Loloq,satu nama besar dalam penulisan lirik di Malaysia. Apa lagi yang aku perlu perkatakan pada keseluruhan lirik liriknya. Baik yang bertemakan cinta,kerohanian,falsafah,patriotik atau apa sahaja. Padaku insan yang seorang ini namanya tetap hebat dijulang dan terpatri. Walau sudah bertahun berpisah dunianya,namun bagiku karya karyanya tetap hebat malah menjadi tempat untuk sang penyelidik memahami di sebalik keindahan bait lirik lirik hebatnya itu.
Langkah aku atur kemas ke ruang Istana Budaya bersama Sis Elaira malam ini. Tidak seramai orang seperti di konsert Alleycats dan Konsert M Nasir yang pernah aku jejak dulu di sini. Namun,melangkah aje kaki ke dalamnya 90% seat sudah penuh terisi. Aku kagum dan aku bangga bila semakin ramai yang menghargai akan karya seorang yang bernama Rosli bin Khamis atau Loloq.
aku sebak melihat kata2 ini :-(...Kak Riri isteri arwah pernah berkata,membaca memang tidak boleh dipisahkan daripada Loloq.
lirik Loloq dengan tulisan tangannya ' Hujan Rindu'
Tepat 8.30 malam,pentas digegarkan dengan suara koir dan mereka memulakan acara pentas dengan lirik karya Loloq antaranya Nur Nilam Sari,Kau Yang Bernama Seri dan 2 buah lagu lagi. Ella mengambil tempat sebagai artis pertama mendendangkan lagu Nuri. Gadis cantik kecil molek ini masih sederhana dengan jeans biru,kasut kanvas dan T Shirt yang bertulis Forever Young. Rambut ikal mayangnya diliuk lentuk sesuai dengan pakaiannya yang santai itu. Tidak ada bezanya Ella dengan konsert yang lainnya :-). Kemudian lagu ke dua Ella menyusul dengan Layar Impian. Aku suka lirik Loloq yang satu ini. Ella turun ke audience dan berlegar legar sekitar kami dan tanpa sedar rupanya ada kehadiran Pengetua AF musim 9 di situ,siapa lagi kalau bukan Amy Search! Kesinambungan Ella diteruskan dengan lagu Bagaikan Puteri.
Stage Konsert 'Untukmu Loloq'
Ella,tetap muda....:-)
Sebelum artis bertukar, koir tadi mengambil tempat semula dengan mendendangkan lagu Laila Namamu Teratas yang dimulakan intronya oleh Amy Search di tempat audience dan disambut oleh Ali Terra Rossa. Ke dua dua mereka ini memang mempunyai vokal yang hebat dan tak boleh disangkal lagi. Sekalian seisi hall Istana Budaya gemuruh dengan tepukan terhadap 2 vokalis hebat ini.
Ali Terra Rossa atau Ali Empire.
Ali naik ke pentas dan mula menyanyikan lagu Cinta Sakti diikuti dengan Nur Nilam Sari. Saat ini tentunya mendengarkan suaranya seisi dewan memberikan sorakan istimewa dengan kehadiran Papa Rock Ramli Sarip dengan menyanyikan lagu Syair Laila Majnun. Keadaan bertambah sweet bila Ramli Sarip berduet dengan Ella dalam lagu Dunia Batinku...haha.
Gabungan yang 'manis'. Papa Rocknya dengan stylenya yang tersendiri.
Sketsa yang dilakonkan oleh Hasnul Rahmat,Azrol dan seorang lagi yang aku tidak tahu namanya bagiku berjaya. Mereka bertiga benar benar membawakan karakter Loloq dengan sebaiknya.
Hasnul Rahmat membawakan watak 'Loloq'
simbolik lampu Aladin sebelum 'Aladin' membuka tirai...
Band fav aku mengambil tempat,haha...dah lama aku rindukan band sempoi ini termasuklah kesemua dalam band itu yang simple. Dulu semasa aku rajin ke Luncai Emas banyak kalilah terserempak dengan Tam & The Geng. Haha,insiden Tam menyorok sebalik pintu semasa kami semua meeting di Luncai Emas sangat sangatlah membuatkan aku geli hati hingga ke hari ini. Malu Tam tersipu sipunya itu membuatkan aku ingat hingga kini. Spider memberi laluan dengan Tam menyanyikan lagu Cinta Dewa Dewi,Laukku Cukup Masin,Bila Nak Saksi,Kasih Latifah dan Aladin. Hampir kesemuanya kecuali 1 atau 2 lirik dalam setiap album Spider dimonopoli oleh lirik Loloq selalunya. Malah aku ada dengar keluhan Tam & The Geng bila Loloq sudah tiada betapa sukarnya untuk mencari penulis lirik yang kena dengan mereka. Tam pernah kata,dia malas menulis lirik dan biarlah dia tumpukan lebih kepada penciptaan lagu. Bila Loloq sudah tiada,aku hingga kini masih terfikir siapalah yang akan mengganti Loloq menulis lirik untuk Spider? Hmm....
Tam! :-))
Aie,Tam & Tony...(Nafie kat sebelah sana)
best buddy dalam KSMN/LESB ;-)
Sketsa Hasnul Rahmat,Azrol Raja Lawak dan seorang lagi itu diteruskan. Sketsa bersahaja,penuh sopan dan masih dalam nada hormat itu berjaya menggelikan penonton di bawah ini dengan watak2 Loloq sendiri. Selepas ini apa lagi yang perlu kami tunggu kalau tidak melihat akan persembahan Sifu M Nasir! Inilah pertama kalinya aku melihat beliau setelah dikurniakan gelaran Datuk kini. Tampil dengan satu suit kemeja,slack dan kot aku merasakan ianya sungguh sesuai dengan title yang dipegangnya kini. Tapi Sifu,aku tetap memilih busana2nya dari sentuhan Salikin Sidek yang pandai menata imej Sifu. Sifu memulakan lagu dengan Wak Jono. Aku tahu lagu ini tetapi kurang hafal. Sifu berceloteh,katanya saya tahu ramai yang tidak tahu dan ternganga akan lagu ini,tapi lantaklah...kerana ini adalah senikata awal yang dicipta oleh Loloq. Suka atau tidak kata Sifu dia nak nyanyi jugak lagu ini. Kata Sifu lagi lagu ini juga pernah dinyanyikan oleh Loloq.Sifu ada juga sebut akan RASTARI,aku rasa itu band Loloq anggotai dulu. Lagu seterusnya menyusul,lagu tema blog aku ini apa lagi kalau bukan 'ANDALUSIA'. Sifu sudah berada di dalam 'dunia'nya bila menyanyikan lagu ini. Indahnya lagu ini dan aku sudah terbayangkan akan 'Mezquita'!. Mengambil tempat kemudian itu adalah Ghazal Untuk Rabiah,Apokalips dan Mentera Semerah Padi. Mentera Semerah Padi dinyanyikan secara beramai ramai bersama Ramli Sarip,Ella,Spider dan Ali Terra Rossa. Sifu sempat mencelah,Loloq memang banyak buat lagu lagu semangat. Ella ada juga bercerita ketika di LA,semasa proses rakaman albumya dahulu..Loloq turut ada bersama. Kata Ella,ketika itu Loloq tidak keruan dan rupa2nya setelah disingkap ketika itu arwah sedang jatuh cinta terhadap isterinya Kak Hariah atau lebih mesra aku panggil dengan Kak Riri.
Sifu M Nasir,speechless...!
Ada ku lihat kelibat beberapa selebriti yang menyokong akan karya Loloq hadir seperti Bront Palarae, Ad Samad dan Dang Suria serta Islah Wahyudi (Quest). Bagiku sebagai antara ahli di dalam Kelab Sahabat M Nasir,menyintai karya Loloq adalah kemestian. Kami sudah terbiasa dengan kesemua karya daripada Luncai Emas selalunya dimonopoli liriknya oleh Loloq. Kenangan berjumpa arwah di dalam satu majlis raya bagiku sungguh bermakna. Malah hingga kini masih rasa terkilan melalui KSMN kami ada plan mahu mengadakan kursus penulisan lirik dengan bermentorkannya. Malang,ianya tidak sempat kami lakukan semasa hayatnya. Semasa pemergiannya juga aku tersentak dan agak beberapa hari selepas itu baru sedar dia telah pergi. Impaknya besar di dalam hidupku selaku yang menyintai penulisan kerana aku adalah pencinta karyanya sedari zaman aku di menengah lagi. Buat Bro Loloq,lirik2mu akan tetap menjadi rujukan kami,keindahan kami...tenanglah di sana kerana di sebalik lirikmu tersimpan 'pahala' buatmu InsyaAllah jika dikaji dengan mata hati dan unsur ketuhanan. AL FATIHAH,AL FATIHAH,AL FATIHAH.
Sifu berfikir seketika untuk melakarkan kata kata semangat buatku dari lagu Andalusianya,juga daripada lirik arwah Loloq.
kata2 bagi membakar setanggi 'Andalusia'! Ini mentera yang akan ku perasapkan agar menjadi ayat mujarobat!
* nota kaki - love to my sista 'Elaira' kerana mengusung aku ke sini :-)
* nota kaki - Tahniah kepada Den Wahab selaku penganjur konsert,Dato Paduka Dr Rais Yatim dan Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
* nota kaki - big credit to sahabat aku Khyrul Alfie selaku professional photographer untuk konsert ini yang sudi mengongsi hasil gambarnya denganku.
another entry terdahulu mengenai Loloq...
http://norhaidatulazian.blogspot.com/2009/02/setahun-selepas-loloq-pergi.html
2 comments:
tidak sia-sia aku memaksa kau dengan segala sogokkan, bukan sahaja kau mendapat menteramu... aku jua terketar tidak percaya mendapat hadiah cabutan bertuah itu, yg di sebaliknya penuh dengan rahsia (sebahagian telah terfikirkan). tuah kita adik beradik yan :D luv u sis!
huraian mu ikhlas mengais tanpa kenal keringat..mendesak hati tersimpan bahasa mu yang mulia..saat keghairahan kata2 mu,berani menerima pasti beringat..al-fatihah buat loloq
Post a Comment