Followers

Monday, November 06, 2006



bertamu di lembah congkak hulu langat..dalam renyai2 hujan selepas maghrib kami sampai..seronok menikmati kepekatan malam menghuni lembah ini...arghh tak sabar rasanya angin segar menyapa wajah...ini kali ke dua aku bertamu ke lembah segar ini...tahun sebelumnya dlm 7thn lepas...tentunya banyak perubahan yang berlaku,sesuai dengan pengunjung yang datang bertali arus.sampainya kami tidak dapat membawa kereta masuk ke dalam kerana tertakluk dengan syarat chalet dn minta kawan2 yg telah sampai dulu siang td menjemput ke luar ini..
seronok melihat pokok2 hutan yg tinggi menghuni.bila lagi mau dapat peluang sebegini...inilah peluang sebaik2nya merehatkan otak dn fikiran..malam itu kawan2 sudah setkan menu apa mahu dimasak utk makan mlm.maka aku dn phia masaklah ayam masak kicap,tumis sardin dan tumis kobis..masing2 kenyang pula setelah sesuap dua suapan,mungkin krn terlalu lama menunggu 'cheff' sampai.maka sbb itu perut yg lapar hilang laparnya setelah masuk angin...hehhe...maafla krn traffic jem la kami lambat..tau la cheras mcm mana...
acara unggun api sambil bersembang...hilang ajer mlm itu...kononnya mahu bersembang sampai pagi di unggun api bertukar ke acara mencari bantal dan selimut..lena diulit mimpi..tapi tidak bagi aku dn wan..sibuk kami berjamming sesama sendiri dgn petikan gitarnya...okaylah walau tahu basic drp aku yg tak tau langsung..hehhe...aku pula sibuk menyanyi..best la..
mlm tu jugak tercipta satu lirik spontan hasil dr aku...dn wan sibuk merangka lagunya..buat jangan tak buat...nanti bleh hantar kat luncai emas...aku kata...:-)
sudahnya wan juga lena menjelang 4pg dn aku keseorangan melayan diri hingga ke pagi...entah kenapa mata tidak mahu lelap...alih2nya aku terpaksa melelapkan mata dlm 1jam..utk stamina esoknya.risau pula tak mahu tidur..
esoknya dimulai dengan acara mandi2...dan berjam juga lamanya menyapa air sungai yg dingin dn natural itu...siap buat istana pasir lagi..buat empangan utk mendalam air dgn kawan2 semua..seronoknya...
selepas itu ber bbq..banyaknya makanan...gemuk lagi la aku...hehhehe...
selepas itu bumi hulu langat kami tinggalkan dlm hujan lebat...

tunggu,aku pasti akan datang lagi.....:-)

Bunga Rimba-Spider

Ku kehilanganmu kasih
Ku terbayang kenangan nan silam
Kau penuh kepalsuan diri
Dikau hanya pandai permainkan cinta...

Tiada gunanya lagi
Bila kau pentingkan diri
Pedihnya hatiku ini
Tinggalkan sendiri sepi...

Kau sangka permata cinta
Ku anggap kau dah sempurna
Rupanya ku salah duga.........

Kau jangan sampai terlupa
Kau hanyalah BUNGA RIMBA
akhirnya layu jua
Kau tak kecewa...

Saturday, November 04, 2006

Spider - Relaku Pujuk

Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipunya dan dipenjara
Belaian cintaku ini
Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa menyambar walau ku ditolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki...................

(Korus)
Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu
Yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk.............

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya
Usahlah kau bersedih
Dihadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu
Apakah kali ini
Bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku............

(Ulang korus 2x)
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk..............


satu permulaan yang panjang...kenapa aku suka pada lagu ini dn kenapa aku memulakan blog ini juga dengan title 'Relaku Pujuk' ini...?jawapannya kerana aku amat suka kepada lagu ini.Seingatku aku mula jatuh cinta padanya pada pertama kali ia berkumandang sayup2 dr radio usangku tika itu..lalu jatuh cinta..sudah aku maklum yang mmg Spider la yang menyanyikannya..Arghh suara TAM..siapalah yg tak kenal..Sementelah aku ini,suka dan asyik benar dengan menyukai lirik..jd liriknya juga sudah aku hafali dan jatuh cinta.Sekilas aku sudah tahu,lirik itu dtg dr brader Loloq yg amat aku kagumi bakatnya..Info am juga kerana aku ini peminat kipas susah mati SPIDER maka sudah ku tahu kebanyakan liriknya yang puitis itu dtgnya dr brader LOLOQ.
Lagu ini,untuk diri aku sendiri.Kadang2 kehidupan ini selalu dan acapkali benar membuatkan kita terluka.. kemudian bernanah lukanya dlm hati,kadangkala terlihat pd kerut wajah,terlihat pd perbuatan dan tingkahlaku...Apalah yang ada kalau bukan memujuk diri sendiri...hahah..Relaku Pujuk...paling aku suka,'biar jasadku yang menanggung,permainan dr mu..Relaku Pujuk...dn 'usahlah kau bersedih,dihadapanmu aku hadir,memadam resah dan curiga dr hatimu...'...seakan ungkapanku pd insan2 terutamanya yg telah banyak menangis utkku dan suka duka bersama..juga untuk sahabat2 sekalian.Ketahuilah,selagi ada hayatku,aku ada...setiap nafasku...setiap langkahku...hubungilah aku,aku sentiasa ada di sisi kalian...

Pujuk dan memujuk,alah...acapkali kita sendiri yang perlu memujuk diri...kenapa perlu mengharapkan insan lain utk memujuk,kalau yg perlu dipujuk itu benda2 yg remeh sahaja...Itu prinsip aku...Ha pujuklah diri sendiri..Hidup ini jangan terlalu mengharapkan insan lain,nanti org jd jelak,muak...kan?

Sampai di sini dulu...ketemu lagi di lain lembaran...

12.01pm-4/11/2006