Followers

Thursday, January 21, 2010

Nasib Penulis Skrip

Terima kasih kepada sahabat penulis skrip Rohizan Ramli @ Jai yang sudi melontar sms untuk menyampaikan berita ini. Terima kasih jua kepada Kak Maizurah Ideris yang sudi mempelawa sendiri ke dalam blog saya ini dan Kak Faznita yang mewarwarkan lagi di dalam facebook. Belum pun dalam dunia yang aku tempuh di dalam tempoh menjual skrip.Antara pengalamannya turun naik produksi,skrip kena edit dan rombak habis,kena cuci kepala dengan sang sutradara kerana padanya tidak ada logiknya cerita aku itu,tidak relevannya,diburuk burukkan di belakang oleh nama nama yg aku bekerjasama dan entah apa lagi yang tidak sanggup aku senaraikan di sini. Itu antara cebisan pengalaman pahit sebagai penulis skrip. Belum lagi diukur pada kepahitan yang pernah dirasai oleh insan insan yang terdahulu dariku seperti Abg Mazelan Manan,Faznita Md Nor(sekadar menyebut beberapa nama). Kalau diikutkan kepahitan aku mungkin cuma mengambil tempat tidak sampai satu jari kelingking pun pada kepahitan kepahitan yang mereka rasai. Belum lagi cerita yang tidak ada kunjung berita tidak tahu hujung pangkal entah apa jadinya pada sinopsis yang kita hantar. Ke mana harus kita mengadu?
Justeru pangkalannya di sini,di SWAM dan di hati kita untuk semua penulis skrip Malaysia.

TARIKH : 21 FEBRUARI 2010 (AHAD)

MASA : 3 PETANG

TEMPAT : FINAS, HULU KLANG, KUALA LUMPUR.

KEHADIRAN : AHLI SWAM/BUKAN AHLI SWAM/PENULIS SKRIP BEBAS/PENULIS SKRIP RESIDEN (IN-HOUSE).

SYARAT : SEMUA PENULIS MESTI LAH PERNAH MENGHASILKAN KARYA DI KACA TV, SEKURANG-KURANGNYA SEBUAH KARYA, TIDAK KIRA SAMADA SKRIP DRAMA TV, DOKUMENTARI, MAJALAH, BUAL BICARA, PROGRAM REALITI, GAME SHOW DAN SEBAGAINYA.

Perjumpaan yang dirancang ini akan mengenalpasti beberapa agenda, antaranya seperti berikut :

1. Berapa ramai penulis ahli SWAM yang bersetuju hendak berjumpa dan berbincang dengan pengerusinya?

2. Berapa ramai penulis bukan ahli SWAM yang berminat hendak 'berkenalan' dengan pengerusinya? (Golongan ini perlu mendaftar sebagai ahli SWAM terlebih dahulu)

3. Sekiranya, majoriti BERSETUJU berjumpa pengerusi SWAM, apakah topik atau isu utama yang akan disampaikan kepada pengerusi kelak? Siapa yang layak menjadi jurucakap? Dan bila ia akan diadakan?

4. Sekiranya majoriti TIDAK BERSETUJU berjumpa pengerusi SWAM, apakah ada cara lain yang lebih bernas untuk menyelesaikan isu berkaitan kebajikan penulis skrip di dalam industri ini?

1 comment:

rusliesophian said...

Insya-Allah SWAM akan kita gegar!!