Followers

Thursday, June 02, 2011

...dan tinta itu



dan tinta itu telah ku layangkan
setelah mencongak timbang taranya
dan tinta itu telah sampai ke tangan si penerima
lantas tinta itu dibaca tanpa rasa gundah gulana

satu persatu telah mula usang di sini
menelan pahit,bara dan duri
tambahan bila materi menjadi utama
mahu tidak mahu digunakan bagi mendidik waris

dan tinta itu menjadi tanda
akan segalanya akan berakhir di sini
membuka pekung dan ruang tanda sebuah kasih sepercik
sebuah duka menghiris satu satu makna perjuangan

tanpa tahu ke mana arah
entah kenapa 'yakin' ini bertali temali
rezeki ini datang dengan kurniaanNya dengan usaha
akan datang satu satu sampai saat dan ketikanya
mungkin atau malah lebih baik?

dan tinta itu bukan lambang benci
jauh lambang dendam
cuma sedikit terasa
tetapi tidak mengapa
budi setitik akan menghapus segala 'dosa'

bukan mudah menelan bara
apatah lagi menjadi pengkarya di ruang lingkup ini
terkadang langkah bisu
malah terkadang berjalan tanpa henti
duri dan onar sentiasa menaburi perjalanan denai ini
di telan demi nama sebuah perjuangan
untuk mercu tanda
dalam tahap yang kita impikan

2 comments:

Hanis MY said...

wow! suka2....

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

Terima Kasih Hanis MY :-)