Followers

Sunday, April 22, 2012

Ombak Rindu-Mu

Tuhan tolong lembutkan hatiku
Untuk Kau terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa Engkau di sisiku


Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatiku ‘tuk cinta-Mu

Malam Kau bawalah rinduku
Untuk diri-Mu yang tak jauh dariku
Agar diriku tak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar Kau tahu ku tersiksa
Tanpa cinta Dikau di hatiku


Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti


Tuhan tolong lembutkan hatiku
Untuk Kau terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa Engkau di sisiku


* seperti lagu ciptaan Opick pada Dealova, saya lebih suka jika Dealova itu diarah kepada unsur ketuhanan. Begitu juga dengan lagu Ombak Rindu ini yang telah sedikit saya ubah liriknya untuk memuja, mencintai dan merindu Tuhan.

Thursday, April 19, 2012

Surat Cinta Dari Seorang Ikhwah & Akhwat

Isi Hati Sang Ikhwah

Wahai Zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu

Yang ada di sisiku, hanya Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al Quran,
Yang ada di sisiku, kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti

Zaujahku, persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangan dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijabkabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah


Dari Sang Akhwat

Wahai Zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan, kerna kau tidak mengenal siapa aku

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana ke sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat, dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walau pun aku tidak tahu siapakah kamu

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna aku mendambakan seorang Zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti
Bukan paras rupa semata-mata,
Didiklah aku sentiasa tegar dalam mujahadahmu


"Ya Allah kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun kami yakin, Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang kami hanyalah satu, menuju redha-MU"


sumber : i luv islam

Tuesday, April 10, 2012

Fatimah Az Zahra Yang Dinikahi Hanya Dengan 400 Dirham


Kisah Siti Fatimah R.A. Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah S.A.W tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah R.A., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat. Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah S.A.W, merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah S.A.W. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah).

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat. Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri. Suatu hari, Rasulullah S.A.W masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah S.A.W menghentikannya. Berkata Rasulullah S.A.W dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat."

Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah S.A.W bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka.

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :
1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. Adil dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. Bertaubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik
4. Derma dan sedekah dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.

Mujahidah Ansarullah

Mujahidah itu…
Hati meresahkan kesal menolak cintanya,
Api cinta marak dipendam bahangnya,
kerna itu Rahsia hati dan cintanya,
Pada Allah saja diceritakan rahsianya,
Terusan berdoa memohon kepada-Nya,
Moga itu terbaik buat dirinya…

Mujahidah itu…
Di luaran dia tenang,
Dalam hati iman menentang,
Dalam hati nafsu berperang,
Antara dua cinta yang bertandang,
Namun, cinta Allah selalu menang,
Cinta kedua dilepaskan terbang…
Hari demi hari terus menyapa,
Kata orang mengapa tak punya rasa,
Sedangkan dia masih remaja,
Kata orang mengapa dia bahagia,
Sedangkan dia tak punya cinta,
Kata orang mengapa mantap hatinya,
Sedangkan dia tiada rijal penguatnya,
Mulut itu mulut mereka,
Sabarlah, biarkan saja…

Mujahidah itu…
Rabiatul Adawiyah itulah idolanya,
Sumayyah itulah obornya,
Khawlah itulah kecemburuannya,
Nusaybah itulah pahlawannya,
Fatimah itulah teladannya,
Aishah itulah buktinya,
Khadijah itulah kebanggaannya…

Mujahidah itu…
Dia mahu jadi bidadari,
Terus solehah di jalan Ilahi,
Itu mimpinya di malam hari,
Itu angannya di siang hari,
Itu bicaranya sehari-hari,
Menjadi isteri sentiasa berbakti,
Kepada suami bakal berbudi,
Pilihan Allah akan terbukti!
Ia janji yang sangat pasti!

Mujahidah itu…
Tidak takut kehilangan cintanya,
Biar pelbagai ujian melanda,
Lelaki itu, perlukan masa,
Memilih buat diri mereka,
Pilihan yang semestinya istimewa,
Calon ibu, buat zuriatnya!
Penyeri dunia, itulah temannya!
Di Syurga, itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya,
Menyedarkan, lelaki melainkan peranan,
Bahawa wanita bukan mainan,
Tetapi mutiara itulah nilaian…

Ya, mujahidah itu..
menghitung langkahnya,
Muhasabah dirinya,
katanya, dia masih banyak kurangnya!
Hanya menggeleng kepala..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja,
Diam maknanya iman sahaja bersuara,
Pandangan matanya dibutakan sahaja,
Buta maknanya hatinya mula berkata,
Rijal kekasih Allah itu yang diharapnya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!
Bukannya rijal yang sebaliknya…

Mujahidah itu…
Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah mati,
Tatkala ummat Muhammad dilukai,
Hatinya menangis penuh ngerti,
Tatkala jasad saudaranya dikelar sana-sini,
Hatinya meraung penuh simpati,
Tatkala adik seakidah dirogoli,
Dibunuh tanpa secebis insani,
Hatinya jadi benar-benar mati,
Tak punya masa untuk bekasihani…

Mujahidah itu…
Tidak dia rasa kekurangan,
Kerna sudah cukup adanya Tuhan,
Tidak dia sepi sendirian,
Bila sentiasa bertemankan Tuhan,
Dia umpama permata yang bersilau,
Kerdipnya menyilau pandangan,
Dialah wanita harapan Tuhan,
Kebanggaan umat zaman berzaman…

Mujahidah itu…
Menjadi gadis sudah fitrahnya,
Menjadi pilihan bukan pintanya,
Sebagai penyeri itulah hakikatnya,
Menjadi khalifah itulah tugasnya,
Membuat silap bukan sekali,
Namun mengalah tidak sekali,
Menjadi seorang mukminat sejati,
Itulah usahanya setiap hari…

Mujahidah itu...
Tetaplah dirinya teguh di satu jalan…
Menjadi bidadari sememangnya impian…
Melangkah dengan sejuta harapan…
Mengejar cinta dan keredhaan Tuhan…
Moga beroleh Syurga idaman…
Ameen…Ya Rabbb…


credit to :
http://loveofislam.wordpress.com/2010/11/19/mujahidah-ansarullah/#comment-30
syukran

Friday, April 06, 2012

19 KEISTIMEWAAN WANITA & 6 WANITA MALANG

19 Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.




6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah".

1. Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2. Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

3. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

6. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Thursday, April 05, 2012

Semesta bertasbih cinta
Dan daku bermunajat rindu
Tentang Dia Yang Maha Segala
Pemilik cahaya yang terangi kalbu

Dalam rindu ini bertanya:

"Persembahan syair suci apa yang akan menghantarkan kepedihan rindu ini pada wajah-Mu
Ya, Rabbi?
Erang tangis yang bagaimana?
Sehingga kelopak rinduku pada-Mu
Bakal memekarkan sekuntum bunga cinta?"

Duhai pemilik Arasy yang agung
Hanya nyanyian kerinduan
Berdenting mengalunkan pedihnya perasaan
Bersemi di kedalaman jiwa
Mendidih sukma
Berharap kembali kepada Engkau
Yang memangku
Semua yang ada

Oh nyanyianku...
Nyanyianku, nyanyian kerinduan
Selepas sekian lama jiwaku terpenjara
Dalam kegelapan
Seumpama musafir yang merindui cinta
Berharap segera sampai ke wajah Kekasih



- Salma
Novel Kidung Sholawat Zaki & Zulfa karya Taufiqurrahman Al Azizy

Monday, April 02, 2012

Terima Kasih Duhai DBP!

Hujung March lepas, dalam kesibukan berpencak dengan kerja-kerja, saya menerima juga pelawaan kakak saya 'Elaira' untuk ke DBP.

" Hari ini last Yan, diskaun dalam 30%" katanya

Dalam nak tak nak kerana perlu menemankannya saya pergilah. Jujurnya, saya memang kerap lalu di depan bangunan gah berdekatan bangunan MAA dan Jalan Hang Tuah itu namun saya tidak pernah singgah langsung. Malukan? Sebagai pencinta buku saya sedar saya harus kerap berkunjung ke sini. Ok, ok lepas ini ya :).

Kami ke Koperasi DBP itu yang jelas nampak dari dinding berkacanya dari luar. Malah kami juga adalah pembuka majlis tatkala saat itu tidak ada orang langsung. Cuma setengah jam selepas itu ruang koperasi itu dikerumuni beberapa kumpulan pelajar IPTA. Mana mereka datang ini ya?

Koperasi DBP tak sama macam kedai buku popular lain. Kalau masuk MPH, Kinokuniya, Popular, Marwilis dan sebagainya kalian akan perasan ada 'bau buku'. Yakni buku baru. Tapi tidak di sini. Mungkin buku-buku di sini sudah diambil lama dan mungkin juga buku baru bercampur dengan buku lama menjadikan ianya berbau lama. Tetapi saya cuba memaksa hati untuk memulakan membelek-belek buku dari satu rak ke satu rak. Argh boleh tahan banyak!

Buku-buku di sini banyak berorientasikan sastera dalam telahan saya. Banyak karya penulis tahun 90an berada di sini yang tidak ada di kedai buku lainnya! Rak demi rak saya kunjungi dan belek judulnya. Tiba-tiba nun di atas sana, saya melihat ada satu buku bernama 'ANDALUS'. Bukankah saya dan Andalus itu sukar dipisahkan. Saya capai dan ambil 2 dan memang pun hanya ada 2. Kemudian saya belek lagi. Bersebelahan rak saya menemukan 5 buku berkenaan ANDALUSIA! Ya Tuhan, betapa itu yang saya cari sekian lama. Betapa itu yang saya impikan sekian lama. Nah sekarang, impian sudah jadi nyata. Dan saya boleh tersenyum sekarang dengan buku-buku itu dan kamu yang di sana tunggu, saya akan memberikan buku itu juga untuk rujukan kamu menulis mengenai Andalusia. Dan saya sudah terbayang ruang Mezquita dengan diiringi lagu Hijab Kekasih-M.Nasir.