Followers

Tuesday, February 09, 2010

biar hariku menentang waktu,tetap 'KAU SURIA HATIKU'...

INT/RUANG TAMU/RUMAH/AKU-NIGHT

Kipas berpusing ligat. Kelihatan kaca TV menayangkan cerita Dyesebel. Aku menaip di papan keyboard,tidak henti henti.

CU – Papan keyboard

ADLIP-aku bercakap cakap seorang diri.

CU- Banner Selipar Jepun Suria

SFX – bunyi telefon,menandakan sms masuk

Aku menekan punat telefon.

CU – sms yang ada di skrin

VO AKU
Korang dah tengok Selipar Jepun Suria kan? Tak semua puas hati,termasuk aku,tuan punya skrip. Dan biarlah aku simpan seorang diri apa yang perlu aku simpan yang tidak puas hati itu hehe. Ramai kawan kawan yang memberi komen membina untuk memperbaiki SJS pada masa akan datang. Ramai juga yang sayangkan SJS. Ada kawan kawan aku yang berkata,typical comment about Malay drama..’OK APE’,’OK JE’.’OKAYLAH TU’,’OKAYLAH YANN’…dan pelbagai lagi yang pendek kata OK. Aku terima OK itu,aku terima kalau pun iya untuk mengambil hati aku aje kalaulah kan. Hakikatnya aku merasakan ianya tidak OK sama sekali,walau ianya tidak layak dimasukkan ke dalam bakul sampah. Aku sayang SJS,terus terang cakap. Kalau Sifoo aku berbangga ada karya sulung dan baby sulung dia ‘SUTUN’,ianya ada SUTUN 2 dan SUTUNLAH LAGI maka aku perlu juga berbangga dengan ‘Selipar Jepun Suria’ dan mungkin ‘Selipar Jepun Suria 2’ begitu juga tidak keterlaluan ‘Selipar Jepun Suria The Series’. Bolehkan Tuhan?

Semua ini pemangkin semangat buat aku. Skrip drama adalah passion aku. Dalam drama terhurai dan terungkai segala duka dan sukaku. Hatta jatuh cinta juga ku salurkan ke dalam skrip,begitu juga dengan sedih dan nestapa. Aku sendiri bermain dengan watak watak yang ku tulis,yang saban hari aku tertanya seperti lagu ‘Gong Impian M.Nasir’ layaknya..’terdayakah kau mewarnakan watak yang ku ciptakan?’. Jiwa pelikku membuatkan aku masuk ke dalam watak itu benar benar dalam,seperti mana aku menulis skrip SJS asal yang salah format dan ayat berjela jela itu menurut professional..ada air mata yang tumpah dan terloncat loncat bahagianya aku bermain dengan watak Suria. Aku sangat sayangkan Suria..watak itu..kerana ada cebisan diri aku di dalamnya. Ada jati diri aku yang datang dari kampung yang indah…yang hidup penuh dengan pelbagai carik kesusahan kesusahan yang maha indah kurniaan Tuhan bersama Allahyarhamah Opah. Semangat Suria itu adalah semangatku sebetulnya,jati diri dan juang anak yang tidak ada apa apa,tetapi yang ada hanya semangat yang kuat di jalanNya meniti jaya dengan usaha,doa dan tawakal. Itu aku,itu juga Suria….Sebagaimana namanya Suria,ianya menjelma memancarkan suatu cahaya ke dalam kehidupan setiap orang di dalam hidupnya. Terkadang dan seringkali dia menjadi lilin menerangi landasan landasan kehidupan insan lain agar tidak terus tersungkur dan dia rela berdiri di situ sehingga hampir padam dan membakar diri demi memastikan semua orang bahagia.

Apa pun aku sangat berterima kasih kepada sang sutradara Murali Abdullah yang mengarah SJS. Sang sutradara ini pernah berkata,’awak patut berbangga,ianya karya sulung dan saya yang mengarah’’awak boleh bawak nama saya,dalam your portfolio’.Terima kasih Abg Murali.Zaini Kosnin,kawan yang mengajar aku tentang penulisan skrip antaranya.yang memberikan peluang landasan buat SJS masuk ke ruang skrin TV. Encik Roslan di Asia Best yang berusaha keras juga memanjat Astro berjumpa En Nizam untuk SJS, Nurul Habibatul Amini & Sari Hermawati yang ku kenal..adik adik yang sungguh tegar dengan kerja mereka merealisasikan SJS ke impian! Crew crew yang hanya ku kenali dalam ending kredit,jasa kalian…peluh kalian yang hadir untuk SJS sangat ku kenang dunia dan akhirat. Sungguh! Tentunya untuk En Khalil yang memberi peluang emas yang tidak terhingga. Yang hingga ke hari ini yang masih memberi peluang lagi.

Kawan kawan yang sungguh aku kasihi di dalam FB mengirim tahniah,komen membina atau apa sahaja buat SJS di wall FB,sms.dan tentunya ahli keluarga yang tidak jemu jemu memberikan sokongan buat SJS. Keluarga sentiasa ada di sisi dan sentiasa memberikan aku semangat juang apabila aku ‘down’ dalam penulisan skrip…begitu juga kawan kawan…walau ada antara kawan kawan yang hanya bersua di alam maya. Kalian terbaik buatku! Terbaru rakan rakan di RAWA MALAYSIA group…ya tuhan sokongan kalian sangat besar peranannya dalam jiwa aku yang kadang kadang hampir mati ini.

Supposed aku teringin nak letak lagu ini sebagai lagu tema SJS . Tapi tak ada rezeki,so kita sama sama nyanyi kat sini…InsyaAllah kalau rezeki SJS ada lagi…I will make my dream come true,every single scene tidak akan ketinggalan lagi,agar kalian semua faham semua scene dan watak..dan kenapa Suria sangat obses dengan Selipar Jepun nya.

SFX – MP3 Taufik Batisah,Suria Hatiku…

Kini ku sedari siapa diriku ini
Yang takkan berdiri tanpa dirimu di sisi
Cintamu suci, tak berbelah-bagi
Isi hatimu, takkan ku mengerti
Kan ku abadikan
Saat denganmu
Di dalam lukisan hidupku

Untukmu kasih
I’ll give the very best of me
Kau s’lalu membarakan semangat ku

Untukmu kasih
I’ll be there when you’re needing me
Biar hari ku menentang waktu
Tetap kau suria hatiku

Meski diri ku tak sesempurna yang ku ingini (Kau tetap setia)
Kau masih hadir di setiap langkah hidupku ini

Untukmu oh kasihku
Ku tujukan s’gala untukmu
Untukmu oh sayangku
Hidup tak berarah tanpa mu


Flashback semua adegan penting dan indah di dalam SJS…

CUT TO

5 comments:

matacoklatbiru said...

salam akak....
memang tak dinafikan SJS tu memang menarik...
i mean, kalu orang cakap crite ni oldie cliche ke ape, they are totally wrong...
sorry ler kak, matacoklatbiru jenis yang beterus terang, so harap akak tak angin tgok comment dari i..
hehe...
oh yea, for me, akak telah mendedahkan satu lagi fenomena masyarakat, d mana, i rase, situasi seperti suria mungkin pernah d alami oleh sesetengah masyarakat malaysia sendiri...
cume, keadaan dorang berbeza-beza lar rasenye...
kalu ade yang mengalami keadaan yang serupa suria, mesti gelak...
hehe...
mcm suria, dibesarkan sedemikian rupa, begitu lar jadiknye dia tu...
so, its a good script and i proud of u kak..
i mean, u buat orang gelak, buat orang sedih, dan mendalami perasaan suria tu dengan hanya menggunakan beberapa patah perkataan yang di gabungkan dan membentuk satu ayat...
that is so wonderful..
for me, hanya segelintir orang je yang mampu lakukan sedemikian rupe kak...
akak antara orang yang beruntung memiliki bakat cam tu..
selalunye, i tertunggu2 jugak ape words yang akan keluar dari mulut pelakon sjs tu...
hahaha...
kirenye, i dont wanna miss a thing lar...
hehe...
ape2 pun, tak sabar tunggu kemuculan sjs yang berikutnye...
inshea-allah...
:)
saye doakan karya akak semakin menyerlah dan semakin mengembang..
amin...

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

Wsalam wr wbt mata coklatbiru yang setia membaca rintihan rintihan dan rusuh rusuh hati akak di sini. Terima kasih banyak banyak,hanya Allah bisa membalasnya syg...

Terima kasih di atas sokongan dan memahami perjalanan takdir hidup dan tabi'e Suria ;-),sebetulnya apa yang penting content dia dalam SJS adalah...kerana SELIPAR JEPUN,Suria menjadikan itu adalah pemangkin dan semangat untuk dia menggapai cita citanya. SELIPAR JEPUN adalah jati diri Suria yang gadis manis itu usung ke mana mana.

Akak tidak berbakat besar..jauh sekali, cuma sekadar menyampaikan cerita yang lari sedikit dari kebiasaan..walau payah juga adakalanya. Membuat suatu cerita yang tidak biasa dari biasa...adalah mencabar mental dan fizikal..hehe. Tapi akak akan cuba yang terbaik,demi memartabatkan drama melayu kita ke satu tahap yang boleh dibanggakan dan paling penting dik...MORAL!!! Itu yang sangat akak tekankan...InsyaAllah.

Doakan jika ada rezeki, untuk SJS 2 dan SJS The Series. Kalau semua mendoakan..maka kun fayakun ;-). Sekali lagi terima kasih Dik!, jauh dari sudut hati akak :-)).

Sari Dahlia said...

akak...:), tahniah selipar jepun dah keluar astro. skurang-kurangnya ia telah menjadi tontonon..umum. idea yg bernas..telah ditonjolkan dlm skrip itu...namun tidak semua yg kita ingin gapai akan sempurna. Itu dugaan untuk penulis baru macam kita. Apapun tahniah... :)

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

terima kasih Sari Hermawati Masrul,penulis skrip berbakat untuk 'HALIMAH JONGANG THE SERIES'. InsyaAllah dik,satu satu kita mencapai kejayaan :-))

Che Mulan said...

he he..namaku jua dimantion di sini..terasa keglemeran sebentar...hai kak, taniah juga SJS ..sari some gadish...jua, taniah buat kalian... cayo'!!!!