Followers

Saturday, November 03, 2018

Dunia ini...

Dunia ini berkehendak kita memilih
Berkehendak kita menetapkan pegangan
Dan berkehendak kita hidup dalam pertanyaan


Thursday, November 01, 2018

DJ ISMAHALIL HAMZAH : BAPAKKU FM, MUKUT DIVE CENTER & LADANG NENAS

Haha, aku tengah rajin ni nak update blog.

Ok kali ni aku nak kemaskini sikit tentang DJ Popular kegemaran semua ini, siapa lagi kalau bukan DJ ISMAHALIL HAMZAH. Adik-adik pernah dengar ke nama ni? Jarang kot atau kalau dengar pun mesti mak ayah adik yang bagitahu. Yang selalunya mengikuti beliau adalah batch2 umur beliau jugak la. Macam hakak! We are 40s and born in 70s. Ha ini pengikut tegar beliau.



Ok meh sinilah aku nak cerita pasal DJ Ismahalil Hamzah. Kebanyakan yang mula mengikuti ialah bermula daripada Radio Muzik pada tahun 1994 dulu. Masa tu siapa yang masih sekolah, duduk asrama atau sedang bekerja memang pasti akan layan celoteh Abg Isma ni. Aku rasa masa tu rating pendengar Radio Muzik kelolaan Abg Isma memang mendadak tinggi. Tengah malam pun orang sanggup tunggu.

Trademark Abg Isma adalah mesti ada intro background lagu dia yang dah rock tu. Lepas tu intro beliau mesti ada "apa khabar abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik, datuk-datuk" semua tu. Lepas tu lagi mesti ada "dari timur membawa makmur, dari barat membawa berkat etc" semua tu la". Eh siapa-siapa yang follow dia mesti tahu trademark ini. Selepas itu mesti ada lagu-lagu yang kami sahabat pendengar ini dah seakan hafal playlist beliau itu.

Ok selepas Radio Muzik, tak tahu apa konflik yang terjadi dengan radio tersebut, sampai aku pun terjebak sebak dan menangis masa hari akhir beliau di Radio Muzik. Seolah-olah macam kau berpisah dengan mak dan ayah masa mereka nak balik lepas hantar ke asrama. Ha macam tu penangannya. Dalam masa yang sama beliau ada menubuhkan Kelab My Friend dan ramai juga yang join kelab tu. Masa tu aku dah nak join dah, lepas tu tangguh punya tangguh terus leka aje. Tapi  sempat sms Abg Isma masa tu. Masa tu takde whatsapp yer dik. Macam biasalah Abg Isma memang melayan dengan baik semua sahabat pendengarnya dalam sms.

Lepas tu senyap. Yang aku tahu beliau menyertai Radio Rediffusion. Lepas tu masuk pula THR Gegar Pantai Timur. Aku pernah terserempak dengan beliau semasa di Astro. Tapi disebabkan masa tu masing-masing rushing/bergegas maka aku pun tak berkesempatan untuk menegur.
Beliau juga pernah masuk Melaka FM sekejap.

Beliau keluar daripada THR. Masa di THR rupanya beliau sudah pun menubuhkan Bapakku.FM http://www.bapakku.fm/. Bapakku FM ini merupakan sebuah radio online milik beliau sendiri.



Ok macam mana aku boleh terjumpa dengan Bapakku FM ini? Melalui media sosial facebook la. Masa Abg Isma di THR memang aku jarang mendengar celoteh Abg Isma ni. Banyak faktor, kesibukan, masa yang tak kena, membuatkan aku tak mampu nak mengikuti beliau.

Aku tahu beliau ada di Tioman. Entah melalui media sosial manalah aku terbaca. Sampai la dah setahun lebih aku tahu mengenai Bapakku FM. Kenapalah aku tak tahu dari awal penubuhan lagi kan? Ini disebabkan aku dah 'jauh' masa Abg Isma di THR. Jadi segala update beliau aku lambat tahu.

Lepas Radio Muzik jujurnya memang tidak ada radio yang aku ikuti DJ nya melainkan Ismahalil Hamzah. Seakan ada yang tidak kena dengan DJ lain yang rasa tidak sampai ke lubuk hati. Gituuu!

Ok sekarang ini aku dah mula rapat mengikuti Bapakku FM. Sambil buat kerja sempatkan masa. Rindunya nak dengar seorang DJ berceloteh, memberi inspirasi, memberi nasihat umpama keluarga, menampar/memarahi kau dalam diam dan menyayangi kau umpama saudara. Ini yang ada pada beliau. Mungkin kurniaan daripada Sang Pemilik buatnya.

Bapakku FM merupakan sebuah online radio yang boleh diikuti melalui tune in, aps di google dan aps store dan website Bapakku.FM. Abg Isma akan ke udara mengikut kesesuaian dan masa beliau. Semua itu akan beliau update dan bagitahu di dalam fb Bapakku FM https://www.facebook.com/bapakku.fm/

Beliau tidak ada pendapatan di Bapakku FM. Apa yang dilakukannya atas dasar kasih sayang kepada sahabat pendengarnya yang setia menyokongnya selama ini.

Dalam masa yang sama beliau mengusahakan sebuah dive center di Kg Mukut di PulauTioman. Boleh cari beliau di sana. Di Kg Mukut anda boleh ambil pakej-pakej menarik sampailah nak menyelam untuk dapat lesen. Kg Mukut ini masih 'unsung places'  dan masih 'virgin' suci dan terpelihara. Pencinta alam silalah ke sana. Kaki selam, suka tengok hidupan laut inilah tempatnya.





Dan lagi, beliau sedang mengusahakan ladang nenas di dalam kampung beliau di Sepang. Pada siapa berhajat nak membeli nenas baik dalam kuantiti kecil atau besar untuk buat kenduri atau meniaga bolehlah hubungi beliau juga di talian 0105187000 (Hotline Bapakku FM).

Sebagai sahabat pendengar beliau, telah banyak cerita dan liku serta onak dan ranjau yang kita telah dengar. Namun sokonglah beliau agar tidak membawa rebah, sambut agar tidak jatuh, sentiasa menjadi saudara dunia akhirat seperti yang sering beliau terapkan melalui mesej kasih sayang dan kejujuran yang acapkali diulang-ulangnya di konti radio mana pun beliau berada.

Bagi aku yang baik dan membawa kita dekat kepadaNya itulah yang terbaik. Kadang-kadang Allah hantar dalam kita tanpa sedar melalui insan-insan tertentu untuk kita menjadi hambaNya yang lebih baik lagi. InsyaAllah. Dan ini ada pada setiap bait-bait kata Ismahalil Hamzah.

Terus sokong Bapakku FM guys kalau korang betul-betul tegar saudara pendengar kepada  ISMAHALIL HAMZAH.

Lagu: Jeritan Sahabat - Ismahalil Hamzah feat Ewal

Hilang tangisan siapa yang tahu
Walaupun mimpi sudah berlalu

Hanya keringat hitam ku kayuh

luaran indah selalu dipandang

Dalam berpuluh datang bertamu
Tiada satu pun kau rasa jemu
Biarkan yang hitam kita lupa
Jadi bahan sejarah zaman berzaman

Kenangan di udara
Izinkan kita bersaudara
Kenal ayah ibu
Kenal kesopanan
Kenal hati budi

c/o
Bagaikan zikir memanggil datang memanggil
Aku turut merasa sentosa hingga lena
Kerna fikirmu
Tak tahu,aku tak tahu sepertimu
Mengagungkan seni di awangan bertamu
Seolah bertahun bertemu

Kalam azimat di lembah azali
Jeritan sahabat kekal dihargai
Kekal dihargai...





Monday, October 29, 2018

I'm Back in 2018


Haha gila!
Post terakhir 2015. Ni dah 2018 weh.  2 tahun lebih. Apa kau buat? haha..
Biasalah, blog dah mula sendu di kalangan blogger. Tapi tak dinafikan ada ramai lagi yang aktif. Tapi lagi ramai yang aktif di medsos lain seperti facebook dan instagram. Ha aku la tu salah satunya. Sebab mungkin lebih pantas dan segera. Bila belek2 lagi, rasa rindu pula nak berblog balik.

Banyak projek yang telah dijalankan antara 2015-2018. Semua tu banyak aku update melalui facebook dan instagram.

Tahun 2018 yang masih berbaki sedikit sahaja ni, nak melaksanakan beberapa perkara beranjak ke 2019.

-melahirkan sebuah buku berunsur travelog
-solo travelling ke luar Asian
-memulakan untuk membuat dokumentari berunsur sejarah melayu
-mempersiapkan peralatan teknikal terkini dan editing sendiri

Doakan ya guys. Apa2 akan aku kongsikan tentang travel, dokumentari dan aktiviti lain aku di sini. InsyaAllah. Moga aku rajinlah.

See you all soon...


Monday, May 18, 2015

Tonton Online Telemovie Hidupku Solatku Matiku

As Salam,

Pada yang tidak sempat menonton siaran telemovie pada Sabtu, 16 Mei lepas di Astro Oasis/Astro Maya HD bolehlah menonton hasil tulisan skrip saya ini di sini. InsyaAllah Astro pasti akan mengulang tayang telemovie ini demi anda semua.

http://www.budakgemok.com/hidupku-solatku-matiku-full-movie/

https://www.youtube.com/watch?v=mWURijtLdH0

https://www.youtube.com/watch?v=JH9mEaXQbz4

http://myflm4u.com/2015/05/hidupku-solatku-matiku-episod-1/

Sunday, May 17, 2015

Bila Saya Menulis; Telemovie Hidupku Solatku Matiku





Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah.

Apa lagi yang saya dapat katakan mengenai telemovie ini apabila melihat respon apabila semuanya yang menonton berjurai-jurai dan bercucuran air mata. Allahuakbar.

Pertamanya terima kasih ALLAH

Terima kasih semua.

Saya nak bercerita sedikit perihal telemovie ini. Telemovie ini telah lama saya tulis iaitu semenjak tahun 2012 lagi. Asalnya memang telemovie, kemudian diminta untuk memanjangkannya sebanyak 13 episod, kemudian disuruh tukar ke tema Ramadhan dan kemudian telemovie kembali. Begitulah perjalanan penulisan dan idea telemovie ini. Idea asal telemovie ini adalah daripada sahabat saya S.Wahyu dan kemudian saya kembangkan, subplot ditambah dan saya memikirkan iktibar dan teladan demi teladan apa yang perlu saya suntik. Itu memang iltizam saya dalam menulis apa juga karya saya yang keluar di layar kaca. Sebenarnya jalan penceritaan cerita ini mengalir dari 'kisah-kisah benar' di sekeliling saya'. Tajuk 'HIDUPKU SOLATKU MATIKU' ini saya pilih adalah berdasarkan 'Doa Iftitah' kita pada setiap kali solat.





Maka selepas siap, ianya lama juga tersimpan dalam simpanan saya dan penerbit. KIV dahululah kiranya. Saya senyap, tunggu HSM saya dipanggil semula :). Nah pada tahun ini, bila penerbit dan stesen TV menginginkannya kembali; saya perlu membuat sedikit penambahan, pengubahsuaian, punchline dan beat yang cantik. Masa penggambaran yang makin suntuk dengan artis dah dikunci(lock) maka saya perlulah menyegerakan skrip kesayangan saya ini secepat mungkin. Menjelang petang mereka baru shoot, hari sebelumnya saya tidak tidur kerana edit skrip ini.

Alhamdulillah pengarah hebat Raja Ahmad Alauddin, Kak Ton penerbit Global Station dan kekanda saya Rozie Rashid berpuas hati dengan setiap scene. Pengarah dan pelakon terutamanya Sharnaaz lagi mempercantikkan penceritaan. Skrip siap! Maka, here they go! Roll and action!

Semalam, bila FB saya dihujani tahniah demi tahniah. Setiap media sosial menjadi 'trending' mengenai #HidupkuSolatkuMatiku maka saya terpanggil untuk melekatkan tulisan apresiasi pada diri sendiri ini di dinding blog marhain saya ini. 



Harapan saya agar setiap bait ayat dan lakonan dalam #HidupkuSolatkuMatiku agar menjadi pedoman buat semua. Saya sekadar mengisi 'ruang kosong' yang ditinggalkan dalam drama industri apabila melata banyaknya cerita yang 'biasa'. Nama saya dalam lakaran penulis skrip drama bukan selalu ada di kaca TV kerana selebihnya saya banyak berkarya di dokumentari dan majalah TV, namun biarlah sesekali kemunculan saya, drama saya itu memberikan impak atau pun iktibar yang besar buat semua. Dengan karya saya, saya memperbetulkan diri saya sendiri dan juga semoga dapat memperbetulkan orang lain pula.

Pada cast; Sharnaaz Ahmad, Fasha Sandha, Puteri Balqis, saya sangat berterima kasih kerana lakonan yang sangat terkesan. Begitu juga dengan cast yang lainnya. Terima kasih atas lakonan yang penuh jiwa dan cinta.

Terima kasih pada semua krew dan semuanya yang terlibat. Pastinya thumbs up pada pengarah hebat Abang Raja Ahmad Alauddin.

Saya semasa menulis skrip ini pun menangis sampai berhenti menulis. Stop la sekejap, kesat air mata dan sambung menulis balik. Jadi bila semua penonton menangis, saya tau. Saya amat faham kerana saya berada di dalam jiwa Nordin, Lela, Lara, Mr Daniel Wong, Susan, Imam Mizan dan yang lainnya.

Yang baik itu datangnya daripadaNya dan yang lemah itu pastinya dari diri saya sendiri.

Jazakallah


Friday, August 15, 2014



"sifat positif itu bisa membuat kita menemui hal-hal yang ajaib"

-Andrea Hirata
Berdebar,

Macam2 yang ada di fikiran. Semuanya yang buruk2 aje. Walau sebagai Umi aku harus memikirkan yang baik2 sahaja. Tapi, siapa aku yang dapat menolak segala prasangka buruk yang berlegar.

Namun, aku...mencuba positif sebaik mungkin demi kekuatan sebuah semangat.

Again, tugas as Umiwalid bukan mudah. Aku harus kuat, lebih kuat daripada yang mereka nampak daripada luar. Dan setiap hembusan nadi dan nafas, i love you my daughter and son.

Wajah baru blog ini. Dah lama bersawang. Tukar template asyik tak kena aje. Hasilnya maka jadilah yang ini.

Ada Andrea Hirata kan kat atas?

Haha....

Dia memang menjadi inspirasi aku dari mula lagi. Of course la semenjak Laskar Pelangi. Selepas tu aku dok la mengumpul novel2 dia. Ada Laskar Pelangi, Sang Pemimpi dan Maryamah Karpor. Niat nak kumpul dan cari lagi koleksi novel Andrea. Sebab apa? Sebab dia seorang yang sangat menginspirasikan daripada orang yang bermimpi hingga menggapai suatu yang bernama kejayaan.

And i will go to Belitung Island soon (hope dalam tahun ini) untuk lebih menyelami dan memaknai sebuah mimpi yang perlu digapai.

:)

See ya!

Tuesday, February 25, 2014

Tonton Online 'SIAPA AKU DI HATIMU'


Antara hasil nukilan saya; Telemovie 'SIAPA AKU DI HATIMU?'. Siaran pada 18 Ogos 2013, RTM 1 pada tahun lepas. Berlokasi di Casablanca Morocco. Lakonan utama Adi Putra, Anzalna Nasir & Fauziah Ghouse.

Selamat menonton kisah lara dan sayu ini. Semoga terkesan di hati.


 http://www.dailymotion.com/video/x138vyc_siapa-aku-di-hatimu-part-1_videogames

 http://www.dailymotion.com/video/x138lmr_siapa-aku-di-hatimu-part-2_fun

Friday, February 21, 2014

...pun aku masih tetap tersenyum
walau masih terasa sakit
semoga syurga milikmu
aku?
mencuba, mengubat luka sendiri...

~ Bukit Tinggi
Sumatera Barat


Thursday, January 30, 2014



Takdir kita dua bersama
Mekar cinta bertaut mesra
Riang tawa menghangat segala

Hadirnyamu mengikis sepi
Dan yakinku cinta ini pasti
oh ..

Namun resah tiada mampuku sembunyi
Dia hadir mengukir senyumanmu kembali
Dan ku perhati di sudut kecewa 
Lenamu dipangkuannya
Rebahku kehilanganmu segala

Bersama janjiku bermimpi
Bintang terang malapnya dimamah sepi
Namun dikala diriku kan kecewa
Harapku dikau bahagia
Mengejar suratan sempurna
Dirimu bersama dia

Walau ku berilusi
Mengharap dirimu pastinya kembali
Dikala rindu dan resah bersengketa
Sekadar dihambat duka
Senyum indahmu padanya
Redhaku melepaskan segala


Monday, January 13, 2014

Tuhan,

Hidup tak selalu indah
Langit tak selalu cerah
Yang manis-manis sudah hilang
Dalam pekat malam
Terus hilang dan malap

Tuhan,
Simpan aku sedikit cahaya
Buat menerang jalan ke syurga
Kerana mata ini terlalu berkaca
Hujan sudah mula turun
Tanpa henti
Yang rintiknya sungguh lemas dan menyakitkan

Tuhan,
Beri aku membisik kepadaMu
Dalam sujud
Dalam doa yang panjang
Agar tenang, agar tabah
Sentiasa mendampingi jalan

Monday, December 16, 2013

Pergi....AL FATIHAH

Mendengar perkhabaran dari insan rapat dalam hidup saya akan keadaan beliau ketika itu yang diserang stroke atau angin ahmar buat pertama kalinya, membuatkan saya tergamam. Saya tidak pernah berjumpa dengannya, hanya sekadar mendengar cerita-cerita dari insan yang rapat dengan saya itu perihalnya. Yang saya kira seorang yang tabah dan melalui hari-harinya dengan penuh redha.

Semenjak itu beliau menjadi penghuni hospital yang saya juga tidak tahu sama ada hospital swasta atau kerajaan. Mungkin hospital swasta kerana keberadaan keluarga dan suami. Dan anak-anak serta mungkin suami menjadi penghuni setia wad ICU dan biasa di situ. Saya difahamkan beliau keluar masuk. Keadaan stabil dan tidak stabil. Saya meniup doa jauh-jauh untuk beliau, walau beliau tidak pernah mengenali saya.

Saya godek-godek buku tahlil dan yassin milik saya di rumah. Ada di situ tertera doa stroke yang saya terlepas pandang sebelum ini. Saya membacanya setiap minggu bila ada kelapangan. Saya doakan beliau. Walau, insan rapat dengan saya itu dan ada pertalian darah eratnya dengan beliau menyatakan agar saya tidak payah membacanya, kerana dia sendiri tidak membacanya walau itu darah dagingnya. Saya diam dan kecewa. Namun saya terus membaca.

Hari ini saya menerima perkhabaran beliau sudah tiada. Saya terdiam, seolah seluruh objek keliling saya seakan terhenti. Iya, saya bukan mengenalinya. Beliau juga tidak mengenali saya. Tetapi saya menitip doa kepadanya selama ini, walau beliau tidak tahu. Saya juga sering menitipkan doa 'penyembuh' buat darah dagingnya yang rapat dengan saya. Iya memang antara kami tidak saling mengenali, tetapi saya tetap sebak menerima pemergian beliau. Tetap saya bacakan tahlilnya di kejauhan ini.

Al Fatihah. Semoga kita ketemu dalam doa-doa hujung sejadah, doa-doa di sepertiga malam. Dan semoga dijumpakan dalam mimpi. Itu pinta saya. Saya akan berusaha 'menjaga' selagi ada nyawa dan hayat saya.
Semoga amalanmu, sedekah dan amal jariah serta doa anak-anak yang soleh dan solehah memandu ke Jannah. Semoga suatu masa kita akan bertemu di pintu syurga mengenang dan bercerita akan insan yang sama.




Wednesday, September 25, 2013

Surat Untuk Tuhan



Tuhan,
Bisakan untuk aku merintih?
Menyapa namaMu dalam dosaku yang melaut?
Bolehkan Tuhan,
Untuk aku merapatkan kedua tangan
Untuk berdoa?





Layakkah aku Tuhan, mendapat bahagia?
Setelah separuh hidupku banyak lara?
Tuhan,
Layakkah aku mendamba
Cinta-cinta dunia?

Tuhan,
Seringkali aku memikirkan
Kepedulian tentang hiruk pikuk dunia
Aku hanya mahu pejam seketika
Sambil menunggu seraut wajah salju
Menyiram dingin kasturi
Yang layakkah untukku yang 'tiada'?

Bolehkan Tuhan,
Aku bahagia....?
Walau selayaknya aku, duduk diam di sini
Menghitung kerdip kejora

Tuhan,
Bolehkah aku?
Tersenyum untuk waktu yang lebih lama
Agar tidak ada lagi air mata?



*If you feel that you're very down.
Just close your eyes and say
This is my journey
HE puts me here
Its his plan
So i have to carry on
And trust HIM

Sunday, September 08, 2013

SALAM MUSLIM - Episod TALAK, TERLERAI JUA (TALAK & CERAI)

Promo : Saksikan SALAM MUSLIM, episod ke 18 TALAK TERLERAI JUA pada 9/9 Isnin ini di Astro Oasis 106 dan tayangan serentak di Astro Maya HD 135. Ulangan Isnin 10:30 mlm, Sabtu 3 petang & Ahad 6 petang.

Hos : Siti Nordiana Alias (pengalaman bercerai secara sms/phone dengan pelakon Allahyarham     Faizal Yusof)

Case Study : 
Datuk Hattan (kes cerai dan rujuk dengan Ariani), 
Puan Nora (bercerai April 2013/kes hadir orang ke 3) 
Razi Hafidz (melalui 2 kali perceraian/kes gaji isteri lebih tinggi dari suami/kewangan)

Rujukan : 
Ustazah Sabariah Salleh (Ketua Penolong Pengarah, Bhg Keluarga JAKIM)
Encik Moeis Basir (peguam syarie selama 20 tahun/Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia)


Pada mulanya saya tidak diarahkan untuk tugasan menerbikan episod ini. Episod saya pada mulanya adalah mengenai 'Perubatan Islam'. Namun saat akhir boss merasakan saya lebih berpengalaman mengendalikan topik ini berbanding rakan sekerja penerbit yang lain.

Topik cerai dan talak memang sudah ada dalam fikiran saya semenjak dari awal penerbitan SALAM MUSLIM. Saya merasakan episod ini harus diketengahkan kerana statistik perceraian yang meningkat dari tahun ke tahun. Terbaru tahun 2012 dalam 15 perkahwinan sejam, 3 daripada berakhir dengan perceraian. Angka ini bukan untuk menakutkan siapa, sebaliknya dan sebenarnya tidak perlu takut untuk berkahwin kerana urusan selebihnya goyah atau teguh rumahtangga itu adalah berdasarkan sejauh mana kita harus berbalik pada agama yang satu :). So korang di luar sana, tak payahlah takut nak kahwin sebab media yang mewar-warkan statistik yang menakutkan. Hakikatnya perkahwinan itu indah, mudah. Cuma kita sahaja yang memberatkan dan menjadikan ianya payah.

Saya sudah terbayang siapa yang perlu saya dapatkan untuk temubual, case study dan siapa juga hos di dalam episod ini. Alhamdulillah semuanya memberikan kerjasama yang begitu baik sekali. Istimewanya dalam episod ini saya berpeluang menemuramah Hattan sendiri mengenai kisah perceraian dan rujuknya bersama Ariani. Kebetulan Hattan baru melangsungkan walimah rujuk dengan Ariani pada Ramadhan lalu. Saya merasakan ini peluang yang terbaik untuk berkongsi sisi baru dalam hidup Hattan.

Hattan sudah berubah. Saya terkejut saat menemuramahnya. Saya tertanya-tanya pada diri sendiri, adakah ini Hattan yang saya temuramah? Sang pelantun suara Memburu Rindu ini sudah berhijrah ke arah yang lebih baik dan meletakkan islam sebagai perkara utama dalam hidupnya. Saya seronok saat menemuramahnya. Allah telah memilihnya untuk 'sedar' dalam usia ini. Setidak-tidaknya masa masih belum terlewat untuk berubah. Dengan tidak segan silu dia bercerita dengan kudus akan kesilapannya dahulu, salah percaturannya dahulu, dosa-dosanya dahulu, keruntuhan rumahtangganya dahulu. Malah Hattan pada saya membuang egonya jauh-jauh, meletakkan kesederhanaan dalam hidupnya, meletakkan materi entah yang nombor berapa.  Baginya kini solat dan keluarga adalah paling utama. Malah banyak tips rumahtangga yang Hattan kongsi bersama kami sesama krew.

Tipsnya rumahtangga HATTAN
1)BUANG EGO JAUH-JAUH
2)JADIKAN AGAMA/SOLAT sebagai TIANG,
3)SUAMI HARUS SEDAR DIA ADALAH PENGHULU ISLAM DAN PERLU TUNJUK CONTOH YANG BAIK PADA ISTERI DAN ANAK
4) NO NEED TO SHOUT dengan isteri, cakap baik-baik kerana perempuan suka lelaki bercakap baik-baik dengannya.
5)HIDUP JANGAN STRESS (jika takdir rezeki kita pada bulan itu RM5 ribu tak perlu nak kejar sampai RM10 ribu kerana bila stress suami akan bertindak di luar dugaan).
6) HARUS ADA KUALITI time seminggu, makan sama-sama dan solat sama-sama dengan isteri dan anak-anak

Saya percaya kebanyakan keruntuhan rumahtangga kini kebanyakannya berpunca dari rapuhnya AGAMA dan rapuhnya struktur KEWANGAN institusi rumahtangga itu. Kerana apa si suami jadi kaki pukul, kaki judi,  kaki ganja, kaki perempuan dan sebagainya? Jika diselidiki balik ianya memang banyak berpunca daripada 2 perkara itu. Begitu juga dengan si isteri; kecurangan, sikap melawan suami, membentak-bentak suami, mencabar talak cubalah difikirkan baik-baik berpuncanya dari yang 2 itu juga. Tidak boleh lari. Saya tidak menidakkan 2 perkara ini yang berlaku dalam lewat keruntuhan rumahtangga saya 10 tahun lalu. 

Justeru betapa pentingnyalah peranan suami dalam membentuk isteri dan anak-anak.  Bukan mudah meluruskan tulang, dilentur jangan sampai bengkok dan meluruskannya jangan juga sampai patah. Menegurnya harus berlembut. Begitulah perumpamaan wanita yang berasal dari tulang rusuk kaum Adam. Namun isteri juga harus berusaha mengejar pintu syurga dengan status bergelar isteri dengan menjaga yang 4 itu; SOLAT 5 WAKTU, BERPUASA DI BULAN RAMADHAN, TAAT KEPADA SUAMINYA dan MENJAGA KEHORMATANNYA. Mudahnya wanita bergelar isteri masuk syurga, siap boleh pilih pintu syurga mana yang dia nak lagi...;)

Sebenarnya perceraian memang banyak mematangkan saya untuk menjadi hambaNya yang lebih baik dari dahulu. Saya mencuba istiqamah membuang perkara-perkara darah muda dahulu dari dalam diri. Kerana hidup kini ini jika dibilang bersisanya hanya tinggal berapa puluh tahun lagi? Jika panjang umur. Bukan mudah mengejar syurga kerana banyak kerikil-kerikil yang DIA uji sepanjang perjalanan ini. Namun kita mencuba, mencuba menjadi yang lebih baik dari semalam. Saya bukan sesuci Maryam, seteguh Asiah, setulus Khadijah, setabah Fatimah...kerana saya hanya seorang wanita akhir zaman yang mencuba mencuci dosa silam dan berusaha menjadi solehah :)



Tuesday, September 03, 2013

Puisi buat 2 'Malaikat Kecil'ku





Dulu, Umi kuat
Umi bisa kononnya meredah lautan gelora
Demi kalian berdua
Umi selalu angkat Tiqa dan Yassin
Bila Tiqa dan Yassin tidur di ruang tamu

Masa itu badan kalian kecil
Umi rasa beratnya umpama kapas
Umi letakkan di pembaringan
Umi teruskan kerja Umi
Sendiri...ya sendiri...

Masa semakin melangkau
Kalian makin membesar
Kalian sudah mummayiz
Kalian masih tidur di depan peti TV
Tidak mahu langsung tidur di atas permaidani nipis yang Umi bentangkan
Umi kejut-kejutkan
Kalian menyahut dalam tidak sedar
Umi cuba angkat
Tapi Umi sudah tidak larat
Umi sudah hilang kudrat, kalian sudah tambah berat
Tiba-tiba Umi sedar masa itu Umi 25 tahun, sekarang Umi sudah 36
Betapa cepat masa berlalu...

Melihat mata kalian
Seakan semalam Umi baru melahirkan
Berjuang mengadap Rabbul Izzati antara hidup dan mati
Pun hari ini memandang kalian
Umpama Umi baru merasakan detik itu
Jerih perih mengeluarkan kalian dari rahim Umi...

Andaikan Umi tiada
Pada siapalah kalian mengadu lara
Pada siapalah kalian menumpang cinta?
Umi tidak dapat bayangkan itu
Kerana itu, pada Tuhan Umi selalu meminta
Agar Umi diambil bila kalian masing-masing sudah punya belahan jiwa
Yang mampu menjaga kalian, kalau pun bukan seperti Umi
Tetapi mampu menuntun kalian ke syurga-Nya

Hari ini Umi merasa sudah semakin lelah
Dalam usaha yang Umi titi sehari-hari
Pun Umi percaya, segalanya Umi lalui dengan nawaitu yang Satu
Demi cinta kepada-Nya melalui cinta Umi pada kalian
Tidak tahu Umi sampai tahap mana
Umi memang lelah
Umi memang penat
Umi memang lemah
Tapi Umi kuat kerana adanya kalian
2 Malaikat Kecil Umi...

Friday, August 30, 2013

0608, mengalun sapa
maya pada
dari sang rajuna tapa
diakah penglipur lara

menghayun sendu
menyentuh kalbu
pada jiwa marhain
seakan menyanggah
takut jatuh dan rebah

bersahut-sahutan
saling menggapai
memori silam seakan bertaut
wahai pencipta, tautanMu istimewa
seakan ada jiwa, rasa
dari lara sekian lama

pun setiap detik
seakan terhenti
mengimbau kembali
kenangan bertali
tersekat pandangan
mata kabur, bening

aku bangkit
melawan, mengikut takdir Loh Mahfudz
mohon yang terbaik
halakan ke jannah
tuju-tuju ke syurga
kerana terlalu lama sudah
mata berkaca

- merdeka eve
damansara

Sunday, August 04, 2013

Penghujungmu Ya Ramadhan

Salam Ramadhan yang sudah mahu ke penghujung allz,

Syukur tahun ini nafsu untuk ke bazaar Ramadhan tidak membuak-buak. Saya memikirkan kerana setiap tahun juadah hampir sama, rasa juga tidak banyak beza dan maaf kata ada yang tidak ada rasa langsung. Ditambah sebenarnya saya mahu mengelakkan bila, kita tidak tahu 'amalan' orang yang memasak itu. 

Ramadhan ini juga menyaksikan drama bersiri yang pernah saya tulis 2 tahun lepas iaitu PANGKIN ATOK diulang siar semula. Thanks TV3! Akhirnya setelah ramai yang request agar drama bersiri itu diletakkan posisinya di waktu prime time. Now korang dah bolehlah tengok sekarang. Setiap Jumaat jam 7:30 malam ya...dah nak habis pun.

Saya melihat Musafir yang bersiaran di Astro Oasis juga kerap diulang tayang Ramadhan ini. Ini karya saya juga sekitar 2 tahun lepas; produce, tulis dan research.

Punya kontrak dengan stesen TV membataskan pergerakan saya, tambah2 saya bergilir dengan rakan tim membantu dalam penerbitan SALAM MUSLIM ASTRO OASIS. Plan nak backpacking nampaknya memang susah untuk di realisasikan pada tahun ini. Takpe, 2014 saya mahu banyak trip! Jom korang, sape2 nak ikut saya tahun depan ;).

Plan nak menulis buku juga tergendala buat masa ini. Takpe, make sure tahun depan impian terlaksana...paling tidak draf sudah disiap sedia pada tahun ini. Saya mungkin akan menulis sebuah novel cinta islamik usahasama dengan seorang sahabat saya seorang novelis islamik di Indonesia dan mungkin akan menulis sebuah buku berbentuk travelog.

Saya sedang dalam persediaan nak adaptasi sebuah novel ke skrin. Ianya sebuah kisah cinta islamik ya...! Nantikan!

And im going to recce one overseas location next year for my own project! Ya Allah permudahkanlah urusanku. Aamin....

Ramadhan ya Marhaban sudah hampir ke penghujung
Impikan dirimu Lailatul Qadar
Bergayut syahdu di tabir ibadah
Di hujung sejadah, tangis tertumpah
Wahai Ramadhan, di hujungmu sebuah cerita
Cerita tentang kerinduan, kesayuan, kepiluan
Wahai Ramadhan, sayunya meninggalkanmu
Dalam sebuah 'RINDU'




Saturday, August 03, 2013

Salam Muslim Raya ke 3, 10/8!

Salam Ramadhan allz yang sudah berada di minggu akhir..

Macam mana dengan persiapan raya?

Raya tahun ini saya dan anak-anak konsepnya colour block, gitu...he. Gabungan merah dan biru.

Okay! Dah 3,4 malam berkampung dengan editor, bergelumang dengan Final Cut Pro. At last episod Salam Muslim episod 'Seindah Hiasan' going to MASTER. Tidur pun 2,3 jam aje sebelum ini.

Episod ini mengulas banyak tentang isu ratu cantik yang sedang hangat diperkatakan dan masih di bawah siasatan JAWI. Juga kami membawa isu laser kulit, vitamin c, kolagen, botox dan apa juga tempelan pada kulit. Plus, plus tentang bagaimana mekap sebenarnya di dalam islam yang kena ikut syariah compliace. Best kan?

Dan sebenarnya kecantikan itu adalah dari hati, dalaman kita. Sejauh mana kita menempel luaran dengan mekap dan apa juga bahan tambahan yang nyatanya kecantikan sebenarnya itu terpancar dari hati dan kecantikan dalaman yang dijaga. Apa dia? Tentulah dengan hati yang baik, jiwa yang penuh 'nur'. Aderr paham ker...? haha...

Buat pertama kalinya kemunculan Puteri Sarah Liyana selepas berhijab sebagai hos sebuah program islamik di Astro Oasis. Wajah mulus dan beliau yang sedang berusaha menjadi muslimah yang baik makin mencantikkan perjalanan episod ini. Mark your date guys, raya ke tiga ya...10/8, jam 7:30 malam Isnin Astro Oasis dan Astro Maya HD. Ulangan? Ulangan selalunya hari Isnin jam 10:30mlm dan ada 2,3 hari lagi atau hari-hari di Astro Oasis...hehe.


Stay tune! & Happy Lebaran!

Wednesday, July 24, 2013

Tanya Sama Pokok

Posting ini saya mahu membebel. Sila tadah telinga anda...:P

Saya tak faham kenapa sesetengah pihak bila nak buat satu-satu benda tidak memikirkan perkara akan datang? Maaf kata, macam ianya main rembat aje...asal ada kemudian set. 

Lagi satu pada saya struktur satu-satu projek dan perkara harus dirancang dengan sebetulnya dari awal lagi. Pernah dengar kan pepatah cakap, pokok yang bagus datang dari akarnya! See! Apa-apa sebelum nak buat apa-apa pun kita harus pikir guna otak, bukan guna tapak kaki! Jangan main ambik aje apa benda pun sebab perkara materi dan kemudian menyusahkan siapa-siapa sahaja yang bersama anda!

Saya memang membebel. Pada yang kena, mohon terasa!

Sekian!