...untuk kita yang meratapi erti kehilangan...
060309
...andaiku tahu,kapan tiba ajalku
ku akan memohon,tuhan tolong panjangkan umurku...
Sekali lagi meratapi erti sebuah 'kehilangan'.Irama lagu ini berkumandang di link page Fajar www.fajaril.net, sempena pemergian Amir Yusuf. Walau aku tidak terlalu akrab dengan Fajar, tetapi aku mengenalinya secara lalu melalui Kak Mas dan sekala sekali bersembang dengannya dalam ruangan maya ini. Perkhabaran demi perkhabaran akan Amir Yusuf dari Kak Mas, menjadikan aku mengenali anakanda kecil milik syurga ini. Bila Kak Mas mengatakan akan Amir Yusuf sudah pergi, aku menggagahkan diri ke page milik Fajar dan membaca keseluruhan coretan terakhirnya dan sketsa sepinya buat anakanda kesayangannya sebelum pemergiannya dan kala pemergiannya. Aku tahu bukan mudah semuanya kita melihat dengan mata kasar dugaan buat Fajar dan isteri,tetapi mata hati kita juga menangisi akan pemergiannya yang kita redha, harus redha, terpaksa redha. Bumi Glassgow basah dengan doa dan air mata daripada insan insan yang sayangkan Amir Yusuf, kami di sini yang tidak pernah kenal Amir Yusuf,hanya ketahuan dari nama juga menyayangi tubuh kecil ini. Besarnya kuasa tuhan, buat manusia menyayangi insan lain atas nama sebuah ukhuwah persaudaraan dan tubuh kecil yang tidak pernah terpalit langsung dosa. Buat anakanda Amir Yusuf, damailah di sana sayang...
120309
Mata sudah lama terbuai. Tetapi seperti biasa aku bukan tidur mati. Bunyi apa pun cekap aku tangkap bunyinya. Lagi pula aku seorang, jadi aku harus berjaga jaga untuk tidak tidur mati. Bunyi telefon aku berdering, aku lihat di skrin, antara mamai dan sedar. Aku lihat nama Ayu dan Kak Liza. Aku kembali mamai tidur, sambil suku mataku terbuka, telefon tidak henti henti berdering dan nama Ayu dan Kak Liza silih berganti. Jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Aku umpama tersedar dari mamai tadi dan mataku sedikit bulat dan seakan aku sedar apa sebenarnya erti panggilan yang bertalu talu ini. Tetapi entah kenapa,hati ku berat benar untuk memicit hanya satu butang telefon tanda answer dan mendengar perkhabaran yang aku sudah tahu benar. Aku seakan tidak bisa boleh menerima kehilangan walau aku tahu kami semua akan kehilangan. Entah nombor mana yang tertera pula pagi pagi buta ini lagi, tetapi aku pasti ianya nombor ahli ahli keluarga semuanya. Entah apa alasan mereka di hujung sana,melainkan merungut akan aku yang tidak mengangkat telefon. Tapi tahukah kalian, aku sukar untuk menerima berita sebegini,tambah tambah pulak pagi pagi hening sebegini. Jam menunjukkan hampir pukul 5.20am, suara orang membaca Al quran kedengaran sayup dari 2,3 surau yang hampir dengan rumahku. Seakan aku mendapat sedikit kekuatan dan aku cuba menekan keypad telefon untuk sms Ayu akan panggilannya tadi. Aku masih tidak ada kekuatan untuk menelefon mereka.
SMS Ayu
Babah dah meninggal, Ayu nak nombor telefon Opah Cu
Aku menatap sms itu dan kaku. Kaku dan bisu. Aku sudah pasti akan beritanya dan aku sudah pasti ianya akan terjadi dalam masa terdekat ini. Abg Lias (sila lihat entri aku yang sebelumnya dan picnya sekali)sudah kembali ke rahmatullah dalam pukul 1.45pg tadi dalam keadaan koma sebelum itu. Sebelum itu beliau menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan bendalir/air di dalam otaknya. Doktor sudah memaklumkan kepada ahli keluarga akan tipisnya keadaannya. Aku memberi Ayu contact number Mak Cu di Kelantan. Lalu aku memaklumkan sms kepada beberapa ahli keluarga seawal pagi itu.
Aku mahu ke pejabat atau tidak? Aku memutuskan untuk ke pejabat dan dari pejabat aku cuba keluar untuk ke Ulu Yam untuk urusan pengkebumian Abg Lias. Ezuan, sepupuku datang mengambilku dari Damansara Damai dan kemudian kami mengambil Kak Ngah (Zura) pulak di Intekma Shah Alam. Bersiap punya bersiap kami menuju ke Ulu Yam dan pusing punya pusing kami sampai dalam pukul 3ptg. Jenazah memang sudah dikebumikan selesai sebelum zohor dan sampai di Ulu Yam, rumah Mak Ngah sudah kurang kelibat orangnya. Yang ada kerusi kerusi di depan yang kosong yang masih belum di susun sepenuhnya berselerakan. Nampak juga tempat memandikan jenazah di luar. Jelaslah semuanya telah pergi..emm. Aku bersalaman dengan Kak Liza, duduk dan merenung matanya. Ternyata dia sungguh tabah melalui segalanya dalam usia bagi aku masih hijau. Tetapi aku percaya, kerana sedari mentah lagi dia sudah melalui segala galanya dan aku amat yakin dia mampu menempuhnya dengan pegangan kuat genggaman tangan anak anaknya. Ayu datang dan bersalam denganku dan matanya memang bengkak dan merah merah meratapi kehilangan Babah kesayangannya. Dia memang rapat dengan arwah.IzQ, anak arwah dan Kak Liza yang kecil sekali bila ditanya mana Babah? Menjawab dengan pegangan botol susunya "Babah sleep"...Sayunya aku. Kak Liza kata, memang IzQ tak mahu dengan babahnya semenjak babahnya sakit.Tiba tiba dia menangis, tangisan itu bagi aku umpama tangisan si kecil yang tidak mengerti apa apa. Sambil menonyohkan kepala kepada ibunya, IzQ terus menangis. Bagi aku tangisan itu meratapi dan tanda sebuah kehilangan dari hatinya untuk insan bernama Babah. Kak Liza, Kak Ita sepupu sepupuku yang lainnya termasuk Mak Ngah dan Pak Ngah menahan kami dari balik hingga tunggu ke kenduri tahlil pada malamnya. Malangnya aku tidak mampu bertahan sampai malam kerana aku harus masuk bekerja selepas itu. Aku tinggalkan Kak Liza, Mak Ngah dan Pak Ngah dengan pesanan kepada Kak Liza agar dia be strong. Sebelum balik aku,Ezuan dan Kak Ngah menziarahi pusara Abg Lias. Jumir anaknya dan Mirul yang guide kami ke kubur. Suasana kawasan perkuburan sungguh sunyi dengan pokok pokok getah yang ada disekelilingnya. Sampai di pusara Abg Lias yang masih merah, kami membaca beberapa surah sebelum kami kembali bekerja. Kedengaran laungan guruh berdentum menandakan hujan turun bila bila masa sahaja. Angin hujan sudah berhembus,kasar dan sejuk. Sejuk kubur Abg Lias nanti, kataku dalam hati. Tenanglah di sana,kami sekeluarga semuanya pastinya mendoakanmu. AL-FATIHAH
AF7
Aku juga antara yang mengikuti AF tiap tiap tahun. Tetapi bagi aku AF kali ini ada kelainan dan kualiti dari segi vokalnya. Tahniah pada team juri yang memilih pelajar pelajar kali ini. Kira famous jugak lah ya, sebab ada 3 pelajar yang ada kaitannya dengan artis. Tapi bukan itu yang kita cari, tetapi bak slogannya tahun ini transformasi akan berlaku. Bagi aku seakan merasakannya. Awal awal lagu aku memang sudah kesan dan menyokong akan suara dan selamat datangnya kepada dunia seni;
Claudia- Aku suka dia kerana suaranya unik, aku juga ingat dia pada mulanya ada kaitan dengan Dayang. Tetapi bukan. Bagi aku dia memang sudah sebegitu,bagi aku bukan dia tidak original,tetapi memang sudah dilahirkan suara,rupa dan gigi seperti Dayang agaknya. Aku akan terus menyokong anak seni yang seorang ini.
Yazid- Budak ni unik,unik dengan identiti,suara sedap dan advantagenya pandai break dance pulak sehingga ke Bangkok jadi wakil Malaysia. Gagapnya itu buat dia makin unik. Bagi aku performancenya, cara bertuturnya dan segalanya ada 'kejujuran'. Aku dapat lihat sendiri pada jernih matanya.
Qhaud- Budak ni aku suka tengok dia baca doa itu hari. Sedap. May be dia pernah jadi juara Qari macam Mawi dulu kot. Dia ada identiti dan penuh penghayatan.
Hafeez-Dia ada pakej dan dia boleh pergi jauh. Rambut AFROnya itu biarkan aje. Maintain apa yang dia ada, dengan disiplin sure dia boleh pergi jauh.
Aril/Ajam-adik Izwan Pilus ni memang dari family seni. Dia pastinya menambat hati fans fans adik adik luar sana yang menjerit dengan kecomelan wajahnya. Biasalah wajah boleh cari makan..Tapi dia not bad,dengan pakej suara,wajah dan komunikasi yang baik. Dia akan mengikuti jejak Dafi yang akan menjadi rebutan iklan iklan komersial nanti.
Akim-Nakal,comel dan punya bakat besar. Budak ni boleh pergi jauh kalau betul gayanya.Suara sedap.
Itu je la..finalise yang aku suka namakan dan aku sokong akan bakatnya. Yang lain itu bagi aku biasa biasa aje, walau aku rasakan mungkin Aishah yang akan hits dalam sms nanti. Isma memang diperakui suaranya sedari awal kemunculannya dahulu. Sebelum dia kawin dengan Zul 2 by 2 lagi aku sudah perasan dan pernah dengar suaranya. Begitu juga Nas Adila. Mungkin kerna sudah biasa mendengar suara Nas Adila, bagi aku ianya biasa aje. Zizi, mungkin juga boleh ke final, tgok undian dan nasibnya. Rubisa, berbakat,tetapi bagi aku biasa jugak...haha.Sidi dan Obri bagi aku biasa biasa juga.Hehe.
MU v/s Liverpool
Kalah 4-1,bernanah hati aku...huhuhuh.Kawan kawan aku yang menyokong akan LiverFOOL itu kutuk bagai nak mati fans MU macam aku. Fans Chels yang dah memang poyo memang lagi menyakitkan hati aku..Haha.Apa pun kalah 1 apa ada ngan menang 10 kali. Wat ever it is,MU tetap di hatiku...hihi
No comments:
Post a Comment