Followers

Monday, April 20, 2009

Merah Puteh



Another entry from Radius One,just to promote here.Drama series ini mengangkat keupayaan Isma Yusoof sebagai pengarah dan skrip yang bagus dari Jai.Series yang tidak menghampakan,walau Isma pertama kali mengarah.Syabas Isma!Syabas Ezad kerana mendidik Isma dengan keupayaan beliau sendiri.Jangan lupa saksikan cerita ini di TV9,:-)

Kalau anda penonton yang kerap menonton hasil kerja Radius One, terutamanya hasil kerja Shahrulezad Mohameddin; pasti menyedari barisan pelakon yang ditampilkan biasanya muka-muka yang sama sehingga sesetengahnya dilabel sebagai sinonim dengan Radius One. Ada juga yang menggelar mereka sebagai artis residen Radius One walaupun secara formalnya, Radius One masih dalam perancangan untuk mengumpulkan barisan pelakon yang akan dididik dan bernaung di bawah pentadbiran agensi Radius One Sdn Bhd. Barisan pelakon yang digelar artis residen Radius One ini juga sesetengahnya mendapat perhatian dunia seni melalui penampilan di dalam drama-drama Radius One.

Isma Yusoof mula berlakon untuk Radius One melalui telemovie Sutun 2. Dia memegang watak Fitri, lelaki lembut yang berasal dari Kelantan. Disebabkan watak tersebut sangat mencabar, tabu dan memikat hati penonton, watak Fitri hampir membayangi watak utama Adek. Ini bermakna dia berjaya membawakan watak tersebut dengan berkesan. Dari situ Isma Yusoof mula dikenali ramai terutamanya apabila Radius One sekali lagi menampilkan Isma Yusoof memegang watak Mac, seorang mekap artis di bawah satu syarikat penyiaran terkemuka milik Emil dalam Emil Emilda. Emil Emilda merupakan satu lagi drama yang menaikkan nama Radius One apabila drama ringan ini dengan mudah mendapat tempat di hati penonton. Kemudian, Isma Yusoof tampil lagi dalam telemovie raya, Abang, Mak Panggil Balik. Seterusnya, Isma tampil pula dalam Kerana Cintaku Saerah, Sindarela, dan Rona Roni Makaroni. Ketiga-tiga drama bersiri ini betul-betul menaikkan nama Isma Yusoof di persada seni diatas keberkesanan lakonannya. Isma juga kembali sebagai Fitri melalui Sutun versi drama bersiri, Sutun Kembali Lagi.

Seorang lagi pelakon yang sedang mendapat perhatian dunia seni dan karier lakonannya tercetus dengan memberansangkan melalui drama Radius One adalah Wan Sharmila. Wan Sharmila juga mula berlakon dengan Radius One melalui telemovie Sutun 2. Dari situ perjalanan karier Wan Sharmila bersama Radius One adalah selari dengan Isma Yusoof. Kerana Wan Sharmila tampil dalam hampir setiap drama terbitan Radius One yang melibatkan Isma Yusoof kecuali Kerana Cintaku Saerah dan Abang, Mak Panggil Balik. Wan Sharmila juga mendapat gelaran tidak formal sebagai artis residen Radius One.

Pelakon lain yang kerap muncul dalam hasil produksi Radius One adalah seperti Sharifah Amani, Bront Palarae, Noor Khiriah, Ku Yusri (Adek), Nadia Aqilah (Luscious), dan Noryati Taib (atau lebih dikenali sebagai Makcik Mary). Pelakon-pelakon ini kerap muncul dalam produksi Radius One kerana dikatakan keserasian yang wujud diantara pelakon-pelakon ini, kru-kru produksi, penerbit dan pengarah. Shahrulezad menulis skrip kebanyakannya adalah berdasarkan karakter pelakon-pelakon tersebut yang dikenalinya.

Drama terbaru Radius One, Merah Puteh menampilkan barisan pelakon-pelakon yang belum pernah muncul dalam mana-mana produksi Radius One seperti Zahiril Adzim dan Ellyas Abdullah yang membarisi senarai pelakon utama dalam Merah Puteh. Masing-masing memegang watak dalam tajuk, Zahiril Adzim sebagai Merah dan Ellyas Abdullah sebagai Puteh.

Zahiril Adzim mula mendapat tempat di dalam industri melalui drama bersiri Kami yang kemudiannya menjadi versi layar perak. Manakala Ellyas Abdullah pula pernah popular melalui drama bersiri Dunia Baru, yang juga menjadi versi layar perak kemudiannya. Apabila ditanya perasaan mereka apabila ditawarkan berlakon di dalam drama terbitan Radius One, masing-masing meluahkan perasaan gembira dan terharu kerana berpeluang bekerja di bawah produksi yang banyak menghasilkan drama yang berkualiti. Mereka sedar penonton menanti-nantikan drama terbitan Radius One.

Pelakon lain yang tersenarai dalam barisan pelakon-pelakon utama Merah Puteh yang tidak pernah bekerja dengan Radius One adalah Ainul Aishah, Noris Ali, Sharuddin Thamby dan Redzuan Hashim.

Dira Abu Zahar dan Hairul Azreen pula diperhatikan bakal menjadi wajah Radius One apabila selepas mereka berjaya membawakan peranan masing-masing dalam Rona Roni Makaroni, mereka dipanggil lagi untuk memegang watak di dalam barisan utama pelakon-pelakon Merah Puteh. Dira pernah membawakan watak Gia dan Hairul Azreen pula pernah membawakan watak Boy di dalam Rona Roni Makaroni yang baru tamat siarannya hampir sebulan lepas. Dalam Merah Puteh, Dira akan memegang watak Anggun, gadis yang tersepit di antara cinta adik beradik Merah dan Puteh. Manakala Hairul Azreen pula akan memegang watak Beego.

Merah Puteh turut mengekalkan beberapa wajah Radius One seperti Wan Sharmila yang memegang watak sinikal, Iman di samping Tania Zainal dan Nadia Aqilah. Menariknya, walaupun Isma Yusoof tidak tersenarai dalam barisan pelakon utama Merah Puteh, tetapi kali ini beliau tampil belakang tabir untuk mengarah Merah Puteh di samping co-pengarah, Megat Sharizal. Walaupun Isma pernah terlibat membantu mengarah beberapa scene dan episod dalam Sutun Kembali Lagi, tetapi Merah Puteh boleh dikatakan anak sulung hasil pengarahan Isma Yusoof bersama Megat Sharizal.

Harapan kami, Merah Puteh akan mempunyai karisma tersendiri seperti produksi-produksi Radius One sebelum ini yang pernah mendapat sentuhan Shahrulezad Mohameddin. Dimaklumkan bahawa Shahrulezad pula sedang sibuk dengan penggambaran telemovie Intan Sayang Manja (bukan produksi Radius One) dan pra-produksi Tari Tirana yang akan memulakan penggambarannya tengah bulan Mei 2009.

Bulan Mei ini menyaksikan dua produksi Radius One akan memulakan penggambaran serentak iaitu Tari Tirana dan Cinta Balkish. Cinta Balkish akan diarahkan oleh Haikal, pengarah drama bersiri Mr Mama yang pernah ditayangkan pada tahun 2008 yang lepas.

Merah Puteh disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3 dan 8.30 malam di TV9

2 comments:

ThreeStooges said...

huk huk huk....tp memang citer macam ader rare skit...tak terbayang pulak ader bawang putih merah ade lakinyer version..ade lagi ker sayur-sayuran yang ader double warna..mungkin cam bayam ker apebende sayur tuh bulat2...ade hijau, ader cam merah..kentang ader satu warna..kangkung mmg warna hijau kan..adeker kangkung warna lain..??

tp citer ni ade rare..skarang org start buat drama dulu...lpass tu baru buat filem...aku raseler...sbb org malaysia suke drama...jeng..jeng...jeng..baru suspen sbb trtunggu skit ape sambungannyer kan...mcm upin-ipin...btol x3

cubeler buat drama..

ThreeStooges said...

dari comment yg dikau berikan itu...

aku ader satu idea..

buat citer yang kiasahnya menceritakan:

"APA ADA DALAM KARI KEPALA IKAN"

huhuhuhu...besh tak??

trimass beb...