Followers

Wednesday, January 14, 2009

FRIM










110109-Awalnya aku tidak confirm mahu turut serta dalam program ke FRIM,kerana takut ada hal yang tidak dapat aku elakkan.Bila hal tersebut tidak jadi,maka aku setuju ke FRIM dengan Lope,Wana,Ayied & El.Tak sangka pulak aku El akan turut serta.Syabas beti..hehhe.Kami sampai di perkampungan FRIM dalam pukul 10am.Matahari masih tidak tegak atas kepala,bagi aku matahari sebegini bagus untuk kulit,Vitamin D kata doktor aku..hehe.Masuk ke FRIM dikenakan charge masuk RM5 dan RM1 untuk satu kepala.Kami parking di bawah perkampungan FRIM dan berjalan naik ke atas.Sepanjang perjalanan berjalan kaki ramai juga yang sudah mahu turun ke bawah.Ramai kaum China yang memasuki FRIM.Sesampainya di pancutan air replika yang cantik itu terdapat cantik sebuah bangunan yang ku rasakan salah satu pejabat FRIM,tersergam indah.Bangunan itu reka bentuknya umpama zaman kolonial inggeris dahulu.Berjalan beberapa meter di depan,kami ke pajabat FRIM untuk ambil tiket untuk memasuki hutan FRIM.Di sini dikenakan charge RM5 satu kepala.Kami diberikan taklimat oleh staff FRIM yang baik hati dan tersenyum simpul.Usai itu kami mula berjalan untuk memulakan perjalanan ke hutan FRIM.Laluan datar sahaja,kelihatan beberapa pengunjung sama sama memasuki dan ada juga yang keluar.Terdapat beberapa pengayuh basikal menyelusuri jalan kecil hutan FRIM yang kami lalui.Aku kagum dengan kelibat anak anak kecil yang sama sama memasuki hutan ini dan sama sama mengah mengeluarkan keringat mereka.Bila sama sama bertembung dengan pengunjung lainnya kami sama sama bertukar senyuman dan sempat menyapa,walau berlainan bangsa ;-).Dan mereka memberikan sedikit info lagi beberapa kaki lagi ke atas.Sama sama menyusuri perjalanan hutan kami adalah,sebuah keluarga mat salleh yang ke 3-3 anaknya comel-comel belaka.Gambar mereka sempat kami snap.Lelah juga menaiki bukit,walau jalannya tidak seteruk mana.Pihak FRIM sendiri,bertanggungjawab meluaskan jalan dan membuat tangga tangga dari kayu untuk kemudahan pengunjung.Semakin memasuki hutan,semakin bau rimba dan akar akar kayu memenuhi ruang rongga pernafasan :-).Background bunyi unggas dan katak hutan makin membangkitkan semangat untuk sampai ke destinasi.Akhirnya kami sampai di pondok Jambatan Gantung.Di berikan penerangan oleh petugas FRIM yang menerangkan kepada kami kapasiti kapasiti muatan yang perlu dilalui setiap jambatan.Gayat juga,terutama bila Lope naik...hahaha.Lope..gegar la.Sampai di jambatan ke dua,ada pondok hentian yang boleh nampak KL view.Cantik.Akhirnya kami meneruskan perjalanan dan anak mat salleh yang 3 org itu berani menyusuri jambatan gantung di belakang kami,ditemani ibu dan bapanya.Turun ke bawah kami menyusuri jalan dan berjumpa paip besar seperti yang diterangkan oleh staff FRIM dan kami mencari port untuk mandi manda dan melepaskan lelah.Lama juga kami berendam di situ..hehhe.Usai segalanya kami bersiap turun,kelihatan beberapa khemah di bawah.One day i will set up my fire place n camp here..hihi.Sempat pulak beli aiskrim,mungkin masing masing dah lapar.Akhirnya FRIM kami tinggalkan dengan janji,insyaALLAH akan dtg lg.Sampai rumah mmg penat gile,huhuhuh..tido pulas sampai maghrib...hehhee

No comments: