Followers

Monday, May 30, 2011

'Dunia' Ini

Bak kata rakan seperjuanganku Fiha,dunia ini kejam dan siapa yang jatuh dan selepas itu bangkit sahaja yang mampu melalui duri2 dan onak2 perjalanan dunia ini. Dunia ini kalau mahu naik kena mencantas orang lain,kena mengipas yang di atas dan harus hipokrit sehipokritnya untuk hidup! Kejam sungguh dunia yang aku ceburi ini,lantas di mana ruang dan peluang yang ada untuk aku terus berkarya? Di mana tempat orang yang telus mahu berkarya di sini? Harus dengan mulut maniskah? Dengan mengampukah? Haruskah aku baik dengan orang atas,gedik2 sikit,manja2 sikit,propa buat kerja kat atas meja tinggi menggunung dengan segala macam kertas dan buku? Nyatanya aku tidak pandai menyisip lakonan sebegitu di pentas dunia ini. Dan aku hanya seorang pengkarya yang pendiam,memendam rasa perbuatan dan amarah akan hipokrasi sekeliling dan hanya berbicara yang penting2 aje yang rasanya tempatku bukan di sini. Mana arah yang harus aku tuju? Kerana aku sudah tidak sanggup menyaksikan kemunafikan industri ini. Industri ini kotor!

Wednesday, May 18, 2011

Kesusahan Yang Manis :-))

Siapa yang tak pernah susah? Bila melalui pelbagai manusia dan ragam kawan kawan di sekeliling yang sering mengeluh susah aku tersenyum. Bila aku ditanya oleh kawan kawan kenapa aku senyum? Aku katakan kesusahan mereka hanya suku dari pengalaman ku yang susah suatu ketika dulu. Kawan kawan aku diam. Hidup ni,kelakarlah kalau tak pernah susah. Macam hidup kira tak lengkap.


rumah opah dan nenek dulu ala2 macam ni la...

Kecik lagi aku dah susah. Aku ingat lagi pada ketika dulu. Orang kata kenangan semasa kanak kanak sangat susah untuk kita luputkan. Kalau kalian yang pernah baca blog ini dulu,tentu tau aku dipelihara oleh opah dan nenek lelakiku. Semasa arwah nenek lelaki ku hidup,kami masih hidup dalam senang kerana nenek merupakan orang yang ada2 juga di kampung. Tapi semua itu berubah bila nenek pergi kerana kanser. Masa tu aku berumur 8 tahun,darjah 2. Tinggallah aku dengan opah yang kini telah arwah. Tak ada harta yang nenek tinggalkan hanya tanah2 pusaka dan opah perlu kerja keras untuk itu. Opah pajakkan kebun getah pada orang. Kami dapat bulan2 hasil menoreh. Tapi lama2 orangnya tak telus. Kami asyik kena tipu aje. Pokok getah tak basah,dikata basah. Sudahnya income makin tak ada dan aku memerlukan wang untuk ke sekolah. Banyak kali opah meminjam duit pada jiran sebelah kami,iaitu Opah Minah. Ya Tuhan baiknya hamba Allah yang seorang ini. Masa tu Opah Minah tinggal seorang bila anak2nya tidak ada dan kami bergilir tidur di rumah masing2. Itu sebelum arwah opah sakit.

Bila arwah opah sakit tua di rumah bapa saudaraku sebelah rumah,aku dah mula tinggal seorang dalam umur 15 tahun! Dah la rumah kampung,rumah atas..dapur aje kat bawah. Bilik air pulak kat luar,takde dinding. Dinding adalah pokok2 rambai dan manggis keliling rumah. Bayangkanlah kalau nak mandi pagi2 buta tu dalam pukul 6 pagi,aku kena seorang diri bangun dan ditemani dengan unggas dan cengkerik desa. Tambah pulak lagi unsur mistik banyak burung2 hantu yang 'mengintai' aku mandi masa tu. Dah la mata burung2 hantu ni besar2...agak menakutkan dan seram la ketika itu. Aku tak tau la apa makhluk yang ada pagi2 tu yang mungkin ada. Tapi niat aku hanya nak mandi dan nak pergi sekolah aje cepat2. Duduk seorang dalam usia semuda itu mengajar aku erti kehidupan dan matang segala2nya. Pagi2 panaskan air dalam cerek dan bancuh kopi. Cicah biskut atau paling2 tidak buat nasi goreng campur kelapa yang aku sudah parut guna kukur kelapa arwah opah itu. Tidak boleh lambat,tidak silap bas datang dalam 6.30 pagi. Siap2 pakai baju sekolah,pakai tudung dan basikal di bawah rumah aku usung dan kayuh. Lalu rumah Pak Ungga selalunya sudah terang dan mereka memang tahu itu bunyi keriuk keriuk basikal ku yang meredah pekat pagi menuntut ilmu. 500 meter lalu pula beberapa buah rumah tinggal. Siapa tak seram,tapi aku kuatkan semangat. Kalau nak kira takut,mana ada jalan pintas untuk stesen bas kampung kalau tidak melalui jalan itu. Jadi nak tak nak aku belajar mengawal ketakutan dan bagaimana mengawal diri sendiri untuk meredah kehidupan ini,ya sendiri..Pernah satu ketika,aku terpandang belakang dan nahhh....betullah orang tua2 kata jangan pandang belakang. Entah makhluk apa aku kurang pasti dan tetapi ianya besar,hitam dan tinggi. Makkk...!


Lampu seperti inilah yang sentiasa menemani aku semasa tidur dan study


Kukur Kelapa macam ni lah yang aku gunakan dulu untuk parut kelapa


orang biasa...basikal tua....

Aku pernah ikut bapak saudaraku menoreh. Pakai baju comot2,bawak pisau getah dan letak mentol dekat kepala. Jadi jangan nak kelentong pasal menoreh dengan aku kerana aku tau teknik menoreh dan nak buat getah keping atau sekerap :-)).



Perbelanjaan sekolah ku adalah dari keluarga arwah ayahku. Ikutkan memang boleh mewah ketika itu. Tapi aku diberi sebulan sekali sahaja,jadi nak tak nak aku kena berjimat dan ada jugaklah kadang kala tersasar tak cukup makan. Jadi korang nak tau apa yang aku makan? Apa yang ada keliling rumah,itulah yang aku makan. Kerana itu yang diajar oleh arwah opah dan nenekku. Pucuk ubi masak lemak cili api,betik muda masak lemak putih,putik durian masak lemak putih,nasi dengan air gula,cekodok manis dan yang aku sebutkan tadi nasi goreng kelapa. Makanan2 ini sudah asasi di tekak dan perutku. Mungkin tidak biasa bagi korang,tapi sangat biasa bagi aku untuk meneruskan kelansungan hidup ini. Nak jimat elektrik, pasang pelita dan dengan api pelita minyak tanah itulah aku belajar. Tidurku juga ditemani dengan api pelita itu. Tapi minyak tanah kena stand by la,kena check minyak dia..kang tak pasal2 malam2 buta gelap gelita. Gelap di kampung,tahulah ya tuhan...




Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi


Masak Lemak Betik Muda (rasanya macam timun)


Masak Lemak Putih Putik Durian

Bila arwah opah sudah tiada,aku duduk lebih kurang 1 setengah tahun dengan emak dan keluarganya sebelum menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Rumah emak rumah batu,tak macam rumah arwah opah yang hanya berdindingkan separuh batu dan separuh kayu bahagian dapur. Seingat aku tidak pernah susah macam aku duduk dengan arwah opah dan duduk sendiri,cuma ada 1 hari mungkin mak lambat gaji maka kami adik beradik makan ubi kayu rebus yang emak tanam di halaman rumah.


Ubi Kayu Rebus,sedap makan dengan kelapa parut dan sambal.

Menyusur perjalanan hidup di Kuala Lumpur. Masa bujang rasanya segalanya berjalan lancar. Masa nilah nak beli apa pun tak payah nak tengok tag harga. Cuma keperitan itu berlaku bila jodohku sudah sampai. Kawasan mana yang tidak pernah aku duduk di Kuala Lumpur tu? Dari Gombak (sewa bilik),Sentul (rumah setinggan,kongsi bilik air),Taman Kosas Ampang (rumah pekerja car wash),Pandan Jaya (sewa bilik),Pandan Mewah (rumah flat),Kajang (rumah flat),Sg Besi (tumpang rumah kawan sekerja) sebelum aku benar2 duduk di rumah ku sekarang. Segalanya benar benar untuk aku dapat sekarang harus dibayar dengan harga kepahitan yang mahal. Laungan tuan rumah umpama melodi indah bila aku tidak mampu membayar sewa rumah menyuruh aku keluar. Itu sudah ku lalui acap kali bila sang mantan tidak melunaskan tanggungjawabnya dengan sebaiknya.

Mendengar kawan kawan berbicara tentang baby sitter yang pelbagai perangai,buat aku juga tersenyum kerana aku telah melalui kepahitan2 itu lama. Macam macam perangai,ada yang hantar sehari dua dan hari ketiga ketuk pintu tak bukak2 sampai nak pecah dah pintu tu aku ketuk. Kalau tak nak jaga anak orang,bagitahulah awal2 ya. Ada satu kes aku,Yassin dicucuh dengan puntung rokok dan kesannya lebam2 di belakangnya. Bukan sikit,tapi banyak. Ketika itu aku hanya mampu diam,kerana aku bergantung pada mereka sepenuhnya untuk menjaga anak2 aku. Tuhan yang tahu pedih hati seorang ibu bila anak2 diperlakukan sebegitu. Ada pula yang tiba2 aku balik rumah mengejut dan nak ambik anak,pukul 1 tengahari anak aku masih tak mandi2 dan dibiarkan tidur atas simen. MasyaAllah. Ada pula yang mengganggap seperti anak sendiri dan tak bagi aku ambik. Macam2 la. Tapi insiden ini benar2 membuatkan aku akan mengingatinya sampai bila2. Selesai mengambil Tiqa dan Yassin dari nursery aku mempercepatkan langkah kerana hujan sudah mulai turun rintik2. Tanpa diduga tengah2 jalan hujan turun dengan lebat. Aku tutup badan dan kepala Yassin tebal2.Tiqa aku pimpin dalam jalannya yang terkedek2 itu. Usia Tiqa ketika itu baru 3 tahun aku kira. Hujan seakan memenuhi takdirnya untuk turun semakin lebat. Langkah aku percepatkan tidak mampu untuk membuatkan kami ketiga2nya basah. Ya Tuhan,apa dayaku. Untuk berhenti,tidak ada tempat teduh...jadi aku harus teruskan langkah untuk cepat2 sampai ke rumah. Seiring dengan hujan lebat itu,makin deras air mata ku mengalir bila melihat anak2 yang makin basah. Dan ketika itu aku bertanya,di mana sang suami? Ada dalam tiada.

Usai melahirkan Tiqa dulu juga semasa duduk di Pandan Mewah. Aku pernah tidak makan 2 hari dalam keadaan menyusukan Tiqa. Betapa lemahnya badan ketika itu Ya Tuhan. Hanya DIA yang Maha Mengetahui.

Duduk di rumah ku sekarang setelah berpindah dari Kajang. Keadaan rumah kurang sempurna kerana telah lama dihuni oleh anak2 bujang lelaki. Atap masih zink di luarnya dan pintu tidak ada keselamatan yang boleh menjaminku dan anak2. Beberapa lama selepas itu aku membaik pulih rumah dan alhamdulillah keadaan ini walau pun tidak cantik dan mewah seperti rumah2 sekeliling ku yang lain namun aku sangat2 bersyukur kerana ianya selamat untuk kami 3 beranak.

Kesempatan melanjutkan pelajaran secara out campus di UM ketika itu membuatkan aku bergelut dan bersilat. Mana nak kejar karier (tak kerja bererti kami 3 beranak tak makan),anak2 dan study. Ianya benar2 memberikan tamparan kepadaku di kota metropolitan ini.

Entry ini bukan untuk aku mendedahkan,untuk melampir rasa simpati. Tetapi untuk rakan2 ku,sahabat2ku, akan tentang keluh kesah kesusahan hidup yang mereka hadapi. Yang bagiku hanya sekuman dari kesusahan2 dan kepahitan2 yang membelenggu hidupku sebelum ini. Malu? Tidak sama sekali,sebaiknya aku bangga pernah susah,bangga pernah meredah jalan bertanah merah,bangga mandi dengan air gunung dan bangga juga dengan takdir yang tercatat dari Loh Mahfudz lagi buatku ini. Dan ingatlah bila mengingati orang lain yang lebih susah dari kita,kita akan merasa betapa bersyukurnya diberi keadaan seperti hari ini. Dan satu lagi,dengan mengingati susah kita akan sentiasa memandang rumput di bumi walau ketika itu kita berada di puncak Everest.

* nota kaki : kagum dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari;seorang anak pengembala ,lulusan SPM,low profile dan down to earth kini bergelar antara orang terkaya di Malaysia. Aku percaya betapa mahalnya harga kesusahannya dahulu dan betapa banyak jalan dan onar yang dilaluinya untuk sampai ke posisi sekarang.