Followers

Thursday, June 16, 2011

Akhirnya Aku 'Freelance' Sepenuh Masa



Sebelum ni aku teringin sangat untuk jadi 'freelance'. Kebanyakan kawan kawan penulis semuanya adalah 'freelance script writer','freelance producer' dan 'freelance crew'. Macam mana pulak aku boleh sangkut jadi 'in house staff' kan. Apa pun semua tu rezeki Allah yang telah tercatat di Loh Mahfuz lagi. Semuanya adalah ketentuan Ilahi Yang Maha Berkuasa.

Macam macam jugak cerita yang kurang elok didengar mengenai 'freelance' dalam industri ini. Tidak kurang pelbagai cerita yang merana aje yang aku dengar. Cerita cerita yang baik pun ada juga. Tapi hasil kebanyakan penulis penulis skrip yang aku nampak dan bergaul sendiri dengan mereka. Boleh aje cari makan. Mungkinlah kan. Rumah produksi ada 600, penulis ada 100 orang aje yang aktif lebih kurang. Jadi bayangkanlah pasaran untuk memenuhi kehendak stesen TV itu. InsyaAllah, tetapi penulisan dan cerita harus kena dengan selera, membina dan berkualitilah dari masa ke semasa.

Aku? Sudah bersediakah untuk merisikokan diri untuk menjadi 'freelance'? Aku tak kata aku cukup bersedia, tetapi aku cuma percaya, tekad, redha dan berserah segala galanya di tanganNya. Tentunya dengan yang bernama usaha. Takde usaha, Allah pun marah. Banyak jugak soalan yang berliku2 datang di pendengaranku. Boleh ke 'survive', 'tough' jugaklah dan sebagainya. Ye dan aku pun sedar, akan risikonya. Tetapi bekerja makan gaji pun terkadang risiko akan berada dalam ruang lingkup yang lain pula. Sama aje. Jadi aku harus bersedia dengan apa juga kemungkinan.

In House
Kelebihan
1) Tak perlu pening kerana ada gaji tiap2 bulan
2) Kerja macam orang biasa,'punch card' dan balik
3) Tak perlu pening2 naik panjat turun tangga 'production' lain

Kekurangan
1) Pendapatan tetap macam tu ajelah - Statik
2) Kerja dengan orang serba tahulah, kena ikut telunjuk orang dan patuh pada undang2 syarikat.

Freelance
Kelebihan
1) Pendapatan ikut usaha dan rezeki. Lebih usaha,lebihlah rezeki. Nasib pun kadang2 ambik kira jugak. 1 bulan gaji freelance (kira rate telemovie drama la)bersamaan 2 atau 3 kali gaji in house. So ianya dalam secara tak lansung mengajar erti disiplin gak,pada DUIT. Erti berjimat cermat, membeli bila perlu.
2) 'Manage' masa sendiri. Suka hati nak bangun pukul berapa. ( Tapi harus disiplin!)

Kekurangan
1) Nganga bila takde 'income' dan projek
2) Kadang kadang 'miss soru'
3) Kena tipu aje kenkadang

Timbang taranya sama sahaja. Mana2 ada pro dan kontranya. Tapi aku percaya 9 daripada 10 rezeki di bumi Allah ini bertebaran dari hasil perniagaan. Dan 'freelance' adalah salah satu daripada kaedah perniagaan sendirilah kiranya. Aku mulai sekarang harus disiplin pada diri sendiri,pada wang,pada hasil karya agar menetapi kehendak rumah rumah produksi. Risiko untuk tidak ada pendapat dalam 1 bulan atau lebih, besar sebagai 'freelance'. Maka aku harus bijak menyusun strategi. Aku masih ada tanggungjawab pada industri baik drama mahu pun program tv berbentuk dokumentari dan majalah waima apa pun. Selagi ada peluang,selagi ada ruang dan selagi nafas masih menghuni menyusur nadi ini. Di mana bumi di pijak! Pesan Sifu M Nasir :-).

Tip Bekerja Secara 'Freelance' (Tip yang terlintas di kepala aku)
1) Disiplin - contohnya, kalau bakat aku menulis dan produce. Untuk menulis aku harus menghasilkan lebih kurang 1 proposal program TV sehari. Itu akulah. Jangan lalai dan malas! Sebab senang kita ada 'BANK PROPOSAL' sendiri bila produksi mintak.

2) Dapat payment segedebuk besar tu, ianya boleh digunakan untuk mungkin 3-4 bulan perbelanjaan. Jadi asingkan untuk benda2 yang wajib dibayar yang harus didahulukan. Contoh kereta,rumah,yuran sekolah anak dan lain lain. Saving, saving & saving...100x.

3)'Planning'. Bila 'on' projek sekarang sudah mula memikirkan untuk projek 2,3 yang akan datang dan soru yang akan datang.

4) Rajin buat networking. Rajin mencuba dan jangan sampai kena tipu. Walau pun kadang2 sebagai penulis, memang ada berdepan dengan penipuan. Mencuba tak salah, dan rujuk dengan kawan kawan seperjuangan akan masalah yang kita berdepan itu.

5) Harus cekal, kuat semangat, kental dari semasa ke semasa.

6) Proposal di tolak bukan pengakhiran sebuah kehidupan. Itu hanyalah beberapa tapak lagi menuju kejayaan. Tanya kenapa ditolak, apa yang perlu diperbetulkan dan apa yang mereka mahu? Perlukah diubah jalan cerita? Atau jika produksi/stesen TV A tidak mahu, hantar sahaja ke produksi/stesen TV B.

7) Jujurlah dalam setiap karya anda. Kerana ianya akan mempermudahkan dalam segala urusan hingga ke akhirnya. Karya seni harus dari hati.

2 comments:

kasihredha said...

apa2 pun keputusan..semoga mdapat redha Allah
good luck :)

Sari Dahlia said...

lebih usaha... lebihlah rezeki, Insya Allah..kak, try menulis :)