Ok kali ni aku nak kemaskini sikit tentang DJ Popular kegemaran semua ini, siapa lagi kalau bukan DJ ISMAHALIL HAMZAH. Adik-adik pernah dengar ke nama ni? Jarang kot atau kalau dengar pun mesti mak ayah adik yang bagitahu. Yang selalunya mengikuti beliau adalah batch2 umur beliau jugak la. Macam hakak! We are 40s and born in 70s. Ha ini pengikut tegar beliau.
Ok meh sinilah aku nak cerita pasal DJ Ismahalil Hamzah. Kebanyakan yang mula mengikuti ialah bermula daripada Radio Muzik pada tahun 1994 dulu. Masa tu siapa yang masih sekolah, duduk asrama atau sedang bekerja memang pasti akan layan celoteh Abg Isma ni. Aku rasa masa tu rating pendengar Radio Muzik kelolaan Abg Isma memang mendadak tinggi. Tengah malam pun orang sanggup tunggu.
Trademark Abg Isma adalah mesti ada intro background lagu dia yang dah rock tu. Lepas tu intro beliau mesti ada "apa khabar abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik, datuk-datuk" semua tu. Lepas tu lagi mesti ada "dari timur membawa makmur, dari barat membawa berkat etc" semua tu la". Eh siapa-siapa yang follow dia mesti tahu trademark ini. Selepas itu mesti ada lagu-lagu yang kami sahabat pendengar ini dah seakan hafal playlist beliau itu.
Ok selepas Radio Muzik, tak tahu apa konflik yang terjadi dengan radio tersebut, sampai aku pun terjebak sebak dan menangis masa hari akhir beliau di Radio Muzik. Seolah-olah macam kau berpisah dengan mak dan ayah masa mereka nak balik lepas hantar ke asrama. Ha macam tu penangannya. Dalam masa yang sama beliau ada menubuhkan Kelab My Friend dan ramai juga yang join kelab tu. Masa tu aku dah nak join dah, lepas tu tangguh punya tangguh terus leka aje. Tapi sempat sms Abg Isma masa tu. Masa tu takde whatsapp yer dik. Macam biasalah Abg Isma memang melayan dengan baik semua sahabat pendengarnya dalam sms.
Lepas tu senyap. Yang aku tahu beliau menyertai Radio Rediffusion. Lepas tu masuk pula THR Gegar Pantai Timur. Aku pernah terserempak dengan beliau semasa di Astro. Tapi disebabkan masa tu masing-masing rushing/bergegas maka aku pun tak berkesempatan untuk menegur.
Beliau juga pernah masuk Melaka FM sekejap.
Beliau keluar daripada THR. Masa di THR rupanya beliau sudah pun menubuhkan Bapakku.FM http://www.bapakku.fm/. Bapakku FM ini merupakan sebuah radio online milik beliau sendiri.
Ok macam mana aku boleh terjumpa dengan Bapakku FM ini? Melalui media sosial facebook la. Masa Abg Isma di THR memang aku jarang mendengar celoteh Abg Isma ni. Banyak faktor, kesibukan, masa yang tak kena, membuatkan aku tak mampu nak mengikuti beliau.
Aku tahu beliau ada di Tioman. Entah melalui media sosial manalah aku terbaca. Sampai la dah setahun lebih aku tahu mengenai Bapakku FM. Kenapalah aku tak tahu dari awal penubuhan lagi kan? Ini disebabkan aku dah 'jauh' masa Abg Isma di THR. Jadi segala update beliau aku lambat tahu.
Lepas Radio Muzik jujurnya memang tidak ada radio yang aku ikuti DJ nya melainkan Ismahalil Hamzah. Seakan ada yang tidak kena dengan DJ lain yang rasa tidak sampai ke lubuk hati. Gituuu!
Ok sekarang ini aku dah mula rapat mengikuti Bapakku FM. Sambil buat kerja sempatkan masa. Rindunya nak dengar seorang DJ berceloteh, memberi inspirasi, memberi nasihat umpama keluarga, menampar/memarahi kau dalam diam dan menyayangi kau umpama saudara. Ini yang ada pada beliau. Mungkin kurniaan daripada Sang Pemilik buatnya.
Bapakku FM merupakan sebuah online radio yang boleh diikuti melalui tune in, aps di google dan aps store dan website Bapakku.FM. Abg Isma akan ke udara mengikut kesesuaian dan masa beliau. Semua itu akan beliau update dan bagitahu di dalam fb Bapakku FM https://www.facebook.com/bapakku.fm/
Beliau tidak ada pendapatan di Bapakku FM. Apa yang dilakukannya atas dasar kasih sayang kepada sahabat pendengarnya yang setia menyokongnya selama ini.
Dalam masa yang sama beliau mengusahakan sebuah dive center di Kg Mukut di PulauTioman. Boleh cari beliau di sana. Di Kg Mukut anda boleh ambil pakej-pakej menarik sampailah nak menyelam untuk dapat lesen. Kg Mukut ini masih 'unsung places' dan masih 'virgin' suci dan terpelihara. Pencinta alam silalah ke sana. Kaki selam, suka tengok hidupan laut inilah tempatnya.
Dan lagi, beliau sedang mengusahakan ladang nenas di dalam kampung beliau di Sepang. Pada siapa berhajat nak membeli nenas baik dalam kuantiti kecil atau besar untuk buat kenduri atau meniaga bolehlah hubungi beliau juga di talian 0105187000 (Hotline Bapakku FM).
Sebagai sahabat pendengar beliau, telah banyak cerita dan liku serta onak dan ranjau yang kita telah dengar. Namun sokonglah beliau agar tidak membawa rebah, sambut agar tidak jatuh, sentiasa menjadi saudara dunia akhirat seperti yang sering beliau terapkan melalui mesej kasih sayang dan kejujuran yang acapkali diulang-ulangnya di konti radio mana pun beliau berada.
Bagi aku yang baik dan membawa kita dekat kepadaNya itulah yang terbaik. Kadang-kadang Allah hantar dalam kita tanpa sedar melalui insan-insan tertentu untuk kita menjadi hambaNya yang lebih baik lagi. InsyaAllah. Dan ini ada pada setiap bait-bait kata Ismahalil Hamzah.
Terus sokong Bapakku FM guys kalau korang betul-betul tegar saudara pendengar kepada ISMAHALIL HAMZAH.
Lagu: Jeritan Sahabat - Ismahalil Hamzah feat Ewal
Hilang tangisan siapa yang tahu
Walaupun mimpi sudah berlalu
Hanya keringat hitam ku kayuh
luaran indah selalu dipandang
Dalam berpuluh datang bertamu
Tiada satu pun kau rasa jemu
Biarkan yang hitam kita lupa
Jadi bahan sejarah zaman berzaman
Kenangan di udara
Izinkan kita bersaudara
Kenal ayah ibu
Kenal kesopanan
Kenal hati budi
c/o
Bagaikan zikir memanggil datang memanggil
Aku turut merasa sentosa hingga lena
Kerna fikirmu
Tak tahu,aku tak tahu sepertimu
Mengagungkan seni di awangan bertamu
Seolah bertahun bertemu
Kalam azimat di lembah azali
Jeritan sahabat kekal dihargai
Kekal dihargai...
1 comment:
Bg izma..tu lagu jeritan sahabat..mane nak dapat..
Post a Comment