Terlalu banyak yang ingin ditulis dan dilakar menjadi paparan semua di blog ini. Tetapi kesuntukan masa,hujung tahun serba serbi tahulah membuatkan rangka penulisan terhenti dan berlegar di kepala sahaja.
Saya baru kembali dari Surabaya dan Thailand. Berkelana atas urusan kerja bersama crew 'Musafir' dan Imam Muda Hizbur & Taufek. Banyak cerita,banyak pecahan pengalaman yang ingin saya kongsi bertujuan untuk kita sama sama tahu dan mengambil yang baik dari pengalaman yang setitis itu. InsyaAllah saya akan postkan bila kembara saya ke dua negara ini telah habis saya tulis.
Dugaan menempuh pengalaman,shooting pula di negara orang semakin mematangkan saya di dalam industri dokumentari yang akan saya bawa untuk bekal mendidik generasi mendatang.
Lainnya,saya cukup bersyukur bila 'Selipar Jepun Suria' my baby tercalon dalam Top 17 ke Anugerah Skrin Tv3 2010. Walau tidak menang,ianya sudah menang di hati saya. Apa pun saya merasa bangga terhadap Sifoo saya Shahrulezad Mohameddin yang merangkul banyak anugerah di dalam Antara Garisan. Posting Antara Garisan dalam blog saya ini,kalian boleh rujuk. Tahniah juga saya ucapkan kepada rakan seperjuangan Kak Maizurah Ederis yang berjaya di dalam rantaian drama terbaik Nur Kasih dan Murali Abdullah yang merangkul Pengarah Terbaik. Bagi yang kurang bernasib baik antaranya sahabat saya Zaini Kosnin. InsyaAllah ini akan menjadikan kita lebih bekerja keras.
Beberapa proposal drama saya doakan menjadi wadah siaran TV anda :-).
Puteri saya berjaya memasuki sebuah Maahad untuk Tingkatan 1. Doakan yang terbaik untuk Puteri saya ya.
Musafir Astro Oasis sudah keluar di mstar online. Terima kasih kepada wartawan dan pihak yang menyokong. Kekurangan akan kami perbaiki dari semasa ke semasa.
Nantikan hasil hasil kerja dokumentari dari saya menghiasi Astro Oasis dan drama drama saya di stesen TV lainnya. Mohon didoakan untuk saya yang baik baik sahaja.
Pengembaraan Imam Muda Dalam Musafir
Oleh KEMALIA OTHMAN
Imam Muda Hizbur dan Taufek
BANGKOK: Astro Oasis menerbitkan sebuah lagi program keagamaan Musafir yang mengisahkan pengembaraan dua orang Imam Muda iaitu Hizbur Rahman dan Mohd Taufek Mohd Noh dalam menyusuri kehidupan masyarakat Islam di rantau ini.
Program tersebut yang bakal ke udara pada 12 Januari, pukul 7.30 malam juga akan memaparkan sejarah awal perkembangan Islam di Asia Tenggara.
Sebanyak enam buah negara iaitu Malaysia, Brunei, Kemboja, Singapura, Indonesia dan Thailand akan dijelajahi bagi meninjau keunikan seni bina masjid dan budaya masyarakat setempat.
Menurut produser dan penulis skrip, Norhaidatul Azian Tajul Ariffin, program ini mempu memberi kesedaran kepada masyarakat Islam bagaimana kehidupan dan kesusahan yang dialami oleh masyarakat Islam di negara jiran berbanding di Malaysia.
Mimbar di Masjid Ban Hoe salah sebuah masjid di Thailand
“Pelbagai pengalaman yang kami tempuhi sepanjang penggambaran tersebut. Kami bermalam di sesuatu tempat untuk beberapa hari bagi mengetahui bagaimana budaya dan cara hidup mereka.
“Setiap masjid yang kami lawati mempunyai keunikan tersendiri, malah lebih memberi kesedaran ialah cara pelbagai agama menghormati agama masing-masing,” ujarnya.
Jelasnya, lebih 50 buah masjid akan dipaparkan melalui 13 episod. Setiap masjid mempunyai kisah unik di sebalik sejarah kewujudannya.
“Kita mencari masjid yang mempunyai sejarah tersendiri seperti masjid pertama di mana Islam mula bertapak dan keunikan masjid mengikut budaya masyarakat sesebuah kawasan,” katanya.
Tambah Norhaidatul, kerjasama yang diberikan oleh masyarakat setempat turut memudahkan proses penggambaran dilakukan.
“Tiada masalah dari segi proses penggambaran. Kebanyakan masyarakat setempat menyambut baik kedatangan kami. Malah mereka banyak membantu krew produksi jika terdapat masalah seperti bahasa dan makanan,” ujarnya.
Thursday, December 30, 2010
Friday, December 10, 2010
'Selamat Pengantin Baru' My Luvly Adek; Anwar Murad & Dahlia Bazila Mohd Zain'
"Sis,tunggu tau Lya turun"
Aku teruja mahu berjumpa dengan bidadari pujaan hati 'Adek'. 'Adek' siapa? 'Adek' merupakan adik yang walau bukan sedarah sedaging,sepusat sepusing tetapi itulah dia namanya 'Adek'ku,yang ku kenali beberapa tahun dahulu,saat getir dan sedihnya mengalami fasa hidup. Betapa mana tidak aku teruja,kerana aku yang melihat kesengsaraan Adek suatu ketika dahulu,ketika dilukai. Kronik,adek pada masa itu. Dan aku percaya Lya merupakan seorang wanita yang tabah dan mampu membawa adekku ini dan menyayanginya lebih dari Adek menyayanginya. Orang kata,carilah orang dari orang yang menyintai kita lebih dari kita menyintainya dan kita akan ketemu bahagia. Dan ini,aku dapat menemui cinta Lya pada sepasang bening matanya lewat pertemuan kami.
Lya & Nwa
Adek & bidadari kesayangan Adek,bukan mudah mengharung rumah tangga,tidak juga susah untuk ke syurga dengan rumahtangga. Perkahwinan merupakan perkongsian dalam apa pun,bukan kongsi materi,tetapi berkongsi tujuan dan haluan mendidik sifat batiniah dan lahiriah menuju ke syurga. Sis,tidak layak berkata sepenuhnya kerana Sis juga bukan contoh yang terbaik. Tetapi,mungkin setitik pelajaran Sis dari kegagalan lalu bisa Sis sampaikan agar kalian menjadikan rumahtangga jalan ke syurga.
Lya,jaga suami dan rumahtangga. Adek berkahwin,bermakna kita juga berkahwin dengan kesemua ahli keluarganya. Perkahwinan juga adalah proses mengenali hingga ke akhir hayat,proses membajai kasih sayang dan memupuknya dari saat ke saat. Perkahwinan bukan sekadar nafsu semata,bukan juga setakat teman ranjang,bukan juga sekadar peneman...tetapi adalah segala galanya dari segi aspek. Lya, mudah benar wanita itu mahu ke syurga dengan tiket isteri,hanya menjaga yang 4 itu;solat,maruah diri,maruah suami dan berpuasa maka isteri itu bisa masuk ke dalam mana mana pintu syurga yang dikehendakinya. Suami juga harus dijaga 'keinginan'nya seperti yang Sis bekalkan tempoh hari. Berhiaslah untuk suami dan jagalah kehendak dan apa yang disukainya.
Adek & Lya,ini baru permulaan bagi sebuah fasa norma kehidupan. Banyak lagi perjalanan yang akan ditempuh selepas ini. Ini bukan mudah,bukan juga payah tetapi ijtihad yang tegar,niat yang bersih dan paksi ke syurga akan menjadi perjalanan ini sampai dengan bahagia. Semoga kita semua bertemu di 'Syurga Adnin'. Amin ya Rabbal Alamin.
'Selamat Pengantin Baru' My Luvly Adek; Anwar Murad & His Nice Wife;Dahlia Bazila Mohd Zain'
Ikhlas
~Sis~
Subscribe to:
Posts (Atom)