melihat akan kebahagiaannya.Sebak melingkar di sudut hati.Tika itu ada cahaya dari matanya,mungkil kesal,mungkin dendam,mungkin tak bisa memiliki.Tika itu yang ada hanya serpihan serpihan jiwa remaja yang longgar dengan cinta,longgar dengan kematangan.Yang ada benci dan sayang yang menghuni jiwa.Sekejap kejapan ianya hadir memenuhi ruang kosong tika itu.Seakan ada rahsia dan persoalan yang belum terungkai penuh dengan tanda tanya...

Itulah penangan cinta pertama.Kalian semua pasti setuju,jika aku katakan ia maha suci dan sungguh besar dalam jiwa kita berbanding cinta lainnya,bukan?Ia tidak pernah hilang dalam diri,letak duduknya cinta pertama itu kekal dan mulus dalam hati.Walau yang datang bersilih ganti, semuanya tidak bisa memadamkan segala kenangan itu,segala memori itu.Ianya terus dekat di hati.Seringkali hadir kala kita sedih dan pilu dengan penangan cinta pertamanya.Kerap kali kita membandingkannya dengan cinta lain,tetapi ternyatalah ia tetap CINTA PERTAMA.Saat kedewasaan bertatih,ianya kita mula mengejar erti cinta,mula belajar belajar melayan perasaan.

Cinta pertama,mengajar kita segalanya...akan erti sebuah perasaan dan kedewasaan.Akan erti kecewa,marah,cemburu,benci,rindu,kasih dan sayang. Semua perasaan itu bersatu dan ketika itu bukan mudah menanganinya dalam saat berperang dengan hari muka dan harapan ibu bapa.Bukan mudah juga melepaskannya saat ianya sudah berakhir.Saat itu air mata menjadi sahabat paling akrab untuk merungkaikan akan sucinya CINTA PERTAMA itu walau seribu dugaan hebat menentang dan halangan demi halangan untuk memiliki.Itulah CINTA PERTAMA..

...bagaikan siang tiada mentari
bagai malam tiada cahaya purnama
tanpamu tiada erti hidup berdua
ke akhir masa kau ku cinta...


to be continue....:-)

Thursday, March 26, 2009

Ujibakat/Casting di Luncai Emas

Tarikh: 28 MARCH 2009
Waktu: 11.00 PG – 6.00 PTG
Tempat: 579, JALAN 1B/7, BANDAR BARU SG.BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN.

Watak yang dicari;


1. KANAK-KANAK: LELAKI BERUMUR 11 – 12 TAHUN

2. KANAK-KANAK: LELAKI BERUMUR 11 – 12 TAHUN

3. KANAK-KANAK: LELAKI BERUMUR 8 – 10 TAHUN

4. KANAK-KANAK : PEREMPUAN BERUMUR 12 TAHUN

5. REMAJA : LELAKI BERUMUR 15 – 16 TAHUN

6. PELAKON WANITA : 30 TAHUN KE ATAS

7. PELAKON LELAKI : 30 TAHUN KE ATAS

Setiap peserta dikehendaki membawa profile, gambar penuh & saiz passport dan dokumen sokongan pengalaman berlakon (jika ada).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ms. Ina atau Ms. Ain di 03-61561357 / 03-61566700.