Followers

Monday, April 02, 2012

Terima Kasih Duhai DBP!

Hujung March lepas, dalam kesibukan berpencak dengan kerja-kerja, saya menerima juga pelawaan kakak saya 'Elaira' untuk ke DBP.

" Hari ini last Yan, diskaun dalam 30%" katanya

Dalam nak tak nak kerana perlu menemankannya saya pergilah. Jujurnya, saya memang kerap lalu di depan bangunan gah berdekatan bangunan MAA dan Jalan Hang Tuah itu namun saya tidak pernah singgah langsung. Malukan? Sebagai pencinta buku saya sedar saya harus kerap berkunjung ke sini. Ok, ok lepas ini ya :).

Kami ke Koperasi DBP itu yang jelas nampak dari dinding berkacanya dari luar. Malah kami juga adalah pembuka majlis tatkala saat itu tidak ada orang langsung. Cuma setengah jam selepas itu ruang koperasi itu dikerumuni beberapa kumpulan pelajar IPTA. Mana mereka datang ini ya?

Koperasi DBP tak sama macam kedai buku popular lain. Kalau masuk MPH, Kinokuniya, Popular, Marwilis dan sebagainya kalian akan perasan ada 'bau buku'. Yakni buku baru. Tapi tidak di sini. Mungkin buku-buku di sini sudah diambil lama dan mungkin juga buku baru bercampur dengan buku lama menjadikan ianya berbau lama. Tetapi saya cuba memaksa hati untuk memulakan membelek-belek buku dari satu rak ke satu rak. Argh boleh tahan banyak!

Buku-buku di sini banyak berorientasikan sastera dalam telahan saya. Banyak karya penulis tahun 90an berada di sini yang tidak ada di kedai buku lainnya! Rak demi rak saya kunjungi dan belek judulnya. Tiba-tiba nun di atas sana, saya melihat ada satu buku bernama 'ANDALUS'. Bukankah saya dan Andalus itu sukar dipisahkan. Saya capai dan ambil 2 dan memang pun hanya ada 2. Kemudian saya belek lagi. Bersebelahan rak saya menemukan 5 buku berkenaan ANDALUSIA! Ya Tuhan, betapa itu yang saya cari sekian lama. Betapa itu yang saya impikan sekian lama. Nah sekarang, impian sudah jadi nyata. Dan saya boleh tersenyum sekarang dengan buku-buku itu dan kamu yang di sana tunggu, saya akan memberikan buku itu juga untuk rujukan kamu menulis mengenai Andalusia. Dan saya sudah terbayang ruang Mezquita dengan diiringi lagu Hijab Kekasih-M.Nasir.

No comments: