Followers

Wednesday, December 02, 2009

Hukuman Pesona Dunia (Kehilangan & Korban)

Berteleku,seakan terkesima dan terdiam terpana dengan kehendak sebuah yang bernama 'kehilangan'. Ianya merupakan antara urat urat jiwa dan nafasku dan memberikan aku inspirasi menggerakkan nadi dan terus bernafas. Umpamanya...tetapi aku akur jika ia berkehendak pergi dari kehidupan aku. Ibu,bapa dan anak anak pun bukan milik kita,apatah lagi jika yang bernama sebuah barang peribadi. Aku akur,walau masih terbayang bayang akan mulus dan jernihnya ia melintasi mata. Antara pasrah,hatiku masih dihimpit setitik amarah dalam relung jiwa kerana aku juga manusia. Tuhan,moga aku diberi ganti yang lebih baik yang menjadi katalis lebih baik dari semalam. Menulis lebih baik dari sebelum,berkarya lebih indah dari yang biasa. Mudah mudahan. Doa ini bertali temali dalam langkah langkah kekuatan yang terkadang kabur.

Lately, aku dipilih oleh Tuhan untuk hadir dalam jiwa insan insan yang memerlukan kekuatan. Seringkali aku tertanya mengapa aku dipilih tamsil antara yang lainnya. Mungkin ada perananku yang tersirat dari Loh Mahfuz menghendaki aku meniup semangat buat mereka. Mungkin aku ada sedikit cebisan pengertian. Mungkin juga aku mereka ukur dari ketabahan tersurat yang mereka nampak dengan mata kasar dan liku liku kehidupan ini. Jika kehidupan dan sarat perjalanan panjangku,kalian ambil sebagai kekuatan,maka teruskanlah sampai kepadaku. InsyaAllah aku akan mendengar dengan sebaiknya. Mungkin dalam saat kalian tiada sesiapa...aku ada. Tetapi tahukah kalian, aku memohon pada Dia,setiap saat akan hiba ini tidak terus panjang panjang. Agar pelan pelan ia menjadi akar yang kukuh berdiri. Tiap saat juga aku mencuba merapatkan saf saf kekuatan,ketabahan dan keyakinan.

Terima kasih di atas peluang dan kepercayaan insan insan yang banyak berjasa kepadaku. Jasa kalian dalam doa kudusku pada Ilahi. Aku yang tidak banyak berbicara,menghunus tangan ini memanjat kepada Tuhan moga kalian diberikan keberkatan dunia & akhirat.

Aku akan terus menulis,ianya merupakan oksigen untuk aku terus bernafas. Aku sedih,aku menulis...aku gembira aku menulis. Sekurang kurangnya ianya tidak hilang dalam angin yang berpuput lembut. Agar ianya indah hadir dalam bentuk skrip,lirik,puisi atau apa sahaja. Agar karya yang terpinjam datangnya dari Allah itu menjadi inspirasi dan moral untuk luar sana. Itu iltizam aku di dalam dunia penulisan ini.

Will busy with a few commitments of work,mencari footage footage dan visual yang bersangkutan dengan kes kes yang tercatat di dalam tugas. Skrip harus padat dan perlu passion dan hasil yang teliti. Kata mentorku,Zainal Rashid Ahmad.."ini kerja renyah dan harus ada passion". I will!!!Moga Allah permudahkan perjalanan perjalananku.

kehilangan bukan kehendak
dibatasi nafsu dunia yang bersimpang
kehendak bukan dihalang
tetapi diterjah keterpaksaan malang

dunia merangkumi cinta
cinta yang indah indah
berbalau balau dalam remang senja
cukup buat aku mengenangnya

akan lukakah hatiku nanti
bersama duka dan suka
akan lukakah hatiku nanti
bila titik harap menjadi selaksa
yang hilang pada renyai renyai hujan malam

pada hukum pesona dunia
antara kehilangan dan korban
menjadi urat nadi yang berdenyut
kala malam melangut panjang
terbayang putih yang telah kabur
dalam bayangan sukma

Wednesday, November 18, 2009

My Baby 'Selipar Jepun Suria'





INT.RUANG TAMU.RUMAH AKU.AKU-NIGHT

Tertari jari jemari untuk mencari artikel artikel berkenaan 'Selipar Jepun Suria'ku yang telah habis shooting pada October lalu aku kira.Bila bercerita tentang 'Selipar Jepun Suria' aku senyum,hati aku juga turut senyum...malah semua organ badan turut senyum. Aku menulisnya,skrip asalnya jauh dari sudut hati dan benak hati. Asalnya assignment untuk seorang Sifu aku,seorang pengarah dan penulis skrip terkenal di dalam dunia drama. Lama aku menunggu,maka kerana kesibukan Sifu aku itu juga maka aku menghantarnya ke pihak Asia Best. Zaini Kosnin banyak membantuku dalam merealisasikan 'Selipar Jepun Suria' ke layarnya. Thanks alots,begitu juga sang sutradara Murali Abdullah. Terima kasih di atas kepercayaan dan iltizam. Walau ada babak babak dan jiwa 'Selipar Jepun Suria' ini yang telah hilang dari skrip asal,tetapi tidak apalah...aku ini masih baru dan haipp!aku harus patuh pada orang yang lebih ariff.Its ok,apa pun aku sayangkan 'SJS' aku dan ianya merupakan baby aku dalam penulisan skrip drama aku. Semoga ratingnya tinggi diraih dalam Astro Prima by next year Feb,seperti yang Asia Best dambakan macam rating 'Halimah Jongang'.

Sinopsis 'Selipar Jepun Suria'

Berkisarkan akan seorang gadis manis bernama Suria yang terlalu obses terhadap selipar jepun kerana dididik oleh ayahnya Pakcik Halim semenjak kecil lagi.Ini semua kerana kesusahan hidup yang mereka hadapi sekeluarga.Suria menanamkan di dalam diri bahawa kerana selipar jepun inilah yang dia boleh berjaya menggapai segala impiannya untuk menubuhkan ‘Suria Slippers’.Suria ke Kuala Lumpur menemui Dina dan tinggal bersama sekaligus berjaya bekerja di sebuah syarikat konsultan terkemuka milik Adnin.Adnin sudah mula tertarik kepada Suria semenjak hari pertama temuduga terutamanya prinsip Suria terhadap selipar jepun .Hari ke hari,Adnin makin jatuh hati kepada Suria tetapi menganggap dia masih punya banyak masa untuk menawan hati Suria.Munculnya Fendi dalam suatu insiden yang tidak disengajakan semasa Suria terhumban selipar jepun miliknya ke bawah apartment tempat tinggal mereka dan terkena kepala Fendi.Mereka bertelagah dan Fendi amat tidak sukakan Suria ketika itu.Suatu kejadian,bilamana Suria ternampak Fendi dikasari oleh teman wanitanya dan kejadian itu membuatkan Suria dengan tekad membaling selipar jepun miliknya kepada teman wanita Fendi.Semenjak itu Fendi mula merasakan Suria amat berbeza dengan gadis lain yang ditemuinya.Fendi kagum dengan prinsip Suria yang menghormati kaum Adam sepertinya selepas Suria menjelaskan akan mengapa dia tergamak membaling teman wanita Fendi dengan selipar jepun tersebut.Semenjak itu Suria dan Fendi berkawan baik.Ini menimbulkan cemburu kepada Adnin dan Adnin mula mengatur langkah untuk menambat hati Suria..Suria pula masih berulang alik ke kampung halamannya untuk mengetahui akan perkembangan permohonan pinjaman untuk menubuhkan Suria Slippers.Berkat kesabaran dan kesungguhan menghadapi segalanya permohonan pinjaman untuk menubuhkan Suria Slippers diluluskan.Suria,ibu bapa dan seluruh penduduk kampung yang menyokongnya amat gembira dengan usaha Suria.Adnin dan Fendi yang menagih cinta Suria akhirnya akur dengan prinsip Suria yang mahu menggapai cita citanya,tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya dan seluruh masyarakat kampungnya.

antara skrip asal 'SJS' aku,yang menarik pada pandangan aku...
V.O Suria
HA BEGINILAH AKU DENGAN SELIPAR JEPUN AKU.KENAPA SELIPAR JEPUN?AKU PUN TAK TAU KENAPA,TAPI MEMANG AKU DAH SEBATI DENGAN SELIPAR JEPUN INI DARU DULU LAGI.AYAH AKU LAH YANG KENALKAN AKU DENGAN SELIPAR JEPUN SEJAK KECIK LAGI.JADI MEMANG SELIPAR JEPUN ADALAH KEBANGGAAN SEJAGAT AKULAH DIKATAKAN.DAH TAK BOLEH KATA APA DAH.AKU DENGAN SELIPAR JEPUN INI MACAM TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.MANA ADA SELIPAR JEPUN,SITU ADA AKU.MANA ADA AKU,SITU ADA SELIPAR JEPUN.HAHA.KELAKARKAN?KORANG KELAKAR KE?
OKAY BERBALIK BALIK KEPADA SELIPAR JEPUN,KIRANYA SELIPAR JEPUN NI MACAM SET AKSESORI,EH BETUL KE AKU CAKAP TU,MACAM PELENGKAP AKU LA.TANPA SELIPAR JEPUN KIRA AKU TAK BOLEH HIDUP LA.MACAM TU PUNYA TERUK.APA JUGA CACIAN,MAKIAN,HINAAN,SENDAAN,ATAU APA APA AN LAGI LAH AKU TERIMA DEMI SELIPAR JEPUNKU.LAIN LAH MACAM DIORANG TU YANG BANGGA DENGAN KASUT ADA REBEN DEPAN LA.ADA BUNGA DEPAN LA.AKU SEDAR LA BAPAK AKU TAK MAMPU BELI SANDAL MACAM DIORANG TU.JADI SELIPAR JEPUN NI LA DOK AKU BANGGA BANGGAKAN.TAPI KORANG JANGAN PANDANG SEBELAH MATA TAU,KIRA SELIPAR NI BALING ANJING PUN BOLEH MATI SEBAB TAHAN LASAK.MANA TAHU?HA AKU TAHU LA.SEBAB AKU PERNAH BALING ANJING,EH TAK PERNAH AKU PERNAH BALING SELIPAR INI PADA MAMAT SAMSENG KAMPUNG YANG CUBA NAK PEGANG PEGANG AKU MASA AKU LALU KAT SEMAK NI(SAMBIL BERHENTI DAN MENUNJUKKAN SEMAK).AKIBATNYA DIA MASUK ICU 2 HARI,NASIB BAIK TAK JALAN LEPAS ITU.SO INI LAH YANG AKU BANGGAKAN DENGAN SENJATA AKU YANG SATU NI.AUTOMATIK DIA JADI ‘RESCUE’ PADA AKU LA.


10-SURIA,DINA,ADNIN,EXTRA-BEBERAPA PREMIS PEJABAT,PEJABAT ADNIN,APARTMENT-SIANG

ESTABLISHED - Bangunan tersergam indah,dalam satu demi satu temuduga yang Suria hadiri.Terdapat juga beberapa temuduga yang syarikatnya beroperasi di bangunan berupa rumah kedai.
Suria menghadiri satu demi satu temuduga dan seperti biasa ramai yang prejudis akan seliparnya.Tibanya Suria mencari cari akan bangunan pejabat yang akan menjadi ‘mangsa’nya kali ini pula.Atau dia sendiri menjadi mangsa,katanya.Dengan senyum Suria meneruskan semangatnya untuk memenuhi tanggungjawab dan misinya dalam mencari kerja.

ESTABLISHED - Syarikat yang ditujui sampai dan sampainya Suria seperti biasa mengisi borang dan seakan sudah lali dengan ejekan mengenai seliparnya,Suria senyum dan dengan tenang menunggu.Seorang jejaka kacak berkarisma lalu,dengan satu suit blazer serba hitam dengan kemeja putih.Tali leher berwarna biru lagi melengkapkan akan penampilannya.Tangannya membimbit briefcase,mungkin dalamnya laptop,telah Suria.Bau perfume yang lembut,menusuk menambahkan lagi akan tarikan lelaki ini.Sekilas Adnin memandang Suria dan tersenyum.Beberapa calon temuduga lain tersenyum senyum ke arah Adnin.Juga di sambut senyum oleh Adnin.Dia ni memang kaya dengan senyuman,dan senyumannya itu bisa melunturkan gadis gadis mahu pun wanita wanita yang dah jadi mak budak di pejabat tersebut.Nama Suria di panggil


PEKERJA PEJABAT

Cik Suria


SURIA

Yer saya

PEKERJA PEJABAT

Masuk! (membuka pintu dan mengarahkan Suria duduk)

SURIA

Terima kasih

Suria duduk dengan tertib,sambil memandang ke mana si penemuduganya.
Adnin sedang tunduk mengambil fail di bawah meja.Dia tercari cari akan fail yang dikehendakinya.Terlihatnya akan selipar jepun milik Suria yang tersarung kemas di kakinya yang putih bersih.

Adnin berkata kata di dalam hati

Selipar jepun! (terkejut beruk)
Perghh kaki dia cantiknya
Kuku kaki pun cantik
Anak sape la ni

Adnin mendongakkan kepalanya dari bawah meja dan tersenyum kepada Suria. Dia mula serius,tapi dengan senyuman.

ADNIN

Ehem ehem
Nama you? (sambil menghulurkan tangan)

SURIA

Eh ada orang (terkejut bila melihat Adnin bangun)
Em saya Suria

ADNIN

So tell me little bit about your self?

SURIA

OK,Encik
Saya Suria,anak tunggal
Ayah dan ibu kerja kampung aje
Dulu saya bekerja di kedai komputer di pekan kampung saya
Saya baru sampai ke KL ni dan cuba cuba untuk memohon jawatan yang sesuai dengan kelulusan saya tapi,malangnya temuduga demi temuduga yang saya pergi semuanya…..

ADNIN

Reject disebabkan selipar jepun awak tu ?! (memotong cakap Suria)

SURIA

Yer encik (tersipu sipu malu)
Encik nampak ya?

ADNIN

Okay lah right now Suria,can you tell me apa yang membuatkan awak terus dengan prinsip awak memakai selipar jepun awak ni
What is so special about selipar jepun tu?
You are weird you know,with superb top but memakai selipar jepun
Kelakar pun ada
Tapi saya pasti awak ada sebab tertentu kan?
Tell me (sambil tersenyum)

SURIA

Begini encik
Semenjak kecil saya dah didedahkan dengan selipar jepun oleh ayah saya
Ya la ,sebagai pekebun kecil dengan pendapatan yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang
Apalah yang ayah saya boleh belikan tiap kali apa juga perayaan
Hanya dengan selipar ini (tunduk dan merujuk kepada seliparnya)
Jadi selipar jepun menjadi objek yang tidak boleh dipisahkan daripada saya
Setiap kali saya cemburu melihat kawan kawan lain bangga dengan sandal mahu pun kasut berbunga dan beriben mereka
Saat itu juga ayah meyakinkan saya bahawa betapa banyaknya kelebihan selipar jepun itu
Sampai saat lama kelamaan selipar ni dah berakar umbi dan jadi darah daging saya
Kami sekeluarga juga dihina kerana selipar jepun ini
Satu kampung mentertawakan kami
Sehingga saya berjanji kepada diri saya sendiri
Yang dengan selipar jepun ini lah saya akan kembali mengembalikan maruah keluarga saya
Encik tahu apa
Setiap kali menyarungkan sepasang selipar jepun inilah
Saya rasa kuat semangat,saya ingat jati diri saya,percaya diri dan buat saya terus mahu melangkah setapak demi setapak dan terus berlari mengejar impian saya (tenang)

Adnin terpaku dan kagum dengan penjelasan Suria itu.Dalam diam dia mula menyukai semangat dan sifat jati diri yang dipunyai dalam gadis manis ini.Adnin merasakan betapa istimewanya Suria.Suria patut menjadi salah seorang dari pekerjanya dan betapa ruginya jika dia tidak mengambil Suria.Adnin masih terus terkedu sambil memainkan jari jemarinya dengan Pen Cartier miliknya,sambil memandang Suria.Gelagat Adnin itu buat Suria geli hati dan Suria menegur.Suria mematikan lamunan Adnin.

------------------------------------------------------------------------------------------------
20 – SURIA, FENDI –APARTMENT – SIANG

Suria pulang awal hari ini.Niatnya mahu menghabiskan kertas kerjanya berkaitan ‘Suria Slippers’ yang masih banyak lagi perlu disiapkan.Suria memegang kertas kerjanya dan duduk di atas lantai di ruang tamu.Suria menyusun kertas kertas mengikut chapter yang tersusun.Selesai menyusun,Suria termenung sejenak.Bosan menguasai diri.Suria memandang jam dinding milik Dina yang baru menunjukkan pukul 6 petang.Suria mundar mandir di ruang tamu dan tiba tiba Suria mendapat satu idea yang dia mahu mengemas rumah.Habis rumah dikemasnya dari ruang tamu,bilik,dapur,bilik mandi.Kini dia mahu menyusun kasut kasut di rak kasut pula.Suria mengemas dan panik,dia tercari cari akan seliparnya sebelah lagi.Seakan mau menangis.Habis semua kasut dan sandal yang berada di situ dibongkarnya untuk mencari selipar kesayangannya itu.Tiba tiba Suria terbaling akan suatu objek.Seliparnya!Seliparnya itu sebelahnya sudah tercampak ke bawah melalui balkoni.

SURIA

Alamak…
Selipar aku! (cemas)

Suria terkocoh kocoh menutup pintu rumah,menguncinya,menekan punat lift,menunggu lift dan turun ke bawah.

Dalam masa yang sama seorang pemuda yang lalu di bawah apartment blok Suria terkena akan penangan selipar jepun Suria itu dari atas tanpa menyedarinya.

FENDI

Ya Allah
Selipar!
Mana datang pulak benda alah ni?
Sambil memerhatikan atas,bawah,keliling dan memegang selipar jepun itu dengan radang.Muka Fendi sudah merah menahan marah!

Takpe aku tunggu
Siap kau!
Dengan engkau engkau aku sapu ngan selipar ni!
Sah la ni apek mana yang pakai selipar selipar zaman kuno ni
Dah la pattern lama..
Mangkuk ayun la..(membebel sendiri)

Suria datang dengan lajunya dan mencari cari akan seliparnya.Pabila nampak Fendi memegang seliparnya berdekatan dengan kawasan jatuhnya selipar itu,Suria yakin itulah sebelah selipar miliknya.Fendi yang melihat Suria mencari cari akan seliparnya,hanya menunggu Suria datang kepadanya.Ketika itu Fendi tidak nampak wajah Suria.Suria mendapatkan Fendi.

SURIA

Bang…
Tu selipar saya tu…(dengan muka ketakutan,melihat wajah bengis Fendi)

FENDI

Apa abang abang..
Bila masa lak emak aku lahirkan ko…
Ha pompuan lak yang pakai!
Muda lak tu
Aku ingatkan apek mana la yang pakai selipar kuno macam kau ni! (marah)

Fendi masih memegang selipar Suria dan tidak mahu mengembalikannya.Suria dengan muka ketakutan seakan merayu agar Fendi menyerahkan kembali selipar kesayangannya itu.Fendi dengan egonya terus buat tidak tahu dan tidak mahu mengembalikan gayanya

SURIA

Bang
Jangan la buat macam ni
Selipar tu pemberian ayah saya (sudah mula menangis)
Saya ni orang kampung
Mak, bapak saya orang susah

Fendi tiba tiba gugup bila melihat Suria yang dah mula menerbitkan air mata.Rasa meluatnya datang.

FENDI

Woo..woo..
Nangis lak dah..
OK ambik balik selipar kau!
Lepas ni jangan sampai kena lagi kepala aku..
Kena!
Kau memang siap!(amaran)

Fendi berlalu pergi setelah mencampakkan selipar Suria itu.Menyampah betul dan meluat dia dengan air mata Suria tadi. Suria memandang Fendi dengan serba salah dan hairan.

CUT TO

------------------------------------------------------------------------------------------------

23-SURIA, FENDI, DILA – APARTMENT – SIANG

BAWAH APARTMENT – Suria di dalam bas dan menekan loceng.Sejurus selepas itu bas berhenti betul betul di depan apartment.Seperti biasa Suria melintas jalan untuk ke balik ke apartment.Tiba tiba langkahnya terhenti bila melihat Fendi di tepi luar apartment bersama dengan seorang gadis.Kelihatan si gadis,mungkin teman wanitanya teka Suria dengan penuh perasaan menolak nolak Fendi.Tidak kurang itu Dila menendang nendang Fendi dan menarik narik rambutnya.Seperti hysteria sambil memaki hamun Fendi.Malangnya Fendi hanya diam membisu seperti patung diperlakukan sebegitu.Makin lama diperhatikan Suria,tindakan Dila semakin melampau.Pantang bagi Suria seorang perempuan tidak menghormati insan lain terutamanya lelaki.Itu lah yang dipesan ibunya.

V.O EMAK

Suria,perempuan dicipta dari tulang rusuk kaum Adam
Lagi pula suami,memang patut dihormati kerana syurga seorang isteri berada pada suami
Tidak kira suami,walau siapa jua yang bernama lelaki
Kita harus menghormatinya
Apa jua tindakannya
Apa jua hubungannya dengan kita
Mak tak nak kamu tidak tahu menghormati orang lain Suria
Terutamanya lelaki….


Kata kata emak itu masih terngiang ngiang di telinga Suria.Tika itu Suria sering melihat dan tertanya tanya mengapa ibunya sangat taat kepada ayahnya dan sama sekali tidak pernah meninggikan suara dan menurut segala perintahnya.Ayahnya juga tidak pernah memperlakukan bukan bukan kepada ibunya dan bercakap juga tidak pernah sekali kali meninggikan suara sesama mereka.

Umpama tersedar dari lamunan.Suria melayangkan sebelah selipar jepunnya ke arah Dila.


DILA

Ahhhh!!!
Apa ni?

Dila mengongoi kesakitan akibat balingan selipar itu.Dia terduduk dan Fendi mendapatkannya dan memegang kepalanya yang terkena balingan selipar itu.Kelihatan sebelah selipar di sebelah Fendi.Fendi mendongak dan melihat Suria.


SURIA

Cik
Lain kali lebih bersopan pada lelaki OK
Lelaki perlu dihormati
Saya tak rasa boy friend encik ni melayan cik teruk sangat
Perempuan dijadikan dari tulang rusuk kaum Adam
Tidak kira apa hubungan pun
Tidak kira apa tindakan dia terhadap kita
Hormatilah kaum ini
Ingat ye cik…

Suria mengambil sebelah seliparnya dan menyarungkannya kembali.Menoleh kepada Fendi sekilas dan berlalu pergi.Fendi benar benar terkejut akan kehadiran Suria yang tiba tiba itu,tindakan Suria yang berani itu dan kata kata Suria yang menusuk itu.Hati lelakinya benar benar terpempan.




CUT TO

-------------------------------------------------------------------------------------------------


SURIA

Saya ada tanggung jawab yang lebih besar lagi Adnin
Saya ada cinta yang lebih besar lagi..
Cinta pada DIA
Cinta pada diri saya sendiri, maruah ibu bapa yang perlu saya kembalikan…
Cinta saya pada tanah tempat lahir saya
Saya ada tanggung jawab yang lebih besar lagi Adnin…
Maaf kan saya tak mampu….

Suria tidak mampu meneruskan kata katanya

SURIA

Tak mampu…untuk membalas cinta awak,Adnin

...

Fakta Menarik 'Selipar Jepun Suria'

*menulis dari 'hati',segalanya datang sendiri..roh dan aura 'Suria' umpama ada dalam diri saya
*siap dalam masa 1 minggu lebih.
*diolah oleh penulis skrip berpengalaman sebanyak 7 kali..haha,sebab saya yang masih amatur.Credit to Zaini Kosnin and his team!jangan terkejut jalan cerita,sudah tidak sama dengan skrip asal dan dialog yang saya tempekkan,kerana nama pun telah di OLAH.
*mendapat perhatian Encik Nizam boss 'Astro Prima' ketika present,kerana tertarik dengan jalan cerita dan tajuk.
*ada suka,duka,tangis dan air mata ketika proses dari mula menulis dan sehinggalah habis shooting akan cerita ini.Terkilan,geram,marah,sedih,gembira...at the end.

*Conversation between saya & watak utama 'Dayana Anak Wayang,Astro'

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin 03 October at 13:12
Dear Dayana,
Gud luck on Selipar Jepun Suria,k

sis,doakan...k
you one of list as a main lead,sis suka watak lurus dan bersahaja,and so funny Dayana..

sis menulis watak tu dr hati...:-),olah back by Zaini & his best team!

Dayana Rozz 04 October at 20:07
owh, hi sis.. u know what i really love the story.. this is my 1st script yg i enjoy bace.. mcm i baca story book. n i love my character as suria. i'll try my best untuk hidupkan cerita 2.. thx alot!!!! =)

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin 05 October at 01:23
hehe...can't wait to watch u inside the tv,dear!
hehe,Suria seorang yang lurus,baik hati,cekal,kental,kuat semangat,tabah,punya jati diri yang kuat sebagai anak kg,dan punya maruah dan harga diri untuk mengejar cita citanya dari cinta.Dia jugak funny dan sungguh kelakar dan cantik dengan selipar jepunnya itu.Dan kerana selipar jepunnya itulah Adnin dan Fendi jatuh hati kepadanya.

Always support you!
Dayana Rozz 05 October at 05:23
tq very much!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! =)


Lakonan:Dayana Anak Wayang as Suria,Sahronizam as Adnin dan Hairi Anak Wayang as Fendi.

From Harian Metro
Biarpun gagal meraih gelaran juara pertandingan program realiti pencarian bakat baru pelakon itu, Dayana tetap bersyukur kerana diberi peluang membintangi beberapa drama dan telemovie terbitan produksi tempatan. Penampilan pertama gadis yang berasal dari ibu kota ini menerusi telemovie, Anak Kurang Di Sayang Tuhan di Astro Prima.

Gandingan bersama naib juara Anak Wayang, Hafiz menerusi telemovie itu membentuk keserasian. Akui gadis ini, pelbagai pengalaman dilalui sepanjang menjalani penggambaran siri berkenaan. Watak sebagai Sarah dalam siri itu turut memainkan banyak emosi, biarpun penampilannya agak kasar dan meminati sukan bola sepak. Siri terbitan Nusantara Karya Seni Production ini dijadualkan untuk siaran Aidiladha nanti.

Keakraban dengan Hafiz menimbulkan tanda tanya. Begitupun, Dayana memaklumkan mereka membawakan watak sebagai pasangan kekasih menerusi siri itu namun dalam kehidupan sebenar, mereka hanya berkawan rapat.

Dayana mengakui mula 'jatuh hati' dalam dunia lakonan sejak menyertai program Anak Wayang. Malah dia berhasrat mengembangkan bakat dalam dunia seni.

"Saya berasa bertuah kerana menjadi peserta tunggal wanita yang berjaya tersenarai dalam kelompok tiga teratas. Secara tidak langsung, ia juga membantu mencungkil bakat seni yang saya ada. Selepas tamat sekolah, memang impian saya untuk membabitkan diri dalam dunia seni. Saya berterima kasih kepada Astro serta mereka yang terbabit dalam menjayakan Anak Wayang kerana banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar.

"Buat masa ini, saya menguruskan kerjaya seni sendiri. Selepas penyertaan Anak Wayang, saya nekad untuk terus membabitkan diri dalam dunia seni. Pada masa sama, saya juga menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang pengurusan atau kreatif di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya pada tahun depan.

"Walaupun tidak mempunyai asas dalam bidang seni, namun saya yakin minat dan kecenderungan untuk pergi lebih jauh dalam bidang seni membuatkan saya berani menjadikan lakonan sebagai karier utama. Jika diberi peluang, saya mahu memperkembangkan bakat menerusi program komersial, pengacaraan dan layar perak," katanya.

Dayana turut membintangi drama bersiri 13 episod seperti Bujang Sepah Si Lalitamplun (Astro Prima), selain watak Suria dalam telemovie Selipar Jepun Suria arahan Murali Abdullah dan Roslan Abdul Aziz.

Bercerita lanjut mengenai watak dalam drama bersiri yang diterajui trio Juara Raja Lawak musim ketiga, Sepah, Dayana memberitahu, menerusi drama itu dia membawakan watak Runu, seorang gadis penggoda dan gedik, biarpun karakter sedemikian berbeza daripada kehidupan sebenarnya.

Berbeza dengan penampilan sebagai Suria dalam telemovie Selipar Jepun Suria yang menampilkan karakter gadis kampung yang ringkas dan sentiasa memakai selipar Jepun kegemarannya ke mana saja.

"Watak Runu nampak mudah, namun sebenarnya agak sukar juga pada saya. Pada mulanya agak gugup untuk melakonkan aksi berkenaan, namun lama kelamaan menerusi bimbingan dan tunjuk ajar pengarah, ia akhirnya dapat dilaksanakan. Saya tahu dalam lakonan sukar untuk mendapat watak yang menggambarkan karakter kita sendiri. Sebaliknya, setiap watak yang diberikan, saya cuma melakonkan dengan sebaiknya.

"Sepanjang penggambaran, banyak benda yang saya pelajari daripada pelakon, kru produksi selain pengarah terbabit," katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Rap/20091118093528/Article/index_html

Sunday, November 15, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

INT.RUMAH AKU.RUANG TAMU.AKU-AFTERNOON

RUANG TAMU-Aku berteleku. Badan masih panas panas,ternyata 100 Plus dan Air Cap Badak belum mampu mengizinkan aku pulih sepenuhnya. Flu dan sakit kepala masih bersisa. Tidak apa,jika sakitku ini kifarah atas segala dosa dan kealpaan. Kipas berpusing enak,tetapi mencucuk sarafku yang sejuk dan panas ini. Aku layari You Tube,akhirnya filem yang sangat aku mahu tontoni sudah ada di dalam,tidak lain 'KETIKA CINTA BERTASBIH'. Ianya ada hingga part 12,maksudnya 'Ketika Cinta Bertasbih 2' masih tidak ada. Tidak apa bagiku,indah segala adab,segala cinta dan peribadi watak watak di dalam ini. Watak Khairul Azam,watak Anna dan sub plot yang lainnya yang signifikan dengan jalan cerita. Haha,3 kali jugak aku melaksa sebak. Keindahan tidak dapat disangkal di dalam bumi indah Mesir.Syabas segala warga 'Ketika Cinta Bertasbih'!!!



From Jalaluddin Al Rumi

from Husna

cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta


from Anna


sekali pun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun jika cinta ku datangi
aku jadi malu pada keteranganku sendiri

meski pun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah
cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya

kata kata pecah berkeping keping
begitu sampai kepada cinta

dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan





Mulakan movie anda di sini....

Saturday, November 14, 2009

badan sudah panas,mata sudah berair..jelas aku DEMAM! :-((

INT.RUMAH AKU.RUANG TAMU.AKU-AFTERNOON

Balik dari Arkib Negara semalam,dalam teksi badan aku sudah panas panas lain macam. Hidung juga sudah sukar bernafas dengan sempurna. Aku tahu,demam akan melanda tidak lama lepas itu. Sampai di pejabat, mendaki satu satu tangga badan aku sudah lemah. Namun aku gagahkan demi yang bernama kerja dan passionku. Janji sudah termeteri untuk berjumpa dengan kawan kawan 1 Malaysia ku di Old Town Sunway sempena birthday Vinoth. Sementelah Vinoth tidak putus putus bertanya padaku akan program malam ini. Jadi mahu atau tidak dalam keadaan sihat atau tidak aku patut hadir. Mujurlah aku masih mampu bangun. Balik dari Old Town,badan makin panas..aku minta Francis turunkan aku di 7 E untuk aku membeli sebotol besar 100 Plus dan 2 botol air cap badak. Sampai ke rumah,aku mula meneguk sebotol air cap badak tersebut,memeriksa FB dan tidur sejurus lepas itu. Keadaan menjadi tidak selesa, aku asyik terbangun bangun. Aku teguk lagi sebotol air cap badak dan minum 100 Plus. Ada la sedikit berkurang,namun badan aku masih lemah. Aku hanya mampu dan ada selera menjamah roti. Nasi? nak ke kedai depan pun aku tak mampu dalam badan yang lemah macam ini. Kalau sudha terpaksa, aku terpaksa gagahkan. Ya Allah moga aku cepat sembuh, dalam keadaan rushing aku nak menulis pre skrip dan skrip doko episod buat adik Allahyarhamah Nurul Huda Ghani ini aku perlukan kekuatan. Belum lagi skrip skrip aku yang lain. Ya tuhan,berikan aku penyembuhan.


Happy Birthday Vinoth Rao!



Ada lagi undangan gathering birthday untuk Helmy & Ira malam ini di KFC Wangsa Maju..Aduhai..dengan tubuh badan macam ini...'bagaimanakan ku mula,dan apakah kata2..'?.Malam ini juga buat pertama kalinya 'Tunjang Saadah',skrip dari Bro Ajami Hashim yang diperap bertahun lamanya tersiar di Cerekarama TV3. Sebagai rakan seperjuangan aku turut bangga dengan pencapaian Abg Ajami. "At the end..bang..I'm proud of you". Kerana itu aku tak sabar mahu menontonnya malam ini.

INSERT PROMO 'TUNJANG SAADAH'



CUT TO

Thursday, November 12, 2009

KATA KATA~Eunos Asah

Eunos Asah 12 November at 09:56
Alhamdulillah! Akhirnya dapat jua ku tunaikan janji untuk menurunkan sebuah sajak ciptaanku pada September 1984 berjudul 'KATA-KATA'. Harap anda terima ia dan terpulang anda untuk mengintepritasikannya menurut hemat anda ketika menatap dan menghayatinya...

KATA-KATA

"...dalam banyak hal
aku selalu berkata-kata
hanya dengan lirikan mata
atau senyum selamba
dan selamanya
aku memang gagal
untuk melafazkan
kata-kata
kerana itu,
aku selalu kecewa
dengan kata-kata
yang tidak lahir
dari lidah keluku
walau aku tahu
hanya kata-kata sahaja
yang dapat melepaskan aku
dari belenggu ini
tapi,
aku lebih senang diam
dari berkata-kata
yang nantinya
yang akan membuat aku lebih kecewa
hanya kerana
kata-kata."

EUNOSASAH
September 1984

*Terbit di Akhbar Mingguan ARENA - Singapura -1984

Terima kasih Pak Eunos,sangat terharu!...


--------------------------------------------------------------------------------------

Persoalan Puisi?Sajak?Lirik Lagu?

Eunos Asah 12 November at 13:55

Pada hemat saya, Puisi asalnya dari b.inggerisn Poetry, samalah jika dalam bahasa Melayu SAJAK. Ada orang lebih senang dangan gunakan kekata Sajak tidak kurang pula yang lebih sukakan puisi kerana sebutannya kelihatan agak seni, halus mulus dan menusuk ke relung kalbu (jiwa).

Sajak sebutan bahasa Melayunya, tiada beda dengan Puisi tapi kekata SAJAK itu sendiri agak kasar sikit. bagaimanapun kedua-duanya sinonim dan memang digunapakai orang banyak.

Sajak atau puisi tidak tertakluk kepada mana-mana hukum perenggan. Ia boleh jadi Sajak Prosa, Sajak Konkrit, Sajak sebaris, dua baris atau sekajang penuh.

Begitu juga hukum bunyi atau rima (rythm) tidak tertakluk padanya, tidak seperti Pantun dan Syair mahupun Seloka.

Dari bait-bait puisi atau sajak boleh dijadikan lirik lagu. Asal saja pencipta lagu tersebut yang menghasilkan melody (irama)nya berjaya menyesuaikan dengan isi atau mesej (pesan) yang disampaikan pengkarya puisi atau sajak tersebut.

Tetapi, lirik (lyric) lebih tepat guna kekata 'larik lagu'. ia tersendiri, boleh saja berbentuk pantun, puisi, seloka, bahasa berirama dan sebagainya, tergantung kepada pengkarya itu sendiri mencoraknya.

Begitu pula Madah, ia merupakan kekata yang agak berkias ibarat dan bersembunyi dengan mesejnya. Tapi kekuatan madah dari ungkapan kekata yang disulam begitu rupa menjadikannya semacam pesanan dan pedoman untuk kita renungi maksud sebenar kekata tersebut. Semoga anda dapat mengikutinya.

*aku terpanggil bertanya kepada Pak Eunos tentang kekeliruan dan kekusutan ini.Alhamdulillah dan terima kasih Pak Eunos kerana sudi mengongsikan ilmu dengan aku yang sangat cetek ini dan aku lampirkan di sini untuk semua kita saling berkongsi pandangan Pak Eunos ini yang ku kira mungkin ada antara kalian yang tahu..hehe.Tetapi penting bagi aku yang 'kabur' dalam penulisan..:-))

Friday, November 06, 2009

Puisi Lelaki


tidak pernah ada nafiku
padamu lelaki yang pernah hadir menghuni hati
dan melunas tanggungjawab
sekali pun pernah melukakan
tidak luntur santun ini
tidak pudar hormat ini
pada yang bernama lelaki

kerana aku percaya bukan semuanya hitam
walau gelap sekali pun takdirnya
ironi fitrahnya aku dicipta dari tulang rusukmu
justeru dari situ tercipta
dan dari azali itu aku menjelma menjadi manusiawi
dari situ aku kenal cinta
dari situ aku bergaul dengan bahagia dan carik duka
pernah ada sekuntum senyum segaris
dalam duka yang kalian isi

duhai lelaki
aku sangat menghormati
aku sangat menyayangi
dalam segenap hati ini
andainya aku bisa memutar kembali
terapi cinta yang kalian beri
linang linang duka yang bertali temali
akan aku kalungkan air mata mutiara indah ini
kerana dari situ memberikan aku sejuta azimat
dalam langkah langkah ini

dan aku tetap di sini
menghormati sepotong insan yang bernama lelaki


1245am 081109

Thursday, November 05, 2009

Sayap Ke Langit Tujuh

tatkala aku terpaku
bila mana bulan menyimbahi cahaya
kelam kasih ini dalam pautan kalbi
tersiratkah dalam mimpi yang aku pinjam seketika
mampukah aku gapainya dalam meniup awan gemawan putih

pecahan rindu hadir menebak
seluruh menyatu urat nadi
dalam alpa dan sayu yang terpinjam
meneroka segala keindahan yang menusuk
aku simpan,dalam segenap ruang hati

menyinta bukan dicinta
mengasihi bukan dikasih
menyayangi bukan disayang
perlukah semua itu dalam menaut rona rona rindu
atau sekadar fatamorgana hadir
yang ruang letak duduknya hanya seketika

Rabbul Izzati,aku memohon segenap harapan
semoga dapat KAU selitkan doa kudus ini
menebar sayap melata amannya ke langit tujuh
agar bebas lepas hingga terpesona bintang
hingga bulan jatuh ke riba


Shooting AKS di Hulu Langat 1/11-5/11.Aku cipta keghairahan,sekian lamanya ia hadir dalam diri aku ini dan kini aku di medan ini menempuh segala galanya dengan senjata yang hanya bertemankan sebilah keris melayu yang mengalir kersani dalam jiwa aku ini.Perlu banyak belajar,agar aku bebas menyedut ilmu dari insan insan yang ENGKAU pilih Ya Rabbi.Ya Tuhan, moga segala galanya ini berjalan di atas rukunMU dan redhaMU.

all of the crew;Producer,Art Director,Cameraman with Joe Hamid...our cool director!Cayalah Abg Joe!





YASSIN
Umi...ini kita

AKU
Ya,sayang...
Yassin dekat mana?

YASSIN
Kita dekat bandar

AKU
Ini telefon siapa?

YASSIN
Telefon Ustaz,Umi..
Kita pinjam kejap sebab nak telefon Umi..
Umi,kita nak burger...

Alahai anak..!

AKU
Umi kerja ni sayang
Kan jauh tu,nanti Yassin cuti sekolah
Umi belikan burger ok
Sekarang tak boleh,sebab Umi kena kerja

YASSIN
Okay Umi..

Saat Yassin menelefon aku dengan Kak Mas,menjamu selera disebuah restoran di Mid Valley.Makanan yang aku telan terasa berpasir.Yassin jarang telefon aku,kecuali perkara2 penting sahaja.Tentu puteraku itu teringin sangat untuk menikmati burger tersebut.Tapi aku selalu belajar kemahuan,tidak boleh diikuti gelojaknya kadang kadang.Selalu juga ianya menimbulkan entah apa apa sahaja,terkadang hanya mainan hati.Itu yang aku terapkan pada anak anak kesayanganku ini,tentang keinginan yang harus atau suka suka sahaja.Hidup ini biar ada landasnya,biar ada paksinya,biar ada tujuan,banyak yang kita bertiga akan tempuhi lagi.Umi ini masih bertatih dan merangkak melalui kehidupan membesarkan kalian,terkadang air mata menjadi saksi bisu teman setia kerdip bintang.Suka juga silih berganti menemani ruang kosong yang hadir,yang lohong ini.Cinta Umi pada kalian,tiada taranya.Nyawa menjadi galang gantinya.Umi membesarkan kalian dengan jerih perih penat badai kehidupan ini.Demi yang bernama kehidupan.Hidup ini anak anakku,tidak perlu kaya terutamanya dari segi materi tetapi agama yang kita titik dari hari ke hari untuk kita jaga dan semai walau ianya umpama embun yang mudah hilang dan kedap luntur dari dalam hati. Santun dan budi serta bakat kita yang setitik ini yang kita kembangkan hingga menjadi cinta cinta dalam pautan tasbih kepadaNya.Dalam kerikil kerikil tajam kehidupan ini,anak anakku,pasti akan ada pelbagai dugaan mengelilingi perjalanan kita.Namun Umi,mahu kita bertiga tabah menghadapinya.Umi mahu kalian,berdiri di sisi kanan dan kiri Umi agar jika Umi jatuh,Umi sempat berpaut...

Friday, October 30, 2009

-

dan malam itu
hati terusik lagi
hati mengeluh,mengapa mudah
bukankah rasa ini amat
mahal harganya

tiba tiba ada air
di pelupuk mata ini
lantas sayu datang bertandang

wahai rasa...
lepaskanlah...
kerana aku hanya mahu
merenung puing puing kenangan
kerana tak daya dapat merasa
cangkir bahagia cinta manusia...

1100pm 291009

*Thanks to Abg Usop Kopratasa yang menghendaki kehadiran ini,yang menerobos setitik bakat ini,yang memberi segenap kepercayaan dan meyakinkan mereka akan jihad seterusnya.InsyaAllah,aku akan buat yang terbaik dan terusan menimba ilmu ini dalam ruang ilmu yang harus ku kutip dengan cepat dan kedap.Jasamu dalam ingatan ini buat selama lamanya,Abg Usop.Moga Allah merahmatimu dunia & akhirat.

*Abg Siso Kopratasa,terima kasih kerana sudi berkongsi santun bicara dan madah puitis.Semoga rasa rasa yang terpinjam menjadi indah lagi dalam tinta tinta yang kita tulis. Moga Allah merahmatimu juga Abg Siso.

...MALAMKU TERASA AMAT PANJANG,TAK MAMPU MENEWASKAN MATAKU,TERASA -ENGKAU- TERLALU JAUH,MELINTASI LANGIT YANG KE TUJUH...

Sunday, October 25, 2009

AL-FATIHAH Abg Basir (My Beloved Cousin Brother)


*Arwah,kanan sekali...

EXT.JALAN RAYA.AKU.FRANCIS-AFTERNOON

Trekking-Kereta meluncur laju membelah Lebuh Raya Persekutuan.

CU-Pesanan ringkas masuk dalam telefon

'Salam,Abg Basir meninggal...'

Aku pandang mesej itu,diam.Dalam ingatan aku nama itu hanya ada satu sahaja dalam hidup aku,iaitu seorang abang sepupuku.

AKU
Takkan la,walau mati itu benar...(dalam hati)

Aku tidak mahu bertangguh,nombor aku dail.

AKU
Assalamualaikum,siapa ni?

Suara hujung sana menjawab.

SUARA
Abg Hisham ni Aida..

AKU
Betul ke Abg De'r?Bila?Sakit apa?

ABG HISHAM
Betul,baru sangat ni,sakit jantung katanya...

AKU
Ok,Aida hanya nak sahkan aje
Terima kasih Abg De'r.

Aku tutup telefon.Aku pandang Francis.

AKU

OMG,my cousin brother pass away..
We can't predict..

FRANCIS
Oh...

Aku diam,terkesima.Aku mula mendail nombor2 emak dan adik beradikku.Malangnya semua nombor tidak berangkat.Aku geram.Aku taip mesej pada emak.Tidak lama selepas itu mak call aku.

MAK

Kenapa Aida?

AKU
Mak tak baca message ke?

MAK
Tak,kenapa?

AKU
Abg Basir meninggal mak!

MAK

Basir mana?

AKU

Suami Kak Ngah Salwa la,anak buah mak
Anak Mak Tua,siapa lagi...

MAK
Astaghfirullah,innallilah..

AKU

Aida,tunggu budak2 semua ni
Nanti ke sana teruslah..ziarah jenazah

Mak mengia2kan dan masing masing mula membuat perancangan untuk memberi penghormatan terakhir.

Dalam diam aku mengimbas segala kenangan dengan arwah abang sepupuku itu pada Aidilfitri lepas.Rutin kami seluruh keluarga memang menziarahi antara satu sama lain.Kebiasaan kami memang bersalaman dan mencium tangannya setiap kali berjumpa,kerana yang bernama 'abang'.Syawal lalu arwah sempat bergurau dengan aku.

ARWAH
Aida,bila nak kahwin?

AKU
Takde orang nak la Abg Basir
Asyik takde jodoh

Arwah pandang aku sepi dan simpati.

ARWAH

Takpe la Da,jaga je la anak anak

Aku senyum,sebaris ayat buat azimat meneruskan kehidupan.Tidak sangka itu rupanya ucapan yang terakhir.Arwah seorang yang aktif dalam sukan.Pelbagai piala yang ada di rumah Mak Tua ku kebanyakannya adalah milik arwah.Dari sepak takraw,bola,badminton dan sebagainya.Memang pemergiannya meninggalkan kesan dalam benak hati semua,kerana selama ini tampak dia sihat.Aku juga mengimbas arwah dan isterinya melalui hari hari sepinya bertahun tahun dulu tanpa cahaya mata.Namun mereka berdua sangat redha dan tabah.Sehingga Allah mengurniakan empat cahaya mata rapat rapat selepas lebih 10 tahun berkahwin.Syukur pada Allah.Kami seluruh keluarga ketika itu mengucap syukur.Kini arwah telah pergi,meninggalkan Kak Ngah Salwa yang penuh dengan kelembutan itu meneruskan kehidupan bersama empat anak yang masih kecil.Luluh hati kami bila melihat akan wajah sayu Kak Ngah Salwa dan air mata yang tidak putus putus mengalir.Aku faham akan perasaannya,sebagaimana aku memahami takdir perjalanan 'ketiadaan' seorang suami hampir 7 tahun lamanya.Cuma yang berbeza berpisah hidup dan mati sahaja.Aku peluk Kak Ngah Salwa,aku dakap.Semoga aku mampu memberi kakak sepupuku ini akan ketabahan.

KAK NGAH SALWA

Aida,doakan Kak Ngah tabah...

Aku mengganguk,diam.Ada tangisan dalam hati.

Aku ada bila membaca Yassin,sehingga saat memandikan,mengafankan dan bila seluruh keluarga sembahyang jenazah.Hatta jenazah di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari Cheras juga aku ada.Mataku sendiri melihat jenazah dimasukkan ke dalam liang.Oh tuhan,inilah yang dikatakan segalanya dengan berkat ketentuanMu.Segalanya bukan milik kami sebagai hambaMu dan kepadaMu jualah kami kembali.Bila talkin dibaca,aku dan seluruh keluarga melaut sebak.Berakhir segala galanya dan tunggu kebangkitan ketika hari kiamat nanti.

Friday, October 23, 2009

Menyanyilah.. la..la..la.., Bersajaklah.. la.. la..la.. Buailah.. la.. la..la.. Cintaku KAU perhatikan perjalananku,KAU perhatikan kalbu yang berdegup


duhai mata,pujuklah hati
melihat yang indah indah dari kalbu
merangsang jiwa,menolak rasa
agar akar setitik bisa bangun menebak sukma

duhai jiwa,lepaslah lara
lepaskan duka,lepaskan segalanya
moga iltizam makin hari ke hari datang
meniup sangkakala takdir bahagia

yang semalam itu tetap akan berlalu
takdir itu telah lama di situ
sisa sisa embun,agar sudi memercik segar
pada mata basah ini


INT.RUANG TAMU.RUMAH.AKU-AFTERNOON


Berjumpa dengan orang orang yang penting dalam industri sejak akhir akhir ini.Semuanya memberikan positif positif yang buat diri merasa sangat bertuah di muka bumi Allah yang berlegar ini.Aku harus kerja kuat,demi yang bernama sebuah kehidupan dan perjuangan.Dalam misi yang aku mahu galas.Dalam gaung ilmu yang perlu aku terokai banyaknya.Aku harus memulakan balik menjadikan MPH pot lepak utama,dari cafe,dari mamak..haha.Aku akui aku lelah,aku penat,aku down...kerana aku hanya manusia.Manusia biasa yang sentiasa bermain dengan naluri dan perasaan.Ianya mengambil tempat dan cartanya masing masing dalam hati aku ini.Aku berusaha memujuk hati,muhasabah diri agar ianya memberikan impak yang bagus di dalam penulisanku.Mudah mudahan aku semakin hampir ke landasan yang aku mahu tuju itu.Dalam ruang lingkup dan dunia aku sendiri,yang hanya aku tahu.Yang penting ianya memberikan 'sesuatu' untuk kalian di luar sana.

Thanks to a few talented person in this industry coz give me a great opportunity.Walau aku awalnya sangat ketar berjumpa kalian,syukurlah betapa 'down to earth'nya insan insan ini.Saat ini aku mengambil semangat kebangkitan semula akan burung Phoenix yang bangkit semula dengan sejuta keazaman baru.Moga aku bisa menerapkan semangat itu di jiwa aku ini setiap denyut nafas dan denting jam.Duhai hati,pujuklah jiwa ini agar aku terus kuat kuat sahaja menempuh badai kehidupan ini.Aku mahu terus belajar dan menimba ilmu yang tidak habis habis melata di bumi tuhan ini.

Sekitar 2,3 minggu ini undangan perkahwinan kawan kawan tidak habis habis kunjung tiba.Jadi sehingga menginjak ke cuti sekolah hujung minggu aku sibuk dengan undangan.Macam mana nak kurus ni?hehehe...ke alasan aje tu,untuk yang ke 77 kali,hehe.

INSERT Lagu Dabus Rohani-Kopratasa

Lagu:Sani Sudin / Pak Ngah
Lirik : Tradisional / Khalid Salleh

Baju putih, selendang putih,
Mari dibawa pergi sembahyang.

Allah kasih, Muhammad kasih,
Rasulullah terlalu sayang.

Ertikan kehidupan ini,
Ucapkan syukur kepada-Nya,
Rabbul ‘Izzati Tuhan sesungguhnya,
Pasrah dan redha akar insani.

Waktu hidup di dunia,
Janganlah leka terpesona,
Oleh jaring segala kepalsuan.

Dengan wajah keindahan,
Tabir halus yang mengasyikkan,
Terkapar hayat sampai ke akhirnya.


...Setiap nafas adalah ENGKAU
Setiap nama
Setiap dambaan...:-))

Monday, October 19, 2009

Selamat Ulang Tahun 'Muhammad Yassin Adnin'



Selepas arwah ayah,dia merupakan lelaki terpenting di dalam hidupku. Aku mengandungkannya selama 9 bulan,diikuti dengan penat lelah menanggung perih jerih kehidupan rumahtangga yang bergolak saat membawa perut.Tika kandungan itu juga,aku bermusafir mencari tanggungjawab yang dicari dari seorang yang bergelar suami.Kota metropolitan yang nanar aku redah,demi mempertahankan sebuah yang bernama rumahtangga.Ketika itu aku menjadi suri sepenuh masa di sebuah pekan indah di Bandar Kajang.Tanggal mampir kepada tarikh lahirku,aku sudah mulai sakit dan ku teka aku mungkin sudah mahu melahirkan.Aku dimasukkan ke Hospital Daerah Kajang dan bermalam satu harinya.Jam demi jam aku lalui dan aku tidak juga mahu melahirkan.Doktor mengesahkan agar aku menunggu sampai pagi esoknya,jika tidak ada sakit maka aku dibenarkan pulang.Benar,aku tidak mengalami sebarang komplikasi dan diarahkan pulang semula ke rumah.Alahai puteraku,dalam kandungan lagi dia sudah main cat cilut dengan aku. Tanggal hampir 19/10 aku sudah mulai sakit dan mahu melahirkan.Aku disorong masuk ke dalam bilik menunggu untuk bersalin.Saat itu aku berjuang,menghadapi sakit yang datang kerap dan kerap.Tanya pada sesiapa ibu mengandung pun,sakit melahirkan itu sukar ditafsirkan dan umpama nyawa di hujung tanduk.Namun aku berusaha menahan segalanya demi melahirkan puteraku ini.Tidak lama aku mengalami kesakitan itu,aku disorong ke bilik bersalin.Terdapat misi berbaju biru yang ku kira ketua jururawat dan dua jururawat pelatih yang menemaniku.Mudah kelahirannya,sangat mudah.Tiba tiba sahaja dia sudah keluar dan diletakkan di atas perutku dengan darah yang masih berlumuran.Suara misi mencelah,"Esok,bila emak dah tua jangan hantar Rumah Orang Orang Tua,ye".Sepotong ayat dari misi itu sangat jelas dipendengaranku dan betapa sebaknya dadaku melihat satu lagi ciptaan keajaiban Allah.Kini satu lagi pewarisku sudah lahir.Bila bayi sudah dibersihkan dan puteraku disorong ke dalam bilik bayi.Aku selepas itu mahu tidur seketika.Segala urat uratku hampir putus dan aku sudah tidak punya tenaga lagi,aku mahu sedikit rehat.Esoknya aku dibenarkan keluar bila bayi sudah mencerna dengan sempurna.Dan dialah yang bernama 'Muhammad Yassin Adnin'.
Terdapat sedikit pergolakan bila mahu menamakan anakku tika itu.Aku sendiri mahukan Muhammad,bukan Mohd,bukan Muhd,atau singkatan yang lainnya.Aku mahukan ejaan penuh sebegitu untuk mengambil nama Rasulullah SAW.Sekurang kurangnya tanggungjawabku memberikan nama yang baik baik buat anak,sudah aku jalani.Yassin itu,kerana bekas suami tertarik dengan nama nama anak Sifoo M.Nasir yang terdiri dari Ilham,Yasin,Hidayat,Shafie.Jadi nama Yassin diambil dari salah satu anakanda Sifoo itu dan mengambil berkat Surah Yassin itu sendiri.Adnin pula,merupakan syurga tertinggi selepas Firdaus.Dalil dari Al Quran;


وَعَدَ اللّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللّهِ أَكْبَرُ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "syurga adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
Surah At-Taubah, Ayat 72


جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ لَهُمْ فِيهَا مَا يَشَآؤُونَ كَذَلِكَ يَجْزِي اللّهُ الْمُتَّقِينَ
(Untuk mereka) syurga-syurga " adn ", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa,
Surah Al-Nahl, Ayat 31


جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدَ الرَّحْمَنُ عِبَادَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّهُ كَانَ وَعْدُهُ مَأْتِيّاً
(Iaitu) syurga " adn " yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hambaNya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; sesungguhnya Tuhan itu, janjiNya tetap berlaku.
Surah Maryam, Ayat 61


جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤاً وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ
(Balasan mereka ialah) syurga - syurga " adn ", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.
Surah Faatir, Ayat 33


رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدتَّهُم وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
"Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam syurga "adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah Ghaffir, Ayat 8


يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga " adn ". Itulah kemenangan yang besar.
Surah As-Saff, Ayat 12


جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ
Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
Surah Al-Bayyinah, Ayat 8

Kini Yassin sudah menginjak dewasa dengan saiz badannya yang tetap kecil.Dia sudah pandai dan lulus membaca Al Quran,tulisan jawi atau apa sahaja.Yang mengkagumkan,dia hafaz Surah Yassin.Itu sudah membuatkan aku melangit sebak,tambah tambah bila ke kubur dan dengan lancar dia membaca apa yang tertera di batu nesan.Sekurang kurangnya Yassin dan kakaknya tidak sesat bila mahu mencari kuburku kelak.Mudah mudahan Yassin mampu membacakan satu kali pun cukup Surah Yassin yakni sempena namanya bila berkunjung ke pusaraku dan selepas solat.Itu doaku sebagai seorang Uminya.

Yassin seorang yang sensitif dan tidak suka sesiapa pun yang merosakkan akan perasaanku dan kakaknya Atiqah.Padanya dunianya,langit,awan atau apa sahaja semuanya adalah aku Uminya.Segala galanya aku.Yassin sangat manja denganku.Cuma aku marah,pukul tatkala kesabaranku diuji uji.Bila mana aku mahu membentuk Yassin menjadi seorang lelaki dan marhain yang soleh.Agar Yassin kenal erti tanggungjawab pada Allah,diri sendiri,ibu,kakak,masyarakat,agama dan bakal keluarganya yang akan dipimpinnya kelak.Aku mahu Yassin kuat dan tabah mengharung segala badai.Aku mahu Yassin menerajui produksi kecilku untuknya dan kakaknya yang aku tubuhkan.Aku mahu,jika diizinkanNYA Yassin dan kakaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.Semoga aku dipanjangkan usia dapat melihat dan membesarkan anak anak dengan sempurna.Inilah cerita lelaki yang menghuni rahimku,yang ku lahirkan,yang ku didik dengan penuh kasih sayang.Yang ku tatang umpama minyak yang penuh.Inilah lelaki yang akan mengusap jenazahku,membacakan Yassin untukku yang tidak putus putus,yang memandikan jenazahku,yang mengapankanku,yang mengimami solat2ku dan solat jenazah dan yang memasukkan aku ke liang lahad.Inilah lelaki yang tidak putus air sembahyang denganku dan tanpa jijik mampu membasuh kotoranku pabila aku sudah tua dan tidak berdaya lagi.Ini doaku buat anakanda yang bernama 'Muhammad Yassin Adnin'.Buat Yassin,Umi sangat sayangkan Yassin.Selamat Ulang Tahun Yang ke 10 pada 19/10/2009.

-Umi-

*يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.Surah Lukman Ayat 17

Wednesday, October 14, 2009

-


memujuk lara,meminjam nestapa
bercahaya sabitah terang di balik hikmah
sendukah yang datang membujur bila maghfirah ku asa
kala malam memujuk diri berbisik pada Sang Pencipta

duhai malam,terangilah hati
berikan tenang jiwa,
tatkala abrah menitis laju umpama qathrah
mengabdikan diri dalam sujud dan rukukku
adakah solatku KAU terima?
aku tertanya tanya

cinta melata,melaut terkadang lara
cintaMu amat dekat dibisik kalbi
cintaMU dijanjikan tidak mengecewakan
tetapi mengapa cinta dunia yang ku dambakan..?
hakikat dan sifatnya yang tidak pernah kekal

janganku dipandang umpama puing puing
atau buih buih di lautan
gemala ini,tunggu sinarnya
memecah cahaya mayapada
untukMU Rabbul Izzati...

Maka Allah berfirman yang bermaksud:"Wahai hambaKU,Aku adalah kekasihmu yang pertama,engkau cintai Aku pada hari perjanjian.Sekarang setiap pencinta telah meninggalkanmu,sedang Aku menghubungkanmu,maka kembalilah kepada-Ku,nanti Aku muliakan engkau dengan kemuliaan pencinta."

11.40pm/141009

Tuesday, October 13, 2009

...hendaknya dalam perjalanan ini kau bekalkan ku AL-FATIHAH :-)



Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan

INT.PEJABAT.MEJA AKU.MORNING

Kelihatan para pekerja sibuk,terutamanya manager baru yang datang.Sibuk memeriksa segala dokumen yang perlu ada di dalam tray masing masing.Dalam hati aku sangat kelakar.Bagi aku umpama menjilat kembali ludah,macam tu lah.

CU-Aku yang sedang menaip di laptop putihku ini.

FLASHBACK SCENE

Insert SFX:Telefon menjerit lagu Nikki-Cantik!

AKU
(Senyum,sudah tahu dari siapa)

Kedengaran suara di hujung talian.

TIQA
Umi....Assalamualaikum

AKU
Waalaikumsalam..
(aku sudah tahu apa yang Tiqa mahu khabarkan,tanyakan)
Tiqa,pasal yuran Tiqa tu tunggu tau...

TIQA
Umi,duit raya Tiqa tu ada lagi kan...?
Guna aje lah duit tu...

AKU

(sebak)
Ish,takkan la Umi nak guna duit tu
Tu duit Tiqa dengan adik
Takpe nanti Umi bayar yuran tu

TIQA
Umi,guna aje
Takpe kalau untuk yuran...
Umi guna tau...
K la Umi,duit nak habis dah...
Bye...

AKU
Bye...

Bunyi gagang public terkesan letak di hujung sana.Aku diam.Aku pandang awan.

AKU
(dalam hati)
..Anak anakku,untuk kalian walau aku terpaksa bergadai nyawa...

INSERT,lagu Zeljko Joksimovic,Jelena Tomasevic dan lagu lagu Serbia lainnya yang ku dapat dari blog adik Jhaz.Thanks alot Jhaz,meruntun hati sis untuk lagi menghayati keindahan ciptaan Allah ini.Terima kasih kepada sahabat yang bernama Azarudin yang link kan.Terima kasih Allah.

Allah berfirman:"Aku mempunyai perbendaharaan yang besar dari Arsy,lebih luas dari Kursy,lebih baik daripada Syurga,dan lebih indah daripada kerajaan yang amat besar.Hati seorang mukmin buminya Makrifah,langitnya Iman,mataharinya rindu,bulannya cinta,bintangnya buah fikiran,tanahnya kemahuan,dindingnya keyakinan,awannya akal,hujannya rahmat,pohonnya ketaatan,buahnya hikmah,dan Ia mempunyai empat tiang iaitu tawakal,sabar,yakin dan kemuliaan.Dan ia mempunyai empat pintu iaitu ilmu,akhlak yang mulia,redha dan pintu kesabaran.Dan atas semuanya itu ada fikiran,itulah HATI."

FADE TO BLACK

CUT TO

Sunday, October 11, 2009

aku kerdil di sisiMU Tuhan...





*ni pic yang sempat aku snap,kat Shah Alam tadi.Terasa aku sangat kerdil melihat kebesaranMU,ya Tuhan.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan yang dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam di negeri ini. Perasmiannya oleh Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408 hijrah.

Sebagai ketua agama Islam Negeri Selangor, baginda telah mengikuti tradisi yang diamalkan oleh pemimpin besar, Nabi Muhammad s.a.w. dengan membina sebuah masjid yang tidak ada tolok bandingnya di merata dunia.

Masjid ini adalah masjid terbesar kedua di Asia Tenggara setelah Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia.

Ilham Diraja

Ilham untuk mengfadakan sebuah masjid seindah apa yang dilihat hari ini bermula apabila Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor Darul Ehsan selepas Kuala Lumpur diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 1974 mengikut Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974.

Penyerahan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri sebuah negara membangun yang giat mengisi kemerdekaan ialah satu-satunya pengiktirafan kepada Kerajaan Selangor yang diketuai oleh Baginda.

Lokasi


Masjid Negeri yang baru terletak di bahagian utara tebing Tasik Shah Alam. Ia terletak di satu kawasan yang lebih tinggi daripada kawasan bandar, kawasan yang paling sesuai bagi sebuah bangunan penting dan penuh makna seperti masjid negeri. Sultan Salahuddin menitahkan masjid baru dibina untuk memuatkan kira-kira 20,000 jemaah, sejajar dengan ramalan perkembangan penduduk di Shah Alam iaitu kira-kira 250,000 orang menjelang tahun 2000.

Sultan Salahuddin juga bertitah bahawa rekabentuk dan seni binanya adalah tradisional. Bangunan masjid akan menjadi tanda mercu di pusat bandar itu.

Titik Pembinaan


Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 12 tahun. Pada asalnya projek ini dibina atas arahan Sultan Salahuddin melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) pada awal tahun 1975. Tahun 1977, Jurubina Bertiga Arkitek diketuai oleh Dato' Baharuddin Abu Kassim, sebuah firma tempatan diberi kepercayaan dan tugas membuat penyelidikan yang menyeluruh mengenai jenis-jenis dan rekabentuk masjid sebelum keputusan mengenai rekabentuk sekarang dibuat. Beliau telah mengunjungi beberapa negara Islam untuk melihat dengan lebih dekat rekabentuk masjid yang ada di negara-negara berkenaan.

Jurubina Bertiga Internasional Sdn Bhd berjaya menghasilkan satu reka bentuk yang unik, tidak menyentuh mana-mana pihak dan boleh diterima oleh masyarakat Melayu. Struktur masjid ini kombinasi seni rekabina tradisional Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu asli.

Pembinaan masjid RM160 juta di atas tapak seluas 35 ekat ini bermula pada 1 Oktober 1983. Pelbagai firma dan pakar juga terlibat dalam pembinaannya. Mereka termasuklah:

* Tahir Wong & Partners
* Brian Moorhead & Partners, Manchester
* Pakatan Internasional Malaysia
* Bina Goodyear Bhd, Malaysia
* Satrick Corporation (Korea)
* Baco Contract Ltd
* Maju Tenko Sdn Bhd
* O'Connor's (Malaysia) Sdn Bhd
* Cahaya Letrik Kompeni

Sumbangan Sultan Salahuddin


Sultan Salahuddin telah menyumbang idea dan pandangan. Selain itu menyumbang 4 lampu candeliar berharga lebih RM2 juta untuk masjid ini. Lampu ini ditempatkan di pintu masuk utama. Lampu ini direka sendiri oleh Sultan Salahuddin.

Sultan Salahuddin juga menghadiahkan jam antik berumur 600 tahun bernilai RM200,000 yang dibeli di Hong Kong. Sultan juga menyumbang elaun baginda selama 4 bulan kpada masjid negeri ini.

Keistimewaan


Masjid ini mempunyai kubah yang terbesar di dunia. Empat menara tinggi dibina di keliling kubah. Pembinaan masjid menggunakan teknologi terbaru. Kubah luar berdiri 300 kaki dari paras bumi dan garis pusat 170 kaki menjadi kubah agama yang terbesar pernah dibina sehingga kini. Bahagian luar kubah diperbuat daripada kepingan aluminium berlipat dan mempunyai panel yang menarik berwarna biru, tidak akan karat dan tahan beratus tahun.

Bahan aluminium berukuran 35 kaki tinggi disaluti dengan emas. Kubah dalam dan luar terletak di atas alang bulat setinggi 24 kaki dan 14 kaki lebar. Di bahagian luar mempunyai panel enamel yang dihiasi Khat al Quran berwarna biru dan berlatar belakang panel kelabu.

Tulisan khat adalah hasil kerja penulis khat Mesir, Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi. Usaha membuat khat ini dilakukan oleh Emaillierwerk dari Hannover, Jerman Barat.

Sistem bunyi


Sistem bunyi terbaik ini dipasang oleh pakar bunyi terkemuka, Bolt - Beranek dan Newman dari New York. Rank O'Connor's pula menyempurnakan masalah bunyi gema yang selalu dihadapi oleh kebanyakan bangunan yang mempunyai kubah besar.

Dewan Sembahyang

Dewan Sembahyang utama seluas 73,000 kaki persegi ditutupi oleh satu kubah besar yang didokong oleh lapan tiang berbentuk empat persegi. Kubah itu mempunyai garis pusat 170 kaki dan 180 kaki tinggi. Setiap tiang mempunyai tangga dan dilengkapi lif.

Dewan Sembahyang Utama dibentuk dalam dua peringkat. Tingkat atas untuk wanita. Semua lantai disaluti permaidani yang diperbuat daripada benang bulu bercorak geometrik berlatar belakang warna biru. Tiang dan dinding disaluti oleh batu marmar putih Mahsuri dari Langkawi. Keseluruhan ruang sembahyang seluas 162,000 kaki persegi.

Mehrab


Dinding Mehrab disaluti batu marmar diimport menggunakan batu marmar antik Turki. dihiasi dengan ayat-ayat al Quran di dalam bentuk tradisional.

Mimbar


Mimbar masjid dibuat oleh pengukir tempatan mengikut corak masjid-masjid lama di Malaysia. Berukuran 7 kaki tinggi. Pelantarnya 5 kaki persegi , berdiri di atas empat tiang dan berbumbung batu marmar putih Mahsuri setinggi 30 kaki. Dihiasi dengan bintang dan bulan sabit emas di atasnya.

Cermin dinding dihiasi dengan gril yang tinggi diperbuat daripada kayu berukir setinggi 7 kaki.

Pintu masuk

Ada tiga pintu masuk. Pintu masuk utama menghadap pusat bandar Shah Alam. Dihiasi dengan pancutan air setinggi 70 kaki. Pintu masuk Diraja terletak di sebelah kanan.

Paip air untuk berwuduk paling moden telah dipasang. Pengunjung hanya perlu menyuakan tangan dan air akan keluar sendiri dan berhenti juga sendiri. Sebuah janakuasa tunggu sedia diadakan semasa ketiadaan bekalan elektrik.

Dengan siapnya masjid ini, rakyat Selangor tidak lagi terkilan. Impian Sultan Selangor menjadi kenyataan.

Mula digunakan


Masjid Negeri ini mula digunakan pada hari Khamis 3 Disember 1987. Datuk Mufti Haji Ishak bin Baharom telah memulakan bacaan khutbah Jumaat ketika menunaikan sembahyang Jumaat yang pertama. Imam pertama masjid ini ialah Tuan Haji Aluwi bin Parman. Bilal pertama ialah Tuan Haji Syafie bin Khati.

Fakta Tambahan

1. Masjid terbesar kedua di Asia Tenggara

2. Kubah masjid yang terbesar di dunia

3. Menara tertinggi kedua di dunia

4. Berupaya memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa

5. Struktur kubah menggunakan tiub aluminium ditutupi dengan 'Retvous Enamelled Steel Panel'.

6. Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun. Bernilai 18 juta.

7. Baginda Sultan sendiri yang memilih tapak masjid

8. Baginda menghadiahkan 4 lampu chandelier bernilai lebih 2 juta dan sebuah jam antik berusia 600 tahun bernilai RM200 ribu dibeli di Hongkong.

9.Baginda Sultan menyumbang elaun Baginda selama 4 bulan kepada Masjid Negeri.

10. Struktur masjid adalah kombinasi seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli.

----------------------------------------------------------------------------------------
INT.RUANG TAMU.RUMAH AKU.AKU.NIGHT

Aku baru selesai menyelesaikan jemputan demi jemputan teman teman.Tengah hari tadi aku sempat ke wedding Syasya merupakan x officemate ku.Semoga berkekalan hingga ke anak cucu Sya!Francis ambil aku di office dan Nic sudah lama menunggu di Petronas dekat TESCO Shah Alam.Pusing punya pusing,Nic confident menelah Muzium Alam Shah terletak di dalam Kompleks Taman Seni Islam.Dengan yakin kami melangkah ke dalam ruang Kompleks Taman Seni Islam,sah sah nama pengantin lain yang ada dekat situ.Salah sorang pakcik yang mungkin bapa kepada pengantin perempuan senyum dan dengan baik hati menunjukkan kami jalan.Thanks pakcik!Nasib baik ada banner pengantin dan namanya sekali kat situ.Kalau tak,tak tahu apa nak jadi.

Selepas Maghrib aku bertolak dari Sunway bersama adik Nizam dan Razak menuju ke open house Acap di Bandar Salak Tinggi.Punyalah jauh,ke hujung dunia.Aku harus membayar 'hutang' pada Acap ini kerana aku tidak berkesempatan hadir semasa kenduri makan makan dia masuk rumah baru itu hari.Menu yang best,and thanks to all of the old friend yang sekali sekala berjumpa.

Badan dah penat,aku antara mamai dan sedar di lambung ombak kereta.Balik,aku terus mandi,solat dan kini aku di sini...di ruang maya ini.Otak penat,badan penat dan segala galanya juga penat.Aku juga sangat penat dengan kepelbagaian kisah manusia,duniawi di sekeliling ku.Apa daya aku,serasa aku teramat kerdil di bumimu Tuhan.Nak menaip cerita lain,aku tidak ada idea buat masa ini.Walau mahu sahaja menaip.Semangatku hilang dan terbang umpama debu di padang pasir.Tidak pasti apa yang perlu ku terangkan tentang akan perasaanku,tetapi aku sangat kecewa dengan apa yang terjadi saat ini.Dan aku berusaha,melangkah satu demi satu yang ku namakan ijtihad berbekalkan perjuangan untuk dunia dan akhirat. Saat ini terasa aku sangat rindukan segala penawar dari Tuhan,agar buat aku lepas bebas dari segala belenggu yang menghambat jiwa. Mampukah KAU mendengar bisikku kala malam malam suram begini,agar aku sentiasa dalam rahmatMU?

Aku sudah penat,aku mahu sedikit tidur,aku mahu bangun.Aku rindukan PENCIPTA.Aku harap esok hari yang bahagia untuk aku.Aku rindukan anak anak,hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI.Kalaulah aku mampu melihat mereka setiap saat di depan mata...tetapi pengorbanan ini,walau lelah aku terpaksa harunginya.Ya Allah,berikan aku sejuta kekuatan menempuh hari muka...

...Ya Rabbi
Jangan aku hanya mencariMU tika ku duka,tika ku dihambat sengsara
Kerana aku tidak mahu jauh dari rahmatMU
Kerana aku senantiasa mahu di bawah naungan kasih sayangMU
Setiap langkah,setiap nadi yang bernafas ini
Berikan aku petunjuk dalam setiap langkah dan perjalanan
Agar aku tidak terus terpesong dariMU...
Ya ALLAH,Ya ALLAH,Ya ALLAH....



Wednesday, October 07, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang!!!



INT.RUANG TAMU.RUMAH AKU.AKU YANG SENGAL-NIGHT


Kelihatan aku menaip di papan laptop.

CU Laptopku yang cantik putih berseri seri.
CU Wajah bosan tahap gaban.
Kelihatan aku menatap ucapan ucapan birthday dari facebook.

Dalam hati aku berkata,

AKU
Birthday paling tak best
Kenapa?
Aku je yang tau la..kan
Biarlah rahsia!
Jawapan artis aku!,haha

AKU
Tak best tul,down mcm ni
Kalau down town takpe lagi
Ni down down,down!
Arghh

Tadi,abg Mazelan Manan kasi support dlm FB dlm penulisan aku.Thanks Abg Lan!One day hopefully kita le sembang sembang panjang.

Aku tatap laptop lagi.Idea nak menulis?Ntah,aku takde idea.Idea dh di bawa berterbangan di angin lalu.

Insert SFX-Bunyi telefon masuk sms.Tet Tet

Nanie,RS,Francis wish besday aku.
CU sms di telefon.

Aku tatap lagi FB.Copy and paste,
Zulhafidz Yahaya Happy Birthday!

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin
TQ Hafidz!!!

Zulhafidz Yahaya
sama sama. hari ulang tahun keluar dari perut mak. gi cium mak

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin
mak jauh...:-(
hr raya dh cium dh...


Zulhafidz Yahaya
ooo..ok ok.. call jele kalo jauh =)

AKU
Mamat ni betul betul buat aku sentap.Aku ambil telefon,taip sms satu satu.Untuk siapa?Kalau bukan untuk BONDA.

INSERT BONDA-M.NASIR


Aku dengar lagu ni,sayu.Aku taip satu satu sms pd mak,termasuk lirik lagu Bonda ni.Hati aku sudah mula sebak.Terima kasih mak,kerana melahirkan aku...:-((

Mata sudah makin kuyu,mengantuk kah aku?TV,kotak empat segi paparkan Astro Oasis yang aku pasang dari tadi.Dari tadi siaran pasal Haji..tak pasal pasal aku tahu balik pasal Haji.Nak pergi haji?Siapa tak nak pergi haji,dan aku harap aku dapat melaksanakannya sebelum usia 40 tahun.Doakan aku!

7/10/2009

INT.PEJABAT.MEJA AKU.AKU.AFTERNOON

Aku sibuk membalas komen komen di wall Facebook untuk ucapan hari jadiku.Terima kasih kalian semua,aku sayang kalian.Walau ramai yang aku tidak kenal,namun kesudian kalian menaip satu persatu ucapan hari jadi itu sudah cukup bagi aku.Kerana dari hati ianya turun ke jemari dan lantaran itu tindakan merangkumi.Ada ucapan ringkas,ada ucapan yang sangat menusuk ke hatiku yang paling dalam.Terima kasih kalian,terima kasih pada ALLAH kerana mengurniakan aku rakan rakan walau kita kenal di ruang maya sahaja buat masa ini.Salah satu panggilan birthday yang very meaningfull.

AKU
Hello,Assalamualaikum

TIQA
Waalaikumsalam Umi

Kedengaran hiruk pikuk kanak kanak di pendengaranku.Pastinya di ruang legar sekolah.

AKU

Hari ni birthday Umi,Tiqa

TIQA
Kita tau..
Selamat Hari Jadi Umi!
Happy Birthday Umi!

AKU

Terima kasih sayang!
Itu aje...?

TIQA

Kita sayang Umi,dunia akhirat

Aku sudah mula sebak.Ianya sudah mengalir di seluruh urat nadi.

AKU

Lagi?

Aku cuba mencipta ketawa,aku tidak mahu hiba ini didengari oleh puteriku di hujung sana.

TIQA

Tiqa tak tau nak cakap apa lagi
Tapi Tiqa sayang Umi...

AKU
Sayang Umi macam mana?

TIQA
Sayang Umi..
Ermm,sebesar lautan...

hahahhaha...kanak kanak mulus dan tulus.Mereka seringkali membandingkan akan kasih sayang itu di ruang penglihatan mereka,apa yang terlintas di mata.Umpama laut,umpama gunung dan sebagainya.Hakikatnya jauh dari sudut hati segalanya tidak terucap.Buat puteri dan puteraku,selagi ada nafas ini..kita akan terusan berjuang sehingga sampai waktu kita menemuiNYA.Dan saat ini aku sangat menyayangi seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini.

Sempena birthdayku ini,i think this lyrics is very meaningfull for me..as usual from M.Nasir.

INSERT

M Nasir~7 Nafas Lagi

Inikah dia
Yang ku impikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini ku harapkan
Bukan fatamorgana lagi

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah sedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

Sepertimu
Aku juga pernah persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta jua
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah ku angkat cinta

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggapkan mainan
Kau tanya bilangan namamu ku sebut
jawapnya hanya sekali lafaz tak terputus
Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput selamanya

AKU
Again for me!
Selamat Ulang Tahun Sayang!!!

Thanks to both small gathering from my office and a small group of friends.I LOVE YOU ALL!

Sunday, October 04, 2009

Kepada-MU Kekasih




INT.RUANG TAMU.RUMAH AKU.AKU.NIGHT

INSERT clip

M. Nasir~KepadaMu Kekasih
Lirik:Eunosasah

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajah ku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini


*saat ini hanya lagu lagu ini yang dapat berbicara menjadi makanan jiwa dan pengubat lara.bilakah lukaku ini akan sembuh?

AKU
mana pulak datang bau rendang pagi pagi buta ni.(berkata dalam hati)
aduhh aku lapar la...!
mau jugak aku beli ayam esok ni,masak rendang
ayam inject tu dah biasa beli
erm,apa kata kali ni beli ayam pencen pulak
tapi lama sikitlah masak dia kan...
yummy.......

aku terus mendengar lagi dan lagi,lagu 'KepadaMU Kekasih' telah berulang kali berkumandang.

CU Windows Media Player dari MP3 laptop,title 'KepadaMU Kekasih'

Established Shot-Malam yang sunyi,pekat dan gelap.

Friday, October 02, 2009

aku tanpa cinta-MU,bagai layang layang terputus talinya...


INT.RUANG TAMU.RUMAH AKU.AKU.NIGHT

Insert:Irama 'Hijab Kekasih' M.Nasir, masih berkumandang di ruang telinga ini mahu pun di dalam hati.

Aku tatap tv.Antara mahu menonton I'm Not Single atau pun 'Kala Malam Bulan Mengambang'.Ke dua duanya aku sudah tonton berkali kali,sehingga jalan cerita setiap incinya aku sudah tahu. Kalau korang nak pilih yang mana?Kalau korang nak berfikir dan mahu komedi yang sedikit berat pilihlah Kala Malam Bulan Mengambang,begitu juga sebaliknya jika korang mahu menonton romantic comedy,pilihlah I'm Not Single.Mudah bukan?;-)

Abg Roslan dan Abg Meor tadi bertanggungjawab membawaku untuk present kepada funder untuk telemovie SJS.Syukurlah segala galanya berjalan dengan lancar.Berjuta terima kasih kepada Zaini & team kerana sudi mengedit skrip amaturku itu.Berkesempatan bersua muka dengan hero dan heroinnya yakni Sahronizam dan Dayana AW.Semoga last final berjalan dengan lancar malam ini antara kalian dan director Murali Abdullah.Aku pasti doakan.

Adakalanya kita terasa down kan?Aku harap down aku ini tidak lama.Kejung jugak otakku jika down ini lama menghuni.Aku perlu bangkit pantas,sepantas aku membalut luka pedih aku 2,3 minggu lepas.Aku perlu bangun dan terus berdiri,tanpa memikir mikirkan benda benda remeh yang sudah pastinya menggugat akan otakku untuk terus berfikir dan berkreatif.Ayuh,bangun dan bangun! Perbaiki kekurangan,belajar dan terus melatih diri lagi.Dalaman ini harus kuat!

Asalnya kerana rencana ke Cheras malam ini tidak jadi,aku menghubungi Kak Mas untuk menemuinya di Hotel Singgahsana. Tetapi makin ku rasakan langkah kakiku kian longlai dan lemah.Mungkin selemah hatiku,saat ini agaknya.Jadi aku batalkan dan aku di sini lagi melakar rutin seharianku.Esok ada 4 open house.Bagaimana harusku hadiri?Jika ada 'rezeki',sampailah aku..mungkin.

Niat mahu menulis lagi malam ini.Tetapi otakku ini cepu sekali dibalut negative2 thinking.Ermmm...Ada beberapa sinopsis perlu dihabisi.Antara tidak ada idea dan sedih,sedih ini.Bagaimanalah aku mahu memujuk hatiku ini yang sesensitif malah lebih peka lagi dari duri semalu.Mungkin aku meneruskan latihan demi latihan full script untuk menghilangkan skripku yang seperti novel/cerpen itu mengikut kata profesional scriptwriter.Bukan itu sahaja,tatabahasa,pengembangan watak,karakter ntah la..semua dan semuanya masih lemah lagi.Tugas aku sekarang membaca skrip tadikaku dan membandingkannya pula dengan skrip yang telah di edit oleh professional mereka.Tuhan,bantulah aku.Mudahkanlah aku...:-((

Lagu Nikki-Cantik menjerit dari dalam telefon bimbitku!

...heyyyy....rasai kehangatan aku!
cantik sepertiku!

CU-Tertera nama Francis

AKU
Hallo..

Hujung sana diam.Aku lihat bar telefonku menurun ke bar merah.

AKU
Huh takde coverage,depan KLCC macam ni..(merungut!)
Bagus jugak!

Aku berkata kata dalam hati.

AKU
Kalau penting,ah dia akan call balik atau sms.

Senang aku menelah penting atau tidak suatu call.haha

Bunyi sms masuk...

DID U FIND SATRIA NEO CUSTOMER NUM,NIC ASK

AKU
Ohhh....

Aku reply balik.

I WILL TRY TO FIND TOMORROW.

Pendek dan ringkas.Selepas handphone ku menjadi 'TANAH PERKUBURAN' aku sudah tidak teruja lagi menatapnya seperti dulu dulu.Dulu sekejap sekejap 15 minit aku melihatnya.Dulu hp itu selalu menjadi kembar siamku,tetapi sekarang hujung hujung rumah sana aku letakkan ia.Aku melatih diri aku agar tidak 'berharap' apa apa pada telefon itu lagi.Biarkan ia sepi,sesepi hatiku.Dan aku harus terus membiasa biasakan diri.Mungkin selepas ini bertalu talu sms/panggilan untuk buat skrip agaknya...katanyaaa yer..la kn.Mungkin saat itu aku akan menjadi kembar siam dengan telefonku semula kan.

Saat ini aku tertanya,apa salah aku??dan apa salah aku?dan apa salah aku?dan apa salah aku?aku salah?aku salah kot,arghhh senang aku salah la..habis cerita kan.

berapa lamakah perlu ku tunggu
untuk sampai menghidu haruman kasihMU
berapa lamakah perlu ku tunggu
di sisi dekatMU,menghirup cintaMU?
aku yang di sini,
pedih,menghiris membaluti luka luka yang seringkali hadir
menambat memori jiwa,
meruntun hati sehingga sampai ke benak paling sayu

PENCIPTAku,mana diriMU,yang sekejapan ada tidak dalam jiwaku ini?
ingin ku dakap kedap kedap dalam hatiku ini
tak ingin ku biarkan ia berlalu
seakan tidak mampu ku gapai,seakan sukar ku sentuh
dengan azimat apakah aku semakin dekat padaMU?
lalu ku tanya dan ku jawab sendiri
dengan solat,amal dan segala pengabdian kepadaMU
duhai hati,sebak melata menghuni jiwa
bila aku sudah mula mengingati,merindui dan menyintaiMU...


AKU TANPA CINTA-MU~Mirwana feat Jay Jay

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

C/O: Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih



1.32am 3/10