Followers

Thursday, December 30, 2010

Hujung Tirai 2010

Terlalu banyak yang ingin ditulis dan dilakar menjadi paparan semua di blog ini. Tetapi kesuntukan masa,hujung tahun serba serbi tahulah membuatkan rangka penulisan terhenti dan berlegar di kepala sahaja.

Saya baru kembali dari Surabaya dan Thailand. Berkelana atas urusan kerja bersama crew 'Musafir' dan Imam Muda Hizbur & Taufek. Banyak cerita,banyak pecahan pengalaman yang ingin saya kongsi bertujuan untuk kita sama sama tahu dan mengambil yang baik dari pengalaman yang setitis itu. InsyaAllah saya akan postkan bila kembara saya ke dua negara ini telah habis saya tulis.

Dugaan menempuh pengalaman,shooting pula di negara orang semakin mematangkan saya di dalam industri dokumentari yang akan saya bawa untuk bekal mendidik generasi mendatang.

Lainnya,saya cukup bersyukur bila 'Selipar Jepun Suria' my baby tercalon dalam Top 17 ke Anugerah Skrin Tv3 2010. Walau tidak menang,ianya sudah menang di hati saya. Apa pun saya merasa bangga terhadap Sifoo saya Shahrulezad Mohameddin yang merangkul banyak anugerah di dalam Antara Garisan. Posting Antara Garisan dalam blog saya ini,kalian boleh rujuk. Tahniah juga saya ucapkan kepada rakan seperjuangan Kak Maizurah Ederis yang berjaya di dalam rantaian drama terbaik Nur Kasih dan Murali Abdullah yang merangkul Pengarah Terbaik. Bagi yang kurang bernasib baik antaranya sahabat saya Zaini Kosnin. InsyaAllah ini akan menjadikan kita lebih bekerja keras.

Beberapa proposal drama saya doakan menjadi wadah siaran TV anda :-).

Puteri saya berjaya memasuki sebuah Maahad untuk Tingkatan 1. Doakan yang terbaik untuk Puteri saya ya.

Musafir Astro Oasis sudah keluar di mstar online. Terima kasih kepada wartawan dan pihak yang menyokong. Kekurangan akan kami perbaiki dari semasa ke semasa.

Nantikan hasil hasil kerja dokumentari dari saya menghiasi Astro Oasis dan drama drama saya di stesen TV lainnya. Mohon didoakan untuk saya yang baik baik sahaja.

Pengembaraan Imam Muda Dalam Musafir

Oleh KEMALIA OTHMAN

Imam Muda Hizbur dan Taufek

BANGKOK: Astro Oasis menerbitkan sebuah lagi program keagamaan Musafir yang mengisahkan pengembaraan dua orang Imam Muda iaitu Hizbur Rahman dan Mohd Taufek Mohd Noh dalam menyusuri kehidupan masyarakat Islam di rantau ini.

Program tersebut yang bakal ke udara pada 12 Januari, pukul 7.30 malam juga akan memaparkan sejarah awal perkembangan Islam di Asia Tenggara.

Sebanyak enam buah negara iaitu Malaysia, Brunei, Kemboja, Singapura, Indonesia dan Thailand akan dijelajahi bagi meninjau keunikan seni bina masjid dan budaya masyarakat setempat.

Menurut produser dan penulis skrip, Norhaidatul Azian Tajul Ariffin, program ini mempu memberi kesedaran kepada masyarakat Islam bagaimana kehidupan dan kesusahan yang dialami oleh masyarakat Islam di negara jiran berbanding di Malaysia.
Mimbar di Masjid Ban Hoe salah sebuah masjid di Thailand

“Pelbagai pengalaman yang kami tempuhi sepanjang penggambaran tersebut. Kami bermalam di sesuatu tempat untuk beberapa hari bagi mengetahui bagaimana budaya dan cara hidup mereka.

“Setiap masjid yang kami lawati mempunyai keunikan tersendiri, malah lebih memberi kesedaran ialah cara pelbagai agama menghormati agama masing-masing,” ujarnya.

Jelasnya, lebih 50 buah masjid akan dipaparkan melalui 13 episod. Setiap masjid mempunyai kisah unik di sebalik sejarah kewujudannya.

“Kita mencari masjid yang mempunyai sejarah tersendiri seperti masjid pertama di mana Islam mula bertapak dan keunikan masjid mengikut budaya masyarakat sesebuah kawasan,” katanya.

Tambah Norhaidatul, kerjasama yang diberikan oleh masyarakat setempat turut memudahkan proses penggambaran dilakukan.

“Tiada masalah dari segi proses penggambaran. Kebanyakan masyarakat setempat menyambut baik kedatangan kami. Malah mereka banyak membantu krew produksi jika terdapat masalah seperti bahasa dan makanan,” ujarnya.

No comments: