Followers

Wednesday, January 21, 2009

PERNIM



Santai menikmati malam yang dingin,aku di depan TV dan menukar chanel.Usai habis Laila Majnun aku terus malas mengalihkan chanel,dan terus di depan TV9.Terpapar title 'Bumi Di Pijak Langit Di Junjung' akan menyusul memenuhi rancangan TV9.Aku terus menatap dan aku realize hendak sangat lihat rancangan ini setelah melihat sedikit sedutannya,malangnya aku tidak tahu rancangan apa.Keterujaan aku terus menerus mendepani kotak tv.Satu demi satu paparan tentang Rumah PERNIM (Rumah Perlindungan Nurul Iman).Rumah ini merupakan rumah perlindungan kepada anak anak pesakit AIDS yang menjadi mangsa daripada tindakan ibu bapa mereka.Sayu sangat hatiku,hiba,lantas mutiara bening salju luncur mengalir melihat wajah wajah mulus anak anak di kaca TV itu.Kecil lagi sudah mengalami penderitaan sebegini yang pastinya bukan dari mereka.Kecil lagi sudah terpaksa memakan ubat ubatan untuk meneruskan kehidupan.Walma kita sebagai orang dewasa pun sukar untuk menelan ubat walau Panadol sekali pun.Ini kan insan sekecil mereka.Anak anak PERNIM diajar mengaji,sembahyang,diajar membaca,mengira dan yang lainnya.Mereka bernaung di dalam rumah PERNIM yang indah.Penaungnya Puan Hajah Norlina Alawi berkata,awal penubuhannya dulu tidaklah semewah ini.Beliau sanggup menggadaikan rumah,menggadaikan tanah,menjual kereta untuk keperluan anak anak ini.Rumah PERNIM yang cantik,tersusun dan indah,aku pasti anak anak PERNIM duduk diam di dalamnya dengan ibu yang baik.Pasti anak anak ini gembira,tetapi sejauh mana peranan kita?Mampu melihat dengan mata hati?Aku berkata kata kepada diriku sendiri.Hati aku benar benar tersentuh dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Puan Hajah Norlina,semoga syurga milik kamu dan anak anak mulus ini.Selesai rancangan itu pun mataku masih basah dititisi air mata.Kasihan anak anak itu,insyaALLAH aku akan mengunjungi kalian dan memberikan kasih sayang,kerana itu yang aku mampu.Untuk insan insan yang related dengan Rumah Kebajikan,aku sangat2 mengkagumi kalian.Bukan mudah sebetulnya,sabar harus sebesar besarnya.Tabahlah,syurga pastinya kalian tujui...:-)

Thursday, January 15, 2009

Preview MAUT


Jemputan ke preview MAUT-060109
Bersama Kak Mas ke preview.Yang aku boleh gelak tu ada ke dia datang semata mata nk jumpa aku.Cam artis aku ni…hahha.Sesampainya kami di Thai Rest kelihatan sudah ramai selebriti,krew,wartawan yang hadir ke majlis pranonton filem MAUT.Sibuk mencari meja kosong,kerana kebanyakannya sudah penuh.Alih alih dapat tempat kosong di meja panjang hujung sana.Aku dan Kak Mas disebelah Adi Fashla,Nana ERA,Diana Danielle.Manis sungguh Nana berbaju kurung hitam.Sempat kami bersapa hai,begitu juga dengan Diana Danielle.Makanan enak enak sekadar menjamah ayam bersalut daun pandan aku rasa dan Tom Yam yang enak.Terima kasih Tayangan Unggul.Selesai makan malam maka aku dan Kak Mas keluar.Kelihatan kelibat merpati dua sejoli Que Haidar dan Linda Jasmine.Sedondon mereka dengan pakaian hitam,baju Linda Jasmine..wow!hehee.Nampak kelibat berpimpin tangan Iqram Dinzly dan Fouziah Ghouse,sempat pulak Fouziah melempar senyum manis pada aku.Liyana Jasmay lalu dan senyum dengan manisnya..alahai budak ni.Jumpa dengan Abg Nas dan sempat kami bertegur sapa.Kelihatan krew krew Melodi termasuk Michelle sibuk,sudah tentunya mahu menemuramah pelakon pelakon yang terlibat.Kaki dihayun ke pawagam.Sampainya sudah banyak tempat di penuhi jemputan.Kelihatan sticker sticker bertulis nama masing masing,nama syarikat,krew,wartawan dan tetamu jemputan.Tidak tahu melabuhkan duduk di mana,akhirnya aku dan Kak Mas join beberapa geng journal lain di tangga eksklusif khas..hehhee.Lepak dan santai.Nampak Aizat AF5,nampak Johan Nawawi juga.Bersapa dengan Abg Mamat Khalid dan berjumpa dengan Kak Jib Naga NSX .
Komen aku;filem ini punya 3 kisah yang berbeza namun basicnya sama iaitu MAUT.Macam Khabir Batia dalam SEPI dan CINTA,namun MAUT tidak ada kaitan dan significant watak wataknya dalam ke tiga tiga cerita tersebut.Aku suka watak gadis kampung yang aku tidak kenal siapakah yang memegang watak tersebut.Pemilihan watak dan wajah yang bagus.Muka dan mimik muka budak perempuan ini sungguh melayu dan tipikal.Linda Jasmay sudah semakin yakin dengan gerak badan dan wataknya selepas banyak menvariasikan watak wataknya dalam pelbagai pengarah filem dan drama.Liyana Jasmay boleh pergi jauh.Dia punya pakej yang bagus jika ada disiplin.U go gurl!
Kisah ke dua seorang pramugari yang berkahwin dengan seorang lelaki Mat Salleh.Gaya hidup yang melampui norma norma islam.Perkahwinan hanya suatu nama,bukan untuk di baja islamnya terus segar dan dalam.Aku suka CGI dalam kisah ini yang babak perempuan ketika koma di tarik rambut dengan api yang marak menyala.Babak ini sungguh terkesan dan memberikan impak sedikit sebanyak pada penonton.Timbul keinsafan..hehhee
Kisah ke tiga berkisar akan black metal yang diterajui oleh Que Haidar.Lakonan Que tidak perlu dipertikaikan lagi.Aku dan Kak Mas lucu geli hati melihat keletah Iqram,Nana dan budak budak black metal memekik melolong mengagungkan black metal.CGI yang bagus bila mana seorang lelaki tua yang menegur Que Haidar itu hilang.Paling aku suka grafik pada setiap lembaran bulan islam dalam cerita ini.
Kesimpulannya kalau dari lima bintang,aku bagi 3 setengah.Still not bad,bagus tetapi ada adegan adegan yang bagiku masih sensitif pada masyarakat kita,cthnya ketika Sabrina dalam kelab,makan pisang.Adegan gadis yang hilang terus dapat jumpa dalam masa yang singkat.Ada tidak logiknya.Namun keseluruhannya,OK.Cuma bagiku jika ada kaitan watak wataknya antara 3 cerita ini,lagi bagus dan terkesan.Apa pun syabas kepada Bade Hj Azmi kerana mula melangkah setapak ke filem filem sebegini dari kisah budak motor dalam KL Menjerit.

Wednesday, January 14, 2009

FRIM










110109-Awalnya aku tidak confirm mahu turut serta dalam program ke FRIM,kerana takut ada hal yang tidak dapat aku elakkan.Bila hal tersebut tidak jadi,maka aku setuju ke FRIM dengan Lope,Wana,Ayied & El.Tak sangka pulak aku El akan turut serta.Syabas beti..hehhe.Kami sampai di perkampungan FRIM dalam pukul 10am.Matahari masih tidak tegak atas kepala,bagi aku matahari sebegini bagus untuk kulit,Vitamin D kata doktor aku..hehe.Masuk ke FRIM dikenakan charge masuk RM5 dan RM1 untuk satu kepala.Kami parking di bawah perkampungan FRIM dan berjalan naik ke atas.Sepanjang perjalanan berjalan kaki ramai juga yang sudah mahu turun ke bawah.Ramai kaum China yang memasuki FRIM.Sesampainya di pancutan air replika yang cantik itu terdapat cantik sebuah bangunan yang ku rasakan salah satu pejabat FRIM,tersergam indah.Bangunan itu reka bentuknya umpama zaman kolonial inggeris dahulu.Berjalan beberapa meter di depan,kami ke pajabat FRIM untuk ambil tiket untuk memasuki hutan FRIM.Di sini dikenakan charge RM5 satu kepala.Kami diberikan taklimat oleh staff FRIM yang baik hati dan tersenyum simpul.Usai itu kami mula berjalan untuk memulakan perjalanan ke hutan FRIM.Laluan datar sahaja,kelihatan beberapa pengunjung sama sama memasuki dan ada juga yang keluar.Terdapat beberapa pengayuh basikal menyelusuri jalan kecil hutan FRIM yang kami lalui.Aku kagum dengan kelibat anak anak kecil yang sama sama memasuki hutan ini dan sama sama mengah mengeluarkan keringat mereka.Bila sama sama bertembung dengan pengunjung lainnya kami sama sama bertukar senyuman dan sempat menyapa,walau berlainan bangsa ;-).Dan mereka memberikan sedikit info lagi beberapa kaki lagi ke atas.Sama sama menyusuri perjalanan hutan kami adalah,sebuah keluarga mat salleh yang ke 3-3 anaknya comel-comel belaka.Gambar mereka sempat kami snap.Lelah juga menaiki bukit,walau jalannya tidak seteruk mana.Pihak FRIM sendiri,bertanggungjawab meluaskan jalan dan membuat tangga tangga dari kayu untuk kemudahan pengunjung.Semakin memasuki hutan,semakin bau rimba dan akar akar kayu memenuhi ruang rongga pernafasan :-).Background bunyi unggas dan katak hutan makin membangkitkan semangat untuk sampai ke destinasi.Akhirnya kami sampai di pondok Jambatan Gantung.Di berikan penerangan oleh petugas FRIM yang menerangkan kepada kami kapasiti kapasiti muatan yang perlu dilalui setiap jambatan.Gayat juga,terutama bila Lope naik...hahaha.Lope..gegar la.Sampai di jambatan ke dua,ada pondok hentian yang boleh nampak KL view.Cantik.Akhirnya kami meneruskan perjalanan dan anak mat salleh yang 3 org itu berani menyusuri jambatan gantung di belakang kami,ditemani ibu dan bapanya.Turun ke bawah kami menyusuri jalan dan berjumpa paip besar seperti yang diterangkan oleh staff FRIM dan kami mencari port untuk mandi manda dan melepaskan lelah.Lama juga kami berendam di situ..hehhe.Usai segalanya kami bersiap turun,kelihatan beberapa khemah di bawah.One day i will set up my fire place n camp here..hihi.Sempat pulak beli aiskrim,mungkin masing masing dah lapar.Akhirnya FRIM kami tinggalkan dengan janji,insyaALLAH akan dtg lg.Sampai rumah mmg penat gile,huhuhuh..tido pulas sampai maghrib...hehhee

Friday, January 09, 2009

If I Were A Boy




(Feat. Lee Carr)

If I were a boy
even just for a day
I'd roll out of bed in the morning
and throw on what I wanted and go
Drink beer with the guys
and chase after girls
I'd kick it with who I wanted
and I'd never get confronted for it
cause they'd stick up for me
If I were a boy
I think I could understand
how it feels to love a girl
I swear I'd be a better man
I'd listen to her
cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
cause he's taking you for granted
And everything you had got destroyed
If I were a girl
even just for a day
I'd get out of bed in the morning
and take forever to get ready
Complain to my friends
as if they got a man
They talk about you cause they're jealous
and I just stay and listen to it (I should get rid of them)
If I were a girl
I dont think I'd understand
how it feels to love a boy
I swear I'd be a better woman
I'd listen to him
cause I don't know everything
I would always try to tell him that he needs to treat me better
Like I don't gotta change at all
If I were a girl
It's a little too late for you to come back
Say it's just a mistake, think I'd forgive you like that? (I don't)
If you thought I would wait for you,
you thought wrong (I did wrong)
But you're just a boy
and you're just a girl
You don't understand
No you don't understand
How it feels to love a girl someday
You wish you were a better man
You don't listen to her
and you don't listen to him
You don't care how it hurts (you don't care how I feel)
Until you lose the one you wanted
cause he's taking you for granted
And everything you had got destroyed
But you're just a boy
and you're just a girl

DownLoad If I Were A Boy by Beyonce ft. Lee Carr

 

Lagu ini adalah kisah antara perempuan dan lelaki.Bagi aku lelaki dan perempuan punya bahasa yang berbeza,punya body language yang berbeza juga.Apa yang dikatakan oleh lelaki walau ayatnya sama tidak sama pula maksudnya oleh perempuan.Itu dari pengalaman aku.Yang menyatukan kita semua hanyalah cinta,cinta,cinta dan jiwa :-).Lelaki mahu menjadi perempuan,mahu duduk di tempat perempuan,mahu tahu mengapa dikecewakan dan mahu tahu apa yang dimahukan perempuan.Begitu juga sebaliknya,perempuan mahu duduk di sisi hati,menyelami akan perit jerihnya bergelar perempuan bila mana disakiti oleh insan bergelar lelaki.Hakikatnya kita adalah hakiki dari azali bergelar makhluk-NYA,diciptakan-NYA dengan keistimewaan dan kekurangan yang membuatkan kita di arah berfikir mengapa,kenapa dan bagaimana kita wujud dan mendepani dengan situasi situasi yang memberatkan kehidupan ini.Bagaimana pun kita tidak sempurna cuma,berusaha mencuba muhasabah dan belajar lebih baik dari semalam.Fikirkan :-)