Followers

Monday, December 16, 2013

Pergi....AL FATIHAH

Mendengar perkhabaran dari insan rapat dalam hidup saya akan keadaan beliau ketika itu yang diserang stroke atau angin ahmar buat pertama kalinya, membuatkan saya tergamam. Saya tidak pernah berjumpa dengannya, hanya sekadar mendengar cerita-cerita dari insan yang rapat dengan saya itu perihalnya. Yang saya kira seorang yang tabah dan melalui hari-harinya dengan penuh redha.

Semenjak itu beliau menjadi penghuni hospital yang saya juga tidak tahu sama ada hospital swasta atau kerajaan. Mungkin hospital swasta kerana keberadaan keluarga dan suami. Dan anak-anak serta mungkin suami menjadi penghuni setia wad ICU dan biasa di situ. Saya difahamkan beliau keluar masuk. Keadaan stabil dan tidak stabil. Saya meniup doa jauh-jauh untuk beliau, walau beliau tidak pernah mengenali saya.

Saya godek-godek buku tahlil dan yassin milik saya di rumah. Ada di situ tertera doa stroke yang saya terlepas pandang sebelum ini. Saya membacanya setiap minggu bila ada kelapangan. Saya doakan beliau. Walau, insan rapat dengan saya itu dan ada pertalian darah eratnya dengan beliau menyatakan agar saya tidak payah membacanya, kerana dia sendiri tidak membacanya walau itu darah dagingnya. Saya diam dan kecewa. Namun saya terus membaca.

Hari ini saya menerima perkhabaran beliau sudah tiada. Saya terdiam, seolah seluruh objek keliling saya seakan terhenti. Iya, saya bukan mengenalinya. Beliau juga tidak mengenali saya. Tetapi saya menitip doa kepadanya selama ini, walau beliau tidak tahu. Saya juga sering menitipkan doa 'penyembuh' buat darah dagingnya yang rapat dengan saya. Iya memang antara kami tidak saling mengenali, tetapi saya tetap sebak menerima pemergian beliau. Tetap saya bacakan tahlilnya di kejauhan ini.

Al Fatihah. Semoga kita ketemu dalam doa-doa hujung sejadah, doa-doa di sepertiga malam. Dan semoga dijumpakan dalam mimpi. Itu pinta saya. Saya akan berusaha 'menjaga' selagi ada nyawa dan hayat saya.
Semoga amalanmu, sedekah dan amal jariah serta doa anak-anak yang soleh dan solehah memandu ke Jannah. Semoga suatu masa kita akan bertemu di pintu syurga mengenang dan bercerita akan insan yang sama.




Wednesday, September 25, 2013

Surat Untuk Tuhan



Tuhan,
Bisakan untuk aku merintih?
Menyapa namaMu dalam dosaku yang melaut?
Bolehkan Tuhan,
Untuk aku merapatkan kedua tangan
Untuk berdoa?





Layakkah aku Tuhan, mendapat bahagia?
Setelah separuh hidupku banyak lara?
Tuhan,
Layakkah aku mendamba
Cinta-cinta dunia?

Tuhan,
Seringkali aku memikirkan
Kepedulian tentang hiruk pikuk dunia
Aku hanya mahu pejam seketika
Sambil menunggu seraut wajah salju
Menyiram dingin kasturi
Yang layakkah untukku yang 'tiada'?

Bolehkan Tuhan,
Aku bahagia....?
Walau selayaknya aku, duduk diam di sini
Menghitung kerdip kejora

Tuhan,
Bolehkah aku?
Tersenyum untuk waktu yang lebih lama
Agar tidak ada lagi air mata?



*If you feel that you're very down.
Just close your eyes and say
This is my journey
HE puts me here
Its his plan
So i have to carry on
And trust HIM

Sunday, September 08, 2013

SALAM MUSLIM - Episod TALAK, TERLERAI JUA (TALAK & CERAI)

Promo : Saksikan SALAM MUSLIM, episod ke 18 TALAK TERLERAI JUA pada 9/9 Isnin ini di Astro Oasis 106 dan tayangan serentak di Astro Maya HD 135. Ulangan Isnin 10:30 mlm, Sabtu 3 petang & Ahad 6 petang.

Hos : Siti Nordiana Alias (pengalaman bercerai secara sms/phone dengan pelakon Allahyarham     Faizal Yusof)

Case Study : 
Datuk Hattan (kes cerai dan rujuk dengan Ariani), 
Puan Nora (bercerai April 2013/kes hadir orang ke 3) 
Razi Hafidz (melalui 2 kali perceraian/kes gaji isteri lebih tinggi dari suami/kewangan)

Rujukan : 
Ustazah Sabariah Salleh (Ketua Penolong Pengarah, Bhg Keluarga JAKIM)
Encik Moeis Basir (peguam syarie selama 20 tahun/Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia)


Pada mulanya saya tidak diarahkan untuk tugasan menerbikan episod ini. Episod saya pada mulanya adalah mengenai 'Perubatan Islam'. Namun saat akhir boss merasakan saya lebih berpengalaman mengendalikan topik ini berbanding rakan sekerja penerbit yang lain.

Topik cerai dan talak memang sudah ada dalam fikiran saya semenjak dari awal penerbitan SALAM MUSLIM. Saya merasakan episod ini harus diketengahkan kerana statistik perceraian yang meningkat dari tahun ke tahun. Terbaru tahun 2012 dalam 15 perkahwinan sejam, 3 daripada berakhir dengan perceraian. Angka ini bukan untuk menakutkan siapa, sebaliknya dan sebenarnya tidak perlu takut untuk berkahwin kerana urusan selebihnya goyah atau teguh rumahtangga itu adalah berdasarkan sejauh mana kita harus berbalik pada agama yang satu :). So korang di luar sana, tak payahlah takut nak kahwin sebab media yang mewar-warkan statistik yang menakutkan. Hakikatnya perkahwinan itu indah, mudah. Cuma kita sahaja yang memberatkan dan menjadikan ianya payah.

Saya sudah terbayang siapa yang perlu saya dapatkan untuk temubual, case study dan siapa juga hos di dalam episod ini. Alhamdulillah semuanya memberikan kerjasama yang begitu baik sekali. Istimewanya dalam episod ini saya berpeluang menemuramah Hattan sendiri mengenai kisah perceraian dan rujuknya bersama Ariani. Kebetulan Hattan baru melangsungkan walimah rujuk dengan Ariani pada Ramadhan lalu. Saya merasakan ini peluang yang terbaik untuk berkongsi sisi baru dalam hidup Hattan.

Hattan sudah berubah. Saya terkejut saat menemuramahnya. Saya tertanya-tanya pada diri sendiri, adakah ini Hattan yang saya temuramah? Sang pelantun suara Memburu Rindu ini sudah berhijrah ke arah yang lebih baik dan meletakkan islam sebagai perkara utama dalam hidupnya. Saya seronok saat menemuramahnya. Allah telah memilihnya untuk 'sedar' dalam usia ini. Setidak-tidaknya masa masih belum terlewat untuk berubah. Dengan tidak segan silu dia bercerita dengan kudus akan kesilapannya dahulu, salah percaturannya dahulu, dosa-dosanya dahulu, keruntuhan rumahtangganya dahulu. Malah Hattan pada saya membuang egonya jauh-jauh, meletakkan kesederhanaan dalam hidupnya, meletakkan materi entah yang nombor berapa.  Baginya kini solat dan keluarga adalah paling utama. Malah banyak tips rumahtangga yang Hattan kongsi bersama kami sesama krew.

Tipsnya rumahtangga HATTAN
1)BUANG EGO JAUH-JAUH
2)JADIKAN AGAMA/SOLAT sebagai TIANG,
3)SUAMI HARUS SEDAR DIA ADALAH PENGHULU ISLAM DAN PERLU TUNJUK CONTOH YANG BAIK PADA ISTERI DAN ANAK
4) NO NEED TO SHOUT dengan isteri, cakap baik-baik kerana perempuan suka lelaki bercakap baik-baik dengannya.
5)HIDUP JANGAN STRESS (jika takdir rezeki kita pada bulan itu RM5 ribu tak perlu nak kejar sampai RM10 ribu kerana bila stress suami akan bertindak di luar dugaan).
6) HARUS ADA KUALITI time seminggu, makan sama-sama dan solat sama-sama dengan isteri dan anak-anak

Saya percaya kebanyakan keruntuhan rumahtangga kini kebanyakannya berpunca dari rapuhnya AGAMA dan rapuhnya struktur KEWANGAN institusi rumahtangga itu. Kerana apa si suami jadi kaki pukul, kaki judi,  kaki ganja, kaki perempuan dan sebagainya? Jika diselidiki balik ianya memang banyak berpunca daripada 2 perkara itu. Begitu juga dengan si isteri; kecurangan, sikap melawan suami, membentak-bentak suami, mencabar talak cubalah difikirkan baik-baik berpuncanya dari yang 2 itu juga. Tidak boleh lari. Saya tidak menidakkan 2 perkara ini yang berlaku dalam lewat keruntuhan rumahtangga saya 10 tahun lalu. 

Justeru betapa pentingnyalah peranan suami dalam membentuk isteri dan anak-anak.  Bukan mudah meluruskan tulang, dilentur jangan sampai bengkok dan meluruskannya jangan juga sampai patah. Menegurnya harus berlembut. Begitulah perumpamaan wanita yang berasal dari tulang rusuk kaum Adam. Namun isteri juga harus berusaha mengejar pintu syurga dengan status bergelar isteri dengan menjaga yang 4 itu; SOLAT 5 WAKTU, BERPUASA DI BULAN RAMADHAN, TAAT KEPADA SUAMINYA dan MENJAGA KEHORMATANNYA. Mudahnya wanita bergelar isteri masuk syurga, siap boleh pilih pintu syurga mana yang dia nak lagi...;)

Sebenarnya perceraian memang banyak mematangkan saya untuk menjadi hambaNya yang lebih baik dari dahulu. Saya mencuba istiqamah membuang perkara-perkara darah muda dahulu dari dalam diri. Kerana hidup kini ini jika dibilang bersisanya hanya tinggal berapa puluh tahun lagi? Jika panjang umur. Bukan mudah mengejar syurga kerana banyak kerikil-kerikil yang DIA uji sepanjang perjalanan ini. Namun kita mencuba, mencuba menjadi yang lebih baik dari semalam. Saya bukan sesuci Maryam, seteguh Asiah, setulus Khadijah, setabah Fatimah...kerana saya hanya seorang wanita akhir zaman yang mencuba mencuci dosa silam dan berusaha menjadi solehah :)



Tuesday, September 03, 2013

Puisi buat 2 'Malaikat Kecil'ku





Dulu, Umi kuat
Umi bisa kononnya meredah lautan gelora
Demi kalian berdua
Umi selalu angkat Tiqa dan Yassin
Bila Tiqa dan Yassin tidur di ruang tamu

Masa itu badan kalian kecil
Umi rasa beratnya umpama kapas
Umi letakkan di pembaringan
Umi teruskan kerja Umi
Sendiri...ya sendiri...

Masa semakin melangkau
Kalian makin membesar
Kalian sudah mummayiz
Kalian masih tidur di depan peti TV
Tidak mahu langsung tidur di atas permaidani nipis yang Umi bentangkan
Umi kejut-kejutkan
Kalian menyahut dalam tidak sedar
Umi cuba angkat
Tapi Umi sudah tidak larat
Umi sudah hilang kudrat, kalian sudah tambah berat
Tiba-tiba Umi sedar masa itu Umi 25 tahun, sekarang Umi sudah 36
Betapa cepat masa berlalu...

Melihat mata kalian
Seakan semalam Umi baru melahirkan
Berjuang mengadap Rabbul Izzati antara hidup dan mati
Pun hari ini memandang kalian
Umpama Umi baru merasakan detik itu
Jerih perih mengeluarkan kalian dari rahim Umi...

Andaikan Umi tiada
Pada siapalah kalian mengadu lara
Pada siapalah kalian menumpang cinta?
Umi tidak dapat bayangkan itu
Kerana itu, pada Tuhan Umi selalu meminta
Agar Umi diambil bila kalian masing-masing sudah punya belahan jiwa
Yang mampu menjaga kalian, kalau pun bukan seperti Umi
Tetapi mampu menuntun kalian ke syurga-Nya

Hari ini Umi merasa sudah semakin lelah
Dalam usaha yang Umi titi sehari-hari
Pun Umi percaya, segalanya Umi lalui dengan nawaitu yang Satu
Demi cinta kepada-Nya melalui cinta Umi pada kalian
Tidak tahu Umi sampai tahap mana
Umi memang lelah
Umi memang penat
Umi memang lemah
Tapi Umi kuat kerana adanya kalian
2 Malaikat Kecil Umi...

Friday, August 30, 2013

0608, mengalun sapa
maya pada
dari sang rajuna tapa
diakah penglipur lara

menghayun sendu
menyentuh kalbu
pada jiwa marhain
seakan menyanggah
takut jatuh dan rebah

bersahut-sahutan
saling menggapai
memori silam seakan bertaut
wahai pencipta, tautanMu istimewa
seakan ada jiwa, rasa
dari lara sekian lama

pun setiap detik
seakan terhenti
mengimbau kembali
kenangan bertali
tersekat pandangan
mata kabur, bening

aku bangkit
melawan, mengikut takdir Loh Mahfudz
mohon yang terbaik
halakan ke jannah
tuju-tuju ke syurga
kerana terlalu lama sudah
mata berkaca

- merdeka eve
damansara

Sunday, August 04, 2013

Penghujungmu Ya Ramadhan

Salam Ramadhan yang sudah mahu ke penghujung allz,

Syukur tahun ini nafsu untuk ke bazaar Ramadhan tidak membuak-buak. Saya memikirkan kerana setiap tahun juadah hampir sama, rasa juga tidak banyak beza dan maaf kata ada yang tidak ada rasa langsung. Ditambah sebenarnya saya mahu mengelakkan bila, kita tidak tahu 'amalan' orang yang memasak itu. 

Ramadhan ini juga menyaksikan drama bersiri yang pernah saya tulis 2 tahun lepas iaitu PANGKIN ATOK diulang siar semula. Thanks TV3! Akhirnya setelah ramai yang request agar drama bersiri itu diletakkan posisinya di waktu prime time. Now korang dah bolehlah tengok sekarang. Setiap Jumaat jam 7:30 malam ya...dah nak habis pun.

Saya melihat Musafir yang bersiaran di Astro Oasis juga kerap diulang tayang Ramadhan ini. Ini karya saya juga sekitar 2 tahun lepas; produce, tulis dan research.

Punya kontrak dengan stesen TV membataskan pergerakan saya, tambah2 saya bergilir dengan rakan tim membantu dalam penerbitan SALAM MUSLIM ASTRO OASIS. Plan nak backpacking nampaknya memang susah untuk di realisasikan pada tahun ini. Takpe, 2014 saya mahu banyak trip! Jom korang, sape2 nak ikut saya tahun depan ;).

Plan nak menulis buku juga tergendala buat masa ini. Takpe, make sure tahun depan impian terlaksana...paling tidak draf sudah disiap sedia pada tahun ini. Saya mungkin akan menulis sebuah novel cinta islamik usahasama dengan seorang sahabat saya seorang novelis islamik di Indonesia dan mungkin akan menulis sebuah buku berbentuk travelog.

Saya sedang dalam persediaan nak adaptasi sebuah novel ke skrin. Ianya sebuah kisah cinta islamik ya...! Nantikan!

And im going to recce one overseas location next year for my own project! Ya Allah permudahkanlah urusanku. Aamin....

Ramadhan ya Marhaban sudah hampir ke penghujung
Impikan dirimu Lailatul Qadar
Bergayut syahdu di tabir ibadah
Di hujung sejadah, tangis tertumpah
Wahai Ramadhan, di hujungmu sebuah cerita
Cerita tentang kerinduan, kesayuan, kepiluan
Wahai Ramadhan, sayunya meninggalkanmu
Dalam sebuah 'RINDU'




Saturday, August 03, 2013

Salam Muslim Raya ke 3, 10/8!

Salam Ramadhan allz yang sudah berada di minggu akhir..

Macam mana dengan persiapan raya?

Raya tahun ini saya dan anak-anak konsepnya colour block, gitu...he. Gabungan merah dan biru.

Okay! Dah 3,4 malam berkampung dengan editor, bergelumang dengan Final Cut Pro. At last episod Salam Muslim episod 'Seindah Hiasan' going to MASTER. Tidur pun 2,3 jam aje sebelum ini.

Episod ini mengulas banyak tentang isu ratu cantik yang sedang hangat diperkatakan dan masih di bawah siasatan JAWI. Juga kami membawa isu laser kulit, vitamin c, kolagen, botox dan apa juga tempelan pada kulit. Plus, plus tentang bagaimana mekap sebenarnya di dalam islam yang kena ikut syariah compliace. Best kan?

Dan sebenarnya kecantikan itu adalah dari hati, dalaman kita. Sejauh mana kita menempel luaran dengan mekap dan apa juga bahan tambahan yang nyatanya kecantikan sebenarnya itu terpancar dari hati dan kecantikan dalaman yang dijaga. Apa dia? Tentulah dengan hati yang baik, jiwa yang penuh 'nur'. Aderr paham ker...? haha...

Buat pertama kalinya kemunculan Puteri Sarah Liyana selepas berhijab sebagai hos sebuah program islamik di Astro Oasis. Wajah mulus dan beliau yang sedang berusaha menjadi muslimah yang baik makin mencantikkan perjalanan episod ini. Mark your date guys, raya ke tiga ya...10/8, jam 7:30 malam Isnin Astro Oasis dan Astro Maya HD. Ulangan? Ulangan selalunya hari Isnin jam 10:30mlm dan ada 2,3 hari lagi atau hari-hari di Astro Oasis...hehe.


Stay tune! & Happy Lebaran!

Wednesday, July 24, 2013

Tanya Sama Pokok

Posting ini saya mahu membebel. Sila tadah telinga anda...:P

Saya tak faham kenapa sesetengah pihak bila nak buat satu-satu benda tidak memikirkan perkara akan datang? Maaf kata, macam ianya main rembat aje...asal ada kemudian set. 

Lagi satu pada saya struktur satu-satu projek dan perkara harus dirancang dengan sebetulnya dari awal lagi. Pernah dengar kan pepatah cakap, pokok yang bagus datang dari akarnya! See! Apa-apa sebelum nak buat apa-apa pun kita harus pikir guna otak, bukan guna tapak kaki! Jangan main ambik aje apa benda pun sebab perkara materi dan kemudian menyusahkan siapa-siapa sahaja yang bersama anda!

Saya memang membebel. Pada yang kena, mohon terasa!

Sekian!

Sunday, June 23, 2013

Dokumentari Muzik dan Islam - ke Jakarta!

Assalamualaikum,

Hey, saya memang busy. Masih kalut dengan Salam Muslim bersama team. Selepas puas berkampung di studio Hafiz Hamidun tu hari untuk episod Muzik dalam Islam, sibuk pulak lepas tu shooting episod Antara Hijab dan Fesyen. Lelah dah habis? Tak pun....sekarang sibuk pula untuk kesinambungan Muzik dalam Islam untuk buat dokumentari mengenai Muzik & Islam pula.

Saya dan tim akan ke Jakarta untuk menemui Opick, Ungu dan Debu esok bersama Hafiz Hamidun. A very tough day in Jakarta! Pokoknya mahu memberi yang terbaik buat penonton Astro Oasis :)

See you allz soon. Saya akan update dari Jakarta ya :)




Sunday, May 12, 2013

Salam Muslim @ Astro Oasis



Saksikan 'SALAM MUSLIM' yang akan bersiaran di Astro Oasis bermula 13 Mei ini, setiap Isnin jam 7:30 malam. Program ini menampilkan pelbagai isu semasa islam dan ianya berdurasi selama setengah jam. Tidak ada genre current affairs islamic lagi di dalam dunia broadcasting. Selalunya current affairs dan islamic memang dipisahkan. Kali ini kami gabungkan dan membawa pendekatan bercerita dari suara hati pembawa cerita iaitu pengacara. Pengacara akan kami tampilkan daripada kalangan selebriti/bukan selebriti sesuai dengan setiap topik yang kami bawakan. Pada 3 episod pertama ini kami tampilkan Mohd Pierre Andre, sesuai dengan penghijrahannya dan rasa hati beliau mengenai perjalanan hidup dan kekeliruannya di dalam islam selama ini.

Ada pelbagai isu menarik, dari seberat-berat isu dan sekecil-kecil isu. Mungkin isu yang anda selama ini terlepas pandang. Kami akan cuba memberikan yang terbaik untuk tatapan semua. Antaranya sahkah berguru melalui internet, kupasan tentang anak tidak sah taraf, golongan para pendamping Al Quran, fesyen dan islam, muzik dan islam dan banyak lagi kupasan menarik yang akan kami kupas untuk dipersembahkan kepada anda semua!

Again, saksikan Salam Muslim Astro Oasis! Mark your date ya!

*sebarang pendapat, cadangan dan komen amat dialu-alukan untuk penambahbaikan program :)



Monday, January 14, 2013

Dia Di Mana/Astro Prima

Jangan lupa saksikan DIA DI MANA, ASTRO PRIMA (105) jam 7.30 malam bermula 14 Jan 2013 untuk mengubat kerinduan anda terhadap artis-artis 70an dan 80an. Ada Isa Gravity, Yassin Salleh, Siso Kopratasa, Dr Sam(Saya Anak Malaysia) dan ramai lagi! Stay tune! Arahan Sabri Yunus dan terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd.

Aku penyelidik dan buat skrip untuk program ini.

Jangan lupa tonton! http://www.astro.com.my/epg/event.php?id=7941451

 

Saturday, January 12, 2013

Awalnya tahun ini memang nak travel. Persediaan semua dah buat. Tapi tup2 dapat kerja yang bertindan-tindan. Apa pun rezeki tak boleh tak tolak. Dan kerana tidak menolak rezeki itulah maka kerja aku bertindan-tindan.

Nak travel! Nak travel! Sebab idea dah makin hilang, otak kosong dan otak juga perlukan nafas. Mata juga perlukan makanannya. Nafas juga perlukan udara baru.....

Nak travel....seminggu pun cukup buat permulaan tahun ini. Semoga aku boleh mencelah.

kannn?

Thursday, January 03, 2013

2013, Welcome!




Selamat Tahun Baru 2013. Acara-acara bunga api memang takde langsung dalam senarai aku semenjak dah bertahun-tahun ni. So janganlah expect aku upload kan pic fire works pulak..weh...haha

Takde apa benda aku nak kongsi sangat pada permulaan 2013 ni, sebab baru lelah siapkan anak-anak masuk sekolah...form 3 & form 2 ye dah anak-anak aku. Dan skrip drama bersiri 13 episod aku untuk RTM yang asyik tertunggak tu. Ni marathon la aku kena habiskan cepat, sebab kawan director aku nak shoot pada 27hb ni.

Okay, berbalik pada azam tahun baru? Azam? Azam aku hanya membawa azam-azam tahun lepas yang tak tertunai itu aje. Plus aku letakkan tema pada 2013 ini adalah tahun aku TRAVEL dan KUMPUL DUIT. Benda lain aku tak fikir. Sebab aku lebih memikirkan Mak & Abah yang aku nak bawak pergi Umrah/Haji, education anak-anak dan of coz aku nak travel. Ada kemungkinan nak memperluaskan online business aku, (click link atas tu; Nanamya ShopaHolic) mengkhusus pada produk-produk luar negara yang boleh dibawa masuk. InsyaAllah.

Travel aku bukanlah bajet mewah. Apa yang boleh naik train, aku akan naik train dan pengangkutan awam lain. Naik flight pun bila pergi dan balik terutamanya kalau tempat tu dari Malaysia tak bleh nak naik pengangkutan awam lain, atau sulit pada pengangkutan awam tu. Paham ke aku cakap? haha....Accomodation tentulah backpackers hostel atau hotel yang aku rasakan murah dan kena dengan bajet aku.

Tapi aku baru dapat offer untuk beberapa series doko untuk RTM, dalam pre pro sebuah dokumentari dengan FINAS dan 80 eps drama untuk RTM...makk aii macam Adam & Hawa. Aku kena plan semua job ini untuk list travel aku pada tahun ni. Nak travel kena ada duit kan, tak menulis/tak produce mana aku nak dapat duit nak travel...so aku kena balance kan semua ni. Dah dapat tahu aje semua ni.,aku bleh plan nak mulakan solo travel pertama aku. Dah boleh beli tiket keretapi dan booked flight. Hip hip hoorey!

Aku dah beli back pack baru, 75+15L. Al kisahnya tentulah pasal aku nak menjadikan 2013 ni tahun TRAVEL aku. Dulu aku ada back pack tapi back pack tu dah koyak rabak...bukan dari jenama Deuter macam yang aku beli baru ni. Aku suka backpack ni sebab beg luar dan porch beg tu boleh ditanggalkan. Jadi senanglah aku nak guna untuk kegunaan lain ketika travel selain angkut backpack yang besar ni. Siapa-siapa yang nak order bolehlah pergi ke link di bawah tu. Aku beli back pack Deuter ni daripada dia. Aku banyak dapatkan tips membeli back pack daripada link backpackerbusuk.blogspot.com. Thanks Fatt.
back pack Deuter yang bakal jadi kawan baik aku lepas ni...