Followers

Sunday, March 08, 2009

Aku & Zubir Ali (Belasungkawa Zubir Ali 1949-2009)


Yann,Zubir Ali dah meninggal...Kak Mas memberitahu aku thru YM. Memang selalunya apa apa perkhabaran,selebriti yang pergi..kalau tak Kak Mas, aku yang akan memberitahunya dulu. YM merupakan medium terbaik. Aku terus mengesahkan akan berita itu,cari di Facebook. Memang benar..beberapa status FB dari rakan rakan yang dari industri seni mengesahkan akan berita tersebut. Sedih dengan pemergian bagiku insan yang amat besar namanya pada industri seni tanah air. Lantas ingatan aku menerobos jauh mengenang Bengkel Penulisan Lirik yang dianjurkan oleh syarikat Pak Yusnor Eff pada tahun 1996 dahulu. Masa itu aku baru berusia 19 tahun..haha korang boleh agak umur aku berapa sekarang ;-).Zubir Ali merupakan salah seorang dari fasilitator bengkel tersebut selain Allahyarham Dato Ahmad Daud,Dato Jamil Sulung,Habsah Hassan dan Pak Yusnor Eff sendiri. Bengkel itu bagi aku amat bermakna, kerana banyak ilmu tentang penulisan lirik yang aku kutip dari insan insan yang punya jasa dan pembabitan yang besar di dalam negara ini. Ketika itu Zubir Ali aku melihat seorang insan seni yang bersopan santun, penuh pengertian dan beliau mendengar dengan teliti dan menjawab persoalan kami tentang bidang penulisan lirik dengan baik sekali. Aku suka nada suaranya yang lembut dan penuh damai itu. Melihat wajahnya juga aku terasa sejuk, kerana wajahnya padaku damai.Sesuai benar dengan professionnya sebagai penulis dan penyanyi lagu lagu puisi. Puisi menjadi medium terbaik untuk beliau melampiaskan bakat seninya.
Aku lantas mencari nota tentang bengkel ini yang masih ku simpan kemas untuk aku rujuk semula. Tertera nota Zubir Ali yang aku tulis, ketika beliau mencurahkan ilmunya untuk kami semua. Aku taip sekali lagi di sini, untuk tatapan kalian semua..

Nota Zubir Ali
Bengkel Penulisan Lirik 7 & 8 Sept 1996


-simbol simbol yang terkawal
-pembacaan/pengalaman
-trend sekarang (menggubah lirik sebenar)
-BERLAKU JUJUR TERHADAP KARYA YANG DITULIS
-MENULIS DENGAN HATI KITA,IA AKAN MENYENTUH JIWA YANG LAIN
-tulislah sesuatu yang terbaik
-MEMBANTU MANUSIA DAN MEMBINA KEHIDUPAN
-apa yang kita tulis ada tersurat dan tersirat
-pengaruh itu penting dalam kehidupan
-KEMAMPUAN KITA MEMBINA PERIBADI KITA SENDIRI
-MELUARBIASAKAN SESUATU YANG BIASA
-LIRIK ITU PUISI/SAJAK YANG DIPADATKAN DALAM LAGU
-ada nilai estetika/lagu/irama
-MASA ITU MENDEWASAKAN PENULISAN KITA
-SENI ITU ADALAH AKAL FIKIRAN KITA
-pembacaan yang meluas
-fahami budaya kita betul betul
-kekuatan bahasa
-kemahiran menggunakan perlembagaan bahasa bahasa baru
-mesti sentiasa berfikir/berdialog
-menulis lirik untuk siapa?diri kita sendiri

Ini ilmu yang sempat aku kutip dari insan seni penuh luhur,jujur,ikhlas,sopan santun,tenang dan damai bernama Zubir Ali. Bagi aku walau sekuman ilmu yang dicurahkannya kepadaku tetapi bagi aku ia amat besar dan menjadi pedoman aku untuk berkarya dalam dunia aku sendiri sepanjang hayatku. Insan sepertinya sukar dicari ganti. Takziah buat keluarga Allahyarham dan semoga beliau terus tenang di Loh Mahfuz. AL- FATIHAH

* tika menulis ini, mataku berkaca kaca...

Harmoni~Penantian

Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

( korus )
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

1 comment:

matakucing said...

alfatihah..satu kehilangan besar. Akak bertuah sebab sempat bersua & menimba ilmu arwah. Saya hanya cuma dapat melihat arwah dari kaca tv & majalah saja.