Followers

Wednesday, April 29, 2009

Hantaran Nanie & Iz @ 15 March 2009/18 Rabiul Awal 1430



Salam,korang..Di atas permintaan sesetengah pihak,maaf kiranya sebab baru upload picxa nih ke dalam blog.Walau majlisnya telah lama berlalu.Sudilah kiranya melihat lihat,dan menjenguk jenguk hasil seni yang tidak seberapa.Pada sape sape nk suruh aku buat hantaran pls let me know earlier k..hahha.Yang cantik itu datangnya dari Allah SWT dan tak cantik itu datangnya dari diriku sendiri.Sila silakan komen ya..jika sudi..:-)

Monday, April 20, 2009

Merah Puteh



Another entry from Radius One,just to promote here.Drama series ini mengangkat keupayaan Isma Yusoof sebagai pengarah dan skrip yang bagus dari Jai.Series yang tidak menghampakan,walau Isma pertama kali mengarah.Syabas Isma!Syabas Ezad kerana mendidik Isma dengan keupayaan beliau sendiri.Jangan lupa saksikan cerita ini di TV9,:-)

Kalau anda penonton yang kerap menonton hasil kerja Radius One, terutamanya hasil kerja Shahrulezad Mohameddin; pasti menyedari barisan pelakon yang ditampilkan biasanya muka-muka yang sama sehingga sesetengahnya dilabel sebagai sinonim dengan Radius One. Ada juga yang menggelar mereka sebagai artis residen Radius One walaupun secara formalnya, Radius One masih dalam perancangan untuk mengumpulkan barisan pelakon yang akan dididik dan bernaung di bawah pentadbiran agensi Radius One Sdn Bhd. Barisan pelakon yang digelar artis residen Radius One ini juga sesetengahnya mendapat perhatian dunia seni melalui penampilan di dalam drama-drama Radius One.

Isma Yusoof mula berlakon untuk Radius One melalui telemovie Sutun 2. Dia memegang watak Fitri, lelaki lembut yang berasal dari Kelantan. Disebabkan watak tersebut sangat mencabar, tabu dan memikat hati penonton, watak Fitri hampir membayangi watak utama Adek. Ini bermakna dia berjaya membawakan watak tersebut dengan berkesan. Dari situ Isma Yusoof mula dikenali ramai terutamanya apabila Radius One sekali lagi menampilkan Isma Yusoof memegang watak Mac, seorang mekap artis di bawah satu syarikat penyiaran terkemuka milik Emil dalam Emil Emilda. Emil Emilda merupakan satu lagi drama yang menaikkan nama Radius One apabila drama ringan ini dengan mudah mendapat tempat di hati penonton. Kemudian, Isma Yusoof tampil lagi dalam telemovie raya, Abang, Mak Panggil Balik. Seterusnya, Isma tampil pula dalam Kerana Cintaku Saerah, Sindarela, dan Rona Roni Makaroni. Ketiga-tiga drama bersiri ini betul-betul menaikkan nama Isma Yusoof di persada seni diatas keberkesanan lakonannya. Isma juga kembali sebagai Fitri melalui Sutun versi drama bersiri, Sutun Kembali Lagi.

Seorang lagi pelakon yang sedang mendapat perhatian dunia seni dan karier lakonannya tercetus dengan memberansangkan melalui drama Radius One adalah Wan Sharmila. Wan Sharmila juga mula berlakon dengan Radius One melalui telemovie Sutun 2. Dari situ perjalanan karier Wan Sharmila bersama Radius One adalah selari dengan Isma Yusoof. Kerana Wan Sharmila tampil dalam hampir setiap drama terbitan Radius One yang melibatkan Isma Yusoof kecuali Kerana Cintaku Saerah dan Abang, Mak Panggil Balik. Wan Sharmila juga mendapat gelaran tidak formal sebagai artis residen Radius One.

Pelakon lain yang kerap muncul dalam hasil produksi Radius One adalah seperti Sharifah Amani, Bront Palarae, Noor Khiriah, Ku Yusri (Adek), Nadia Aqilah (Luscious), dan Noryati Taib (atau lebih dikenali sebagai Makcik Mary). Pelakon-pelakon ini kerap muncul dalam produksi Radius One kerana dikatakan keserasian yang wujud diantara pelakon-pelakon ini, kru-kru produksi, penerbit dan pengarah. Shahrulezad menulis skrip kebanyakannya adalah berdasarkan karakter pelakon-pelakon tersebut yang dikenalinya.

Drama terbaru Radius One, Merah Puteh menampilkan barisan pelakon-pelakon yang belum pernah muncul dalam mana-mana produksi Radius One seperti Zahiril Adzim dan Ellyas Abdullah yang membarisi senarai pelakon utama dalam Merah Puteh. Masing-masing memegang watak dalam tajuk, Zahiril Adzim sebagai Merah dan Ellyas Abdullah sebagai Puteh.

Zahiril Adzim mula mendapat tempat di dalam industri melalui drama bersiri Kami yang kemudiannya menjadi versi layar perak. Manakala Ellyas Abdullah pula pernah popular melalui drama bersiri Dunia Baru, yang juga menjadi versi layar perak kemudiannya. Apabila ditanya perasaan mereka apabila ditawarkan berlakon di dalam drama terbitan Radius One, masing-masing meluahkan perasaan gembira dan terharu kerana berpeluang bekerja di bawah produksi yang banyak menghasilkan drama yang berkualiti. Mereka sedar penonton menanti-nantikan drama terbitan Radius One.

Pelakon lain yang tersenarai dalam barisan pelakon-pelakon utama Merah Puteh yang tidak pernah bekerja dengan Radius One adalah Ainul Aishah, Noris Ali, Sharuddin Thamby dan Redzuan Hashim.

Dira Abu Zahar dan Hairul Azreen pula diperhatikan bakal menjadi wajah Radius One apabila selepas mereka berjaya membawakan peranan masing-masing dalam Rona Roni Makaroni, mereka dipanggil lagi untuk memegang watak di dalam barisan utama pelakon-pelakon Merah Puteh. Dira pernah membawakan watak Gia dan Hairul Azreen pula pernah membawakan watak Boy di dalam Rona Roni Makaroni yang baru tamat siarannya hampir sebulan lepas. Dalam Merah Puteh, Dira akan memegang watak Anggun, gadis yang tersepit di antara cinta adik beradik Merah dan Puteh. Manakala Hairul Azreen pula akan memegang watak Beego.

Merah Puteh turut mengekalkan beberapa wajah Radius One seperti Wan Sharmila yang memegang watak sinikal, Iman di samping Tania Zainal dan Nadia Aqilah. Menariknya, walaupun Isma Yusoof tidak tersenarai dalam barisan pelakon utama Merah Puteh, tetapi kali ini beliau tampil belakang tabir untuk mengarah Merah Puteh di samping co-pengarah, Megat Sharizal. Walaupun Isma pernah terlibat membantu mengarah beberapa scene dan episod dalam Sutun Kembali Lagi, tetapi Merah Puteh boleh dikatakan anak sulung hasil pengarahan Isma Yusoof bersama Megat Sharizal.

Harapan kami, Merah Puteh akan mempunyai karisma tersendiri seperti produksi-produksi Radius One sebelum ini yang pernah mendapat sentuhan Shahrulezad Mohameddin. Dimaklumkan bahawa Shahrulezad pula sedang sibuk dengan penggambaran telemovie Intan Sayang Manja (bukan produksi Radius One) dan pra-produksi Tari Tirana yang akan memulakan penggambarannya tengah bulan Mei 2009.

Bulan Mei ini menyaksikan dua produksi Radius One akan memulakan penggambaran serentak iaitu Tari Tirana dan Cinta Balkish. Cinta Balkish akan diarahkan oleh Haikal, pengarah drama bersiri Mr Mama yang pernah ditayangkan pada tahun 2008 yang lepas.

Merah Puteh disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3 dan 8.30 malam di TV9

Monday, April 06, 2009

Cinta Pertama (Episode 1)

1992

Suasana perkarangan stesen bas begitu tenang.Kelihatan mundar mandirnya beberapa pelajar sekolah,ada yang mengejar bas dan menunggu kelibat bas yang tidak kunjung tibanya.Bas sepatutnya datang seawal setiap setengah jam.Aku dan Nisah,menyembang kosong sementara menunggu bas kami sampai.Kerja kerja sekolah menjadi topik utama kami.Kerancakan perbualan kami diganggu oleh seorang pelajar perempuan cantik manis.Kami berdua terpaku dan tersentak.

"Assalamualaikum"

Aku dan Nisah terkejut dan menyambut salam pelajar perempuan comel ini serentak.Kami sama sama mengukir senyuman.

"Sekolah mana ya?"


Aku atau Nisah yang menjawab,mungkin serentak,aku sudah lupa pada ketika itu :-)

"SMSAG"

"Oh,saya budak BA"


"Umur berapa ya?"

"15"

"oh,sebaya la dengan adik akak,akak 16"

Kami senyum lagi,sebenarnya bukan itu topik utama,yang paling utama mahu mengenali student comel dan cute ini.Siapakah dia dan dari mana datangnya.Ramahnya...Nisah tiba tiba mahu pamit,kerana bas sudah kunjung tiba.Sempat student perempuan yang comel ini minta alamat aku dan Nisah,dengan harapan mahu berutus surat,katanya.Benar benar dia ingin menambah kenalan,layaknya.Tinggal aku dan Kak Ana,yang aku tahu namanya.Banyak perbualan kami.Beria ia benar dia mahu mengenalkan dengan adiknya,yang sebaya denganku.Aku diam dan senyum,bukan itu yang aku pinta.Tika itu perasaan menginjak injak mahu study amat terukir kemas dalam hati.Terbayang wajah opah dan emak silih berganti diganti dengan wajah arwah ayah yang telah 14 tahun meninggalkanku.

Susasana tenang petang itu kami akhiri dengan berjanji akan berukhuwah sebaik mungkin.Tidak habis habis dia,berkata mahu mengenalkanku dengan adiknya dan mahu berutus surat.Aku senyum.Bas sudah menggamit dan aku dan Kak Ana berpisah di situ.

Selang seminggu selepas itu,muncul sepucuk surat padaku.Aku masih ingat lagi,sampulnya tertera lambang MAS,eksklusif.Sampul aku buka dan aku asyik mengamati tulisan tangannya yang amat cantik sekali.Namanya di situ R S.Salam perkenalannya dan sedikit tentang dirinya. Benar Kak Ana mengotakan katanya.Keesokannya aku bertanya akan Nisah,akan mana tahu jika dia menerima akan warkah dari R?Nisah berkata tidak?Aku diam.Nisah mula mengusik,usikan zaman remaja ketika itu.Usikan baru baru mengenal perasaan.Sejak itu surat mula menyusul,menjadi bahan komunikasi dan wadah perasaan kami.Ada bunga bunga yang mula berkembangan,umpama ada rama rama berkeliaran indah dan mengusik di jiwa .Tika itu menunggu posmen,umpama menanti sejongkong emas.Indahnya jatuh cinta ketika itu,apatah lagi ianya cinta pertama.Apatah lagi wajahnya menjadi kegilaan remaja perempuan ketika itu.Memang wajah itu ada di mana mana,dalam bas ketika ke sekolah,ketika study,setiap saat,tetapi tanpa melupakan pelajaran.Opah juga terkesan,akan perubahan perubahan aku itu.Opah senyum,opah kata zaman mula mengenal akan kedewasaan dan belajar belajar mengenal perasaan.Opah turut restu :-)

Tika itu yang ada semuanya indah indah,setiap jalan yang di susur di pekan B ketika ke sekolah menjadi satu satu tapak untuk menguatkan iltizam dan semangat untuk terus berjaya ke hadapan dengan cinta yang mekar ini.Cinta pertama ini menguatkan semangatku,membangkitkan iltizam dan memberikan aku sejuta cahaya,saat aku terlalu rapuh berdiri.Tika itu pada aku cinta dan cita cita seiring dalam untuk aku mengatur langkah di persada dunia yang ingin aku jejaki..:-)..


...sayang,kita pernah bicara
pada suatu ketika
tentang cita cita
tentang hari muka
tentang cinta...


to be continue....