Isi Hati Sang Ikhwah
Wahai Zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah
Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu
Yang ada di sisiku, hanya Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al Quran,
Yang ada di sisiku, kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti
Zaujahku, persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangan dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah
Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijabkabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin
Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah
Dari Sang Akhwat
Wahai Zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan, kerna kau tidak mengenal siapa aku
Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana ke sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah
Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat, dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walau pun aku tidak tahu siapakah kamu
Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna aku mendambakan seorang Zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti
Bukan paras rupa semata-mata,
Didiklah aku sentiasa tegar dalam mujahadahmu
"Ya Allah kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun kami yakin, Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang kami hanyalah satu, menuju redha-MU"
sumber : i luv islam
No comments:
Post a Comment