Dalam berpuluh? (bolehlah dikatakan berpuluh) proposalku salah satunya diterima untuk siaran sebuah slot baru di TV3. Syukur Alhamdulillah. Jadi aku sedang dalam 'gelanggang silat' memperasap kemenyan juga untuk menyudahinya sehingga ke eps 20. Dijangka tayangannya adalah pada March 2012. Drama rantaian ini bertitik tolak berinspirasikan sebuah filem hebat Malaysia pada tahun 1981.
Hari ini juga aku baru balik usai bertemu dengan seorang Dato'. Rupa rupanya satu proposalku pernah singgah di produksinya. Haha, jadi takdir mempertemukan aku dengan ownernya hari ini. Mungkin ini juga adalah permulaan titik tanpa henti untuk ke kubah kejayaan. Aku dipertanggungjawabkan untuk membina proposal sebuah dokumentari berbentuk majalah untuk RTM dan series untuk TV3 dan RTM. Satu telemovie daripada produksi ini sudah berada di dalam genggaman. Aku cuma perlu mempercantikkan jalan ceritanya dan selepas itu akan mula menulis. Ianya untuk siaran cerekarama TV3. Jika salah satu program ini Allah setuju, aku akan in and off di Malaysia :)
Dan Mr E yang aku hormati, tetap menelefon ku. Aku kagum dengan keperibadian seorang produser berbangsa Cina ini walau sifat mahu tahuku selalu membuatkannya sedikit tinggi suara...haha. Lewat temujanji kami makan tengahari di Bukit Antarabangsa tempoh hari tanpa sangka dia mengeluarkan cek dan membayarku pada proposal yang tidak approved. Diulangi ya, tidak approved. Aku boleh terima pada proposal yang approved dibayar, tetapi ini membuatkan aku terkesima jugak la seketika. Dah la dia berbangsa Cina. Ini ku rasakan penghormatan hebat buatku dalam industri ini di sebalik kotor dan lumpurnya dunia bergelar pengkarya. Dengannya lagi,menghormatinya juga aku diberikan amanah untuk membina proposal yang bagiku agak berat,mengenai agama Islam dan permasalahan sosial. Dan aku juga kagum dengannya walau berbangsa Cina karyanya banyak mendominasi isinya mengenai Islam. Ini untuk siaran TV Al Hijrah dan RTM.
Dan aku nak sambung tulis skrip dan proposals.
No comments:
Post a Comment