Followers

Tuesday, April 20, 2010

Kelakar? Sedih?Geram?Kecewa?...Semua Ada!


Pada suatu ketika dahulu aku dihubungi oleh seorang dari rumah produksi yang mengaku produksi itu miliknya dan menawarkan kepadaku projek gah bernama filem,teater muzikal dan sebuah telemovie yang diangkat dari kisah biografi adik Angkasawan Malaysia. Aku teruja! Bila aku tanyakan di manakah dia mendapat maklumat tentangku. Katanya hasil dari carian google atas nama penulis skrip. Oh Ok…aku terima. Oklah..

Katanya projek filem ini telah diserahkan sebelum ini kepada nama nama besar seperti Afdlin Shauki dan Shahriza Mahmod. Tetapi dalam penjelasan yang kurang jelas,produksi ini mengatakan padaku sehingga dua nama besar ini lama menunggu dan akhirnya projek filem ini telah lama tertangguh. Aku hanya mengiakan akan segala kata katanya sementelah keterujaan telah mengatasi akan rasa gusarku. Tambahan untuk penulis skrip baru seperti aku. Aku tanya kalian semua,siapa yang tidak teruja beb! Projek besar..! Untuk mengambil projek besar tidak sepertinya perlu ada pengalaman besar juga. Harus ada keupayaan dan yakin diri yang kuat. Itu pesanan orang orang yang terdahulu daripadaku di dalam bidang ini.

Berbalik pada produksi tadi, katanya aku disuruh pilih antara 3 projek itu yang mana aku berminat. Aku berminat lebih kepada drama dari filem dan teater muzikal. Kemudian katanya, dia perlu berbincang dengan lembaga pengarah setelah setuju mengambilku. Maka dia mengarahkan aku untuk email akan hasil hasil kerjaku. Maka aku pun menunaikan permintaannya itu. Kemudian beberapa minggu selepas itu, aku bertanyakan kepadanya dan dia mengatakan bahawa disebabkan projek projek besar itu harus menunggu beberapa perkara yang berkaitan legal maka ianya harus mengambil sedikit proses. Selepas itu dia selaku orang produksi memintaku menghantarkan beberapa proposal synopsis untuk kesinambungan kerjasamanya denganku. Tentulah aku teruja!

Aku menghantar 4 sinopsis ke rumah produksi itu. Telemovie dan drama bersiri 13 dan 26 episod. Dalam beberapa minggu juga mereka membacanya sekaligus membuat decision. Kemudian, aku dihubungi dan dia mengatakan bahawa 3 daripada 4 sinopsis yang aku hantar diterima oleh pihak produksi. Siapa yang tidak gembira bukan? Aku..kepalanglah gembiranya. Umpama anak kecil yang mendapat lollipop perisa strawberry layaknya. Sampai facebook status pun aku war warkan mengenai berita gembira ini. Ucapan tahniah demi tahniah aku terima dari kawan kawan.
Kemudian,mereka mengarahkan aku agar mengubah suai sedikit jalan cerita seperti yang mereka kehendaki. Ianya tidak menjadi masalah kepadaku kerana hanya perlu mengubah sedikit sahaja. Itu dan begini kata mereka…aku turutkan. Beberapa hari selepas itu aku menerima email dari pihak produksi tersebut mengatakan bahawa aku perlu menghantar kepada mereka 10% daripada skrip ke tiga tiga synopsis itu untuk rujukan mereka dalam proses pembentangan kepada stesen tv. Tentunya aku bertanya kepada orang orang terdahulu seperti Abg Mazelan Manan,Kak Maizurah Ederis,Kak Faznita Md Noor yang telah lama makan asam garam di dalam dunia penulisan skrip ini. Tegas pendirian abang dan kakak kakakku ini dan semua sepakat mengatakan ‘BAYAR’!. Sinopsis pun sepatutnya berbayar inikan pula skrip penuh,walau 10%. Bayar…bayar…bayar…ianya berlegar legar di dalam kepalaku. Antara mahukan job dan maruah penulis skrip tidak diperkotak katikkan. Lama aku berfikir tentang ini.

Akhirnya setelah mengambil masa beberapa lama berfikir aku membalas email kepada rumah produksi tersebut yang mengatakan mereka perlu membayarku sekian sekian. Semuanya ku jelaskan. Aku tidaklah meminta bayaran yang mendadak,tetapi dari guide line yang diberikan oleh abang dan kakak kakak rakan penulis skripku. Cuak,gementar..aku terfikir bagaimana jika aku terlepas job ini? Parah hatiku,tentunya…Tetapi suatu suara lagi berkata,aku harus tegas,aku harus ada maruah,aku harus tidak mencemarkan profesi dan aku harus berjuang! InsyaAllah rezeki ada di mana mana. Maka aku redha,jika ianya bukan rezeki yang Allah tentukan buatku. Pasrahlah….

Tidak lama selepas beberapa minggu,aku menerima email itu pada hari ini. Dengan bahasa yang tersusun indah, dengan pohonan maaf yang melata di dalam emailnya mengatakan gembira bekerja denganku,gembira dengan ideaku dan mereka mengatakan TIDAK DAPAT BEKERJASAMA denganku untuk projek kali ini. Dengan alasan syarikat ada polisi? Lantas bagaimana dengan polisi aku sebagai PENULIS SKRIP MALAYSIA? Adakah tenagaku melayangkan tinta bisa dibiarkan,biarkan..biarkan tanpa menghormatiku sebagai penulis skrip? OK aku terima maafnya,aku terima keengganan mereka yang tidak mahu bekerjasama kerana polis syarikat mereka yang tidak mahu membayarku. Maka..? Bila insiden insiden ini terjadi di dalam hidupku, yang pastinya sudah ditempuhi oleh penulis penulis skripku terdahulu. Aku berfikir, di mana hormat mereka terhadap penulis skrip? Di mana kefahaman mereka tentang bayaran untuk 1st stage,2nd stage atau seterusnya? Tidak tahukah rumah produksi dan orang orang produksi tentang itu? Atau mereka tidak mahu ambil tahu? Atau sengaja…..! Lantas kemudian menghubungi penulis skrip lainnya yang bisa melakukan kerja sebegini dengan percuma dahulu,kemudian ditipu atau tidak dibayar langsung. Aku kesal! Orang orang seperti inilah yang merosakkan sedikit sebanyak institusi yang membuatkan kami penulis skrip masih dalam kemelut dan penuh belenggu.

InsyaAllah rezeki itu ada di mana mana rumah produksi, yang tahu berkenaan industri,yang kenal erti hormat dan tahu erti jerih perih penulis skrip yang berkorban masa menulis ! Tidak apa segelintir rumah produksi yang hidup dalam kepompong mereka sendiri. Aku rasa mereka harus belajar mengenai polisi dari rumah rumah produksi yang gah namanya! Kini aku sedar kata kata Abg Mazelan,sebelum ambil job pastikan kredibiliti rumah produksi tersebut. Apa pun terima kasih kerana memberikan aku pengajaran dan ilmu polisi produksi yang terbaik yang baru aku kenal dari mereka. Saat ini seluruh urat nadiku yang berjuang atas memartabatkan drama Melayu mengalir kersani di dalamnya,dalam darah merah,pekat dan likat. Semoga rumah produksi itu berjaya dengan projek gah mereka.

Masih Keliru?
-Yann-

Sunday, April 18, 2010

Buat Sang Puteri 'Selamat Ulang Tahun Pari Pari Kecilku' Nur Atiqah 18 April - 12 tahun










Buat Puteri Kesayanganku Dunia & Akhirat

Saat kau mula membenih hadir di dalam rahimku
Saat itu menular segenap nadi naluri kewanitaanku
Mengusap perutku yang hadirnya janinmu
Saat itu aku masih keliru,kerana ianya pertama kali hadir menghuni tubuh badanku

Dari hari ke hari kau membesar
Pancaindera dan otot ototmu terbina dari kuasa Ilahi
Lantas ditiupkan rohnya pada janinmu
Saat itu aku sudah membiasakan diri
Memanjakanmu dengan kandungan Surah Mariam,Lukman,Ali Imran,Yasin,An Nisa
Mengasakanmu menjadi anak yang baik,cantik dan patuh padaNya
Janinmu bergerak gerak saat ibumu ini melagukan sabda ayat ayatNya

Bila dirimu makin besar di dalam kandunganku
Umimu ini tidak bisa tidur dengan nyenyak
Seringkali kau menjagakanku puteriku
Kala di sepertiga malam
Umi mu ini sudah sakit sakit sendi menampung berat tubuhmu di dalam tubuh umimu

Suatu ketika umimu jatuh
Kala membawakanmu
Hampir dengan bulan melahirkanmu
Doktor kata,kau kuat,umimu kuat
Maka kerana itu kandungan selamat

Semasa hujung bulan mengandungkanmu
Umi masih gagah melakukan tugas tugas lelaki
Dengan kuat dan gagah
Saat itu Umi berkata,mungkin dirimu kuat di dalamnya
Umi juga masih diusik budak budak muda simpang jalan kala mengandungkanmu
Mereka kata Umi comel dengan kandungan Umi
Saat itu Umi berkata,tentu dirimu di dalam cantik sekali!

Saat mahu melahirkanmu
Umi melalui kebiasaan seperti ibu lain
Sakit,pecah air ketuban,menahan perit di bilik menunggu
Hingga rahim dibukakan mengikut bukaan demi bukaan
Umi masih bertahan,demimu

Kala troli disorong ke bilik bersalin
Umi berjuang melahirkanmu
Umi berusaha sekuat tenaga
Sayang,Umi lemah
Mungkin kerana kurang pengalaman
Mungkin kerana ianya pertama puteriku…

Lama Umi melahirkanmu
Sehingga degupan jantungmu kurang
Doktor mengatakan,Umi jangan menyesal
Jika dirimu sudah tidak ada lagi kerana lemas..
Menunggu lama untuk keluar
Saat itu Umi sudah lemah,selemah lemahnya

Datang entah siapa
Saat Umi berjam jam bertarung nyawa melahirkanmu
Seorang wanita bernama doktor bertudung labuh coklat
Dan Umi masih ingat usapan tangannya yang lebih lembut dari sutera
Mengusap kepala Umi,di sebelah kanan
Dengan 3 kali usapan dan kuasaNya
Dirimu keluar dengan sempurna
Hingga kini Umi tertanya siapakah dia
Kerana yang ada di sana tidak melihatnya
Yang Umi tahu namanya dari tagnya ‘KHADIJAH’
Siapakah dia?

Sihat tubuh badanmu melihat muka bumi Allah ini
Umi bangga melahirkanmu
Kerana cukup sifat dan sihat
Malah sangat teruja menatap matamu yang cantik
Memegang tubuh badanmu yang segar bugar
Kata mereka umpama bayi mungel berusia 4 bulan

Puteriku,kau tidak banyak menyusahkan Umi
Tidak banyak menyusahkan Uci,menyusahkan Mak Yang
Kerana kesihatanmu dan kesihatan Umi yang Umi jaga sedari dari kandungan lagi
Membuatkan lenamu nyenyak,tanpa tangis
Tanpa perut kembung
Sekaligus melancarkan Umi menjaga pantang

Duhai puteri
Saat namamu dipilih
Umi mahukan Nur Aina Safura kerana punya makna yang indah serta cantik
Tetapi,Umi yang kaki buku,ketika mengandungkanmu
Sibuk melayan diri menyelak helaian demi helaian novel ‘Lagu Cinta Untuk Atikah’
Maka sebulat suara ayahmu juga bersetuju dengan nama ini
Maka kami pilih Nur Atiqah

Dirimu menginjak dari bertatih tatih jalan
Sehingga sempurna berdiri sebagai anak mungel
Beralih tangan ke tangan, dari belaian pengasuh
Pelbagai ragam manusia
Antara materi dan kasih sayang

Kau sungguh comel puteriku
Menimbulkan geram pada siapa yang melihatmu
Masih jelas dalam ingatan Umimu ini
Saat dirimu yang berisi itu membawa tubuhmu
Sungguh comel sekali

Semakin dewasa
Dirimu tidak banyak menyusahkan Umi
Saat membawa perut mengandungkan adikmu
Pandai membawa diri
Saat adikmu keluar melihat dunia
Wajah comelmu seakan hairan
Melihat perut Umi yang sudah tidak ada isi
Sayangnya dirimu pada adikmu,diusap usap semasa dalam kandungan lagi
Seakan seolah kalian bermain anak anak antara dua dunia
Dunia rahim dan nyata

Kala usiamu 8 tahun
Umi terpaksa menghantarkanmu ke asrama
Sebuah kehidupan,pengorbanan dan semangat
Yang harus kita lalui bertiga
Dengan semangat yang tidak putus
Tanpa air mata yang terus mengalir deras
Kerana Umi mahu kalian menjadi
Anak yang berdikari,demi masa depan
Umi tidak ada pilihan
Bantulah Umi,kerana Umi sendiri…

Walau hanya Allah yang tahu betapa peritnya berpisah jasad dengan kalian
Kerana kita tidak pernah berpisah bertiga
Melainkan semasa Umi mencari rezeki
Untuk membesarkan kalian
Tidur pun hingga kini masih bersama
Betapa kalian adalah rantai jiwa Umi
Dua malaikat kecil Umi
Yang senantiasa ada dengan Umi

Tetapi puteriku
Keprihatinanmu,tanggungjawabmu,kesedaranmu
Menjadi kakak dan anak yang sulung kepada satu satunya adikmu yang manja
Sangat Umi kagumi
Tanpamu Umi tidak bisa meninggalkan kalian berdua
Kala Umi dikejar tugas dan tanggungjawab
Umi terasa sedikit lega
Kerana keupayaanmu menjaga adikmu
Makan dan keperluan hariannya
Di saat Umi bepergian jauh
Betapa Umi bangga memiliki puteri sepertimu

Kini,usia 12 tahun ini
Dari peralihan zaman kanak kanak kecil ke gadis sunti
Tubuh badanmu sudah berubah fizikal sesuai fitrah Ilahi
Seakan baru semalam Umi melahirkanmu
Seakan baru semalam Umi merasa sakit berjuang

Ramai yang mengatakan wajahmu saling tidak tumpah milik Umi
Umi juga melihat dirimu adalah Umi
Umi ketika kecil dahulu
Tabahlah anakku
Empayar yang Umi tubuhkan buat kita bertiga ini
Adalah sebuah legasi
Bakal menghentikan segala kekurangan kita selama ini
Umi dalam usaha mengumpulkan syurga dunia untuk dirimu menjadi yang hebat dalam industri di dalam legasi acuan kita
Agar mampu membawa maruah kita semua mengintai langit,restu malaikat
Sebelum kita menemu syurga abadi

Maafkan Umi kerana tidak mampu menyediakan segala
Maafkan Umi tidak sempurna menjadi ibu dan ayah buat kalian
Maafkan Umi,saat kawan kawan sibuk bercerita akan jalan jalan mereka kala cuti sekolah
Umi hanya mampu membawa kalian keluar dari asrama dan duduk di rumah sedang Umi sibuk mencari peluang untuk melunas tanggung jawab
Maafkan Umi tidak bisa membawa kalian selalu bercuti,menerawang melihat pelangi indah dunia
Maafkan Umi,yang seringkali memarahi kalian kerana salah
Umi mahu kalian sedar itu tanda kasih Umi dan mahu membentukmu menjadi anak yang tahu mana salah dan benar dalam meniti kerikil kerikil kehidupan
Supaya dirimu tidak tersasar dalam kerangka landasan
Umi terbayang bayang,dirimu dan adikmu memimpin tangan Umi kala meniti 'Titian Sirath'
Maafkan Umi,puteriku
Umi bangga melahirkanmu
Bangga memiliki anak secantikmu
Bangga memiliki anak yang kuat dan tabah sepertimu
Kata mereka,ketabahan dan kekuatan itu dan semua ada di dalammu
Adalah dari darah Umi dan warisan Umi yang ada di dalam dirimu

KE SELAMAT ULANG TAHUN YANG 12 ‘Pari Pari Kecilku’ !

Terbanglah tinggi dan hentikan dusta yang kedengaran
Umi dan adikmu senantiasa ada,memegang sayapmu

Dari
Umi Yang Melahirkanmu

Sunday, April 11, 2010

Legasi 'Nanamya Production'



...synopsis,proposals,company profile,tv station,hours,investor,collaboration...

Walau terlalu awal untuk aku katakan. Hasil networkingku terdapat sebuah syarikat pensil terkemuka di Mumbai India berminat akan hasil penulisanku dan mereka berminat untuk berkolaborasi denganku bagi menulis skrip untuk iklan komersial pensil mereka bagi siaran TV India. Begitu juga dengan negara serumpun iaitu Indonesia,beberapa teman teman penulis skrip dan sutradara di sana dalam rangka awal mahu berkolaborasi denganku. Aku dalam usaha menyiapkan proposal bagi beberapa pihak yang ada minatnya untuk melabur. Begitu juga dalam usaha memperlengkapkan company profileku untuk diberi kepada stesen TV. Moga moga usaha dan tekad ini membuahkan hasil yang aku inginkan bagi memulakan projek projek drama di bawah labelku sendiri iaitu 'Nanamya Production'.

October 2008,Nanamya Production aku tubuhkan hasil gabungan nama aku dan 2 malaikat kecilku itu. Malah 2 malaikat kecilku itu sudah aku beritahu awal awal akan penglibatan mereka di dalam menerajui Nanamya Production yang sudah aku tubuhkan untuk mereka meneruskan legasi ini. Sememangnya sejak mula berkenal kenal,bergiat di dalam bidang ini aku sudah tanamkan mahu ada labelku sendiri.Aku mahu ada rumah produksi sendiri,walau aku perlu bertatih tatih meniti batas batas dugaan perjalanan sebelum jaya. Jika aku tidak bermula sekarang,bila lagi? Yang penting aku telah bermula,dari tidak bermula langsung. Kejayaan demi kejayaan beberapa nama yang sebelum ini kecil dan kerana hasil usaha keras mereka membawa hasil yang membanggakan kepada rumah produksi mereka. Aku bangga dengan mereka dan mengapa mereka boleh,aku tidak ? Pinginku Nanamya Production berdiri sama gahnya seperti produksi lain yang bisa membawa tahap drama Malaysia ke suatu peringkat yang membanggakan. Aku mahu jadi seperti sifooku 'Shahrulezad Mohameddin' yang bermula daripada profesi sebagai penulis skrip dan kemudian melangkah tanpa menoleh lagi sehingga membuka empayarnya sendiri di bawah labelnya sendiri. Begitu juga dengan Kak Erma Fatima,Wan Hasliza dan beberapa nama lagi. Aku harus belajar dan bertatih tatih. Ini bukan cerita pandai sehari dua,tetapi harus melalui proses proses pelajaran bangun dan jatuh.

Suatu masa dan ketika akan sampai waktunya di mana lakon layar dan arahan adalah dari hasil tanganku sendiri dan yang penting di bawah labelku sendiri. Aku yakin itu. Aku harus membina empayar sendiri dan tidak takut gagal dalam mencuba. Team untuk memulakannya sudah ada,cuma modal sahaja yang menjadikannya lambat untuk bermula. Aku harus dapatkan slot air time/hours dulu dari stesen TV terbabit dan bila sudah dapat,insyaAllah investor akan datang. Ya Tuhan,kuatkan semangatku,apa lagi saat saat berjuang dengan kerjayaku yang menuntut kelangsungan hidupku dan anak anak. Sementelah dengan pelbagai stress yang perlu aku tangani tambahan jika ianya bukan di dalam padang permainanku sendiri, seperti kata seorang adik. Aku makin sibuk dan sibuk dengan rutinku menulis setiap hari di bank skripku. Ini adalah produkku untuk ku teruskan kesinambungannya melalui 'Passion'ku. Mungkin juga aku sudah jelak dengan pihak pihak tertentu yang tidak menghargai akan jerih perih dan karyaku. Maka jika mereka tidak berminat,tidak apa...aku sendiri yang akan meneruskan legasi karya karyaku ini. Menyiapkan company profile,proposals untuk investor dan stesen TV dan pelbagai lagi yang aku tatih tatihkan dengan seribu azam untuk memulakan sebuah yang bernama legasi. Booked untuk mengikuti kursus penulisan skrip,pengarahan dan penerbitan dengan sifooku Shahrulezad Mohameddin lagi. Pendek kata,biar aku sudahi dengan 2010 dengan sesuatu yang aku boleh mulakan dari bawah own labelku sendiri. Itu targetku! Titik !

asa ku,menadah tangan menghimpun doa buatMu
pecahan pecahan luka dan duka yang menghiris
menjadi tali temali buat air mata satu satu
menjadi saksi
akan perih jerih memartabatkan,meneruskan sebuah
kehidupan..
Maha SuciMu Ya Rabbul Izzati
kurniakan aku,apa yang aku hajati
selagi tidak bersimpang siur di bawah jajahanMu..


: meraih rindu
jauh....


Sheila On 7 – Melompat Lebih Tinggi (OST 30 Hari Mencari Cinta)

Kita berlari dan teruskan bernyanyi
Kita berjalan berpelukan mentari
Bila kuterjatuh nanti
Kau siap mengangkat aku lebih tinggi
uh uh uh..

Semua kepedih yang telah kita bagi
Layaknya luka yang telah terobati
Bila kita jatuh nanti
Kita siap tuk melompat lebih tinggi

Bersama kita bagai hutan dan hujan
Akupun ada karna kau telah tercipta

haa aa…

Kupetik bintang
Untuk kau simpan
Cahayanya tenang
Berikan kau perlindungan
Sebagai pengingat teman
Juga sbagai jawaban
Semua tantangan

Kupetik bintang
Untuk kau simpan
Cahayanya tenang
Berikan kau perlindungan
Sebagai pengingat teman
Juga sbagai jawaban
Semua tantangan

[ Interlude ]

Sebelum waktu memisahkan dan kita tertipu*
Sebelum dewasa menua memisahkan kita
Tentukan jantung kita akan selalu seirama
Bila kau rindu aku..

Kupetik bintang
Untuk kau simpan
Cahayanya tenang
Berikan kau perlindungan
Sebagai pengingat teman
Juga sbagai jawaban
Semua tantangan

Kupetik bintang
Untuk kau simpan
Cahayanya tenang
Berikan kau perlindungan
Sebagai pengingat teman
Juga sbagai jawaban
Semua tantangan

Saturday, April 03, 2010

Dalam Naungan CintaMU


dalam naungan cintaMu
aku yang luluh menjadi sembuh
dalam percik percik air mata
menangisi asa sang Pencipta

dalam naungan cintaMu
aku melangkah walau pun payah
aku tatihkan setiap tapak ini
dengan sabda dan menyintaiMu
lebih dari segala makhlukMu

dalam naungan cintaMu
kalungkan aku bahagia
sisip sisip keluh jauh derita
mengisi robek robek pecahan takdir
yang datang selaksa menghimpit
lagukan aku bait bait melankolik

dalam naungan cintaMu
aku sangat ingin merenung jajar langit yang putih
perlahan lahan bertukar warna
di tepian dermaga usang
lantas berteduh dalam senja lazuardi


Update : Proposal adik Elmaaniq yang ku hantarkan melalui produksi Abg Daud telah lulus di Hijrah TV lewat sessi pitching lalu. Sitcom islamik sebanyak 13 episod itu akan ditulis oleh Elmaaniq dan isteri serta aku. Mohon segalanya berjalan dengan lancar dan tidak ada aral.

3 daripada 4 proposal ku di satu produksi telah diterima. Maka mereka mula mengkehendakiku untuk menulis 10% daripada skrip penuh untuk mereka sendiri. Aku rujuk perkara ini kepada Abg Mazelan Manan dan Kak Maizurah Ederis. Terima atau tidak di stesen TV itu persoalan ke dua,kata dua OTAI ini mereka harus membayar titik peluh kita dan layangan layangan tinta kita itu ..WAJIB!. Sinopsis juga seharusnya berbayar,kalau ikutkan. Keluhan Ayuni Zamani bila treatment 13 episodnya tidak dibayar oleh seorang pengarah terkemuka menakutkan aku. Antara maruah dan mahukan job. Kalau mintak,takut job terlepas...yerlah untuk penulis baru dan bertatih macam aku perlukan job itu. Tetapi mereka juga harus celik hati dan mata untuk tahu 'harga' manuskrip tersebut. Setiap fasa proses juga mereka harus sedar dan tahu sekian sekian bayaran untuk proses 10% skrip awal,setelah approved by tv station dan pre pro untuk berikutnya. Mereka harus tahu itu!

Seperkara lagi,aku sering kali buntu dalam bagaimana untuk follow up dengan sang produksi,sang penerbit yang bertindak dalam membuat keputusan sama ada sinopsis ku di TOLAK,di TERIMA atau perlu di EDIT. Bagaimanalah untuk aku yang baru ini untuk
tahu akan status status sinopsis mahu pun proposalku itu. Segelintir penerbit dan rumah rumah produksi tidak ada yang memberitahu akan status cerita ceritaku. Paling tidak pun mereka harus respond kepadaku,bukan diam! benar, kalau bagus mereka akan terima dan panggil. Tetapi jika tak bagus pun,respondlah. Kerana sebagai penulis tentunya kita ada perancangan. Ibarat menjual barang bagiku. Seorang abang yang bertindak sebagai 'Art Director' ada mengatakan padaku. " Yann,sekarang ni..kau main pancing aje,umpan kena cantik...dan tengok ikan mana yang timbul". Ialah begitulah,tetapi untuk penerbit dan rumah produksi di luar sana sekali lagilah aku berpesan 'TOLONG RESPOND AKAN SINOPSIS AKU'....aku berpesan sangat2..!