Arakian inilah kerja saya sepanjang Ramadhan, selain memenuhi tanggung jawab buat proposal, skrip dan menghadiri pitching di RTM. Ini adalah sejenis minuman yang dinamakan 'Wedang Ronde'. Saya memang pencinta minuman ini yang saya kenali dan pertama kali minum semasa shooting Musafir-Astro Oasis beberapa tahun dahulu di depan Makam Sunan Kalijaga, Demak Indonesia. Kesempatan saya lagi sekali pula merasanya bila ke Cibubur, Jakarta beberapa bulan lepas. Minuman ini sesuai diminum bagi memanaskan badan terutamanya ketika cuaca sejuk.
Sejarah Wedang Ronde ini serba sedikit. Ianya telah bermula semenjak 1930an lagi. Minuman ini sudah
popular di sekitar kota Boyolali, Solo, Salatiga dan Ambarawa.
Dikhabarkan ianya merupakan minuman kegemaran pejuang nasional,
tokoh Katholik Mgr Soegijapranata saat tinggal di Ambarawa. Ianya sesuai
diminum ketika cuaca sejuk dan sangat baik untuk memanaskan badan
kerana terdapat kandungan halia@jahe.
Resepi Wedang Ronde
Bahan-bahanya :
Kuah :
1.1000ml air
2.6cm halia dititik
3.3batang serai dititik
4.2lembar daun pandan
5.400gr gula pasir
Ronde atau bebola :
1.250gr tepung pulut
2.50gr tepung kanji
3.1sudu teh garam
4.50ml air kapur sirih
5.250ml air hangat
6.Pewarna makanan merah,hijau dll ikut suka
7.Kacang tanah,goreng atau sangrai dan tumbuk halus
8.Gula merah secukupnya
9.Bahan-bahan
tambahan lainya,kacang tanah goreng atau sangrai,kolang-kaling@buah
kabung,roti tawar(sy guna roti gardenia potong
kecil-kecil),tapai.(Bahan-bahan tambahan tersebut boleh letak boleh
tak,ikut suka).
xoxo....:)
No comments:
Post a Comment