Followers

Tuesday, April 19, 2011

Sembang Dato' Mashitah (Isnin,7.30 malam, Astro Oasis)

nota kaki : baca dengan tenang hati dan sila lupakan elemen politik buat seketika :-)






Bila guna Pak Gugel (google ;-P) banyak entry berkenaan 'Sembang Dato' Mashitah'. Jadi tidak lengkap untuk aku tidak bercerita mengenai program ini selaku Penerbit. Dari peringkat pre pro,production dan post pro nya mengenai liku liku pahit dan manis sepanjang mengelolakan rancangan bual santai muslimah ini aku cuba menyelami insan yang bernama Mashitah Ibrahim :-).

Pada awalnya bila boss suruh aku buat satu rancangan bual santai muslimah,aku akur. Ianya ku rasakan can go la..haha. Aku hadapi cabaran ini,tambah tambah pula ianya menggunakan MCP (Multi Camera Production),yakni menggunakan dalam lebih 1 kamera. Dalam 'SDM' (Sembang Dato Mashitah)kami menggunakan 3 kamera untuk hos dan tetamu dalam pelbagai angle. Ketika itu aku dan boss sibuk menyenaraikan dalam 20 topik untuk menjadi tajuk episod demi episod kami. Dan sibuk juga menyenaraikan tetamu tetamu jemputan dari kalangan ahli akademik dan selebriti untuk diundang. Proses proposal,pitching dan segalanya berlangsung. Maka hari yang ditunggu tiba untuk kami sendiri team produksi menemui hos ini siapa lagi kalau bukan Senator Dato Dr Mashitah Ibrahim.

Pertemuan pertama aku dengannya di sebuah restoran eksklusif Cina di dalam hotel Pan Pacific di Jalan Putra. Ketika itu ada aku,dua orang boss ku,chanel manager Oasis dan DDMI (Dato Dr Mashitah Ibrahim) dan suaminya Datuk Abd Shakor. Wanita jelita yang ku kagumi ini sungguh mesra dan memohon maaf atas kelewatannya. Jelas beliau sungguh 'biasa' cuma yang membuatkan beliau 'luar biasa' adalah dari posisinya kini dan sedikit gemerlap pada baju dan penampilannya berbanding seperti yang ku lihat di dalam 'Forum Perdana Ehwal Islam' ketika suatu masa dulu. Aku menyukai wanita yang seorang ini ketika beliau menjadi pendakwah bebas lagi di dalam forum itu. Ketika itu beliau dilihat sangat sederhana dalam penampilannya dengan mekap yang sangat tipis. Aku rindukan beliau ketika itu. Dan kini bila aku melihat beliau sendiri tanpa mekap seakan aku flashback balik ke zaman ketika forum itu dahulu. Tapi itu dulu,kini kerana tuntutan politik mungkin kerana sering berurusan dengan dunia luar mungkin membuatkan beliau harus tampil sebagai ikon muslimah yang anggun :-)

Kemudian kali ke dua aku bertemu dengan DDMI ketika di Putrajaya Seafood. Masih sama membincangkan mengenai program kami. Beliau ada falsafah yang tersendiri dalam pelbagai kemelut yang aku dengar mengenainya. Ketika itu aku masih kabur juga untuk memahami akan di sebaliknya yang difikir,diberati dan mesej yang cuba wanita cantik ini sampaikan sebagai ikon muslimah yang sudah berkecimpung dalam dunia politik.
Ketika itu aku masih mendengar serba sedikit mengenai topik topik hangat wanita ini sebelum ini. Pelbagai kisah pahit dan duka mengenainya yang tersebar terutamanya yang diekploitasi akan hukum seorang wanita halal melacur ketika darurat dan berbagai isu lain yang semuanya negatif belaka. Juga kisah beliau sebagai ahli parlimen Baling. Jujurnya memang aku mendengar pada awalnya akan segala kisah itu dan agak bersikap skeptikal. Tapi selaku Penerbit demi program ini aku bersikap positif bagi menyampaikan pesan walau pun satu ayat!

Kemudian aku dan krew mula membuat preparation shooting hari pertama. Aku sudah gentar bagaimanalah aku mahu mengadap VVIP yang seorang ini. Nama pun VVIP kan,jadi aku fikirkan semuanya harus perfect dari hujung rambut ke hujung kaki. Aku risau manalah tau kot2 DDMI ni fussy ke apa ..matilah aku. First day,segalanya berjalan dengan lancar! Fussy? Tak sangat pun...wanita cantik ini seperti juga manusia biasa. Beliau tidak cerewet dalam mekap dan sebagainya. Shooting demi shooting berlangsung sampailah hingga ke episod baru baru ini aku sudah mula mengenal akan seorang yang bernama DDMI. Betapa aku mengaguminya,jujur! Tanpa skrip,tanpa tidak ada take, aku merasakan program ini nak rekod 'live' pun takpe! Kerana beliau memang hebat! Hasil pengalaman sebagai pendakwah bebas dahulu mungkin!

Bila episod pertama SDM ke udara,terdapat segelintir penonton yang negatif tidak menyokong akan program ini. Kenapa memilih DDMI? DDMI memberikan penjelasan yang hanya menurut dari satu angle dan entah apa apa lagi yang negatif semuanya. Jujurnya aku sedih...aku down dan aku mengambil masa beberapa hari mahu memulihkan semangatku kembali. Jelas kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang kan. Tidak mampu juga untuk pergi ke satu satu orang yang apa sebenarnya nilai positif yang cuba kami semua sampaikan. Tolonglah ketepikan elemen politik pada program ini. Aku hanya mahu memecah kebuntuan muslimah di luar sana. Aku tidak kata apa yang diberikan oleh DDMI harus diterima dengan sebaik mungkin oleh semua dan diterima bulat bulat. Tetapi perlu kalian tahu bahawa apa yang cuba aku hidangkan dari sudut penerbit adalah yang sebaik mungkin positif yang harus kita ambil dari isu isu kecil sehingga ke isu isu besar.

Mengenali DDMI hingga kini...(lupakan mengenai isu isu negatif yang melanda sebelum ini yang aku dengar hanya melalui media dan bukan dari dirinya sendiri)kalau pun kekeliruan sebelum ini diambil dan disalah tafsir oleh mereka mereka dari satu sudut,tetapi pada aku untuk slot aku ini...beliau tidaklah 'sesesat' yang dilabelkan . Skeptikal ku hilang dan pudar,malah aku kagum perjalanan wanita yang seorang ini. Dari pendakwah bebas,ikon agama,menceburi bidang politik sehingga senator. Betapa perjalanan perjalanan beliau banyak yang mengundang pahit jauh di benak hatinya. Dan aku dapat merasakan lewat beberapa hari lepas,menyusur dan menyelami hatinya lewat keindahan pada matanya yang bening itu . Sebagai manusia beliau jauh dari sempurna. Cuma isu sekecil hama yang tersilap tafsir dari sudut sesetengah especially dari medium politik mengakibatkannya ianya menjadi sebesar dan kecoh satu dunia. Mengenalinya bagiku merupakan pengalaman yang indah yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Teringat aku akan kata katanya, " Yan,bila dah involved dalam politik...kerjaya kita akan dibunuh dan isu sekecil kecilnya akan dikorek sedalam dalamnya,bukan senang ini kerja 'Jihad'. Saat itu beliau melontarkan pandangan jauh jauh. Mungkin ini kehendak beliau sendiri berkecimpung dalam dunia politik dan mungkin beliau hanya mengikut perjalanan takdir dengan niat mahu memperbetulkan sesuatu yang pincang. Siapa pun beliau dan apa juga yang negatif mengenai beliau aku buang jauh jauh nun depan tasik Putrajaya (depan ofis DDMI aje). Aku hanya mahu mengambil yang positif2 sahaja kerana aku setuju dengan apa yang beliau persembahkan di dalam episod aku. Aku tidak tahu program lain,tapi untuk program aku beliau telah memberikan yang terbaik dalam simpang siur kelam kabur persoalan muslimah terutamanya. Terima kasih kerana memberi penjelasan di dalam setiap bongkah segelintir kekeliruan! Terima kasih DDMI! Semoga terus berkhidmat untuk negara tanpa melupakan landasan muslimah anggun yang dianugerahkan Tuhan buatmu. InsyaAllah apa yang baik akan saya kongsikan dengan semua kerana kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang dan tidak mampu untuk pergi ke setiap orang. Untuk semua,aku berpesan...jangan tafsir satu ayat,tetapi tafsir keseluruhan perenggan kerana dalam kesimpulannya mungkin ada 1 yang baik dari 10 yang tidak baik. Thanks DDMI kerana memberi saya kekuatan sebagai muslimah dalam 'jihad' saya sendiri. Untuk semua krew yang bertungkus lumus sepanjang penggambaran,aku sangat sayang dan menghargai kalian! Nanti kita yamchaaa :-). Untuk semua tetamu jemputan yang sangat manis bekerjasama,sangat2 aku hargai! Dari pihak DDMI sendiri,termasuk PA dan seluruh ahli keluarga especially Tin (sayang dia). Pihak pihak hotel dan busana yang menaja pakaian terutamanya JUBAHSOUQ! I lebiu poreber..hehe


Episod 1 - Seni & Islam (Tetamu : Nash Lefthanded,Nora & Ustaz Azadan Rabbani)
Lokasi - Palm Garden Hotel Putrajaya


Episod 2 - Amboi Wanginya (Tetamu : Catriona Bahrain Ross & Muniff Hijjaz)
Lokasi - The Saujana Kuala Lumpur


Episod 3 - 9 Akal 1 Nafsu,1 Nafsu 9 Akal (Tetamu : Farihin Abd Fattah & Dr Aizan Ali)
Lokasi - Shang Ri La Putrajaya


Episod 4 - Merubah Kejadian (Tetamu : Pian Cecupak,Sheeda Dangdut & Dr Mohd Noh Idris)
Lokasi - JW Marriot Putrajaya


Episod 5 - Bina Masjid (Tetamu : Linda Onn,Bienda & Tuan Haji Aluwi Parman)
Lokasi - JW Marriot Putrajaya


Episod 6 - Nafkah Zahir Batin (Tetamu : Abby Abadi & Ahmad Nazib Johari)
Lokasi - Cyberview Lodge Putrajaya


Episod 7 - Janinku Sayang (Tetamu : Aishah & Encik Yahya)
Lokasi - Palm Garden Hotel Putrajaya


Episod 8 - Di Sebalik Hijab (Tetamu : Mawar & Ustaz Nazrey Johani)
Lokasi - Shang Ri La Putrajaya


Episod 9 - Makan Daging Mentah (Tetamu : Leina Hangat & Hajah Sabehah)
Lokasi - Carcosa Seri Negara


Episod 10 - Andai Kau Pergi Dulu (Tetamu : Tasha (Achik Spin) & Tuan Haji Abd Aziz Peru)
Lokasi - Cyberview Lodge Putrajaya


Episod 11 - Kenali Darah (Tetamu : Heliza Helmi & Dr Dahlia)
Lokasi - The Saujana Kuala Lumpur


Episod 12 - Halal Yang Dibenci (Tetamu : Siti Fairuz & Encik Mohd Noor Idris)
Lokasi - Carcosa Seri Negara


Episod 13 - Mengetuk Pintu Syurga (Tetamu : Elly Suriati & Haslinah Ya'cob)
Lokasi - Carcosa Seri Negara


(Tetamu : Prof Madya Dr Noriah Ishak & Prof Madya Dr Mariani)
Lokasi : Palm Garden Putrajaya




Episod Khas - PERMATA HATI (Tetamu : Datin Seri Paduka Rosmah Mansor )
Lokasi - Seri Perdana Putrajaya


* hehe,agak2 DDMI baca ke entry aku nih...;-P

9 comments:

Ayu Firzara said...

Hai salam singgah...

Jemput datang ke butik saya...pelbagai pakaian muslimah.

http://firzaracollection.blogspot.com/

Faznita said...

ya, apabila kita dah berurusan sendiri dengan tuan punya nama baru la kita lebih nampak apa yang kita tak nampak selama ni kan, Yan.

Well done for a job well done Yan!

Selamat bekerja lagi Yan!

TheFusionTea said...

Assalamualaikum, kagum dgn hasil kerjamu, berpeluang jumpa dgn org kenamaan, Alhamdulillah.

Alfiearth Studio said...

yAN.. KO DAH TUKAR KERJA? SEKARANG BUAT APA?

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

Ayu Firzara : TQ coz visiting my blog.

Faznita : Kak Faz,sebab itu kita dinasihatkan jangan suka mendengar kata org kan :-).

TheFusionTea : Alhamdulillah,saya hanya menjalankan kerja yang diamanahkan. InsyaAllah.

Alfiearth : Aku produce,buat skrip utk program2 Astro la Fie :-). Kerja kecik2 aje ;-)

Azhari Damanhuri said...

Assalamualaikum
Macamana nak dapatkan rakaman youtube episod sembang Dato Mashitah?

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

Salam Azhari,

Buat masa ini memang tidak di upload ke You Tube program ini. Apa2 akan saya maklumkan ya. Syukran

Anonymous said...

Saya pun berminat nak lihat rancangan ini kalu dapt dilihat di youtube. Kerja saya yg terhad waktu untuk melihat TV dirumah. Sekali sekala saja dpt lihat. Kalu ada nti jgn lupa info ye. Syukran....

MunifHijjazMD said...

Baru terbaca posting ini. Terimakasih kerana menjemput Munif Hijjaz dalam program ini dahulu. Saya ada datang semasa rakaman tersebut di Subang.

Abdul Malek Manap
MD Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
www.munifhijjaz.com