Followers

Sunday, August 30, 2009

Merdeka!...akulah penyambung warisan

INT.AKU.RUMAH.RUANG DAPUR-AFTERNOON

Ruang Tamu-Aku terasa ingin buat 'Tauhu Sumbat'.Memang kuih ni senang aje la kan.Bagi yang busy ni payah jugak walau nak memasak resepi semudah ini .Beberapa hari lepas aku beli la tauhu sumbat dalam 3 biji kat bazaar ramadhan depan rumah aku.Aduh,rasanya langsung tidak menepatiku.Saiz tauhu sumbatnya kecik dan kuahnya masin...huhu.Atas dasar itu,maka aku berinisiatif untuk membuat sendiri tauhu sumbat.Okay kat sini aku turun kan cara cara membuatnya,style aku...hihi


rebus tauhu dan lobak merah,kang sakit perut pulak..;-P


celur taugeh yer...


goreng balik,tauhu tu..sampai kekuningan


ni bahan bahan untuk disumbat dalam tauhu,lobak merah,timun dan taugeh.


tara....siap.sedia untuk di makan.cicah dengan sos cili dan mayonis.yummy

Usai menonton 'Memoir Aisyah' olahan skrip oleh rakan bernama Rohizan Ramli a.k.a Jai.Pada aku penceritaan yang sangat baik.Tidak keterlaluan aku katakan ianya hampir menyamai kejayaan filem patriotik 'Embun' yang aku sangat minati.Tahniah Jai and all 'Memoir Aisyah' team!Pada aku bukan mudah untuk membuat skrip,mengarah mahu pun kostum atau apa sahaja yang membabitkan cerita cerita dari fakta sejarah sebegini.Maklumat harus tepat,cerita harus padat dan tidak meleret leret.Kajian juga harus dibuat dengan terperinci.Pendek kata macam belajar Sejarah balik la..Tahniah again korang...Proud of you all!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 52!!! Aku tinggalkan kalian dengan lirik lagu ini.Moga kalian bisa mengenal erti penat lelah insan dahulu kala memperjuangkan tanah air.Jasa mereka tentunya dalam genggaman hati kita.Untuk semua pejuang,pemimpin dan perajurit negara yang telah kembali.Al-Fatihah...

INSERT


WARISAN~Allahyarham Sudirman Haji Arshad


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan



CUT TO:

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.