Followers

Monday, June 29, 2009

...I've found a masterpiece in you...


Atlantic Star~Masterpiece

A simple touch of your hand,
And everything is right.
The gentle way you look at me,
When we kiss goodnight.
You've given me the freedom no other love has known
And now I thank you girl , thank you girl

The countless ways you've touched my heart
Is more than I can say
The beauty that you've shown to me
takes my breath away
A picture perfect painting, that's what our love is
And yes I need you so, and now I know

Chorus:
ooooh
I've found a masterpiece in you
a work of art it's true
And I treasure you my love
ooooh
I've found a masterpiece in you
a work of art it's true
And I treasure you

Sometimes I wonder what I'd be
Had I not found you
A least and lonely soul this world
could show me nothing new

But now my life's a canvas
painted with your love
And it will always be
And now I see

The gentle walks together
Through time will never pass
This fairy tale we shared
is real inside our hearts
let it be forever
never let it end
this promise I can make
Heaven is ours to take

Repeat chorus

When I'm lost and insecure
you build me up and make me sure
that everything will be alright
My love

Repeat chorus

(This fairy tale we're sharing
is real inside our hearts
Let it be forever
never let it end)


Almost done my 'Dan Kiambang Bertaut' and need to see Zaini for 'Selipar Jepun Suria'. Syukur di atas segala anugerah dan kasih sayang insan insan yang mendoakan. Moga kejayaan dunia akhirat milik kita bersama. Going to complete my sinopsis related to Taufik Batisah story.Another a few sinopsis untuk meneruskan kesinambungan cita cita. Moga bakat yang setitik dapat ku asah,mengikis kelemahan agar bisa menjadi moral dan pedoman buat kalian di luar sana di dalam setiap karyaku. Agar aku bisa membantu insan yang memerlukan walau bukan dari segi wang ringgit,tetapi kerana bakat yang tidak seberapa ini. Thanks to beloved family,friends and a loving people arounds me yang senantiasa menyokong perjalanan ini...(eh apasal aku cakap macam orang dapat Grammy Award,hahaha...)

Tuesday, June 23, 2009

An Angel's Advance Birthday Present :-)


Long time ago i admire and crave for movie board clapper..Aku tak tahu dalam bahasa melayu apa,haha.Syukurlah benda ini dihadiahkan oleh seorang adik,officemate yang terbaik for my advance birthday on October. This movie board clapper was ordered from Singapore but was imported from China. Once i'll received i so excited, i felt like a small kids, i jump in excitement. I dont know about other people,but for me this thing inspired me the most for my scriptwriting,it's a motivating tools for me to go further, stick with my passion and just make it happen. For other people is nothing,but for me,this movie board clapper once i saw it i felt like flying without wings and bring me to another stage which is can and improved me alots. Even this is not really real movie board clapper,its just more to real clock and digital.But its enough for me to have it at this moment.Thanks Francis for this advance birthday present :-).This movie board clapper bring me a lot of smiles for the whole of my life.

Saturday, June 20, 2009

Patri

Tatih tatih perjalanan menemukan kita dengan seribu kegembiraan tambah tambah bertemu semula dengan rakan rakan zaman persekolahan.Pertemuan demi pertemuan,satu satu accnt facebook yang namanya sinonim dengan zaman zaman bertatih remaja dahulu memberikan kita senyuman dalam sibuk melayani arus kehidupan sebagai dewasa bekerjaya.
Aku setuju dan pasti setuju jika kalian di luar sana merasakan apa yang aku rasa tatkala satu satu bertemu rakan rakan sekolah dalam facebook.Seronoknya bukan main.Tambah seronok terbayang wajah wajah mulus dan suci umpama skrin putih di depan mata menyingkap kembali 17-19 tahun dahulu.Waktu itu sama sama berkongsi cerita dan ilmu di dada mengejar tempat terbaik dalam kehidupan.Namun syukurlah kini kita berjaya dengan cara dan dunia kita sendiri.I'm proud with all of you guyz..LOVE U ALLZ

InsyaALLAH satu gathering akan menjadi gathering yang tetap dan menjadi erat dan kukuh akan keakraban kita suatu ketika dahulu.Kalian terulung dalam hati aku..Muahhh!Thanks FACEBOOK!

Untuk Shahrul Niza Salleh,Shahril Razif Khorpani,Azizol Mohd Noor,Rozilawati Abd Hamid,Shahbaniah Arbain,Zalifah Mohamad,Shaeiddah Akmar,Juliana Jalaludin,Salmi Shaari,Nordianawati Osman,Aznizam Alias(Angah),Mohd Razif Mohd Rosley,Suman Rampal,Lai Lee Hin (Debbie Lai),Henry Lee,Chan Choy Li(Radiance Chan),Ambigai Ammal,Sivakamy Sukumaniam,Kugila Selvam Pillai,Selvambigai,Mohd Azumir,Daren Ng,Marizman Haris Fadzillah,Azly Abd Ghani,Puteri Norazlina,Wan Rosliza

Senior;Airi Rahim,Norafizah Ibrahim,Nurmaniza Mansur,Khairul (Ele),Ahmad Rashdan Rahmad,Muhamad Fazal,Norita Jamaluddin dll yang tak tau aku nk sebutkan kat sini.

Junior:Yusnita Yusli,Abd Muhaimin Mahmud,Nabilah Mahmud,Ida Marlina,Syafik Ezwani Mat Salim,Rafidah Rahmad dll

ni list list nama accnt facebook x student SMSAG yang update buat masa ini dan ada beberapa lagi.Moga ikatan kita terusan erat dan utuh demi sebuah ukhuwahfillah.

Aku busy dengan duty aku,baru lelah dari buat hantaran untuk wedding cousin aku,Wan Mohd Ezuan dan pasangannya Alynne.Such a great family gathering at Kg Baru.
Kini sibuk untuk submit full script aku 'Dan Kiambang Bertaut' pada RTM.Man,thanks for the good news and your effort.We do this together.Sorry sebab kesihatan yang tidak mengizinkan melambatkan sedikit proses.Pray for me.
Dalam proses juga selepas ini untuk menyiapkan sinopsis cerita tentang Taufik Batisah dan Abg Zohri,kenalan aku yang baik hati yang ada own production and as a director of photography mengatakan ada produksi berminat untuk membawa cerita aku ke Suria TV.Aminn..InsyaALLAH.
Ke tiga kalinya aku membawa 'Selipar Jepun Suria' telemovie skrip penuh kesayangan aku ke Zaini Kosnin pula.Aku tidak betah menyimpannya lagi walau skrip tidak pernah basi bak kata kakakku Kak Mas.But i can't stand it bila melihat cerita itu tidak ke mana2.Zaini call aku semalam dan mengatakan out from 10,cerita itu pointnya dia bagi 7.Aku senyum sendiri,sebagai pendatang baru aku kira itu permulaan yang bagus,tambahan pula ianya datang dari rakan penulis skrip aku yang ceritanya sangat bagus dan punya nama yang telah stabil.Zaini akan membawa cerita aku ini melalui laluannya ke Astro dan TV3,Isnin ini.Moga moga ianya menjadi seribu cinta dan bintang yang bergemerlapan.

Ujian demi ujian,jika ketabahan kita pegang kukuh,jika kesabaran kita dakap kuat kuat dalam dada,Allah pastinya menjanjikan kita sejuta rahmat.Aku antara hambaNYA yang mandamba dan mematrikan itu di dalam hati.

Untuk Kalian Semua,yang aku sayangi...

JINBARA~PATRI

Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
sang kirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali ooo
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo

Monday, June 15, 2009

Skrip lemah, penulis tak bertauliah

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

MAJLIS ramah mesra Swam menjadi medan kepada penerbit dan pemilik saluran televisyen mewujudkan jaringan kerjasama.

Kebanyakan drama tempatan asyik ketengah idea tidak universal

TERLALU banyak kelemahan dalam penulisan skrip membuatkan kualiti penerbitan televisyen dan filem tempatan gagal menerobos pasaran luar, sebaliknya cuma mampu megah di negara sendiri.

Presiden Persatuan Penulis Skrip Malaysia (Swam), Ismail Ahmad berkata, kegagalan memahami struktur penulisan skrip membuatkan produk tempatan gagal difahami lalu ditolak penonton luar kerana garapannya yang mengelirukan.

Ahmad berkata, penerbitan asing menekankan kepentingan struktur penulisan skrip malangnya elemen itu dipinggirkan penulis tempatan menyebabkan produk kita tidak mampu berkembang.

Lebih membimbangkan keghairahan penerbit serta stesen televisyen mengaut keuntungan menghadirkan ramai penulis tidak bertauliah dengan jumlah bayaran kecil.

Situasi itu kata Ahmad, menyebabkan program tempatan mengutamakan penceritaan serta konflik yang tidak universal dan sukar difahami masyarakat luar.


“Struktur penulisan drama tempatan masih terikut dengan struktur penulisan soap opera sedangkan ia tidak lagi popular di Amerika Syarikat.

“Skrip yang baik harus mendekati budaya, falsafah serta ideologi sesuatu bangsa malangnya kebanyakan drama tempatan asyik mengetengahkan idea yang tidak universal.

“Barangkali ia tidak memberi masalah kepada penonton tempatan untuk memahami tetapi apabila dipersembahkan kepada orang luar, mereka akan menolak kerana ia tidak mencerminkan unsur sejagat.

“Pemikiran seperti ini harus ditukar supaya produk tempatan mampu dipasarkan di negara luar tetapi saya akui ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan,” katanya.

Ditemui di majlis Jom Mesra Bersama Swam, Ahmad turut melontarkan pertanyaan, sampai bila masyarakat tempatan mahu menjadi pembeli produk asing sehinggakan stesen televisyen ketika ini dibanjiri penerbitan luar.

Katanya, sudah tiba masanya penulis serta penerbit tempatan memikirkan idea untuk membawa produk tempatan ke tahap antarabangsa sekali gus memperkenalkan Malaysia sebagai negara pembekal untuk produksi televisyen dan filem.

Sehubungan itu katanya, menerusi acara itu mereka turut membuka ruang kepada penerbit serta eksekutif televisyen untuk mendapatkan idea baru, cerita menarik dan lakon layar hebat dengan adanya sesi ‘pitching’ secara terbuka.

Sesi keempat pernah dianjurkan Swam itu secara tidak langsung mendedahkan kepada penulis tempatan seni serta teknik ‘pitching’ supaya penerbit tertarik dengan idea yang dipersembahkan.

“Malangnya ketika Swam menganjurkan kursus berkaitan perkara ini, ramai menolak tanpa menyedari jika ingin meneroka jauh memahami teknik ‘pitching’ sangat penting.

“Di negara luar, sistem ini sudah lama dipraktikkan tetapi kita agak ketinggalan dan masih terkial-kial mencari formula bagaimana mahu menjual idea berpotensi kepada penerbit dan stesen televisyen,” katanya.

Ismail bagaimanapun, akur mereka tidak mempunyai hak serta kuasa untuk mewajibkan semua penulis skrip bernaung di bawah payung Swam.

Namun, Ismail menggesa stesen televisyen supaya menggalakkan penulis skrip menyertai persatuan itu seterusnya bersama membantu dalam penghasilan skrip berkualiti.

“Kebanyakan penulis yang tidak bernaung di bawah Swam sering memberikan skrip yang longgar dan kurang mengesankan. Disebabkan itu, penonton enggan menonton produksi baru sebaliknya selesa menyaksikan filem lama seperti garapan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

“Penyampaiannya yang menarik dan mudah difahami membuatkan semua penonton menyukainya, tidak kira apa bangsa walaupun mereka tidak memahami bahasa yang dituturkan.

“Malangnya elemen itu sudah jarang ditemui dalam produksi tempatan. Kelemahan lain adalah pada susunan dialog yang kurang memukau, bahkan tidak diimbangi dengan unsur sastera.

“Dialog yang menarik mampu mencantikkan sesebuah produksi tetapi ketika ini, drama kita kelam kabut dan lebih menyedihkan tidak ramai yang mahu menimba ilmu sedangkan ia penting untuk memajukan diri,” katanya.

Ahmad turut menyeru penerbit dan stesen televisyen supaya menghormati karya penulis serta jangan terlalu menekan mereka dengan bayaran tidak berpatutan hingga merosakkan minat untuk menghasilkan karya bermutu.

Katanya, kebanyakan penulis terpaksa tunduk kepada penerbit dan tidak dapat mempertahankan pendirian mereka kerana bimbang tidak menerima bayaran.

“Kami sudah menyiapkan bayaran yang standard untuk skrip merangkumi penulisan telefilem, drama berepisod namun malangnya penerbit kebanyakan penerbit tidak memahami masalah ini.

“Penulis juga disaran supaya bernaung di bawah Swam supaya karya mereka dihargai dan dilindungi, malangnya ramai menolak kerana tidak menghadapi masalah dalam berkarya,” katanya.

Ketika ini, Swam mempunyai 250 ahli berdaftar dengan 100 ahli yang aktif menulis .

Sepanjang 13 tahun penubuhannya, Swam mampu berbangga dengan kejayaan yang dicipta ahlinya seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba menerusi Pontianak Harum Sundal Malam dan 1957: Hati Malaya; Datuk Yusof Haslam; Habsah Hassan dan Mohd Noor Kadir.

Layar kaca pula membuka ruang kepada penulis seperti Mohd Noor Kadir menerusi Cinta Antara Benua, Cinderella dan Taj Mahal; selain Nazli Jaafar (Anak Betong), Sujiah Salleh (Dari Mata Arisa) dan Rohizan Ramli (Mr Mama).