INT/MEJA AKU/PEJABAT/AKU-AFTERNOON
C/U Skrin komputer aku sedang menaip. Satu persatu huruf ditaip.
Saat rakan rakan sepejabat sibuk untuk ber'Hijrah' mahu pun ke beberapa institusi lain aku ditawarkan oleh satu produksi kecil untuk satu tugas yang bagiku besar untuk 1 projek filem,teater muzikal dan tele/series untuk sebuah kisah biografi dari sebuah buku. Projek filem ini tertangguh pembikinannya dan sebelum ini nama nama besar di dalam industri yang ditugaskan untuk mengemudikannya. Entah di mana silapnya,maka projek ini terus tertangguh dan tertangguh sehinggakan mereka meninggalkannya kerana punya komitment lain. Aku antara yang dihubungi produksi tersebut,diamanahkan untuk meneruskan kerja projek yang tertangguh ini. Atas nama pencinta seni,kerana 'passion'ku dan tugas di dalam institusi maka aku sebulat hati menyahut cabaran ini. Walhal tersembunyi kegusaran kerana aku sangat kecil dan masih bertatih tatih jalan jatuh dalam bidang penulisan skrip. Tetapi seperti kata mereka,mereka memang memerlukan penulis yang 'fresh' seiring dengan produksi kecil mereka yang baru mahu bermula,maka ketakutan dan kegusaranku itu hilang sedikit demi sedikit. Aku teruja menerima tawaran ini,kerana jika ianya berjalan seperti yang diharapkan..maka aku akan mencipta satu kejayaan peribadi.
Tidak lama kemudian aku dihubungi oleh produksi,sementara menunggu beberapa perkara yang harus dipastikan dari segi 'legal'..maka produksi membuka peluang kepadaku untuk mengirimkan apa jua naskhah yang boleh diketengahkan sementara menunggu projek ini sebetulnya on a track. Mudah mudahan,ianya berjalan lancar..itu doa antara pemilik produksi dan aku. Bagus juga tidak mula sekarang,kerana aku harus satu satu bernafas untuk mengutip persediaan bagi projek besar ini. InsyaAllah moga Allah permudahkan.
Proposal proposal lainnya di dalam 'BANK SKRIP'ku sudah pun aku hantar ke beberapa produksi. Penantian ini sungguh seksa rasanya tanpa feedback,tanpa pamitan. Aduh...Kata seorang insan seni kepadaku...
INSAN SENI
kalau karya kita tidak diterima,bukan bermakna kita tidak bagus...tetapi kita terlalu bagus.
VO AKU
Huh..baguskah aku?
INSAN SENI 2
Dalam seni tidak ada betul atau salah
Salah pada orang,betul pada kita...
Jadi teruskan aje..
Yang salah itulah selalunya menjadi karya yang baik
AKU
Ermm (terdiam,terkesima,menggangguk angguk)
Kemudiannya melalui contact dari Kak Maizurah Ederis,aku dihubungi oleh seorang pengarah untuk kesinambungan satu projek RTM. Aku masih menunggu dan menunggu. Benar penantian ini suatu penyeksaan!
Aku juga ditawarkan menghadiri satu temuduga oleh satu stesen TV baru dan aku sudah pun ditemuduga. Aku tidak mahu berharap,walau pun ada ura ura mengatakan ianya pasti dapat..hehe. Jika ada,maka aku menerimanya kerana mencuba mahu 'berjihad' ke jalanNya dengan penulisan. Moga moga mendapat syafaat dan muhasabah..paling tidak untuk diri aku. Atas itu,aku dipujuk (sesuai ke perkataan pujuk tu ;-P) oleh pemilik produksi sekarang agar tidak ke mana mana dan sama sama berjuang dengan syarikat. Katanya aku diperlukan dalam konteks penulisan di sini. Dan katanya penulisanku sudah diakui oleh clients.Hah? Aku terkesima,kerana di sini belum pun penulisanku mendapat tempat di stesen TV itu. Cuma aku membantu penerbit dalam usaha yang tidak seberapa. Lantas,aku keliru..clients apa yang dimaksudkan..ermm.Hah,senang aku merujuk agaknya mereka berpaksikan karyaku di dalam 'Selipar Jepun Suria' agaknya. Tetapi 'Selipar Jepun Suria' hanya baru permulaan. Erm,entahlah. Apa pun segala percaturan ini,dugaan ini,jatuh bangun ini,iltizam ini,hipokrasi yang berlaku atau pujian yang melampaui...hehe.. AKU TETAP PENCINTA DRAMA MALAYSIA dan aku berbangga tentang itu.
SFX - Ayu OIAM Hanya Di Mercu
...keterbatasan tak wajar menjadi penghalang
sampai bila aku bertanya,sampai bila ku harus mencuba
bila lagi,desak hatiku..bila lagi
aku harus berani
lalu ku bangkit tegak berdiri
mengatur langkahku terus mendaki
cita citaku di mercu!
...Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian...
CUT TO
1 comment:
kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita lakukan.
good luck. :)
Post a Comment