Followers

Saturday, December 20, 2008

..imbasan warna warni cerita cerita dalam hidup kita,hingga paling kelam kan terpapar di SLOT AKASIA :-)


SLOT AKASIA
lagu tema MUZIKAL TEATER IMPAK MAKSIMA

Verse

Inikah berakhirnya
Hidupku yang ku rasa tidak secantik potret yang terlakar dikaca
Inikah makna cinta
Datangnya berbunga bunga belum dijamah pahitnya jelas terasa

Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang

Chorus

Dari satu hujung ke satu penghujung berlari
Tapi hanya makin ku jalani
Jalan jalan yang sempit sekali
Imbasan warna warni cerita cerita dalam hidup kita
Hingga paling kelam kan terpapar di slot akasia

Verse

Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang

Chorus

Brigde

Jauhku fikirkan tentang kita tanpa kita
Sedalam dalam kita mencari jawapan yang sama
Mungkin berbeza antara jalan yang ditentukan
Namun ku percaya jika mata ditutup disitu ada cinta

Madah Pujangga

Berpasangan insan telah dijadikan
Dalam satu jiwa bakal mewujudkan
Bermusim kegelapan dapat dipinggirkan
Namun kita manusia senang dibutakan
Menyintai bukan untuk disakiti
Sejambak bicara harus ditepati
Carta belaian jiwa dilonjakkan tinggi
Tak menjunam jatuh menghempas ke bumi
Sejati itu yang kau ucapkan
Sebuah melodi dan hanyalah satu ungkapan
Kata kata lontaran sekadar ukiran hiasan
Takkan berbunyi bila bertepuk sebelah tangan
Setinggi mana tak guna nak dikecapi
Tiada dua satu jiwa tiada erti
Tiada lagi rekaan khayalan mimpi ngeri menyelubungi
Hanya meniti hari meneliti hati

Terlalu banyak lakaran kehidupan,mengundang bening sedih sepanjang tidak menulis,dikejutkan dengan peristiwa landslide di Bukit Antarabangsa.Tempiasnya aku terasa,kerana rakan rakan juga menghuni di sana.Takziah untuk kalian,sabarlah menerima ujian Tuhan.Bukan salah kalian,tetapi bencana alam yang tiba tiba menimpa.Syukur kepada yang selamat.Bagi yang kediaman perlu dikosongkan seperti yang aku dengar Impiana Selatan Kondo,terus la berpindah dan kosongkan kediaman.Apa yang aku tahu,hanya Oakleaf,Kyoto Gardens dan Sinaran Ukay Kondo yang selamat untuk diduduki.Teruskan merujuk kepada pihak pihak bertanggungjawab untuk mengetahui akan keselamatan tempat tinggal kalian.

Bengkel Penulisan Skrip yang berjaya aku lalui dengan penuh azam dan tekad to become next one of the best scriptwiter in Malaysia.Terima kasih kepada Martias dan Mrs Martias,Adza Irdawaty Adenan kerana kesungguhan kalian mendidik pelopor2 penulis skrip akan datang.Credit to Mr Ike Kong yang tidak jemu jemu melayani pertanyaan demi pertanyaan aku.Abg Zaidi Omar,Nizal Mohamed..u all the best among the best.Kenal dengan Avaa Vanja,watch out with this gurl,she will bring more impact in this industry next!:-)u go gurl..
Thanks Sis Liza Ismail atas kesudian menerima manuskrip Yann yang tidak seberapa.I am still waiting...:-).Credit to all of the participants,friends yang rata ratanya kita berjumpa di majlis yang sama :-).Kita pasti akan bertemu lagi.

Cicakman 2?OK la..credit too KRU again,this second season more action.Akan busy dengan school preparation for both of my beloved kids and my sister wedding.Hai mcm aku pulak nak kawin..hikhik...See u allz in 2009,insyaALLAH...

No comments: