Followers

Wednesday, September 25, 2013

Surat Untuk Tuhan



Tuhan,
Bisakan untuk aku merintih?
Menyapa namaMu dalam dosaku yang melaut?
Bolehkan Tuhan,
Untuk aku merapatkan kedua tangan
Untuk berdoa?





Layakkah aku Tuhan, mendapat bahagia?
Setelah separuh hidupku banyak lara?
Tuhan,
Layakkah aku mendamba
Cinta-cinta dunia?

Tuhan,
Seringkali aku memikirkan
Kepedulian tentang hiruk pikuk dunia
Aku hanya mahu pejam seketika
Sambil menunggu seraut wajah salju
Menyiram dingin kasturi
Yang layakkah untukku yang 'tiada'?

Bolehkan Tuhan,
Aku bahagia....?
Walau selayaknya aku, duduk diam di sini
Menghitung kerdip kejora

Tuhan,
Bolehkah aku?
Tersenyum untuk waktu yang lebih lama
Agar tidak ada lagi air mata?



*If you feel that you're very down.
Just close your eyes and say
This is my journey
HE puts me here
Its his plan
So i have to carry on
And trust HIM

Sunday, September 08, 2013

SALAM MUSLIM - Episod TALAK, TERLERAI JUA (TALAK & CERAI)

Promo : Saksikan SALAM MUSLIM, episod ke 18 TALAK TERLERAI JUA pada 9/9 Isnin ini di Astro Oasis 106 dan tayangan serentak di Astro Maya HD 135. Ulangan Isnin 10:30 mlm, Sabtu 3 petang & Ahad 6 petang.

Hos : Siti Nordiana Alias (pengalaman bercerai secara sms/phone dengan pelakon Allahyarham     Faizal Yusof)

Case Study : 
Datuk Hattan (kes cerai dan rujuk dengan Ariani), 
Puan Nora (bercerai April 2013/kes hadir orang ke 3) 
Razi Hafidz (melalui 2 kali perceraian/kes gaji isteri lebih tinggi dari suami/kewangan)

Rujukan : 
Ustazah Sabariah Salleh (Ketua Penolong Pengarah, Bhg Keluarga JAKIM)
Encik Moeis Basir (peguam syarie selama 20 tahun/Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia)


Pada mulanya saya tidak diarahkan untuk tugasan menerbikan episod ini. Episod saya pada mulanya adalah mengenai 'Perubatan Islam'. Namun saat akhir boss merasakan saya lebih berpengalaman mengendalikan topik ini berbanding rakan sekerja penerbit yang lain.

Topik cerai dan talak memang sudah ada dalam fikiran saya semenjak dari awal penerbitan SALAM MUSLIM. Saya merasakan episod ini harus diketengahkan kerana statistik perceraian yang meningkat dari tahun ke tahun. Terbaru tahun 2012 dalam 15 perkahwinan sejam, 3 daripada berakhir dengan perceraian. Angka ini bukan untuk menakutkan siapa, sebaliknya dan sebenarnya tidak perlu takut untuk berkahwin kerana urusan selebihnya goyah atau teguh rumahtangga itu adalah berdasarkan sejauh mana kita harus berbalik pada agama yang satu :). So korang di luar sana, tak payahlah takut nak kahwin sebab media yang mewar-warkan statistik yang menakutkan. Hakikatnya perkahwinan itu indah, mudah. Cuma kita sahaja yang memberatkan dan menjadikan ianya payah.

Saya sudah terbayang siapa yang perlu saya dapatkan untuk temubual, case study dan siapa juga hos di dalam episod ini. Alhamdulillah semuanya memberikan kerjasama yang begitu baik sekali. Istimewanya dalam episod ini saya berpeluang menemuramah Hattan sendiri mengenai kisah perceraian dan rujuknya bersama Ariani. Kebetulan Hattan baru melangsungkan walimah rujuk dengan Ariani pada Ramadhan lalu. Saya merasakan ini peluang yang terbaik untuk berkongsi sisi baru dalam hidup Hattan.

Hattan sudah berubah. Saya terkejut saat menemuramahnya. Saya tertanya-tanya pada diri sendiri, adakah ini Hattan yang saya temuramah? Sang pelantun suara Memburu Rindu ini sudah berhijrah ke arah yang lebih baik dan meletakkan islam sebagai perkara utama dalam hidupnya. Saya seronok saat menemuramahnya. Allah telah memilihnya untuk 'sedar' dalam usia ini. Setidak-tidaknya masa masih belum terlewat untuk berubah. Dengan tidak segan silu dia bercerita dengan kudus akan kesilapannya dahulu, salah percaturannya dahulu, dosa-dosanya dahulu, keruntuhan rumahtangganya dahulu. Malah Hattan pada saya membuang egonya jauh-jauh, meletakkan kesederhanaan dalam hidupnya, meletakkan materi entah yang nombor berapa.  Baginya kini solat dan keluarga adalah paling utama. Malah banyak tips rumahtangga yang Hattan kongsi bersama kami sesama krew.

Tipsnya rumahtangga HATTAN
1)BUANG EGO JAUH-JAUH
2)JADIKAN AGAMA/SOLAT sebagai TIANG,
3)SUAMI HARUS SEDAR DIA ADALAH PENGHULU ISLAM DAN PERLU TUNJUK CONTOH YANG BAIK PADA ISTERI DAN ANAK
4) NO NEED TO SHOUT dengan isteri, cakap baik-baik kerana perempuan suka lelaki bercakap baik-baik dengannya.
5)HIDUP JANGAN STRESS (jika takdir rezeki kita pada bulan itu RM5 ribu tak perlu nak kejar sampai RM10 ribu kerana bila stress suami akan bertindak di luar dugaan).
6) HARUS ADA KUALITI time seminggu, makan sama-sama dan solat sama-sama dengan isteri dan anak-anak

Saya percaya kebanyakan keruntuhan rumahtangga kini kebanyakannya berpunca dari rapuhnya AGAMA dan rapuhnya struktur KEWANGAN institusi rumahtangga itu. Kerana apa si suami jadi kaki pukul, kaki judi,  kaki ganja, kaki perempuan dan sebagainya? Jika diselidiki balik ianya memang banyak berpunca daripada 2 perkara itu. Begitu juga dengan si isteri; kecurangan, sikap melawan suami, membentak-bentak suami, mencabar talak cubalah difikirkan baik-baik berpuncanya dari yang 2 itu juga. Tidak boleh lari. Saya tidak menidakkan 2 perkara ini yang berlaku dalam lewat keruntuhan rumahtangga saya 10 tahun lalu. 

Justeru betapa pentingnyalah peranan suami dalam membentuk isteri dan anak-anak.  Bukan mudah meluruskan tulang, dilentur jangan sampai bengkok dan meluruskannya jangan juga sampai patah. Menegurnya harus berlembut. Begitulah perumpamaan wanita yang berasal dari tulang rusuk kaum Adam. Namun isteri juga harus berusaha mengejar pintu syurga dengan status bergelar isteri dengan menjaga yang 4 itu; SOLAT 5 WAKTU, BERPUASA DI BULAN RAMADHAN, TAAT KEPADA SUAMINYA dan MENJAGA KEHORMATANNYA. Mudahnya wanita bergelar isteri masuk syurga, siap boleh pilih pintu syurga mana yang dia nak lagi...;)

Sebenarnya perceraian memang banyak mematangkan saya untuk menjadi hambaNya yang lebih baik dari dahulu. Saya mencuba istiqamah membuang perkara-perkara darah muda dahulu dari dalam diri. Kerana hidup kini ini jika dibilang bersisanya hanya tinggal berapa puluh tahun lagi? Jika panjang umur. Bukan mudah mengejar syurga kerana banyak kerikil-kerikil yang DIA uji sepanjang perjalanan ini. Namun kita mencuba, mencuba menjadi yang lebih baik dari semalam. Saya bukan sesuci Maryam, seteguh Asiah, setulus Khadijah, setabah Fatimah...kerana saya hanya seorang wanita akhir zaman yang mencuba mencuci dosa silam dan berusaha menjadi solehah :)



Tuesday, September 03, 2013

Puisi buat 2 'Malaikat Kecil'ku





Dulu, Umi kuat
Umi bisa kononnya meredah lautan gelora
Demi kalian berdua
Umi selalu angkat Tiqa dan Yassin
Bila Tiqa dan Yassin tidur di ruang tamu

Masa itu badan kalian kecil
Umi rasa beratnya umpama kapas
Umi letakkan di pembaringan
Umi teruskan kerja Umi
Sendiri...ya sendiri...

Masa semakin melangkau
Kalian makin membesar
Kalian sudah mummayiz
Kalian masih tidur di depan peti TV
Tidak mahu langsung tidur di atas permaidani nipis yang Umi bentangkan
Umi kejut-kejutkan
Kalian menyahut dalam tidak sedar
Umi cuba angkat
Tapi Umi sudah tidak larat
Umi sudah hilang kudrat, kalian sudah tambah berat
Tiba-tiba Umi sedar masa itu Umi 25 tahun, sekarang Umi sudah 36
Betapa cepat masa berlalu...

Melihat mata kalian
Seakan semalam Umi baru melahirkan
Berjuang mengadap Rabbul Izzati antara hidup dan mati
Pun hari ini memandang kalian
Umpama Umi baru merasakan detik itu
Jerih perih mengeluarkan kalian dari rahim Umi...

Andaikan Umi tiada
Pada siapalah kalian mengadu lara
Pada siapalah kalian menumpang cinta?
Umi tidak dapat bayangkan itu
Kerana itu, pada Tuhan Umi selalu meminta
Agar Umi diambil bila kalian masing-masing sudah punya belahan jiwa
Yang mampu menjaga kalian, kalau pun bukan seperti Umi
Tetapi mampu menuntun kalian ke syurga-Nya

Hari ini Umi merasa sudah semakin lelah
Dalam usaha yang Umi titi sehari-hari
Pun Umi percaya, segalanya Umi lalui dengan nawaitu yang Satu
Demi cinta kepada-Nya melalui cinta Umi pada kalian
Tidak tahu Umi sampai tahap mana
Umi memang lelah
Umi memang penat
Umi memang lemah
Tapi Umi kuat kerana adanya kalian
2 Malaikat Kecil Umi...

Friday, August 30, 2013

0608, mengalun sapa
maya pada
dari sang rajuna tapa
diakah penglipur lara

menghayun sendu
menyentuh kalbu
pada jiwa marhain
seakan menyanggah
takut jatuh dan rebah

bersahut-sahutan
saling menggapai
memori silam seakan bertaut
wahai pencipta, tautanMu istimewa
seakan ada jiwa, rasa
dari lara sekian lama

pun setiap detik
seakan terhenti
mengimbau kembali
kenangan bertali
tersekat pandangan
mata kabur, bening

aku bangkit
melawan, mengikut takdir Loh Mahfudz
mohon yang terbaik
halakan ke jannah
tuju-tuju ke syurga
kerana terlalu lama sudah
mata berkaca

- merdeka eve
damansara

Sunday, August 04, 2013

Penghujungmu Ya Ramadhan

Salam Ramadhan yang sudah mahu ke penghujung allz,

Syukur tahun ini nafsu untuk ke bazaar Ramadhan tidak membuak-buak. Saya memikirkan kerana setiap tahun juadah hampir sama, rasa juga tidak banyak beza dan maaf kata ada yang tidak ada rasa langsung. Ditambah sebenarnya saya mahu mengelakkan bila, kita tidak tahu 'amalan' orang yang memasak itu. 

Ramadhan ini juga menyaksikan drama bersiri yang pernah saya tulis 2 tahun lepas iaitu PANGKIN ATOK diulang siar semula. Thanks TV3! Akhirnya setelah ramai yang request agar drama bersiri itu diletakkan posisinya di waktu prime time. Now korang dah bolehlah tengok sekarang. Setiap Jumaat jam 7:30 malam ya...dah nak habis pun.

Saya melihat Musafir yang bersiaran di Astro Oasis juga kerap diulang tayang Ramadhan ini. Ini karya saya juga sekitar 2 tahun lepas; produce, tulis dan research.

Punya kontrak dengan stesen TV membataskan pergerakan saya, tambah2 saya bergilir dengan rakan tim membantu dalam penerbitan SALAM MUSLIM ASTRO OASIS. Plan nak backpacking nampaknya memang susah untuk di realisasikan pada tahun ini. Takpe, 2014 saya mahu banyak trip! Jom korang, sape2 nak ikut saya tahun depan ;).

Plan nak menulis buku juga tergendala buat masa ini. Takpe, make sure tahun depan impian terlaksana...paling tidak draf sudah disiap sedia pada tahun ini. Saya mungkin akan menulis sebuah novel cinta islamik usahasama dengan seorang sahabat saya seorang novelis islamik di Indonesia dan mungkin akan menulis sebuah buku berbentuk travelog.

Saya sedang dalam persediaan nak adaptasi sebuah novel ke skrin. Ianya sebuah kisah cinta islamik ya...! Nantikan!

And im going to recce one overseas location next year for my own project! Ya Allah permudahkanlah urusanku. Aamin....

Ramadhan ya Marhaban sudah hampir ke penghujung
Impikan dirimu Lailatul Qadar
Bergayut syahdu di tabir ibadah
Di hujung sejadah, tangis tertumpah
Wahai Ramadhan, di hujungmu sebuah cerita
Cerita tentang kerinduan, kesayuan, kepiluan
Wahai Ramadhan, sayunya meninggalkanmu
Dalam sebuah 'RINDU'




Saturday, August 03, 2013

Salam Muslim Raya ke 3, 10/8!

Salam Ramadhan allz yang sudah berada di minggu akhir..

Macam mana dengan persiapan raya?

Raya tahun ini saya dan anak-anak konsepnya colour block, gitu...he. Gabungan merah dan biru.

Okay! Dah 3,4 malam berkampung dengan editor, bergelumang dengan Final Cut Pro. At last episod Salam Muslim episod 'Seindah Hiasan' going to MASTER. Tidur pun 2,3 jam aje sebelum ini.

Episod ini mengulas banyak tentang isu ratu cantik yang sedang hangat diperkatakan dan masih di bawah siasatan JAWI. Juga kami membawa isu laser kulit, vitamin c, kolagen, botox dan apa juga tempelan pada kulit. Plus, plus tentang bagaimana mekap sebenarnya di dalam islam yang kena ikut syariah compliace. Best kan?

Dan sebenarnya kecantikan itu adalah dari hati, dalaman kita. Sejauh mana kita menempel luaran dengan mekap dan apa juga bahan tambahan yang nyatanya kecantikan sebenarnya itu terpancar dari hati dan kecantikan dalaman yang dijaga. Apa dia? Tentulah dengan hati yang baik, jiwa yang penuh 'nur'. Aderr paham ker...? haha...

Buat pertama kalinya kemunculan Puteri Sarah Liyana selepas berhijab sebagai hos sebuah program islamik di Astro Oasis. Wajah mulus dan beliau yang sedang berusaha menjadi muslimah yang baik makin mencantikkan perjalanan episod ini. Mark your date guys, raya ke tiga ya...10/8, jam 7:30 malam Isnin Astro Oasis dan Astro Maya HD. Ulangan? Ulangan selalunya hari Isnin jam 10:30mlm dan ada 2,3 hari lagi atau hari-hari di Astro Oasis...hehe.


Stay tune! & Happy Lebaran!

Wednesday, July 24, 2013

Tanya Sama Pokok

Posting ini saya mahu membebel. Sila tadah telinga anda...:P

Saya tak faham kenapa sesetengah pihak bila nak buat satu-satu benda tidak memikirkan perkara akan datang? Maaf kata, macam ianya main rembat aje...asal ada kemudian set. 

Lagi satu pada saya struktur satu-satu projek dan perkara harus dirancang dengan sebetulnya dari awal lagi. Pernah dengar kan pepatah cakap, pokok yang bagus datang dari akarnya! See! Apa-apa sebelum nak buat apa-apa pun kita harus pikir guna otak, bukan guna tapak kaki! Jangan main ambik aje apa benda pun sebab perkara materi dan kemudian menyusahkan siapa-siapa sahaja yang bersama anda!

Saya memang membebel. Pada yang kena, mohon terasa!

Sekian!