Waktu seakan berbicara
Kau harus relakan pergiku..sayang
Meski sakit….
Bukan..ku tak ingin bersamamu
Tapi harus ku relakan hidupku..
Untuk hidupmu..
Cintaku..hanyalah padamu
Untuk selamanya...
Meski aku..tak lagi denganmu
Cinta ini hanyalah untukmu…
Maafkan..ku tak bisa menjaga dirimu
Hingga akhir menutup matamu
Kan ku tunggu di nirwana
Cintaku..hanyalah padamu
Untuk selamanya..
Meski aku..tak lagi denganmu
Cinta ini hanyalah untukmu
Cintaku..hanyalah padamu
Untuk selamanya..
*Lagu ini merupakan lagu OST drama bersiri BONDA, hasil nukilan skrip saya & Rozie Rashid. Dicipta oleh Manusia Putih a.k.a Adi 6ixth Sense. Lakonan utama oleh Normah Damanhuri, Eira Syazira, Syed Ali, Hairi Safwan, Shaharudin Thamby dan lain-lain. Arahan Azman Haji Yahya(Jinggo) dan terbitan JS Pictures. Telah ditayangkan pada April-June lalu. Sekarang sedang diulang tayang pada hari Khamis, malam Jumaat jam 1.30 pagi-3 pagi. Check it out :D!
Jujurnya ianya adalah kisah saya sendiri yang berdepan dengan pelbagai dugaan dalam membesarkan anak-anak. Juga kegusaran orang keliling saya akan diri saya. Semoga nauzubillah anak-anak saya tidak menjadi seperti watak Shasha yang dilakonkan Eira Syazira di dalam ini. Saya dedikasikan cerita ini juga khusus untuk anak-anak,BONDA saya dan semua yang bergelar IBU.
No comments:
Post a Comment