Followers

Sunday, August 16, 2009

Ramadhan,Ramadhan Ya Marhaban



PERTAMA RAMADHAN INI


Bila tiba akan kehadirannya
pertama ramadhan ini
bersambutlah mereka seadanya
dengan penuh keinsafan
mencari pengertian

walau jauh dari kemahuan-MU
pertama ramadhan ini
akan tiba mencampuri sesuatu
biar gerak dan lafaz
hanya izinan-MU jua

dan seringkali kita terlupa
hakikat Puasa sebenarnya
dan seringkali kita terlena
maksud tersirat sebalik makna
Ohhhhh Ohhh

Pertama ramadhan ini
aku tidak berlapar lagi
kerna mengingati Mu

Pertama ramadhan ini
aku tidak kehausan lagi
kerna merindui Mu

aku telah tahu segala galanya
erti sebenarnya Puasa

dan seringkali kita terlupa
hakikat puasa sebenarnya
dan seringkali kita terlena
maksud tersirat sebalik makna
Ohhhhh ohhh

Pertama Ramadhan ini
Aku tidak berlapar lagi
Kerna mengingati Mu

Pertama Ramadhan ini
Aku tidak kehausan lagi
Kerna merindui Mu

Aku telah tahu segala-galanya
erti sebenarnya Puasa

Aku telah tahu segala-galanya
erti sebenarnya Puasa

erti sebenarnya Puasa

INT.AKU,RUANG TAMU-EVENING

RUANG TAMU-Aku menaip satu satu di papan keyboard laptop PUTIHku.Aku teruja mahu memulakan Ramadhan,walau aku antara hamba-NYA yang selalu tercicir jauh dari landasan yang perlu aku patuh kepada-NYA.Selalunya memang tiap tiap tahun begitu,bagi orang lain Syawal lebih menggembirakan dari Ramadhan,tetapi tidak aku.Aku sangat teruja tentang Ramadhan dan bagiku juga Ramadhan itulah raya..haha.Pelik, bukan aku? ;-)
Aku teruja dengan puasa,sahur,kurma,suasana Ramadhan,Fadhilat Terawih atau pendek kata apa sahaja tentang Ramadhan.Bila menginjak 1 Syawal,seakan aku berpisah dengan kekasih hati.Begitulah sedihnya aku kala Ramadhan berakhir.Tahun ini,jika dizinkan-NYA aku mahu terawih sendiri seperti tahun lepas.Cuma aku tergendala kala 'cuti' sahaja.Aku juga mahu buat persiapan awal Ramadhan kali ini,membeli baju yang sederhana.Paling penting untuk anak anak aku.Kerana HARI RAYA bagiku sangat excited pada kanak kanak.Aku sudah plan untuk memasak Rendang Ayam,Rendang Daging dan Lontong beserta Nasi Himpit pada Syawal.Untuk santapan aku sekeluarga,dan jika ada yang datang.Seperti yang dirancang,mungkin pagi hari raya aku ke kubur arwah ayah di Kg Tunku PJ sini,ke kubur arwah atuk dan opah di Taman Kosas Ampang.Kemudian baru bertolak ke Bidor Perak untuk bertemu dengan Bonda dan keluarga di sana pula.Aku perlu juga menziarahi kubur arwah opah dan nenek yang ada di Bidor.2 Syawal malam aku sudah kembali ke rumah sendiri.Bagiku rumahku syurgaku,aku tidak betah berada di rumah orang lama lama sekali pun rumah ibuku sendiri.Ada suasana rasa tidak selesa.Hanya aku yang tahu.Aku mahu sesimple mungkin,sesederhana mungkin,menjimatkan pembaziran dan perlu banyak menabung untuk masa depan.Kerana selepas raya banyak pula urusan perlu diselenggarakan.Menjelang hujung tahun,sekolah pula buka.Tahun ini warna tema hari raya adalah MERAH.Selalunya begitulah setiap tahun,aku dan anak anak ada warna tema kami sendiri.

Kadang kadang kita susah untuk membersihkan hati,bila mana hati kita terlalu disakiti oleh benda benda yang tidak berasas.Salahkah aku memendam dan untuk tidak mahu langsung mendengar atau mahu tahu akan orang yang telah menyakiti hatiku?Seboleh mungkin aku memutihkan hati ini,berbaik sangka...tetapi sedarnya aku hanya manusia biasa.Mungkin kerana hatiku terlalu pedih!Maafkan aku.

Aku hanya mengharapkan cepatnya segala perancangan berjalan dengan lancar mengikut usaha yang telah aku lakukan.Aku pasti segala niat yang baik,insyaALLAH ALLAH akan perkenankan.

Takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Asri Rabbani dan Mendiang Param yang pergi mengadap Ilahi.Sesungguhnya kita jua akan menyusul.Hanya kebaikan kebaikan dan jasa jasa mereka sepanjang hayat mereka menjadi kenangan kita dan moga mereka ditempatkan di tempat yang terbaik.Selamat menyambut Ramadhan,to all of the readers(jika ada),mohon ampun maaf(bukan raya je nk mintak maaf..hehe).Moga kita beroleh Ramadhan yang mabrur.


FADHILAT TERAWIH


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara
di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam
sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang
teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah
engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. yang bernama Al Kauthar.

1 comment:

matakucing said...

salam ramdhan kak