Followers

Sunday, August 29, 2010

'PANGKIN ATOK' ku di TV3 :-) - pangkin ini atukkan bercerita....

Rindu bila tidak menulis. Menulis umpama oksigen di dalam hidupku. Tanpanya aku jadi kaku,bisu. Banyak juga yang aku ingin ceritakan mengenai 'Merisik Khabar',tetapi kesibukan kini dan hingga saat ini amat terbatas untuk aku menulis di produksiku ini. Terima kasih kepada pengikut pengikut blog 'Nanamya Production'. Setidaknya yang setitik ini yang ku kongsikan mampu memberi sedikit baur ceria pada kalian di luar sana,setidaknya mengisi masa senggang di bulan Ramadhan.

Tidak lengkap aku tidak bercerita mengenai 'PANGKIN ATOK'. Ianya karya sulungku yang menembusi TV3. Sekian lama aku mengimpikan untuk tembus ke TV3 dan akhirnya hajatku tercapai. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Kak Rozie Rashid dan Rohizan Ramli (Jai) yang mempercayai akan bakatku. Gembira dan mahu bekerjasama dengan kalian lagi. Aku dekat dengan 'Pangkin Atok',bila menulis umpama aku juga berada di dalam dunia anak anak itu sendiri,sementelah aku punya anak baya baya itu. Aku mahu 'Pangkin Atok' berjaya seperti mana 'Diari Ramadhan Rafique' itu yang skripnya ditulis oleh Faznita Md Noor dan punya musimnya sendiri. Betapalah juga DIARI RAMADHAN RAFIQUE juga merupakan naskhah skrip pertama yang ku pelajari. Kini aku berada di lingkungan itu dalam genre itu,anak anak dan suasana kampung yang damai.Alangkah gembiranya. Syukur ke hadrat Allah. Terima kasih kepada kawan kawan yang menyokong 'PANGKIN ATOK',yang sukakan siri sirinya. InsyaAllah ini katalis untuk aku menulis dengan lebih baik lagi. Doakan aku ya....:-)





8 comments:

matakucing said...

oowhh ni akak nyer karya ker.. best la..seyes..& congrat

Elynn said...

memang best!!! tapi waktu tayangan pagi pulak , kalau ada ulangan mcm diary ramadhan rafique tu tentu best!! sblm berbuka menjamah cerita2 di TV3....lagu tema ni tajuk apa ? best giler!!!

ahmad said...

apa nama tajuk lagu citer nie??? best sangat!!! citer ni lagi best!!! boleh letakkan nama tajuk lagu citer ni tak????

Anonymous said...

KALO DAPAT DIULANG SIAR KEMBALI TAYANG WAKTU PETANG BEST SESUAI UTK TATAPAN SEKELUARGA...JGN LUPA HASILKAN SKRIP YANG BAGUS2 LG DAPAT LE SAYA BERLAKUN LAGI HEHEHE ..

Anonymous said...

I should digg your article so other folks are able to look at it, really helpful, I had a tough time finding the results searching on the web, thanks.

- Norman

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

Salam Semua

matakucing - terima kasih kerana sentiasa menyokong karya akak.

Elynn - memang kecewa waktu tayangannya pagi,tapi itu kehendak stesen TV,ianya mengikut slot.

Ahmad - Tajuk OST lagu ni adalah,Pangkin Atok juga. Ditulis dan di compose oleh Joey.

Anonymous - Saya selalu meneliti lakonan pelakon2 yang bakat,esp bakat baru. Kalau awak bagus,berlakon dengan moral yang besar,tentu saya tidak terlepas pandang! :-). Ini pemangkin untuk saya lebih berjaya lagi.

Anonymous - Thanks coz visiting my blog. It's just sharing to everybody and pls take a good one.

Anonymous said...

siaran ulangan pun waktu pagi..sayang sgt2..karya yang mantap,pelakon2 pon hebat espcly hasan n husin..kiut sgt..

amirul said...

tajuk lagu dia ape?