Followers

Friday, February 20, 2009

Takdir Yang Lama Di Sana





140209-Saturday
Bosan dengan kerja..haha..
Lala..lala..kerja..kerja..!
Pic bosan aku bekerja di hari Valentine's (walau aku tak sambut) ;-P

150209-Sunday
Kadang kadang hidup ini sukar dijangka, hari Ahad lepas selepas photo shoot dengan Kak Mas aku melawat sepupu aku yang suaminya menderita kanser otak. Dalam family memang kami tak pernah sangka, sebab selama ini Abg Lias memang sihat aje. Kak Liza kata sebelum ini, Abg Lias sering sakit kepala, ingatan yang tidak fokus dan kurang penumpuan serta kurang selera makan. Itu antara simptom simptom awal rupanya kanser otak ini. Sedih bila melihat Abg Lias yang sudah tidak bermaya, menghuni katil dan wad lelaki Hospital Ampang Puteri. Selang bulan lepas kami adakan kenduri baca yassin untuknya, tika itu aku masih boleh bersembang dengannya dan dia masih cam akan aku dan anak anak aku. Sedih sangat bila mana, kini tidak sampai lama masa senggangnya dengan kenduri dahulu, Abg Lias sudah tidak mampu mengenal aku lagi. Tapi aku hanya mampu menahan sedih di dalam hati.Selepas operation itu keadaannya beginilah. Sukar untuk berkata kata dan tidak mampu lagi mengenal ahli keluarga. Kenal pun hanya pada isteri dan anak anaknya. Makan tidak mampu, harus banyak air yang dimasukkan ke dalam badan. Takdir tertulis bilamana tika dalam keadaan begini, ibu Abg Lias pergi mengadap Ilahi. Satu takdir yang telah tertulis. Kak Liza pula dengan rela hati mahu melepaskan jawatan serta gaji lumayannya di Zara Boutique untuk menghabiskan sisa sisa akhir hayat suaminya di sisinya. Suatu yang kita sayu..kan..:-(

Filem Geng
Aku memang dah lama xcited dengan filem ini. Memang tak sabar sabar nak tengok. Tiket booked melalui online,malangnya kerana kesilapan teknikal, tiket pulak SOLD OUT. Aku cuba tanya encik petugas kaunter tiket kot2 boleh extend ke next show, then OK la,tengok tengok next show pun sisa sisa tinggal balik 2,3 seat aje lagi. Jadi aku booked apa yang ada dua seat untuk aku dan Kak Mas depan sekali. Depan pun depan la, bosan nanti le terus duduk bersila je depan tu kan kan kan..hahaha. Sakit perut aku dan Kak Mas bila Upin dan Ipin memeriksa kereta lembu dan lembu itu sendiri milik Raju. Tit Tit,dan akhirnya sampai di bawah payu dara lembu. Aku dengan Kak Mas sakit perut bagai nak rak. Upin dan Ipin cakap,'jadi budak budak apa lagi..Main la.' tu jugak amat lucu pada aku,kerana spontan Upin dan Ipin menuturkannya. Bila Upin & Ipin serta kawan kawannya meluncur laju dengan kayu di dalam hutan, aku juga suka akan reaksi wajah mereka. Terujanya Upin dan Ipin bila mahu ke bawah gaung itu melompat lompat sedangkan Raju ketakutan menahan di hujung serpihan kayu tersebut agar tidak jatuh. Itu menggeletek rasa. Slow motion yang banyak dalam filem ini juga, buat aku geli hati terutamanya bila jambul si Upin...sipi sipi terkena batu. Close up yang bagus..buat aku sakit perut...hahhaha.Binatang comel si Oopet buat cerita di dalamnya lebih variasi lagi. Cuma aku setuju , watak Upin dan Ipin banyakkan lagi scenenya kerana mereka penggerak cerita ini sebagai teraju utama. Animasi yang tidak perlu dipertikaikan,terutamanya karat karat yang umpama hidup contohnya pada motosikal lama Pak Dalang. Syabas Les Copaque! Target Nizam,directornya untuk kutipan tiket mencecah 10 juta aku rasa paling tidak dapat pun akan menghampiri. Congrats!

2 comments:

Algojo said...

layan kan Upin & Ipin !! Member gua gelak sampai terkencing sikit.. hehehe

Saudagar Mimpi said...

Saudagar dah pergi tgk pada hari Jummat ptg. Org dalam panggung cuma berbelas-belas org aje. Mmg betul animasi ni best cuma terlalu banyak raksaksa(monster) la. Letih ditakutkan....