Followers

Wednesday, July 29, 2009

Catatan Kecil Buat Kak Min

Aku tidak mengenalinya secara dekat.Hanya melalui adiknya Mus yang kebetulan satu bumbung denganku ketika di Infology System tahun 1999/2000.Mus ketika itu kadangkala terpacul nama Yasmin Ahmad,kakak kesayangannya. Ketika itu aku mendengar sahaja dengan kusyuk akan keharmonian keluarganya dan juga kadang kala bila Mus menelefon bapanya,ibunya Enom atau kakaknya aku sekadar mendengar perbualan yang pada aku perbualan keluarga yang biasa.Ada kadang kadang perbualan yang mencuit hati.Tetapi aku mula mengenalinya secara terkesan di hati ini bila tatkala menonton iklan iklan hasil buah tangannya yang meruntun hati.Paling ketara menjelang Aidilfitri. Setiap kali itu akan amat kenal dan ternanti nanti,akan hasil kerja Kak Min.Ketika itu aku sudah lama tahu akan kehebatan bernama Yasmin Ahmad di Leo Burnett.Robert dan Kama kenalanku di Leo Burnett ada bercerita akan kehebatan hasil kerja yang bernama Yasmin Ahmad padaku sedikit lama dahulu.
Aku menjadi penonton setia setiap kali iklannya,sehingga aku amat mengenali penceritaan Kak Min walau baru sesaat iklan itu ditayangkan.Paling aku tidak boleh lupa iklan Mak Wan,yang kini menjadi ikon Astro dilema dengan anak anaknya yang ramai itu.Anak anak menghadiahkan seekor lembu kepadanya.Iklan itu sungguh meruntun hatiku dan sungguh sungguh buat aku menangis.Bukan itu sahaja,aku rasakan hampir kesemua iklan iklan Kak Min mendidik kita supaya menghormati orang tua,yang kita sering terlepas pandang.Moral yang Kak Min paparkan dalam iklannya membuatku dalam diam muhasabah diri untuk menjadi anak yang lebih baik kepada ibu bapa.Dalam diam selepas iklan itu aku mula mengkagumi dan menyayangi Yasmin Ahmad dan hasil kerjanya.Aku mahu tahu siapakah insan ini,walau sebelum itu aku pasti aku pernah berpapasan dengannya kerana tika itu aku di Jupiter Securities/JetFM dan Leo Burnett tempat Kak Min bekerja di bangunan yang sama.Timbul SEPET,GUBRA,MUKHSIN yang benar benar buat aku makin menyayangi insan seni bernama Yasmin Ahmad.Sehingga aku dan Kak Mas bikin pecah panggung bila mana sama sama gelak besar menonton Mukhsin di Mid Valley GSC.Kak Min sederhana sepertimana karyanya.Apa yang aku perasan semangat penyatuan kaum sungguh ketara dalam setiap hasil seninya.Kak Min mengupas isu isu kemasyarakatan tanpa berselindung dan telus.Kak Min memaparkan realiti masyarakat lewat karya karyanya.Kak Min juga menyentuh hati kita dengan kehidupan biasa masyarakat tanpa kasta,tanpa darjat,pangkat dan kekayaan.Aku dapat melihat jauh dari dalam karyanya dan aku amat dapat merasakan semua mesejnya itu sampai ke mata hatiku dan benakku.Dan aku pasti semua itu kerana keikhlasannya.Kita boleh menangisi kehilangan Michael Jackson dan aku pasti seisi dunia masih berkabung akan pemergiannya.Namun bagiku kehilangan Kak Min lagi besar dari kehilangan Jacko.Bagiku Kak Min meninggalkan kita tatkala kita masih dahagakan karya karyanya.Tatkala aku masih mahu memahami bahasa filemnya lewat video2 Ajami Hashim dengannya dalam You Tube dan blognya.Aku masih rindukan dirinya yang berperanan sebagai storyteller tersebut.Aku masih rindukan dan terngiang ngiang akan suaranya dalam temuramah2 video,stesen TV dan sebagainya.Aku masih rindukan penampilannya yang sarat dengan kemelayuan itu.Kerana SEPET,kerana Kak Min aku meminati baju kurung cotton kapas yang sangat mencerminkan rendah hatinya insan bernama Yasmin Ahmad.Kain cotton yang tidak sampai RM5 semeter itulah yang menjadi pakaian yang amat dibangga banggakannya.Aku rindukan itu.Alahai Kak Min...:-(
Dan aku masih menangis,setiap kali cerita tentangnya masih berlegar di ruang siber,stesen TV dan sebagainya.Hatiku masih sebak.Dan ini kali ke dua aku alami.Pertama dulu ketika pemergian Allahyarham Loloq.Mungkin kerana aku terlalu dekat dengan karya karya mereka dan mereka menjadi inspirasiku kala melayangkan jari jemari ini di papan keyboard.Buat Kak Min,i will always love you and you are always in our heart forever and ever.Tenanglah di 'sana' Kak Min.Pastinya segala kebaikanmu,keikhlasan dan keluhuranmu di balas ALLAH dengan darjat tertinggi.Moga rohmu diangkat di kalangan insan insan yang beriman dan beramal soleh.Percayalah segala kebaikanmu akan kami kenang selagi nyawa dikandung badan.AL-FATIHAH,AL-FATIHAH,AL-FATIHAH Kak Min.

INT.DALAM BAS.AKU,YASSIN-AFTERNOON

UMI/AKU
Yassin,sayang umi?

YASSIN
Sayang la...

UMI/AKU
Yassin,sayang umi banyak mana?

YASSIN
Kita sayang umi,banyak..sangat..

UMI/AKU
Banyak macam mana?

YASSIN
Banyak macam lautt,besar dan besar
Banyak sangat...

Yassin,menutup mulutnya dengan jari telunjuknya,isyarat diam.

YASSIN
Cop,cop..
Kita rasa macam banyak jalan raya pun boleh jugak..
Sebab jalan raya tu kan banyak dan banyak dan
banyak umi..
Tengok tu ?(menuding jari ke luar tingkap
bas ke atas jalan raya)

Aku sebak.

INT.RUANG TAMU.AKU,TIQA,YASSIN-AFTERNOON

UMI/AKU
Esok,umi tua siapa nak jaga Umi?

TIQA/YASSIN
Kita!Kita!(sambil angkat tangan)

UMI/AKU
Kalau umi tak larat pergi bilik air macam mana?

YASSIN
Kitalah angkat sebab kita anak lelaki

UMI/AKU
Siapa nak basuhkan?

TIQA/YASSIN
Kita!Kita!

Aku sebak.

*This video special dedicated to both of my beloved heart and soul,Nur Atiqah & Muhammad Yassin Adnin.Agar kalian bisa menghormati ibu bapa,memahami erti kesusahan dan kepayahan serta pengorbanan yang sarat.Agar kalian bisa menjaga kami hingga ke hujung nyawa dengan penuh tawaduk dan rasa sabar.Umi,sayang kalian!

Sunday, July 26, 2009

AL-FATIHAH Kak Min/Yasmin Ahmad :-(

Yasmin Ahmad Akan Dikenang Dengan Karya Berkualiti

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Yasmin Ahmad, yang meninggal dunia Sabtu malam, akan dikenang kerana setiap sentuhan karyanya, baik dalam filem mahupun iklan, begitu sinonim dengan garapan yang penuh dengan elemen kasih sayang, cinta, kekeluargaan dan jenaka yang disampaikan cukup bersahaja berlatarbelakangkan masyarakat majmuk di negara ini.

Pengarah filem dan iklan terkenal itu, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara di sini kira-kira 11.25 malam selepas menjalani pembedahan pada Khamis lepas setelah diserang strok dan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Dilahirkan di Bukit Treh, Muar, Johor pada 1 Julai 1958, Yasmin, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom, memenangi pelbagai anugerah di dalam negara dan antarabangsa bagi karya-karya kreatifnya.

Isteri kepada Abdullah Tan Yew Leong itu memulakan kerjaya dalam industri pengiklanan sebagai penulis iklan di Ogilvy & Mather, sebelum menyertai firma Leo Burnett sebagai pengarah kreatif bersama pada tahun 1993 sehinggalah memegang jawatan sebagai pengarah kreatif eksekutif di Leo Burnett kini.

Kehebatan Yasmin dapat dilihat dalam banyak iklan komersial Petronas kerana mampu mencuit dan meruntun hati penonton dengan sentuhan karyanya.

Tidak keterlaluan sekiranya ramai yang akan merindui buah tangan pengarah kreatif itu terutamanya untuk iklan-iklan menjelang sambutan Hari Raya Aidlfitri September ini.

Sering dipuji sebagai pengarah iklan, nama Yasmin bagaimanapun cukup kontroversi di arena pefileman tanah air berdasarkan keterbukaan dan keberaniannya dalam mengupas isu-isu kemasyarakatan.

Malah tidak sah jika filem nukilan Yasmin tidak dikritik kerana sejak filem pertamanya Rabun pada 2003, filem-filem lain arahan Yasmin iaitu Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009), turut menerima nasib sama.

Bagaimanapun, di sebalik kritikan, masih ada yang menilai filem-filem Yasmin dari sudut berbeza sehingga beberapa filem beliau termasuk Sepet diangkat untuk memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakon Layar Asli Terbaik pada Pesta Filem Malaysia 2005.

Filem Sepet juga memenangi anugerah di peringkat antarabangsa iaitu Anugerah Filem Asia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo pada 2005 dan meraih Anugerah Grand Prix di Pesta Filem Wanita Antarabangsa Creteil pada 2005.

Filem Gubra pula memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakonlayar Terbaik di Pesta Filem Malaysia 2006.

Filem Muhsin mencatat kejayaan dengan mengungguli Generasi kplus - Filem Cereka Terbaik dan Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix di Pesta Filem Antarabangsa Berlin selain diangkat sebagai Filem Asean Terbaik di Pesta Filem Antarabangsa Cinemanila 2007.

Filem Muallaf pula memenangi Anugerah Filem Asia - Sebutan Khas di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo 2008.

Selain memenangi anugerah antarabangsa, filem arahan Yasmin banyak menerima pujian dan kritikan daripada masyarakat serta mendapat liputan media tempatan dan luar negara yang meluas.

Filem-filem Yasmin juga mendapat pengiktirafan dari negara luar apabila ditayangkan di Berlin, San Francisco, Singapura dan di Festival Filem Cannes yang memberi peluang kepada Yasmin untuk terus menghasilkan filem yang dikatakan mempunyai identiti tersendiri.

-- BERNAMA


Yasmin Ahmad Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 Sabtu malam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

Friday, July 24, 2009

our beloved 'Yasmin Ahmad'


Aku perlu menulis sedikit tentang Yasmin Ahmad,yang aku panggil sendiri sebagai Kak Min.Seisi dunia yang sayangkannya tambah tambah dalam keadaan tika ini.Aku mengenali Kak Min lewat 9 tahun dahulu daripada adiknya Mus (Muzaffar Shah Ahmad/Acha). Aku dan Mus rapat ketika dahulu kerana bekerja di bawah satu bumbung.Banyak yang kami kongsikan bersama. Susah senang ketika itu.Mus sering terpacul nama kakaknya dipendengaran aku.Ketika itu tiada siapa mengenali Kak Min,kecuali siapa siapa yang berurusan di Leo Burnett agensi pengiklanan tersohor itu .Mus kadang kadang bercerita pasal kakaknya denganku.Dan setelah kami lost contact di Infology System tahun 1999,hampir setahun selepas itu aku terserempak dengan Mus yang mahu ke Leo Burnett di bangunan yang sama aku bekerja.Panjang sembang kami dan Mus mahu menemui Kak Min untuk suatu projek.Dari cerita cerita Mus,dapat aku simpulkan Kak Min adalah kakak yang sangat prihatin terhadap adik adiknya.Luhur dan ikhlasnya insan yang bernama Yasmin Ahmad seluhur karya karyanya juga.Aku tetap menjadikan dia idola dalam perjuangan seni yang aku tatih sekarang.Jauh di sudut hati aku teringin bekerjasama dengannya.Kerana itu bagi aku perjalanan seninya masih dan amat amat diperlukan oleh insan insan yang dahagakan karya karyanya seperti aku.Aku amat berharap kesihatannya pulih seperti sediakala,kerana satu dunia memerlukan sumbangan seni Yasmin Ahmad.Dia ada identiti,walau dikritik dengan hebat kerana karyanya,jati dirinya teguh memperjuangkan adat,budaya dan penyatuan bangsa.Teguh dengan kebaya dan baju kurung cotton yang menjadi trademark nya.Wajahnya polos tanpa mekap.Wajah dan jati dirinya amat kuat.Doa untuk Kak Min,ya tuhan berikan kesihatan yang terbaik buatnya.Aminn...

*Mus,kalau baca ni sila contact aku.No ko tu berjaman dah tak le pakai.Aku dh lost contact kawan2 kita dulu,kecuali Olynd. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan family ko,terutamanya dalam keadaan sekarang.

Adik Yasmin terkilan laporan salah pihak media

Oleh CHEW WAN YING


Yasmin Ahmad dikejarkan ke Hospital Pakar Damansara setelah mengalami sesak nafas semalam.

PETALING JAYA: Pengarah terkenal Yasmin Ahmad masih berada dalam keadaan koma dan kritikal.

Demikian dinyatakan oleh adiknya, Muzaffar Shah Ahmad dalam sebuah sidang akhbar sebentar tadi di Hospital Pakar Damansara.

"Berita baik buat masa ini adalah keadaannya tidak bertambah teruk. Bagaimanapun, menurut doktor, 48 hingga 72 jam selepas pembedahan semalam adalah sangat penting.

"Dia masih dalam keadaan koma dan memerlukan bantuan pernafasan. Moga-moga semua dapat mendoakan agar Yasmin segera sembuh," kata Muzaffar atau lebih senang dipanggil Acha.

Semalam, pada sekitar 4 petang, Yasmin dikejarkan ke hospital setelah beliau mengalami kesesakan nafas sejurus selepas membentangkan kertas kerja di Sri Pentas TV3.

Keadaannya agak serius sehingga terpaksa menjalani pembedahan kecemasan di bahagian otak pada jam 6 petang semalam.

Menurut Acha, 38 tahun, doktor masih menyalurkan bendalir keluar dari otaknya (drainage of fluid) untuk mengurangkan tekanan pada otaknya.

"Doktor memberitahu otaknya bengkak kerana terdapat pendarahan pada satu pembuluh darah dalam otaknya sehingga menyebabkan strok," kata Acha.

Acha pada masa yang sama menafikan gosip terkini bahawa strok tersebut merupakan strok kedua yang dialami Yasmin.

Menurutnya, Yasmin pernah pengsan beberapa tahun lepas ekoran tekanan darah tinggi tetapi ia adalah sangat 'mild' (sederhana).
Yasmin Ahmad.

"Ini bukanlah strok kali kedua seperti yang diwar-warkan sesetengah pihak," kata Acha.

Tambahnya, Yasmin telah memakan ubat untuk menangani tekanan darah tinggi yang dihadapinya.

Kata Acha, "Yasmin tidak pernah mengadu tentang dirinya berasa kurang sihat. Dia cuma berkata dia ada migrain."

Mengenai projek-projek Yasmin yang sedang dan bakal dilaksanakan, Acha berkata: "Dengan keadaan kesihatannya sekarang, saya tidak tahu sama ada projek-projek tersebut dapat diteruskan atau tidak.

"Malah ia bergantung kepada sejauh mana Yasmin memberikan respons terhadap rawatan yang diberikan doktor," jelas Acha.

Sementara itu, Acha memberitahu, ahli-ahli keluarga sungguh terharu dengan kasih sayang mereka yang ditunjukkan oleh mereka yang prihatin terhadap kesihatan Yasmin termasuk media.

"Orang lain selalu kata saya mempunyai seorang kakak yang masyhur tetapi saya tidak berasa demikian. Kini saya benar-benar dapat rasakannya.

"Apa yang berlaku pada Yasmin adalah terlalu mendadak sama seperti Michael Jackson. Kita tidak bersedia menerima berita sebegini," katanya dengan penuh emosi.

Kata Acha, selama ini, semua pihak tahu kerja-kerja Yasmin adalah berkisar kepada kemanusiaan dan realiti.

"Oleh itu, sekarang bukan masanya untuk Yasmin meninggalkan kita semua. Dia masih mempunyai banyak perkara untuk disumbangkan.

"Dalam aspek-aspek tertentu, Malaysia tidak akan sama lagi tanpa Yasmin dan buah tangannya," kata Acha.

Dalam sidang akhbar itu, Acha turut menyentuh tentang maklumat salah yang dilaporkan oleh pihak media.

Katanya, media terbabit terlalu cepat membuat andaian bahawa Yasmin telah meninggal dunia sedangkan denyutan nadinya lemah ketika itu sangat lemah.

Sementara itu, Acha juga berkata, Yasmin amat menyayangi ibu bapanya kerana dia sedang membina sebuah rumah untuk mereka di Langkawi.

Saturday, July 18, 2009

...selama aku masih bisa bernafas,masih sanggup berjalan,ku kan selalu memujamu...


INT.RUANG TAMU .AKU - NIGHT (aku kene ikut Jai la..hahah jadikan format blog aku ni ke Final Draft..ahaks..sambil menulis blog,sambil practise scriptwriting format aku..hihik,credit to Jai)

V.O
Benar kadang kala, apa yang kita impikan suatu masa dahulu tidak termiliki. Itulah yang ku rasakan lewat saat ini dan atas kisah kisah lampau sedikit masa dahulu. Dahulu aku mendambakan itulah yang perfect buatku,he is my prince charming yang aku impikan sekian lama.Selama mana aku membandingkannya dengan yang lain,dia tetap menjadi yang teratas dan dia menang dalam segala sisi dan sudut. Begitu dia memenangi hati aku.Mungkin juga datangnya dalam hidupku sangat tepat saat dan ketikanya. Mungkin...
Kini hanya puing puing kenangan,umpama buih yang hilang di telan ombak lautan luas. Terdampar dan akhirnya hilang dalam arus deras yang bunyinya tenang. Rupa rupa ALLAH datangkan kilat yang memancar tadi,hujan gerimis yang buat tangisanku tika itu yang tidak reda reda.Fikirku orang tidak nampak kerana tangisku dalam gerimis. Setabah itu aku menyembunyikannya pada firasatku,kecuali yang menilai pada mata hati dan bening mata ini.Tiba tiba pelangi muncul buatku, sekian lama aku mendambakannya. Kini pelangi itu di depan mataku kini dan walau panas bahangnya di sisiku,kadang kadang sirnanya menyilaukanku,buat mataku masih pedih,buat ada tangisku dalam indah silaunya..Aku tetap bersyukur,kerana sudah terlalu lama aku mendambakan keindahan ini.Buih buih lautan aku tatap indah,walau ianya fitrah pabila ianya hilang ditelan arus deras.Aku yang di sini masih bersyukur berdiri teguh kerana rupanya ALLAH mengirimkan aku pepasir putih di bawahnya untuk aku tatap.Thank you ALLAH :-)

*busy to convert my full script to Final Draft format..huhu,add more comedy and scene inside SJS.Submit telemovie sinopsis to Singapore production and writing sitcom 26 episode proposal to one of the production.Menulis dan menulis lagi sinopsis yang separuh,suku dan tak complete untuk submit lagi,utk meneruskan kesinambungan karier dan iltizam :-).

Ya Tuhan,ampunkan dosaku kerna dosa ini lebih banyak dari buih di lautan. Aku tahu aku tidak layak ke syurgaMu,namun aku juga tidak sanggup ke nerakaMu.Sesungguhnya ENGKAULAH pengampun dosa dosa besar.

--------------------------------------------------------------------------------------

ASAS MEKAP
(atas permintaan Chek Niza kita…;-P)


1-Rapikan foundation menggunakan span.Ratakan perlahan lahan.Foundation harus sama dengan warna kulit muka. Untuk mengetahui akan ketepatan foundation pada warna kulit,sila sapukan sedikit pada tangan,bukan tapak tangan.

2-Letakkan concealer yang bertujuan menutup cela cela pada wajah.Dan tekap perlahan lahan.Harus diingat concealer harus lebih cerah daripada kulit wajah.

3-Sapu dengan berus besar transculent powder (bedak serbuk) ke seluruh wajah.

4-Jika mahukan sentuhan sedikit tebal atau mahu lebih menutup cela cela wajah,gunakan bedak 2 way cake.Ratakan dengan sebaik baiknya kerana,kadangkala boleh nampak terlalu tebal.

5-Gunakan foundation gelap dan sedikit gelap untuk disapukan pada tulang muka,dari bawah ke atas sisi telinga dan di tepi tulang hidung. Untuk menampakkan bentuk muka.Shading dan shaping ini bertujuan mengecilkan bentuk muka.

6-Lukis kening mengikut bentuk muka anda.Rapikan bulu bulu kening yang berselirat.Gunakan warna coklat dan kelabu.

7-Sapukan warna asas eye shadow di atas kelopak mata.Warna harus terang.Kemudian sapukan di atas kelopak mata dari luar kelopak mata ke dalam warna warna sedikit gelap atau warna kegemaran anda dan akhir sekali sapukan warna gelap di hujung mata.Gunakan tangan untuk hasil terbaik.Teknik eye shadow terpulang kepada individu masing masing,yang penting anda sendiri yang tahu warna apa yang sesuai buat anda. Perlu diingat warna baju,tudung dan eye shadow yang sama sudah ketinggalan zaman. Jadi harus kreatif menggunakan warna warna asalkan tidak terlalu kontra.

8-Sapu eye liner sama ada jenis cecair dan pensil.Cecair selalunya menampilkan hasil yang cantik dan tahan lama. Gunakan warna hitam.Sapu atas kelopak mata. Untuk hasil mata yang lebih besar dan galak anda boleh menyapu sedikit eye liner hitam di hujung mata dan boleh digunakan juga eye liner berwarna silver atau banyak warna yang ada dipasaran. Warna putih dan silver yang disapukan di bawah mata menampakkan mata cantik dan besar.

9-Sapukan highlight berwarna putih di atas hujung kening untuk mendapatkan hasil kening dan mata nampak sedikit jauh dan sapukan juga di tulang hidung.

10-Sapukan mascara dari bawah (tundukkan bulu mata dahulu) dan ke atas. Ada juga yang mengatakan dari atas ke bawah.Tetapi kebanyakan juru solek professional mengatakan dari bawah ke atas.Begitu juga dengan bawah mata,gunakan teknik zig zag untuk menyapu maskara.Digalakkan mengguna maskara kalis air untuk memudahkan mekap anda. Jika ingin menggunakan bulu mata palsu,gunakan gam yang telah ada tersedia jika anda membeli bulu mata palsu dan kemudian lekatkan perlahan lahan.Hanya rapikan dengan maskara sahaja.

11-Lukis bibir dengan pensil bibir dan sapu lipstik kegemaran anda dan oles akhirnya dengan pelembab bibir untuk menampakkan bibir kelihatan segar.

12-Sapukan pemerah pipi dari pipi ke tulang muka rata rata.Jika mahukan pemerah pipi tahan lama gunakan jenis krim.Senyum,ketika mengoles pemerah pipi,agar tulang pipi ketara dan pemerah pipi kena pada tempatnya.

Akhir sekali rapikan dengan bedak serbuk untuk sentuhan terakhir sekali lagi.Tujuannya untuk merapikan solekan agar solekan nampak gebu.

*menggunakan jenama Silkygirl,Maybelline,Stilla,Christian Dior,Kryolan,Dermacos,Revlon,ZA,Loreal

Make Up Artist Idols-Khir Khalid (yang menyolekkan Camelia,Dayang Nurfaizah & Nora Danish antaranya),Nurul Shukor,Zaimaliza Zainal,Suraya Anuar & Anis CS.

Tips Solekan
-Less is more,mekap yang minima nampak cantik kalau kena gayanya.Jangan jadikan penampilan mekap anda umpama wayang cina opera.
-Agar mekap tahan lama,selepas menggunakan conditioner,sapukan ais pada muka.Ini bertujuan menutup pori pori dan make up akan tahan lebih lama.
-Rajin rajin beli majalah dan beleklah solekan solekan model oleh jurusolek terkemuka di dalamnya.Kemudian jadikan diri anda sendiri model try & error anda.

Selamat Mencuba!;-)

Monday, July 13, 2009

Finally....:-)


Tidak tahu apa perasaanku,tetapi lebih kepada teruja+sedih+gembira bila menerima hasil pertamaku ini. Terima kasih kepada Saujana Media Sdn Bhd,Othman Basri dan Encik Anuar yang memberi kepercayaan dan peluang emas. Tanpa kalian mimpi ini tidak bermakna bukan.
Seperti biasa,skrip akan dirombak beberapa kali bila sudah sampai ke tangan pengarah. Aku perlu akur, jika jalan cerita sudah berubah. InsyaALLAH telemovie ini akan diarahkan oleh seorang pengarah terkenal (akan aku maklumkan) dan disiarkan dalam slot Mustika TV2,RTM.Pelakon pelakon akan aku maklumkan kemudian,segalanya masih dalam perbincangan dan dalam proses mengolah kembali skrip. Segala kekurangan akan aku jadikan pemangkin semangat untuk mengejar impianku,mengejar pelangi bergelar penulis skrip Malaysia yang sarat dengan moral suatu hari nanti,insyaALLAH.

...tanpa keberanian,mimpi tidak bermakna!

Monday, July 06, 2009

Harapan Hari Esok

Harapan Hari Esok di TV2 (lakonan Benjy, Zizie Zulkifli, Normah Damanhuri, Dato' Rahim Razali


Di tepi pantai, di atas sebuah bangku batu...

Lelaki: Awak sayang saya tak?
Perempuan: Sayang
Lelaki: Banyak mana awak sayang saya?
Perempuan: Banyak mana awak nak saya sayang awak?
Lelaki: Saya nak awak sayang saya macam pasir yang ada kat pantai, kat lautan
Perempuan: Boleh
Lelaki: Kalau saya miskin papa kedana, awak sayang saya tak?
Perempuan: Sayang
Lelaki: Betul ke sayang?
Perempuan: Betul, saya sayang sangat kat awak
Lelaki: Kalau saya sakit?
Perempuan: Saya jaga awak
Lelaki: Kalau saya mati?
Perempuan: Kenapa suka cakap macam tu?!


Dalam satu babak, entah kenapa, aku menangis bila dialog di atas dilafazkan. Pertama kali aku melihat drama ini di RTM,hati sudah mula tersentuh sayu. Aku masih ingat jalan ceritanya, berkisar tentang Adam (Benjy) dan Safiah (Zizie Zulkifli) yang bercinta. Pada awalnya percintaan itu mendapat tentangan daripada ibu bapa Safiah kerana Adam yang menderita suatu penyakit kanser. Ibu bapa Safiah amat bimbangkan akan masa depan Safiah bila mahu hidup bersama Adam. Tetapi kuasa tuhan siapa dapat menyangkal jika itu sudah jodoh dan ketentuan,jika jodoh sudah ditakdirkan.Adam dan Safiah akhirnya berkahwin. Safiah pasrah dan menerima akan segala ketentuan dan takdir hidupnya dan sudah bersedia akan apa sahaja. Safiah mahu menjaga Adam sehingga ke nafas terakhir,kerana sering Adam lafazkan yang dia akan meninggalkan Safiah. Safiah mengandung dan sampai masanya..melahirkan. Benar Tuhan itu telah menentukan segalanya, Safiah meninggal semasa melahirkan. Aku sudah agak endingnya yang opposite bila melihat dari gerak geri Benjy. Benjy yang sakit,mendambakan Safiah yang akan menjaganya...alih alih Safiah yang pergi meninggalkannya dengan amanah mereka dengan seorang anak.

Ada la kali ke dua RTM menyiarkan kembali drama ini. Aku tetap menangis, walau aku sudah tahu jalan cerita. Aku tidak tahu siapa penulis skripnya dan pengarahnya. Tetapi bagi aku cukup cerita ini membuatkan hati aku tersentuh. Aku harap RTM dapat menyiarkan drama ini semula.

Moralnya,cinta bagi aku bukan setakat mengasihi. Tetapi menerima apa juga ketentuan pada pasangan. Katakan menyintai seorang yang akan mati,yang menderita sakitnya dan dikatakan oleh doktor akan hidup dalam tempoh sekian sekian lama. Cinta sejati membenarkan untuk kita terus berjuang meniup semangatnya untuk terus menghadapi kehidupan. Ajal dan maut semuanya di tangan tuhan,doktor hanya boleh meramal. Tetapi segala galanya dengan kuasa-NYA. Dan kita tidak tahu, alih alih kita yang sihat walafiat ini yang pergi dahulu daripadanya. Apa pun ketentuan-NYA kita terima dengan hati terbuka.

...Romance~Ku Ingin Kamu

demi semua yang aku jalani bersamamu
ku ingin kau jadi milikku
ku ingin kau di sampingku

tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku

ref:
ku ingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang ku sayangi
ku akan setia di sini
menemani…

sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa

di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku

ref2:
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu

selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas

Sunday, July 05, 2009

That's What Friends Are For


And I never thought I'd feel this way
And as far as I'm concerned
I'm glad I got the chance to say
That I do believe I love you

And if I should ever go away
Well, then close your eyes and try to feel
The way we do today
And then if you can remember

Keep smilin', keep shinin'
Knowin' you can always count on me, for sure
That's what friends are for
For good times and bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for

Well, you came and opened me
And now there's so much more I see
And so by the way I thank you

Whoa, and then for the times when we're apart
Well, then close your eyes and know
These words are comin' from my heart
And then if you can remember, oh

On me, for sure
That's what friends are for
Keep smilin', keep shinin'

Announcement


Meet The Fans Session M.Nasir

~11 July,Gloria Jeans Coffee BB Plaza
2pm-6pm
Tiket tiket boleh dibeli di situ

~18 July,Gloria Jeans Sunway Pyramid

Skuad SinarFM akan membuat lintas langsung dan memberi pelbagai hadiah untuk kuiz dan sesiapa yang berminat untuk nyanyi lagu lagu M.Nasir pun akan dapat hadiah.Jumpa M.Nasir di sana!

b/p pengurusan Luncai Emas Sdn Bhd & Kelab Sahabat M.Nasir


-------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Para Sahabat,

Jualan tiket masih di buka dan untuk ahli Kelab Sahabat terdapat diskaun 15%.

Di sini terdapat tiket khas yang dibuka istimewa kepada ahli KSMN, yakni di depan stage (berdiri) berharga RM80.

Harap Maklum: diskaun 15% untuk tiket Konsert 1 Wajah.... tiket dari RM53, RM83, RM153 & RM253.... (tiket RM53 & RM83 hanya boleh didapati di Luncai Emas pd masa ini

Sila berhubung dengan pihak Luncai Emas bercakap dengan Ain 0361561357 / 0361566700... email: lcemas1@gmail.com untuk mendapatkan tiket tersebut.

Sekian Terima Kasih

'Telunjuk Lurus Digalas Ibu Jari, Sahabat Tulus Mengasah Hati Budi'


-------------------------------------------------------------------------------------

Sumbangan RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (www.rumahamallimpahankasih.com)

RALK mengalu-alukan dan menerima sebarang bentuk bantuan untuk anak-anak ini. Contoh barang keperluan yang diperlukan adalah seperti berikut:

* makanan seperti beras, biskut, gula, susu, sardin dan lain-lain
* Alat tulis, pakaian seragam, beg sekolah dan lain-lain
* Sabun, berus gigi, ubat gigi, syampu, sabun pencuci dan lain-lain
* Pakaian (Baru atau Terpakai)
* Wang tunai atau Cek

Makanan : Bahan makanan asas basah dan kering.Beras, minyak, gula, tepung, telur, ikan bilis, milo, susu tepung, susu pekat, teh, kopi, kicap manis, sos, mihun, mee kuning, biskut, sayuran, bebawang, kentang, daging, ayam, ikan, buah-buahan dan sebagainya.

Peralatan Pejabat : ( Baru / Terpakai ) Komputer, mesin faks, meja, kerusi, white board, rak buku, almari pakaian, sofa.

Perlatan Rumah : Mesin basuh, katil 2 tingkat, almari pakaian, rak buku, TV, kipas berdiri , air-cond, karpet, bantal, cadar, langsir dll

Kenderaan : Kereta, van atau bas. ( Untuk pengangkutan ke sekolah, menghantar barang-barang ke rumah anak yatim dan fakir miskin, mengambil barang-barang dari rumah penyumbang, kegunaan di waktu sakit , menghadiri jemputan dan urusan lain-lain yang berkaitan.
(Sekiranya barangan yang disumbangkan melebihi keperluan, RALK akan mengagih-agihkannya kepada pihak yang memerlukan bantuan seperti asrama-asrama kebajikan yang lain, sekolah tahfiz /agama, ke rumah individu yang dikenalpasti perlukan bantuan.)

Sumbangan untuk pembangunan: memasang jubin lantai, papan tanda di simpang jalan, tangki air pagar, pondok rehat, pokok-pokok lanskap, bumbung asbestos atau genting, memasang awning dan lain-lain kerja untuk membaik pulih bangunan tetap RALK di Kg. Seri Aman, Batu 13, Puchong. Kerja-kerja ini sedang diusahakan dari masa ke semasa sebaik sahaja mendapat dana yang mencukupi.

Sumbangan melalui wang tunai atau cek bolehlah di buat atas nama:

* Pembangunan Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 562777200551 (untuk baik pulih / pembangunan asrama baru)
* Rumah Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343531956 (makan / minum utiliti)
* Pusat Pendidikan Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 562777200627 (untuk pendidikan)
* Pengurusan Baitul Hidayah Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343532238 (untuk kebajikan / pendidikan saudara baru)

Hubungi Haji Ahmad Zuraidi ~ 0123646800