Followers

Thursday, January 15, 2009

Preview MAUT


Jemputan ke preview MAUT-060109
Bersama Kak Mas ke preview.Yang aku boleh gelak tu ada ke dia datang semata mata nk jumpa aku.Cam artis aku ni…hahha.Sesampainya kami di Thai Rest kelihatan sudah ramai selebriti,krew,wartawan yang hadir ke majlis pranonton filem MAUT.Sibuk mencari meja kosong,kerana kebanyakannya sudah penuh.Alih alih dapat tempat kosong di meja panjang hujung sana.Aku dan Kak Mas disebelah Adi Fashla,Nana ERA,Diana Danielle.Manis sungguh Nana berbaju kurung hitam.Sempat kami bersapa hai,begitu juga dengan Diana Danielle.Makanan enak enak sekadar menjamah ayam bersalut daun pandan aku rasa dan Tom Yam yang enak.Terima kasih Tayangan Unggul.Selesai makan malam maka aku dan Kak Mas keluar.Kelihatan kelibat merpati dua sejoli Que Haidar dan Linda Jasmine.Sedondon mereka dengan pakaian hitam,baju Linda Jasmine..wow!hehee.Nampak kelibat berpimpin tangan Iqram Dinzly dan Fouziah Ghouse,sempat pulak Fouziah melempar senyum manis pada aku.Liyana Jasmay lalu dan senyum dengan manisnya..alahai budak ni.Jumpa dengan Abg Nas dan sempat kami bertegur sapa.Kelihatan krew krew Melodi termasuk Michelle sibuk,sudah tentunya mahu menemuramah pelakon pelakon yang terlibat.Kaki dihayun ke pawagam.Sampainya sudah banyak tempat di penuhi jemputan.Kelihatan sticker sticker bertulis nama masing masing,nama syarikat,krew,wartawan dan tetamu jemputan.Tidak tahu melabuhkan duduk di mana,akhirnya aku dan Kak Mas join beberapa geng journal lain di tangga eksklusif khas..hehhee.Lepak dan santai.Nampak Aizat AF5,nampak Johan Nawawi juga.Bersapa dengan Abg Mamat Khalid dan berjumpa dengan Kak Jib Naga NSX .
Komen aku;filem ini punya 3 kisah yang berbeza namun basicnya sama iaitu MAUT.Macam Khabir Batia dalam SEPI dan CINTA,namun MAUT tidak ada kaitan dan significant watak wataknya dalam ke tiga tiga cerita tersebut.Aku suka watak gadis kampung yang aku tidak kenal siapakah yang memegang watak tersebut.Pemilihan watak dan wajah yang bagus.Muka dan mimik muka budak perempuan ini sungguh melayu dan tipikal.Linda Jasmay sudah semakin yakin dengan gerak badan dan wataknya selepas banyak menvariasikan watak wataknya dalam pelbagai pengarah filem dan drama.Liyana Jasmay boleh pergi jauh.Dia punya pakej yang bagus jika ada disiplin.U go gurl!
Kisah ke dua seorang pramugari yang berkahwin dengan seorang lelaki Mat Salleh.Gaya hidup yang melampui norma norma islam.Perkahwinan hanya suatu nama,bukan untuk di baja islamnya terus segar dan dalam.Aku suka CGI dalam kisah ini yang babak perempuan ketika koma di tarik rambut dengan api yang marak menyala.Babak ini sungguh terkesan dan memberikan impak sedikit sebanyak pada penonton.Timbul keinsafan..hehhee
Kisah ke tiga berkisar akan black metal yang diterajui oleh Que Haidar.Lakonan Que tidak perlu dipertikaikan lagi.Aku dan Kak Mas lucu geli hati melihat keletah Iqram,Nana dan budak budak black metal memekik melolong mengagungkan black metal.CGI yang bagus bila mana seorang lelaki tua yang menegur Que Haidar itu hilang.Paling aku suka grafik pada setiap lembaran bulan islam dalam cerita ini.
Kesimpulannya kalau dari lima bintang,aku bagi 3 setengah.Still not bad,bagus tetapi ada adegan adegan yang bagiku masih sensitif pada masyarakat kita,cthnya ketika Sabrina dalam kelab,makan pisang.Adegan gadis yang hilang terus dapat jumpa dalam masa yang singkat.Ada tidak logiknya.Namun keseluruhannya,OK.Cuma bagiku jika ada kaitan watak wataknya antara 3 cerita ini,lagi bagus dan terkesan.Apa pun syabas kepada Bade Hj Azmi kerana mula melangkah setapak ke filem filem sebegini dari kisah budak motor dalam KL Menjerit.

1 comment:

Koishie said...

Yupp.. Liyana pasti berjaya kalau disiplinnya terjaga.. Ini kerana lakonan yg bagus takkan kemana kalau disiplinnya tiada.. aku yakin liyana mengambil cth yang baik daripada pelakon2 senior yg lain