Followers

Tuesday, July 10, 2012

L E L A H



Lama saya tidak menukil  sebarang kata di sini. Kesibukan-kesibukan dunia membuatkan saya sering tidak ada masa melakar kata. Saya akui banyak yang ditulis hanya menjadi separuh atau paling pun suku sahaja dan akhirnya terbiar sebagai 'draft' di fail post setting saya.

Terlalu banyak cerita, terlalu banyak kelelahan, terlalu banyak momen-momen jerih payah dan kesibukan yang bertali temali.

[ KONSERT MENGENANG SUDIRMAN] - Saya diamanahkan untuk menulis skrip Konsert Mengenang Sudirman di Astro Prima secara langsung. Ini adalah pengiktirafan buat saya, pada seniman dan penghibur hebat ini. Terima kasih kepada sahabat saya seorang Penerbit Eksekutif di ASTRO. Pengalaman manis juga buat saya bila dapat berbicara dengan Atai dan menulis skrip buatnya di atas pentas. Pengalaman manis juga bila menukil skrip pentas buat Haji Aznil Haji Nawawi yang tanpa banyak soal menerima idea saya yang serba kecil. Bekerjasama dengan Dato' AC Mizal secara rapat, banyak membuat saya senang hati kerana tidak banyak yang menjengkelkan bekerjasama dengan bekas vokalis Fiona ini. Untuk kalian yang masih belum sempat menonton, boleh saksikan di link ini.
http://youtu.be/L9LKke6hie4

[BAKAL MENULIS BUKU] - Saya belum 'approach' mana-mana publisher lagi. Cuma sudah ada 1,2 dalam senarai saya. Saya sudah melakar draft mahu menulis buku non-fiksi dan 2 buah novel islami. Novel islami itu masing-masing sudah bab yang ke 2. Doakan saya mampu menulis hingga ke muka surat yang terakhir. 


[LESEN KPKK TUSB] - Saya terkejar-kejar mendaftarkan produksi untuk memperoleh lesen KPKK.  Saya terpaksa turun naik KPKK selama beberapa kali kerana mereka baru pula upgrade borang online pendaftaran pembekal rancangan. Untuk pitching RTM yang semakin hampir, saya harus pula bergegas mendaftarkan. Kerana tanpa pendaftaran ini TUSB tidak boleh masuk pitching RTM. Sekarang semuanya harus online. Apa pun saya berterima kasih kepada Encik Razali dan Cik Nina di bahagian kewangan yang melayan saya dengan baik sekali di Aras 27 KPKK Putrajaya. Aras 27 itu umpama saya yang punya ;).

Dan pitching RTM hari ini TUSB telah berjaya mendapat sebuah telemovie! Itulah bayi pertama kami! Tanpa kabel, tanpa sogokan, tanpa jumpa KSU, tanpa kenal Pak Menteri. Kami hanya membawa bakat, karya dan persaingan sihat bagi memenuhi keperluan stesen TV. Saya harus bertepuk tangan pada diri sendiri dan ALP TUSB. Syukur!

[TURUN NAIK TV STESEN] - Meeting, pitching, discussion dll serba serbi membuatkan saya kerap memanjat bukit Angkasapuri dan TV Al Hijrah. Tapi saya tidak juga kurus-kurus ;P. Cuma saya masih tidak ada masa untuk ke Astro. Buat masa ini saya harus tumpukan satu-satu pada stesen-stesen TV ini dahulu.

[KELANSUNGAN] - Dan saya masih tetap turun shooting. Berkelana ke Ulu Yam, Kuala Kubu Bharu, Kuala Pilah, Seremban, Banting, Port Dickson, Batu Pahat, Sekinchan, Melaka, Merlimau/Umbai, Jasin dan akan ke JB & Mersing. Ini untuk sebuah program travelog berbahasa Mandarin yang akan ke udara November nanti di RTM 2.

Saya lelah, lelah dengan kesemua sisi kehidupan saya. Saya tidak ada masa langsung untuk diri sendiri. Telefon saya sentiasa menjerit daripada pihak penerbit/orang-orang tertentu yang menginginkan proposal/skrip/treatment saya dalam kadar segera. Umpama tidak ada orang lain dalam dunia ini yang boleh buat itu semua melainkan saya. Saya 'capek' tetapi saya seperti biasa tidak sampai hati menghampakan anda semua. Cuma harus ada batasnya. Rejab sudah berlalu, saya hanya sempat puasa 3 hari. Syaaban saya hanya mampu melakukan ibadat minima. Ramadhan, saya berharap.......agar saya tenang-tenang sahaja menghadapi ibadat. Cukup-cukup menimba harta dunia, Ramadhan saya mahu berehat kerana hidup tidak menongkat dunia :).