Followers

Monday, April 06, 2009

Cinta Pertama (Episode 1)

1992

Suasana perkarangan stesen bas begitu tenang.Kelihatan mundar mandirnya beberapa pelajar sekolah,ada yang mengejar bas dan menunggu kelibat bas yang tidak kunjung tibanya.Bas sepatutnya datang seawal setiap setengah jam.Aku dan Nisah,menyembang kosong sementara menunggu bas kami sampai.Kerja kerja sekolah menjadi topik utama kami.Kerancakan perbualan kami diganggu oleh seorang pelajar perempuan cantik manis.Kami berdua terpaku dan tersentak.

"Assalamualaikum"

Aku dan Nisah terkejut dan menyambut salam pelajar perempuan comel ini serentak.Kami sama sama mengukir senyuman.

"Sekolah mana ya?"


Aku atau Nisah yang menjawab,mungkin serentak,aku sudah lupa pada ketika itu :-)

"SMSAG"

"Oh,saya budak BA"


"Umur berapa ya?"

"15"

"oh,sebaya la dengan adik akak,akak 16"

Kami senyum lagi,sebenarnya bukan itu topik utama,yang paling utama mahu mengenali student comel dan cute ini.Siapakah dia dan dari mana datangnya.Ramahnya...Nisah tiba tiba mahu pamit,kerana bas sudah kunjung tiba.Sempat student perempuan yang comel ini minta alamat aku dan Nisah,dengan harapan mahu berutus surat,katanya.Benar benar dia ingin menambah kenalan,layaknya.Tinggal aku dan Kak Ana,yang aku tahu namanya.Banyak perbualan kami.Beria ia benar dia mahu mengenalkan dengan adiknya,yang sebaya denganku.Aku diam dan senyum,bukan itu yang aku pinta.Tika itu perasaan menginjak injak mahu study amat terukir kemas dalam hati.Terbayang wajah opah dan emak silih berganti diganti dengan wajah arwah ayah yang telah 14 tahun meninggalkanku.

Susasana tenang petang itu kami akhiri dengan berjanji akan berukhuwah sebaik mungkin.Tidak habis habis dia,berkata mahu mengenalkanku dengan adiknya dan mahu berutus surat.Aku senyum.Bas sudah menggamit dan aku dan Kak Ana berpisah di situ.

Selang seminggu selepas itu,muncul sepucuk surat padaku.Aku masih ingat lagi,sampulnya tertera lambang MAS,eksklusif.Sampul aku buka dan aku asyik mengamati tulisan tangannya yang amat cantik sekali.Namanya di situ R S.Salam perkenalannya dan sedikit tentang dirinya. Benar Kak Ana mengotakan katanya.Keesokannya aku bertanya akan Nisah,akan mana tahu jika dia menerima akan warkah dari R?Nisah berkata tidak?Aku diam.Nisah mula mengusik,usikan zaman remaja ketika itu.Usikan baru baru mengenal perasaan.Sejak itu surat mula menyusul,menjadi bahan komunikasi dan wadah perasaan kami.Ada bunga bunga yang mula berkembangan,umpama ada rama rama berkeliaran indah dan mengusik di jiwa .Tika itu menunggu posmen,umpama menanti sejongkong emas.Indahnya jatuh cinta ketika itu,apatah lagi ianya cinta pertama.Apatah lagi wajahnya menjadi kegilaan remaja perempuan ketika itu.Memang wajah itu ada di mana mana,dalam bas ketika ke sekolah,ketika study,setiap saat,tetapi tanpa melupakan pelajaran.Opah juga terkesan,akan perubahan perubahan aku itu.Opah senyum,opah kata zaman mula mengenal akan kedewasaan dan belajar belajar mengenal perasaan.Opah turut restu :-)

Tika itu yang ada semuanya indah indah,setiap jalan yang di susur di pekan B ketika ke sekolah menjadi satu satu tapak untuk menguatkan iltizam dan semangat untuk terus berjaya ke hadapan dengan cinta yang mekar ini.Cinta pertama ini menguatkan semangatku,membangkitkan iltizam dan memberikan aku sejuta cahaya,saat aku terlalu rapuh berdiri.Tika itu pada aku cinta dan cita cita seiring dalam untuk aku mengatur langkah di persada dunia yang ingin aku jejaki..:-)..


...sayang,kita pernah bicara
pada suatu ketika
tentang cita cita
tentang hari muka
tentang cinta...


to be continue....

1 comment:

ThreeStooges said...

pagi² buta pada jam 5:28minit pagi nieh, aku nak sampaikan perkara yang takde kaitan dengan apa yang kau telah kau lakarkan kat blog kau sendiri dan disini ingin aku beritahu bahawasanya pada waktu subuh hening ini dimana matahari atau lebih dikenali dengan panggilan "glemer"nya yakni sinar suria pagi atau lebih best bunyiknya belum menyinsing (bukan menyinsingkan lengan baju anda yang mungkin bengang) telah berjaya menjadikan anda atau lebih best bunyik saintifiknya adalah "kau" telah menjadi rakan kongsi gile kitorang di blog Best Gile!! Kalau kau tak percaya, pabila kau memasuki laman gile kitorang, cuba kau lihat diruangan "Nak Gile Jugak?" disitu nama produksi kau telah diletakkan disitu tanpa kebenaran dari kau (sbb kitorang tak perlukan kebenaran,kitorang main langgar je!) terima kasih kerana memberi kerjasama kepada kami dan rasanya ini adalah komen yang terpaling panjang yang pernah kau terima dalam blog kau atau lebih mesra bunyiknya kitorang lebih gile dalam membuat komen panjang yang seperti biasa... Takde Kaitan.. Terima Kaseyyy (versi Alleycats)