Followers

Sunday, March 21, 2010

Aduhai 'Firman Siagian'! ;-)

















Aku menulusuri carta top lagu Indonesia di google untuk mendapat tahu lagu apa di Indonesia yang enak didengar sekarang. Itu juga rutin yang sering ku lakukan dalam 2,3 bulan sekali…atau sebulan sekali. Satu satu lagu Indonesia aku view di You Tube berdasarkan carta tersebut. Tiba di satu nama bernama 'FIRMAN',aku tertarik. Aku teruja mulanya kerana dua patah perkataan FIRMAN-KEHILANGAN benar benar menarik perhatianku. Yang nyatanya nama FIRMAN itu yang ku rasakan menarik sekali. Bila tatkala memutarkan lagunya di You Tube,lantas segenap urat nadiku mangalir dengan suara jejaka yang lunak dan gemersik ini. Aku sukakan suaranya,melodi lagunya,lirik,pembikinan video clipnya dan personaliti Indonesia yang seorang ini. Jelas aku sudah jatuh cinta! Ya jatuh cinta pada selebriti. Jatuh cinta pada selebriti ada bezanya di dalam ruang lingkupku kerana jatuh cinta pada selebriti umpama memandang sebutir bintang kejora di langit sana dan bintang tersebut juga turut memantulkan cahayanya ke segenap bumi tanpa tahu siapa siapa yang memandangnya di bawah sana. Hehe..Begitu jatuh cintanya aku kepada pemilik nama FIRMAN SIAGIAN. Pastinya kerana bakat seninya itu!

Lagu ‘Kehilangan’ itu aku putarkan berkali kali. Sehingga ianya menjadi nafas dalam urat nadiku. Aku mula mencari informasi berkenaan FIRMAN. Indah namanya seindah nama penuhnya FIRMAN SIAGIAN, Pemilik suara serak serak basah di gelar jelmaan Rod Steward Indonesia ini merupakan peserta Indonesian Idol musim ke dua dalam Top 3. Aku jarang meminati artis sampai ke tahap xtreme sebegini. Kalau di Malaysia aku melampirkan kekaguman kepada M.Nasir,Tam Spider,Hazami,Anuar Zain dan Taufik Batisah (Singapura). Yang lainnya hanya mengikut kesesuaian masa dan keadaan mahu pun mood aku pada ketika itu. Ramai artis Indonesia yang ku minati yang kebanyakannya kerana band band mereka yang bagus. Dan aku antara peminat band band Indonesia,tanpa sedikit pun mengetepikan band band dari Malaysia. Artis solo lelaki Indonesia jarang ku minati,kerana padaku tidak ada yang benar benar ada aura tersendiri mengikut pengamatanku. Cuma dalam sinetron terkadang aku mengikuti mereka dan meminati mereka seiring musim sinetron itu mahu pun filem seperti DUDE HERLINO (Intan) dan EVAN SANDERS (Dealova) begitu juga Noe (vokalis Letto) . Itu sahaja, lainnya tidak menarik minatku.. Ari Lasso,Katon Bagaskara misalnya..bagiku mereka di dalam Dewa lebih menarik perhatianku berbanding solo. Jelas tidak ada artis solo lelaki Indonesia yang benar benar ku minati. Haha…cerewet benar aku…

Tetapi tidak pada pemilik nama bernama Firman Siagian ini. Aku mula mencari laman laman yang berkaitan Firman. Oh rupanya dia ada Facebook,Friendster dan laman blog sendiri. Mahu pun laman dari peminat peminat setia yang senantiasa menyokongnya selama ini. Keakraban arjuna yang aku minati ini dengan peminat peminatnya makin menambahkan kekagumanku kepadanya..hehe. Melihat Firman atau mungkin orang kanannya membalas komen komen peminat di dalam Facebook makin memperlihatkan peribadinya. Padaku arjuna yang seorang ini down to earth dan muzik serta kariernya bukanlah tidak ada fokus dan tidak tentu hala. Firman nyatanya bagaimana rocknya sekali pun masih tetap muslim yang bagus,pengamatanku. Firman merupakan bekas vokalis The Fly, Berorientasikan muzik rock maka Firman terus ke depan sinonim dengan suaranya.


Firman Siagian
Firman Siagian (lahir di Balige pada 3 November 1978) merupakan seorang penyanyi berkebangsaan Indonesia. Dia merupakan alumni Indonesian Idol di musim kedua . Pernah menjadi vokalis di grup musik The Fly dengan memakai nama Gian. Anak ke 9 dari 9 bersaudara. Hobinya adalah mendengar muzik,menonton bola dan tinju,bermain play station dan bareng ponakan. Tinggi dan beratnya 175cm/62kg.

Firman punya banyak sisi baik. Ini tampak jelas dengan rajinnya Firman membantu kakaknya semasa di SDN 01. Putera bongsu pasangan bapak J. Siagian dan ibu T. Simanjuntak ini sudah kenal muzik sejak kecil. Tiap kali ada perayaan maulid nabi, Firman selalu disuruh nyanyi. Maklum, ayahnya memang mengajar ke-9 anaknya belajar nyanyi. Tapi jangan salah kira, Firman kecil bukannya belajar lagu rock, melainkan justru lagu Melayu, Tapi ternyata musik rock yang lebih cocok sama karakter vokalnya.

"Pagi sebelum sekolah, gue nyempetin jualan koran dulu di perkantoran sekitar Casablanca. Dari situ gue dapet duit lumayan lho, hehehe..." kenang Firman bangga.
(Sumber: majalah Hai-Star)

Peminat tegar Iwan Fals dan katanya banyak lagu lagu di dalam Iwan Fals merupakan soundtrack hidupnya. Ada satu lagu yang juga bisa bikin gue nangis, yaitu lagu "Ayah"-nya Eddy Silitonga kata Firman. Matanya juga berkaca saat lewat selepas memenangi idol sahaja mampu tidur di hotel mewah. Peribadi yang mengkagumkan terhadap jejaka ini.

Di kenal lewat pencarian bakat “Indonesian Idol 2”. Dengan gayanya yang santai/relaks saat tampil di panggung serta suaranya yang asli serak-serak basah ini, Firman Siagian berhasil merebut hati sebagian besar penonton rancangan tersebut.
Sempat menjadi vokalis 'The Fly', Firman kemudian memutuskan untuk keluar dan tampil secara solo. dengan mengeluarkan album yang berjudul ANAK MELAYU. Walaupun judul albumnya berbau melayu tetapi nuansa rock tetap mendominasi dan menjadi ciri khas Firman. Dalam album ini terdapat sepuluh lagu yang salah satunya diciptakan oleh Charlie ST12. Single pertama yang akan dikeluarkan adalah KEHILANGAN.

Kata Firman,hal yang gue GAK suka:

nunggu! , ngeliat orang lain kesusahan, gue paling gak nahan...
ngeliat orang ketakutan, nahan buang air (pasti lo juga deh gak kuat, hehehe) , diceramahin, pliz deh... :)


Layan Single Firman ;-)


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

*
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Reff:
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Back to *, Reff:

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi.. (2x)

Jangan lupa juga join milis Firman di:
http://www.facebook.com/?sk=messages#!/group.php?gid=19899153897&ref=mf
http://groups.yahoo.com/group/firman_f2c
http://www.friendster.com/gianthefly
http://www.friendster.com/firmansiagian2

firman_f2c@yahoo.com

Credit To : http://firman-siagian.tripod.com/firmanidolofficialwebsite/index.html

Monday, March 15, 2010

Aku Pencinta Drama Malaysia! ;-)

INT/MEJA AKU/PEJABAT/AKU-AFTERNOON

C/U Skrin komputer aku sedang menaip. Satu persatu huruf ditaip.

Saat rakan rakan sepejabat sibuk untuk ber'Hijrah' mahu pun ke beberapa institusi lain aku ditawarkan oleh satu produksi kecil untuk satu tugas yang bagiku besar untuk 1 projek filem,teater muzikal dan tele/series untuk sebuah kisah biografi dari sebuah buku. Projek filem ini tertangguh pembikinannya dan sebelum ini nama nama besar di dalam industri yang ditugaskan untuk mengemudikannya. Entah di mana silapnya,maka projek ini terus tertangguh dan tertangguh sehinggakan mereka meninggalkannya kerana punya komitment lain. Aku antara yang dihubungi produksi tersebut,diamanahkan untuk meneruskan kerja projek yang tertangguh ini. Atas nama pencinta seni,kerana 'passion'ku dan tugas di dalam institusi maka aku sebulat hati menyahut cabaran ini. Walhal tersembunyi kegusaran kerana aku sangat kecil dan masih bertatih tatih jalan jatuh dalam bidang penulisan skrip. Tetapi seperti kata mereka,mereka memang memerlukan penulis yang 'fresh' seiring dengan produksi kecil mereka yang baru mahu bermula,maka ketakutan dan kegusaranku itu hilang sedikit demi sedikit. Aku teruja menerima tawaran ini,kerana jika ianya berjalan seperti yang diharapkan..maka aku akan mencipta satu kejayaan peribadi.

Tidak lama kemudian aku dihubungi oleh produksi,sementara menunggu beberapa perkara yang harus dipastikan dari segi 'legal'..maka produksi membuka peluang kepadaku untuk mengirimkan apa jua naskhah yang boleh diketengahkan sementara menunggu projek ini sebetulnya on a track. Mudah mudahan,ianya berjalan lancar..itu doa antara pemilik produksi dan aku. Bagus juga tidak mula sekarang,kerana aku harus satu satu bernafas untuk mengutip persediaan bagi projek besar ini. InsyaAllah moga Allah permudahkan.

Proposal proposal lainnya di dalam 'BANK SKRIP'ku sudah pun aku hantar ke beberapa produksi. Penantian ini sungguh seksa rasanya tanpa feedback,tanpa pamitan. Aduh...Kata seorang insan seni kepadaku...

INSAN SENI
kalau karya kita tidak diterima,bukan bermakna kita tidak bagus...tetapi kita terlalu bagus.

VO AKU
Huh..baguskah aku?

INSAN SENI 2
Dalam seni tidak ada betul atau salah
Salah pada orang,betul pada kita...
Jadi teruskan aje..
Yang salah itulah selalunya menjadi karya yang baik

AKU
Ermm (terdiam,terkesima,menggangguk angguk)


Kemudiannya melalui contact dari Kak Maizurah Ederis,aku dihubungi oleh seorang pengarah untuk kesinambungan satu projek RTM. Aku masih menunggu dan menunggu. Benar penantian ini suatu penyeksaan!

Aku juga ditawarkan menghadiri satu temuduga oleh satu stesen TV baru dan aku sudah pun ditemuduga. Aku tidak mahu berharap,walau pun ada ura ura mengatakan ianya pasti dapat..hehe. Jika ada,maka aku menerimanya kerana mencuba mahu 'berjihad' ke jalanNya dengan penulisan. Moga moga mendapat syafaat dan muhasabah..paling tidak untuk diri aku. Atas itu,aku dipujuk (sesuai ke perkataan pujuk tu ;-P) oleh pemilik produksi sekarang agar tidak ke mana mana dan sama sama berjuang dengan syarikat. Katanya aku diperlukan dalam konteks penulisan di sini. Dan katanya penulisanku sudah diakui oleh clients.Hah? Aku terkesima,kerana di sini belum pun penulisanku mendapat tempat di stesen TV itu. Cuma aku membantu penerbit dalam usaha yang tidak seberapa. Lantas,aku keliru..clients apa yang dimaksudkan..ermm.Hah,senang aku merujuk agaknya mereka berpaksikan karyaku di dalam 'Selipar Jepun Suria' agaknya. Tetapi 'Selipar Jepun Suria' hanya baru permulaan. Erm,entahlah. Apa pun segala percaturan ini,dugaan ini,jatuh bangun ini,iltizam ini,hipokrasi yang berlaku atau pujian yang melampaui...hehe.. AKU TETAP PENCINTA DRAMA MALAYSIA dan aku berbangga tentang itu.

SFX - Ayu OIAM Hanya Di Mercu

...keterbatasan tak wajar menjadi penghalang
sampai bila aku bertanya,sampai bila ku harus mencuba
bila lagi,desak hatiku..bila lagi
aku harus berani
lalu ku bangkit tegak berdiri
mengatur langkahku terus mendaki
cita citaku di mercu!

...Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian...


CUT TO

Saturday, March 06, 2010

INT/MEJA RAKAN PEJABAT/PEJABAT/AKU-PAGI SUBUH

Penghawa dingin menyesakkan tulang dan urat uratku. Sejuk sampai ke tulang sum sum. Aku menggosok gosok tangan untuk memanaskan badan. Aku mahu taip cerita ini,kerana ia masalah sosial yang dihidangkan di depan mata,menghuni anak anakku yang bakal dewasa.

FLASHBACK SCENE

Dalam bas,naik 5 orang muda mudi yang berusia dalam lingkungan awal 20an dan mungkin juga hujung belasan tahun. Aku amati tiga perempuan dan 2 lelaki. Mereka duduk berpasangan. Yang seorang itu,perempuan yang berpakaian lelaki...gagah dan macho umpamanya melabuhkan tubuh di sisi gadis genit kawannya. Tidak sampai lima minit pasangan 'terlarang' boleh ku katakan...mula membuat adegan pentasnya di depan khalayak ramai di depanku. Ada makcik tua,ada pakcik yang nak pencen,ada gadis pejabat yang baru pulang kerja telahku,ada pelajar universiti baru selesai kuliah dan tidak kurang juga dengan pekerja kontrak yang sama ada masih ada kontrak atau tidak.

Tangan menjalar dari perempuan berpakaian lelaki itu ke bahu,tubuh badan gadis genit kawannya itu. Lagaknya seperti pasangan kekasih. Mencium bahu kekasihnya dan mahu mencium entah apa bahagian lagi yang tidak sanggup aku nyatakan di sini. Mujur tidak ada anak kecil di situ. Kalau ada tentu anak kecil itu bertanya...

ANAK
Ibu, itu perempuan kan?
Kenapa dia peluk peluk dan cium perempuan jugak?

IBU
?

Benar,setiap individu punya hak sendiri di dalam kehidupan waima songsang atau apa sahaja. Bisa mengatur dengan sebebasnya. Aku tidak menolak itu. Tetapi jika adegan 18SX dipertontonkan kepada umum,bagaimana bisa? Kami yang melihat dari segenap generasi? Aku berfikir fikir akan masa depan pejuang pejuangku,anak bangsaku...yang seakan berlari lari jauh dari norma manusia biasa. Di mana hilangnya..jati diri? Kalau pun kemodenan menghimpit..arus sosial mengaburi..tidak bisakah mengingati YANG SATU itu dan kembali berada dalam landasanNya walau seringkali tersasar.

SFX- Insert MP3 Sudirman - Warisan

Bait bait liriknya,buat dadaku berfikir...berat...

...Akulah penyambung warisan...

CUT TO

Monday, February 22, 2010

Gabungan Penulis Skrip Malaysia


INT/RUMAH AKU/RUANG TAMU/AKU - EARLY MORNING

Tekan 24 jam keyboard tanpa henti...haha..

CU - Skrin di komputer

Salam,

Kalau GPMS boleh berbangga dengan pertubuhannya,begitu juga kami penulis skrip Malaysia. Tadi, pada pukul 3ptg-5ptg telah berlangsung perjumpaan penulis skrip Malaysia yang membincangkan pelbagai isu,masalah,ketidakpuasan hati,luahan perasaan dan juga ke arah resolusi apa tujuan dan matlamatnya perjumpaan kami pada petang tadi. Tidak guna jika ianya hanya sekadar perjumpaan suai kenal dan mesra mesra tanpa ada sesuatu yang boleh kita bawa. Maka sebulat suara kami telah sepakat memberikan tugas ini kepada Abg Zabidi selaku merangka draft untuk menyeragamkan naskhah penulis skrip dengan lebih terjamin dalam format guaman. Ianya lebih baik ku kira, kerana boleh memberikan satu security kepada penulis skrip sendiri akan pincang pincang dari pihak lain. Gerakan ini akan bergerak lebih besar lagi, akan ada lagi pertemuan ke dua dan akan ada lagi topik topik yang perlu kita ketengahkan. Sekurang kurangnya ianya membawa level penulis skrip ke satu tahap yang tidak boleh diperkotak katikkan.

Aku berharap, selaku penulis skrip baru yang masih minima karyaku di kaca TV. Sekurang kurangnya gerakan ini membawaku ke satu perubahan,di mana aku mampu bergerak dengan yakin dan tanpa rasa takut takut lagi. Agar ada resolusinya kepada penulis penulis skrip baru seperti aku juga.

Aku kagum dengan penulis skrip Malaysia yang bergabung membentuk suatu gerakan di dalam masalah yang hampir sama kita hadapi. Dan kesatuan ini biarlah berterusan hingga bila bila.

maklumat lanjut rujuk http://tangisanbulanmadu.blogspot.com

http://zabidiskrip.blogspot.com/

http://www.facebook.com/group.php?v=wall&gid=313191606710


http://penulisskripmalaysia.blogspot.com


CUT TO

Tuesday, February 09, 2010

biar hariku menentang waktu,tetap 'KAU SURIA HATIKU'...

INT/RUANG TAMU/RUMAH/AKU-NIGHT

Kipas berpusing ligat. Kelihatan kaca TV menayangkan cerita Dyesebel. Aku menaip di papan keyboard,tidak henti henti.

CU – Papan keyboard

ADLIP-aku bercakap cakap seorang diri.

CU- Banner Selipar Jepun Suria

SFX – bunyi telefon,menandakan sms masuk

Aku menekan punat telefon.

CU – sms yang ada di skrin

VO AKU
Korang dah tengok Selipar Jepun Suria kan? Tak semua puas hati,termasuk aku,tuan punya skrip. Dan biarlah aku simpan seorang diri apa yang perlu aku simpan yang tidak puas hati itu hehe. Ramai kawan kawan yang memberi komen membina untuk memperbaiki SJS pada masa akan datang. Ramai juga yang sayangkan SJS. Ada kawan kawan aku yang berkata,typical comment about Malay drama..’OK APE’,’OK JE’.’OKAYLAH TU’,’OKAYLAH YANN’…dan pelbagai lagi yang pendek kata OK. Aku terima OK itu,aku terima kalau pun iya untuk mengambil hati aku aje kalaulah kan. Hakikatnya aku merasakan ianya tidak OK sama sekali,walau ianya tidak layak dimasukkan ke dalam bakul sampah. Aku sayang SJS,terus terang cakap. Kalau Sifoo aku berbangga ada karya sulung dan baby sulung dia ‘SUTUN’,ianya ada SUTUN 2 dan SUTUNLAH LAGI maka aku perlu juga berbangga dengan ‘Selipar Jepun Suria’ dan mungkin ‘Selipar Jepun Suria 2’ begitu juga tidak keterlaluan ‘Selipar Jepun Suria The Series’. Bolehkan Tuhan?

Semua ini pemangkin semangat buat aku. Skrip drama adalah passion aku. Dalam drama terhurai dan terungkai segala duka dan sukaku. Hatta jatuh cinta juga ku salurkan ke dalam skrip,begitu juga dengan sedih dan nestapa. Aku sendiri bermain dengan watak watak yang ku tulis,yang saban hari aku tertanya seperti lagu ‘Gong Impian M.Nasir’ layaknya..’terdayakah kau mewarnakan watak yang ku ciptakan?’. Jiwa pelikku membuatkan aku masuk ke dalam watak itu benar benar dalam,seperti mana aku menulis skrip SJS asal yang salah format dan ayat berjela jela itu menurut professional..ada air mata yang tumpah dan terloncat loncat bahagianya aku bermain dengan watak Suria. Aku sangat sayangkan Suria..watak itu..kerana ada cebisan diri aku di dalamnya. Ada jati diri aku yang datang dari kampung yang indah…yang hidup penuh dengan pelbagai carik kesusahan kesusahan yang maha indah kurniaan Tuhan bersama Allahyarhamah Opah. Semangat Suria itu adalah semangatku sebetulnya,jati diri dan juang anak yang tidak ada apa apa,tetapi yang ada hanya semangat yang kuat di jalanNya meniti jaya dengan usaha,doa dan tawakal. Itu aku,itu juga Suria….Sebagaimana namanya Suria,ianya menjelma memancarkan suatu cahaya ke dalam kehidupan setiap orang di dalam hidupnya. Terkadang dan seringkali dia menjadi lilin menerangi landasan landasan kehidupan insan lain agar tidak terus tersungkur dan dia rela berdiri di situ sehingga hampir padam dan membakar diri demi memastikan semua orang bahagia.

Apa pun aku sangat berterima kasih kepada sang sutradara Murali Abdullah yang mengarah SJS. Sang sutradara ini pernah berkata,’awak patut berbangga,ianya karya sulung dan saya yang mengarah’’awak boleh bawak nama saya,dalam your portfolio’.Terima kasih Abg Murali.Zaini Kosnin,kawan yang mengajar aku tentang penulisan skrip antaranya.yang memberikan peluang landasan buat SJS masuk ke ruang skrin TV. Encik Roslan di Asia Best yang berusaha keras juga memanjat Astro berjumpa En Nizam untuk SJS, Nurul Habibatul Amini & Sari Hermawati yang ku kenal..adik adik yang sungguh tegar dengan kerja mereka merealisasikan SJS ke impian! Crew crew yang hanya ku kenali dalam ending kredit,jasa kalian…peluh kalian yang hadir untuk SJS sangat ku kenang dunia dan akhirat. Sungguh! Tentunya untuk En Khalil yang memberi peluang emas yang tidak terhingga. Yang hingga ke hari ini yang masih memberi peluang lagi.

Kawan kawan yang sungguh aku kasihi di dalam FB mengirim tahniah,komen membina atau apa sahaja buat SJS di wall FB,sms.dan tentunya ahli keluarga yang tidak jemu jemu memberikan sokongan buat SJS. Keluarga sentiasa ada di sisi dan sentiasa memberikan aku semangat juang apabila aku ‘down’ dalam penulisan skrip…begitu juga kawan kawan…walau ada antara kawan kawan yang hanya bersua di alam maya. Kalian terbaik buatku! Terbaru rakan rakan di RAWA MALAYSIA group…ya tuhan sokongan kalian sangat besar peranannya dalam jiwa aku yang kadang kadang hampir mati ini.

Supposed aku teringin nak letak lagu ini sebagai lagu tema SJS . Tapi tak ada rezeki,so kita sama sama nyanyi kat sini…InsyaAllah kalau rezeki SJS ada lagi…I will make my dream come true,every single scene tidak akan ketinggalan lagi,agar kalian semua faham semua scene dan watak..dan kenapa Suria sangat obses dengan Selipar Jepun nya.

SFX – MP3 Taufik Batisah,Suria Hatiku…

Kini ku sedari siapa diriku ini
Yang takkan berdiri tanpa dirimu di sisi
Cintamu suci, tak berbelah-bagi
Isi hatimu, takkan ku mengerti
Kan ku abadikan
Saat denganmu
Di dalam lukisan hidupku

Untukmu kasih
I’ll give the very best of me
Kau s’lalu membarakan semangat ku

Untukmu kasih
I’ll be there when you’re needing me
Biar hari ku menentang waktu
Tetap kau suria hatiku

Meski diri ku tak sesempurna yang ku ingini (Kau tetap setia)
Kau masih hadir di setiap langkah hidupku ini

Untukmu oh kasihku
Ku tujukan s’gala untukmu
Untukmu oh sayangku
Hidup tak berarah tanpa mu


Flashback semua adegan penting dan indah di dalam SJS…

CUT TO

Tuesday, February 02, 2010

Selipar Jepun Suria/7 Feb-Ahad,10.30mlm/Astro Prima!



INT.RUANG TAMU.RUMAH AKU.NIGHT

Menunggu Adik yang akan berkunjung ke rumah. Aku memasang Astro Prima,105. Tiba tiba keluar promo untuk Selipar Jepun Suria. Perasaan aku berbelah bagi,ada macam macam..macam masak 3 rasa :-).

AKU
At the end,keluar jugak
SJS melengkapi kehidupan aku

Berkali kali promonya muncul di layar skrin TV 29 inci ku. Menggodak pelbagai rasa. Jiwaku bergelora.

Saksikan 'Selipar Jepun Suria' yang akan berada di depan kaca TV anda pada Ahad,7 Februari 2010 pada jam 10.30 malam. Idea asal dan penulis asal daripada aku,olahan Zaini Kosnin dan arahan daripada sutradara terkenal Murali Abdullah. Terima kasih kepada semua krew dan artis yang menjayakan Selipar Jepun Suria. Komen membina daripada anda atau apa sahaja amat perlu untuk saya agar lebih baik berkarya pada masa akan datang.

Thanks to all relatives,buddies,friends and other people outside there yang menyokong Selipar Jepun Suria. Jangan lupa tonton! Doakan rating dia tinggi dan selepas itu kita boleh buat series 'Selipar Jepun Suria The Series'.InsyaAllah..

Big thanks to AV Vision,the big boss En Khalil n tak lupa En Roslan. Nurul n Sari too. This is just a beginning to build up our empire...

I LUV ALL OF YOU GUYS!


BORAK LOKASI: Drama Komedi Bukan Kerja Remeh
October 22, 2009 Harian Metro | Comments (0) admin @ 2:58 pm

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Rap
SUASANA di pinggir Tasik Sri Gombak, Gombak yang sunyi tiba-tiba kecoh dengan laungan ‘cut’ dan ‘action’ oleh pengarah, Roslan Abdul Aziz ketika sesi penggambaran telemovie, Selipar Jepun Suria berlangsung.

Babak penggambaran yang membabitkan perbualan antara pelakon utama drama komedi berkenaan menjadikan lokasi tasik yang menjadi tarikan bagi aktiviti riadah pada petang itu menjadi tumpuan. Paling menarik perhatian babak pertengkaran antara Suria lakonan Nur Dayana Kamsun Baharin dan Fendi (Qazem Nor). Beberapa babak lakonan turut mencuri perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu.

Menariknya telemovie ini bukan hanya diarahkan dua pengarah berkaliber malah dibarisi pendatang baru dalam dunia lakonan disamping penampilan pelakon berbakat tanah air. Sepanjang lapan hari penggambaran empat hari dikendalikan Murali Abdullah dan sebelum Roslan Abdul Aziz mengambil alih kerusi pengarah. Begitupun untuk proses penyuntingan kedua mereka bergabung idea menghasilkan karya terbaik.

Menerusi perbincangan dan hubungan persahabatan yang dikenali sejak beberapa tahun lalu membuatkan proses penggambaran berlangsung lancar. Kolaborasi bersama itu disebabkan masing-masing mempunyai komitmen lain.

Kunjungan Rap ke lokasi penggambaran mendapati kru produksi AV Vision Sdn Bhd menyiapkan beberapa babak penggambaran yang berlatarkan taman permainan dan sekitar Tasik Sri Gombak itu.

Menurut pengarahnya, Roslan Abdul Aziz pihaknya meletakkan sasaran menamatkan penggambaran dalam masa lapan hari yang ditetapkan jika keadaan cuaca yang mengizinkan dan semuanya berjalan lancar. Biarpun membabitkan kerja kreatif dua pengarah namun ia bukan halangan untuk mereka menjadikan alasan untuk menghasilkan karya terbaik.

“Semuanya berjalan lancar. Bermula daripada proses perbincangan, post produksi seterusnya penggambaran. Kami sudah membincangkan beberapa bahagian yang perlu di titikberatkan dalam setiap penggambaran. Sebelum ini memang kami tidak pernah menjalankan kerjasama seperti pengarah bersama. Dia (Murali Abdullah) memang sahabat lama yang dikenali sejak empat tahun lalu ketika menyertai Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

“Biarpun konsep cerita kepada pendekatan komedi. Namun kami tidak melihat ia sebagai satu kerja yang remeh dan mudah. Apa yang penting mengekalkan format selain memastikan setiap sudut penggambaran yang dirancang berpandu kepada skrip,” katanya.

Kata Roslan, dia berterima kasih kepada penerbit yang memberi kepercayaan kepadanya untuk mengarahkan telemovie berkenaan. Biarpun berpengalaman lebih 10 tahun dalam dunia pengarahan namun dia tidak menganggap ia satu kelebihan kerana perlu bersaingan dengan muka baru dalam aspek kreativiti.

Pengarah drama popular seperti Kadir & Kim, Rumah Kedai, serta penerbit beberapa program hiburan seperti Asia Pop Festival, Program Sukan Olimpik Los Angeles menaruh keyakinan tinggi terhadap penerbitan telemovie itu. Malah percaya telemovie berkenaan bakal menarik perhatian penonton.

Roslan yang pernah berkhidmat di stesen televisyen TV3 sekitar 1984 hingga 1998 mengakui tidak berdepan banyak masalah sepanjang penggambaran berlangsung.

Drama ini mengisahkan seorang gadis manis Suria yang terlalu obses dengan selipar jepun. Oleh kerana didedahkan daripada kecil dengan selipar jepun, sikap sukakan selipar jepun itu terbawa-bawa sehingga dewasa. Ayahnya Pak Cik Halim juga suka memberi pendedahan dan menceritakan kepada Suria akan kelebihan selipar jepun.

Telemovie yang bakal disiarkan menerusi saluran Astro Prima terbitan AV Visions Sdn Bhd menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang. Selain membabitkan penampilan khas juara Anak Wayang, Hairi Safwan, Nur Dayana Kamsun, Sahronizam Nor, Zara Zya, Mubarak Majid, Rosnah Johari dan Mas Omar.

PROFIL
PRODUKSI: AV Vision Sdn Bhd
TAJUK TELEMOVIE: Selipar Jepun Suria
SIARAN: Astro Prima (Februari 2010)
PENERBIT: Datuk Ir Young Juwahir Mohd Idrus
PENERBIT EKSEKUTIF: Roslan Abdul Aziz/ Mohd Khalil Saleh
PENGARAH: Murali Abdullah / Roslan Aziz
JURU KAMERA: Yeop Faisal Abdul Rahman
PENATA CAHAYA: Che Mokhtar Che Man
PENOLONG PENATA CAHAYA: Kamaluddin Salleh
PENATA BUNYI: Rosli Mohd Yusof
BOOM MAN: Suhaimi Mohd
PEMBANTU AM: Muhamad Khir Abdul Rahman / Mohd Roslin Tumpang
PEMBANTU PRODUKSI: Na’aim Halim
KESINAMBUNGAN: Nurul Habibatul Amini
JURU SOLEK & DANDANAN: Suzanna Ismail
PENOLONG PENATA SENI: Azni Zainal Abidin
PENATA SENI: Sapri Ibrahim @ Dewa
PENGURUS PRODUKSI: Mir Idris Mohd Bustamam
PENOLONG PENGARAH: Nazir Jamaluddin
PENYELARAS PRODUKSI: Zaini Kosnin
SKRIP/ IDEA ASAL: Norhaidatul Azian Tajul Ariffin
OLAHAN CERITA: Zaini Kosnin / Murali Abdullah
PERALATAN & POS PRODUKSI: Asia Best Comunications Sdn Bhd
PELAKON: Nur Dayana Kamsun Baharin sebagai Suria, Zara Zia (Dina), Qazem Nor (Fendi), Mubarak Majid (Pak Halim), Kathy Azian (Suraya), Sahronizam Nor (Adlin), Hairi Safuan (Uwais), Baharuddin Omar (Pak Imam), Roslan Salleh (Pak Hasan), Kazaruddin Saisi (Hanafi) dan Jeff Omar (Datuk Kay)