Tuesday, February 25, 2014

Tonton Online 'SIAPA AKU DI HATIMU'


Antara hasil nukilan saya; Telemovie 'SIAPA AKU DI HATIMU?'. Siaran pada 18 Ogos 2013, RTM 1 pada tahun lepas. Berlokasi di Casablanca Morocco. Lakonan utama Adi Putra, Anzalna Nasir & Fauziah Ghouse.

Selamat menonton kisah lara dan sayu ini. Semoga terkesan di hati.


 http://www.dailymotion.com/video/x138vyc_siapa-aku-di-hatimu-part-1_videogames

 http://www.dailymotion.com/video/x138lmr_siapa-aku-di-hatimu-part-2_fun

Friday, February 21, 2014

...pun aku masih tetap tersenyum
walau masih terasa sakit
semoga syurga milikmu
aku?
mencuba, mengubat luka sendiri...

~ Bukit Tinggi
Sumatera Barat


Thursday, January 30, 2014



Takdir kita dua bersama
Mekar cinta bertaut mesra
Riang tawa menghangat segala

Hadirnyamu mengikis sepi
Dan yakinku cinta ini pasti
oh ..

Namun resah tiada mampuku sembunyi
Dia hadir mengukir senyumanmu kembali
Dan ku perhati di sudut kecewa 
Lenamu dipangkuannya
Rebahku kehilanganmu segala

Bersama janjiku bermimpi
Bintang terang malapnya dimamah sepi
Namun dikala diriku kan kecewa
Harapku dikau bahagia
Mengejar suratan sempurna
Dirimu bersama dia

Walau ku berilusi
Mengharap dirimu pastinya kembali
Dikala rindu dan resah bersengketa
Sekadar dihambat duka
Senyum indahmu padanya
Redhaku melepaskan segala


Monday, January 13, 2014

Tuhan,

Hidup tak selalu indah
Langit tak selalu cerah
Yang manis-manis sudah hilang
Dalam pekat malam
Terus hilang dan malap

Tuhan,
Simpan aku sedikit cahaya
Buat menerang jalan ke syurga
Kerana mata ini terlalu berkaca
Hujan sudah mula turun
Tanpa henti
Yang rintiknya sungguh lemas dan menyakitkan

Tuhan,
Beri aku membisik kepadaMu
Dalam sujud
Dalam doa yang panjang
Agar tenang, agar tabah
Sentiasa mendampingi jalan

Monday, December 16, 2013

Pergi....AL FATIHAH

Mendengar perkhabaran dari insan rapat dalam hidup saya akan keadaan beliau ketika itu yang diserang stroke atau angin ahmar buat pertama kalinya, membuatkan saya tergamam. Saya tidak pernah berjumpa dengannya, hanya sekadar mendengar cerita-cerita dari insan yang rapat dengan saya itu perihalnya. Yang saya kira seorang yang tabah dan melalui hari-harinya dengan penuh redha.

Semenjak itu beliau menjadi penghuni hospital yang saya juga tidak tahu sama ada hospital swasta atau kerajaan. Mungkin hospital swasta kerana keberadaan keluarga dan suami. Dan anak-anak serta mungkin suami menjadi penghuni setia wad ICU dan biasa di situ. Saya difahamkan beliau keluar masuk. Keadaan stabil dan tidak stabil. Saya meniup doa jauh-jauh untuk beliau, walau beliau tidak pernah mengenali saya.

Saya godek-godek buku tahlil dan yassin milik saya di rumah. Ada di situ tertera doa stroke yang saya terlepas pandang sebelum ini. Saya membacanya setiap minggu bila ada kelapangan. Saya doakan beliau. Walau, insan rapat dengan saya itu dan ada pertalian darah eratnya dengan beliau menyatakan agar saya tidak payah membacanya, kerana dia sendiri tidak membacanya walau itu darah dagingnya. Saya diam dan kecewa. Namun saya terus membaca.

Hari ini saya menerima perkhabaran beliau sudah tiada. Saya terdiam, seolah seluruh objek keliling saya seakan terhenti. Iya, saya bukan mengenalinya. Beliau juga tidak mengenali saya. Tetapi saya menitip doa kepadanya selama ini, walau beliau tidak tahu. Saya juga sering menitipkan doa 'penyembuh' buat darah dagingnya yang rapat dengan saya. Iya memang antara kami tidak saling mengenali, tetapi saya tetap sebak menerima pemergian beliau. Tetap saya bacakan tahlilnya di kejauhan ini.

Al Fatihah. Semoga kita ketemu dalam doa-doa hujung sejadah, doa-doa di sepertiga malam. Dan semoga dijumpakan dalam mimpi. Itu pinta saya. Saya akan berusaha 'menjaga' selagi ada nyawa dan hayat saya.
Semoga amalanmu, sedekah dan amal jariah serta doa anak-anak yang soleh dan solehah memandu ke Jannah. Semoga suatu masa kita akan bertemu di pintu syurga mengenang dan bercerita akan insan yang sama.




Wednesday, September 25, 2013

Surat Untuk Tuhan



Tuhan,
Bisakan untuk aku merintih?
Menyapa namaMu dalam dosaku yang melaut?
Bolehkan Tuhan,
Untuk aku merapatkan kedua tangan
Untuk berdoa?





Layakkah aku Tuhan, mendapat bahagia?
Setelah separuh hidupku banyak lara?
Tuhan,
Layakkah aku mendamba
Cinta-cinta dunia?

Tuhan,
Seringkali aku memikirkan
Kepedulian tentang hiruk pikuk dunia
Aku hanya mahu pejam seketika
Sambil menunggu seraut wajah salju
Menyiram dingin kasturi
Yang layakkah untukku yang 'tiada'?

Bolehkan Tuhan,
Aku bahagia....?
Walau selayaknya aku, duduk diam di sini
Menghitung kerdip kejora

Tuhan,
Bolehkah aku?
Tersenyum untuk waktu yang lebih lama
Agar tidak ada lagi air mata?



*If you feel that you're very down.
Just close your eyes and say
This is my journey
HE puts me here
Its his plan
So i have to carry on
And trust HIM

Sunday, September 08, 2013

SALAM MUSLIM - Episod TALAK, TERLERAI JUA (TALAK & CERAI)

Promo : Saksikan SALAM MUSLIM, episod ke 18 TALAK TERLERAI JUA pada 9/9 Isnin ini di Astro Oasis 106 dan tayangan serentak di Astro Maya HD 135. Ulangan Isnin 10:30 mlm, Sabtu 3 petang & Ahad 6 petang.

Hos : Siti Nordiana Alias (pengalaman bercerai secara sms/phone dengan pelakon Allahyarham     Faizal Yusof)

Case Study : 
Datuk Hattan (kes cerai dan rujuk dengan Ariani), 
Puan Nora (bercerai April 2013/kes hadir orang ke 3) 
Razi Hafidz (melalui 2 kali perceraian/kes gaji isteri lebih tinggi dari suami/kewangan)

Rujukan : 
Ustazah Sabariah Salleh (Ketua Penolong Pengarah, Bhg Keluarga JAKIM)
Encik Moeis Basir (peguam syarie selama 20 tahun/Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia)


Pada mulanya saya tidak diarahkan untuk tugasan menerbikan episod ini. Episod saya pada mulanya adalah mengenai 'Perubatan Islam'. Namun saat akhir boss merasakan saya lebih berpengalaman mengendalikan topik ini berbanding rakan sekerja penerbit yang lain.

Topik cerai dan talak memang sudah ada dalam fikiran saya semenjak dari awal penerbitan SALAM MUSLIM. Saya merasakan episod ini harus diketengahkan kerana statistik perceraian yang meningkat dari tahun ke tahun. Terbaru tahun 2012 dalam 15 perkahwinan sejam, 3 daripada berakhir dengan perceraian. Angka ini bukan untuk menakutkan siapa, sebaliknya dan sebenarnya tidak perlu takut untuk berkahwin kerana urusan selebihnya goyah atau teguh rumahtangga itu adalah berdasarkan sejauh mana kita harus berbalik pada agama yang satu :). So korang di luar sana, tak payahlah takut nak kahwin sebab media yang mewar-warkan statistik yang menakutkan. Hakikatnya perkahwinan itu indah, mudah. Cuma kita sahaja yang memberatkan dan menjadikan ianya payah.

Saya sudah terbayang siapa yang perlu saya dapatkan untuk temubual, case study dan siapa juga hos di dalam episod ini. Alhamdulillah semuanya memberikan kerjasama yang begitu baik sekali. Istimewanya dalam episod ini saya berpeluang menemuramah Hattan sendiri mengenai kisah perceraian dan rujuknya bersama Ariani. Kebetulan Hattan baru melangsungkan walimah rujuk dengan Ariani pada Ramadhan lalu. Saya merasakan ini peluang yang terbaik untuk berkongsi sisi baru dalam hidup Hattan.

Hattan sudah berubah. Saya terkejut saat menemuramahnya. Saya tertanya-tanya pada diri sendiri, adakah ini Hattan yang saya temuramah? Sang pelantun suara Memburu Rindu ini sudah berhijrah ke arah yang lebih baik dan meletakkan islam sebagai perkara utama dalam hidupnya. Saya seronok saat menemuramahnya. Allah telah memilihnya untuk 'sedar' dalam usia ini. Setidak-tidaknya masa masih belum terlewat untuk berubah. Dengan tidak segan silu dia bercerita dengan kudus akan kesilapannya dahulu, salah percaturannya dahulu, dosa-dosanya dahulu, keruntuhan rumahtangganya dahulu. Malah Hattan pada saya membuang egonya jauh-jauh, meletakkan kesederhanaan dalam hidupnya, meletakkan materi entah yang nombor berapa.  Baginya kini solat dan keluarga adalah paling utama. Malah banyak tips rumahtangga yang Hattan kongsi bersama kami sesama krew.

Tipsnya rumahtangga HATTAN
1)BUANG EGO JAUH-JAUH
2)JADIKAN AGAMA/SOLAT sebagai TIANG,
3)SUAMI HARUS SEDAR DIA ADALAH PENGHULU ISLAM DAN PERLU TUNJUK CONTOH YANG BAIK PADA ISTERI DAN ANAK
4) NO NEED TO SHOUT dengan isteri, cakap baik-baik kerana perempuan suka lelaki bercakap baik-baik dengannya.
5)HIDUP JANGAN STRESS (jika takdir rezeki kita pada bulan itu RM5 ribu tak perlu nak kejar sampai RM10 ribu kerana bila stress suami akan bertindak di luar dugaan).
6) HARUS ADA KUALITI time seminggu, makan sama-sama dan solat sama-sama dengan isteri dan anak-anak

Saya percaya kebanyakan keruntuhan rumahtangga kini kebanyakannya berpunca dari rapuhnya AGAMA dan rapuhnya struktur KEWANGAN institusi rumahtangga itu. Kerana apa si suami jadi kaki pukul, kaki judi,  kaki ganja, kaki perempuan dan sebagainya? Jika diselidiki balik ianya memang banyak berpunca daripada 2 perkara itu. Begitu juga dengan si isteri; kecurangan, sikap melawan suami, membentak-bentak suami, mencabar talak cubalah difikirkan baik-baik berpuncanya dari yang 2 itu juga. Tidak boleh lari. Saya tidak menidakkan 2 perkara ini yang berlaku dalam lewat keruntuhan rumahtangga saya 10 tahun lalu. 

Justeru betapa pentingnyalah peranan suami dalam membentuk isteri dan anak-anak.  Bukan mudah meluruskan tulang, dilentur jangan sampai bengkok dan meluruskannya jangan juga sampai patah. Menegurnya harus berlembut. Begitulah perumpamaan wanita yang berasal dari tulang rusuk kaum Adam. Namun isteri juga harus berusaha mengejar pintu syurga dengan status bergelar isteri dengan menjaga yang 4 itu; SOLAT 5 WAKTU, BERPUASA DI BULAN RAMADHAN, TAAT KEPADA SUAMINYA dan MENJAGA KEHORMATANNYA. Mudahnya wanita bergelar isteri masuk syurga, siap boleh pilih pintu syurga mana yang dia nak lagi...;)

Sebenarnya perceraian memang banyak mematangkan saya untuk menjadi hambaNya yang lebih baik dari dahulu. Saya mencuba istiqamah membuang perkara-perkara darah muda dahulu dari dalam diri. Kerana hidup kini ini jika dibilang bersisanya hanya tinggal berapa puluh tahun lagi? Jika panjang umur. Bukan mudah mengejar syurga kerana banyak kerikil-kerikil yang DIA uji sepanjang perjalanan ini. Namun kita mencuba, mencuba menjadi yang lebih baik dari semalam. Saya bukan sesuci Maryam, seteguh Asiah, setulus Khadijah, setabah Fatimah...kerana saya hanya seorang wanita akhir zaman yang mencuba mencuci dosa silam dan berusaha menjadi solehah :)