Followers

Monday, November 06, 2006



bertamu di lembah congkak hulu langat..dalam renyai2 hujan selepas maghrib kami sampai..seronok menikmati kepekatan malam menghuni lembah ini...arghh tak sabar rasanya angin segar menyapa wajah...ini kali ke dua aku bertamu ke lembah segar ini...tahun sebelumnya dlm 7thn lepas...tentunya banyak perubahan yang berlaku,sesuai dengan pengunjung yang datang bertali arus.sampainya kami tidak dapat membawa kereta masuk ke dalam kerana tertakluk dengan syarat chalet dn minta kawan2 yg telah sampai dulu siang td menjemput ke luar ini..
seronok melihat pokok2 hutan yg tinggi menghuni.bila lagi mau dapat peluang sebegini...inilah peluang sebaik2nya merehatkan otak dn fikiran..malam itu kawan2 sudah setkan menu apa mahu dimasak utk makan mlm.maka aku dn phia masaklah ayam masak kicap,tumis sardin dan tumis kobis..masing2 kenyang pula setelah sesuap dua suapan,mungkin krn terlalu lama menunggu 'cheff' sampai.maka sbb itu perut yg lapar hilang laparnya setelah masuk angin...hehhe...maafla krn traffic jem la kami lambat..tau la cheras mcm mana...
acara unggun api sambil bersembang...hilang ajer mlm itu...kononnya mahu bersembang sampai pagi di unggun api bertukar ke acara mencari bantal dan selimut..lena diulit mimpi..tapi tidak bagi aku dn wan..sibuk kami berjamming sesama sendiri dgn petikan gitarnya...okaylah walau tahu basic drp aku yg tak tau langsung..hehhe...aku pula sibuk menyanyi..best la..
mlm tu jugak tercipta satu lirik spontan hasil dr aku...dn wan sibuk merangka lagunya..buat jangan tak buat...nanti bleh hantar kat luncai emas...aku kata...:-)
sudahnya wan juga lena menjelang 4pg dn aku keseorangan melayan diri hingga ke pagi...entah kenapa mata tidak mahu lelap...alih2nya aku terpaksa melelapkan mata dlm 1jam..utk stamina esoknya.risau pula tak mahu tidur..
esoknya dimulai dengan acara mandi2...dan berjam juga lamanya menyapa air sungai yg dingin dn natural itu...siap buat istana pasir lagi..buat empangan utk mendalam air dgn kawan2 semua..seronoknya...
selepas itu ber bbq..banyaknya makanan...gemuk lagi la aku...hehhehe...
selepas itu bumi hulu langat kami tinggalkan dlm hujan lebat...

tunggu,aku pasti akan datang lagi.....:-)

Bunga Rimba-Spider

Ku kehilanganmu kasih
Ku terbayang kenangan nan silam
Kau penuh kepalsuan diri
Dikau hanya pandai permainkan cinta...

Tiada gunanya lagi
Bila kau pentingkan diri
Pedihnya hatiku ini
Tinggalkan sendiri sepi...

Kau sangka permata cinta
Ku anggap kau dah sempurna
Rupanya ku salah duga.........

Kau jangan sampai terlupa
Kau hanyalah BUNGA RIMBA
akhirnya layu jua
Kau tak kecewa...

No comments: